Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Showing posts with label Anugerah Juara Lagu. Show all posts
Showing posts with label Anugerah Juara Lagu. Show all posts
Jimmy Palikat sebenarnya pernah menerima anugerah seni daripada Najib di Kota Kinabalu, sebelum masuk UMNO.
Penyanyi paling popular di Sabah, Jimmy Palikat kini ahli UMNO.
Jimmy yang terkenal dengan lagu Tanak Kampung atau Anak Kampung dan bakal beraksi di final Juara Lagu 2012 terbitan TV3, menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak sempena pehimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC.
Majlis itu turut disaksikan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Tanak Kampung kini ahli UMNO.
Dibawah ini adalah lagu popular Jimmy Palikat Anak Kampung yang akan beraksi di pentas final Anugerah Juara Lagu 2012 terbitan TV3. Ini aksi Jimmy Palikat dalam semifinal bersama One Nation Emcees.
Sudah dijangka sifu M. Nasir juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke 26 sebentar tadi pada Ahad, 29 Januari 2012.
Lagu ciptaannya AWAN NANO dan lirik oleh Buddhi Hekayat, dinyanyikan Juara Akademi Fantasia Musim ke 7, Hafiz, muncul juara Lagu sekaligus menggondol hadiah wang tunai RM35,000.
Hafiz juga menang kategori vokal terbaik, membawa pulang wang tunai RM10,000. Pakaian Hafiz juga menarik perhatian kerana amat simple, hanya berT-Shirt dan track-suit, sesuai dengan tema lagu ini mengenai anak yang bertengkar dengan ayahnya lalu insaf dan kembali berdamai dengan "ayahnya" yang menunggu di bawah pentas!!
Sebelum ni M. Nasir sudah 3 kali menang juara lagu pada 1994 menerusi lagu 'Tanya Sama itu Hud Hud', Ghazal untuk Rabiah - duet bersama Jamal Abdillah pada 1997 dan Andalusia pada 1999. Lagu lagu itu juga semuanya dicipta M. Nasir.
Tahniah M. Nasir dan Hafiz dan Buddhi Hekayat.
Tempat kedua pula dimenangi lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin dan lirik oleh Tinta, nyanyian 3 suara Ning Baizura, Jaclyn Victor, Shila Amzah, meraih hadiah wang tunai RM15,000.00
Manakala tempat ketiga lagu KARMA nyanyian Faizal Tahir dan ciptaan/lirik Audi Mok dan Faizal Tahir untuk hadiah wang tunai RM12,000.00. Gimik Faizal Tahir bermain piano ketika piano sedang terbakar mengegarkan Malaysia!!
Malam penuh gemilang untuk menobatkan Juara segala Juara bagi industri muzik tanah air di Malaysia berlangsung jam 9 malam, Ahad 29 Januari 2012 di stadium Putra, Bukit Jalil.
Antara persembahan menarik perhatian :
FAIZAL TAHIR dengan lagu KARMA.
Gimik : Faizal Tahir sentiasa terkenal dengan gimik hebatnya umpama dirasuk semangat Lagu, pada setiap penats final AJL yang menobatkannya selaku pemenang terbaik. Dan malam ini, Faizal Tahir sekali lagi mengamamkan penonton Malaysia dengan gimik bermain piano dalam keadaan piano itu sedang TERBAKAR!!! Wahh Hebat Sungguh. Kali ini juga Faizal Tahir tidak memakai cermin mata hitam!!!
HAFIZ ketika menyanyikan lagu AWAN NANO.
Gimik : Sebelum memulakan nyanyian. ada klip video pendek dimana Hafiz bertengkar dengan bapanya. Selepas itu Hafiz menyanyikan lagu agung karya M. Nasir berjodol AWAN NANO dengan gaya tersendiri, diselubungi kepulan asap sambil memakai pakaian paling simple pernah dikenakan mana mana penyanyi di pentas final AJL iaitu T-Shirt yang simple dan track suit yang sebelah kanannya ditarik ke atas. Selepas lagu AWAN NANO berakhir, Hafiz terus melompat dari pentas dan turun berlari ke arah seorang lelaki warga emas yang duduk di bawah pentas, sambil memeluk dan menjerit "MAAFKAN DAKU AYAH"!!!
Malam AJK 26 dimulakan dengan persembahan 2 Raja dan 1 Ratu iaitu Raja Pop, Jamal Abdillah dengan lagu Senandung Semalam, Raja Rock, Awie dengan lagu Bujang Senang dan Ratu Jazz, Sheila Majid dengan lagu Warna.
Dan diakhiri dengan rangkaian lagu tribute kenangan untuk penghibur terbaik ASIA, Allahyarham Sudirman Hj Arshad dinyanyikan oleh Azlan dan Black. Antara lagu dinyanyikan Chow Kit Road dan Salam Terakhir.
Berikut senarai penuh 12 Lagu yang bertanding dalam final Anugerah Juara Lagu, AJL ke 26 siaran dan terbitan TV3 di Stadium Putra, Bukit Jalil pada Ahad 29 Januari 2012, mulai 9 malam.
Sungai Lui - Aizat Amdan (lagu ni melodinya OK, namun tak sampai ke tahap boleh juara AJL)
Awan Nano - Hafiz (LAgu yang amat meruntun perasaan, kali pertama dengar lagu ni pun saya dah rasa dan percaya, ini antara lagu teragung yang pernah dicipta M. Nasir)
Kisah Hati - Alyah (Lagu yang amat hebat, direkodkan di Malaysia dan mastering albumnya di Australia. Alyah menang persembahan terbaik lagu ini selepas gimik clown dan Alyah menyanyi di mini pentas yang berpusing)
Kalau Berpacaran - Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (lagu ini catchy, namun terlalu simple untuk dinobatkan juara Lagu) Namun mesejnya amat baik, kalau berpacaran tidak boleh pegang pegang, nanti bahaya!!
Beribu Sesalan - Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (sudah lama kita tak dengar lagu semerdu ini, layak mendapat tempat ke 2 AJL 26)
Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol (boleh tahan, namun tahniah ke final)
Dan saya rasa vokal penyanyi Project Pistol lebih kurang sama dengan vokal kumpulan dari UK, Right Said Fred yang popular suatu ketika dulu dengan lagu I'm too sexy.
Karma - Faizal Tahir (lagu hebat, kelas gitu, memang layak tempat ke 3)
Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque (lagu ni terlalu simple, tak boleh juara) Namun saya amat menyukai penyanyi wanita ini, Atilia kerana bagi saya dia amat cute!!
Gadis Semasa - Yuna (hebat namun tidak sehebat Awan Nano, try again Yuna)
Penakut - Yuna (vokal Yuna hebat, lagu juga hebat, namun tewas juga, why?)
Sedetik Lebih - Jaclyn Victor (vokalnya amat mantap, namun tewas juga. Penyanyi asal lagu ini ialah Anuar Zain, namun entah mengapa Anuar Zain menyerahkan tugas menyanyi lagu itu kepada Jaclyn Victor) Namun ada juga buah tangan untuk pencipta lagu ini iaitu Edry Abdul Halim (adik beradik KRU) apabila lagu ini dinobatkan juara lagu paling banyak didownload, muat turun sebagai nada dering.
Cinta Muka Buku - Najwa Latif (percubaan baik dari remaja 16 tahun ini, lagu ini amat catchy dan popular di kalangan remaja di seluruh Malaysia, masa depan yang amat cerah untuk Najwa Latif kerana dia bisa dan mampu mencipta lagu yang sangat popular ini. Esok jangan lupa ke sekolah ya Najwa)
Lirik Lagu Awan Nano – Hafiz AF7 Ciptaan : M. Nasir Lirik : Buddhi Hekayat
Lihat ke arah sana Serakan warna dan berarakan Awan Pabila terik panas Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya Pabila kau katakan Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano Setia melindungi diri Tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu
Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya Kasih tiada banding Setia tiada tara Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini Yang sesekali pernah kau bagaikan awan Sehingga tak mungkin terlupa Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi Setitis pun air matamu kasihku Sehingga kau katakan Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku Kasih tiada banding setia tiada tara Bagaimanapun jua Aku pelindung dirimu sayang Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu
Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku Kasih tiada banding setia tiada tara Bagaimanapun jua Aku pelindung dirimu sayang Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Siapa tidak kenal M. Nasir, pencipta lagu tersohor di Malaysia.
Kini dalam anugerah Juara Lagu terbitan TV3 pada Ahad 29 Januari 2012 ini, M. Nasir sekali lagi mempertaruhkan sebuah lagu yang amat hebat iaitu AWAN NANO nyanyian Hafiz, Juara Akademi Fantasia 2010.
Untuk rekod, M. Nasir dan Anugerah Juara Lagu TV3 sudah tidak asing lagi.
Antara artis paling berjaya dalam sejarah Juara Lagu ialah M. Nasir - dia banyak kali menang sebagai penyanyi dan juga komposer.
M. Nasir menang juara lagu pada 1994 menerusi lagu 'Tanya Sama itu Hud Hud', Ghazal untuk Rabiah - duet bersama Jamal Abdillah pada 1997 dan Andalusia pada 1999. Lagu lagu itu juga semuanya dicipta M. Nasir.
Bagi saya Awan Nano pasti mendapat tempat, mungkinkah Juara pada Anugerah Juara Lagu 2012?
Anugerah Juara Lagu adalah pertandingan muzikal nombor satu di Malaysia, dianjurkan stesen televisyen nombor 1 negara, TV3 sejak 1986 lagi.
Setiap tahun, rancangan itu yang dulunya dikenali Muzik Muzik sebelum dikenali Anugerah Juara Lagu, disiarkan secara langsung TV3 bagi memilih lagu terbaik dan paling popular di Malaysia setiap tahun.
Bermula dari juara pertama - Francesca Peters pada 1986 sehinggalah Aizat pada 2009, dan terbaru Hafiz pada 2012 menerusi lagu Awan Nano ciptaan M. Nasir, Juara Lagu sentiasa menggamit minat penonton yang terpaku di depan Televisyen setiap kali rancangan itu ke udara.
Aizat - pemenang 2009, dan Hafiz pemenang 2012, mungkin masih bayi atau masih belum dilahirkan ketika Juara Lagu 1986 ke udara.
Antara artis paling berjaya dalam sejarah Juara Lagu ialah M. Nasir - dia banyak kali menang sebagai penyanyi dan juga komposer.
M. Nasir menang juara lagu pada 1994 menerusi lagu 'Tanya Sama itu Hud Hud', Ghazal untuk Rabiah - duet bersama Jamal Abdillah pada 1997 dan Andalusia pada 1999. Lagu lagu itu juga semuanya dicipta M. Nasir.
Terbaru M. Nasir menang kali ke 4 menerusi lagu ciptaannya AWAN NANO dinyanyikan Hafiz (Juara Akademi Fantasia 7 dari Sarawak) pada AJL 26 yang berlangsung pada malam 29 Januari 2012.
Siti Nurhaliza juga menang juara lagu sebanyak 3 kali menerusi Jerat Percintaan pada 1996, Cindai pada 1998 dan Balqis pada 2000.
Aishah juga menang 2 kali pada 1990 dengan lagu Janji Manismu dan Cinta Beralih Arah pada 1995.
Berikut senarai pemenang Juara Lagu dari 1986 hingga 2012.
1986 - Sekadar di pinggiran - Francesca Peters
Komposer Manan Ngah / Lirik Lukhman S.
Inilah juara pertama Anugerah Juara Lagu TV3 dan ketika itu dikenali Muzik Muzik. Francesa Peters berjaya menewaskan ramai sekali penyanyi popular ketika itu termasuklah Kumpulan AlleyCats dengan lagu Sampaikan Salam dan Rohana Jalil. Lihat pentasnya masih berkonsepkan Analog - teknologi zaman tu sebab belum sampai ke tahap teknologi Digital dan HD - High Defintion dan 3D - 3 Dimensional.
1987 - Menaruh Harapan - Zaiton Sameon
Komposer A. Ali / Lirik Habsah Hassan
Lagu ini memang hebat - mampu menyaingi lagu Rock yang begitu popular di Malaysia ketika itu. Malahan Allahyarham Sudirman Haji Arshad dengan lagu Merisik Khabar pun tewas.
1988 - Kau Kunci Cintaku - Ramlah Ram
Komposer / Lirik Ahmad Nawab
Lagu ini menyerlahkan kekuatan vokal Ramlah Ram yang bakatnya mula digilap setelah muncul juara Bintang RTM. Ramlah juga memakai costum atau pakaian istimewa malam itu yang menampakkan lambang kunci. Kau kunci cintaku, didalam hatimuuuu!!!
1989 - Isabella - Search
Komposer Search / Lirik Bob Lokman
Search akhirnya membuktikan keunggulannya sebagai kumpulan Rock no.1 Malaysia - Lagu Isabella popular di senatero dunia termasuk Indonesia. Lagu ini benar benar mendayu dan menyentuh perasaan. Persembahan Search diiringi seruling Rahim Othman. Saksikan persembahan mantap Amy, Din, Kid, Yazid dan Nasir.
1990 - Janji Manismu - Aishah
Komposer Adam Ahmad / Lirik - Aishah
Aishah berjaya menjuarai Juara Lagu 1990 meskipun dia satu satunya yang membawa lagu pop - peserta akhir lain didominasi kumpulan Rock. Kunci kejayaan lagu ini terletak pada vokal Aishah. Aishah sebenarnya pernah menyanyi di New Zealand dan popular di negara itu.
1991 - Takdir dan Waktu - Mega
Komposer Rahim Othman / Lirik - Juwie
Tanpa disangka sangka - kumpulan rock Mega berjaya muncul juara meskipun banyak lagu lain yang lebih hebat pada malam itu.
1992 - Pada syurga diwajah mu - Nash
Komposer Fauzi Marzuki / Lirik Bob Lokman
Perhatikan pemain gitar dalam persembahan Nash ini adalah Man Kidal - rakan Nash dalam kumpulan Lefthanded.
1993 - Teratai Layu di Tasik Madu - Fauziah Latiff
Komposer - Adam Ahmad / Lirik S. Amin Shahab
Lagu yang sungguh meruntun perasaan sesiapa juga yang mendengarnya. Antara Lagu terbaik Fauziah Latiff
1994 - Tanya Sama itu Hud Hud - M. Nasir
Komposer / Lirik M. Nasir
Detik bermulanya kemenangan M. Nasir dalam Juara Lagu - Tanyalah sama itu hud hud!!!
1995 - Cinta Beralih Arah - Aishah
Komposer Jari / Lirik Habsah Hassan
Aishah sekali lagi menjuarai Juara Lagu - penulis lirik lagu ini - Habsah Hassan antara penulis lirik paling hebat di Malaysia
1996 - Jerat Percintaan - Siti Nurhaliza
Komposer Adnan Abu Hassan / Lirik Othman Zainuddin & Hani MJ
Di sini bermulalah era kegemilangan Siti Nurhaliza sebagai penghibur wanita paling tersohor dan terpopular di Malaysia
1997 - Ghazal Untuk Rabiah - M. Nasir & Jamal Abdillah
Komposer M. Nasir / Lirik S. Amin Shahab
Sifu atau Guru - M. Nasir berpadu suara dengan Jamal Abdillah untuk melahirkan masterpiece tiada tandingan ini.
1998 - Cindai - Siti Nurhaliza
Komposer Pak Ngah / Lirik Hairul Anwar Harun
Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan dia memang hebat menerusi lagu Cindai ini.
1999 - Andalusia - M. Nasir
Komposer M. Nasir / Lirik Allahyarham Loloq
M. Nasir membuktikan kenapa dia dipanggil Sifu apabila menang Juara Lagu buat kali ke 3. Penulis lirik bagi Andalusia ialah Allahyarham Loloq.
2000 - Balqis - Siti Nurhaliza
Komposer Pak Ngah / Lirik Hairul Anwar Harun
Ini kali ketiga penyanyi jelita ini yang sudah menjadi milik Dato K, menjuarai Juara Lagu TV3. Lagu Irama Malaysia yang muncul Juara Lagu 2000.
2001 - Mimpi Laila - Yassin
Komposer / Lirik Yassin
Yassin mengejutkan semua pihak apabila muncul juara lagu 2001 dengan lagu Mimpi Laila yang diciptanya sendiri dan liriknya ditulis olehnya sendiri. Yassin adalah bekas penyanyi kumpulan nasyid - Brothers sebelum mencari haluan baru sebagai penyanyi solo dan nyata perjuangan seninya itu berbaloi.
Lagu nyanyian pasangan suami isteri ini mengejutkan semua pihak apabila muncul juara kerana dikatakan bukan lagu favourite untuk muncul juara, sekaligus menimbulkan kontroversi. Sebaliknya lagu "Menadah Gerimis" ciptaan Azmeer dan dendangan Ziana Zain yang menjuarai kategori Balada dikatakan lebih hebat dan paling sesuai untuk menang, dan bukannya lagu Keliru. Hmmm "Keliru" memang mengelirukan!!
2003 - Bunga Bunga Cinta - Misha Omar
Komposer / Lirik Adnan Abu Hassan
Misha Omar membuat kemunculan pada juara lagu dengan menjuarai pertandingan edisi 2003 menerusi lagu yang mendayu dayu ini.
2004 - Relaku Pujuk - Spider
Komposer Tam Spider / Lirik Keon
Kumpulan Spider membuktikan masih ada ruang untuk artis berkumpulan menang juara lagu selepas kali terakhir dimenangi Search pada 1990 dan Mega pada 1991. Lagu yang hebat lagi bertenaga ciptaan penyanyinya sendiri Tam. I like this song.
2005 - Gemilang - Jaclyn Victor
Komposer Aubrey Suwito / Lirik Asmin Mudin
Juara Malaysian Idol musim pertama - Jaclyn Victor bersaing hebat dengan juara Akademi Fantasia musim ke 3 - Mawi yang membawakan lagu Aduh Saliha pada malam juara lagu 2005 - Akhirnya Jaclyn berjaya juga mengalahkan Raja SMS - Mawi. Ini juga kali kedua seorang penyanyi bukan Melayu berjaya muncul juara selepas kali terakhir Francesa Peters pada 1986. Penulis lirik lagu ini pula Asmin Mudin berasal dari Sabah. Satu kejayaan dalam konteks 1 Malaysia.
2006 - Terlalu Istimewa - Adibah Noor
Komposer Azlan Abu Hassan / Lirik Adibah Noor
Berbadan gempal bukan halangan kepada Adibah Noor untuk menjuarai Anugerah juara lagu 2006. Kelunakan suaranya, kekuatan melodi dan lirik, berjaya menobatkan Terlalu Istimewa sebagai Juara Lagu 2006. Ceritanya berkisar kepada kanak kanak mangsa jenayah di Malaysia.
2007 - Itu Kamu - Estranged
Komposer / Lirik - Estranged
Kumpulan Indie atau Independent akhirnya memecahkan tradisi Juara Lagu apabila muncul juara dengan lagu Itu Kamu ciptaan kumpulan itu sendiri. Penyanyi dan penulis lirik Itu Kamu - Rich atau Richael Lawrence Gimbang yang berasal dari Sabah pernah menyertai Akademi Fantasia musim ke 4. Ini juga kali pertama peserta program realiti Akademi Fantasia muncul Juara Lagu. Tahniah Rich.. Tahniah Sabah. Tahniah Estranged
2008 - Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain
Komposer / Lirik Meet Uncle Hussain - Taja/Tass & Lan
Sekali lagi kumpulan Indie mengungguli Juara Lagu kali ini menerusi kumpulan Meet Uncle Hussain. Keunikan lagu ini dan kelantangan vokalisnya, Lan atau Azlan berjaya memukau juri pertandingan. Tapi sayang seribu kali sayang, selepas bergelar Juara Lagu 2008, Penyanyi utama Meet Uncle Hussain, Lan telah meninggalkan kumpulan itu dan menubuhkan Lan & The Typewriter. Apa yang berlaku??
2009 - Pergi - Aizat
Komposer Pete Teo / Lirik Amran Omar
Aizat - peserta Akademi Fantasia musim ke 5, muncul peserta Akademi Fantasia kedua menjadi juara Lagu selepas Rich AF4 pada 2007. Dulu gempal, sekarang kurus - nyanyian Aizat pada lagu berkonsepkan 1 Malaysia itu berjaya memukau juri untuk sekaligus dinobatkan Juara Lagu 2009. Namun ada pihak beranggapan ada lagu lain yang lebih baik dari Pergi untuk dinobatkan Juara Lagu 2009.
AJL 2010 - AJL ke 25
Updated Ahad 9 January 2011 - Anugerah juara lagu ke 25 dilangsungkan TV3 sebentar tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan pemenangnya ialah seorang penyanyi baru yang memang baru dan dilaporkan bakatnya dikesan menerusi lagu lagunya yang diuploadkan ke Youtube.. Hmm macam superstar Amerika Syarikat - Justin Bieber.
Ok pemenang Anugerah Juara Lagu 2010 ialah Ana Raffali menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku. Lagu ini mendapat perhatian juri AJL 25 diketuai M. Nasir dibantu ramai lagi termasuk Amy Search dan Habsah Hassan. Lagu ini dicipta Ana dan Liriknya oleh Ana juga.. hebat kan.. Dengan kemenangan ini Ana membawa pulang RM 35,000.
AJL ke 26, dilangsungkan di stadium Putra Bukit Jalil pada Ahad 29 Januari 2012, menobatkan lagu terbaik Malaysia untuk tahun 2011.
Sudah dijangka sifu M. Nasir juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke 26 sebentar tadi pada Ahad, 29 Januari 2012.
Lagu ciptaannya AWAN NANO dan lirik oleh Buddhi Hekayat, dinyanyikan Juara Akademi Fantasia Musim ke 7, Hafiz, muncul juara Lagu sekaligus menggondol hadiah wang tunai RM35,000.
Hafiz juga menang kategori vokal terbaik, membawa pulang wang tunai RM10,000. Pakaian Hafiz juga menarik perhatian kerana amat simple, hanya berT-Shirt dan track-suit, sesuai dengan tema lagu ini mengenai anak yang bertengkar dengan ayahnya lalu insaf dan kembali berdamai dengan "ayahnya" yang menunggu di bawah pentas!!
Sebelum ni M. Nasir sudah 3 kali menang juara lagu pada 1994 menerusi lagu 'Tanya Sama itu Hud Hud', Ghazal untuk Rabiah - duet bersama Jamal Abdillah pada 1997 dan Andalusia pada 1999. Lagu lagu itu juga semuanya dicipta M. Nasir.
Tahniah M. Nasir dan Hafiz dan Buddhi Hekayat.
Tempat kedua pula dimenangi lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin dan lirik oleh Tinta, nyanyian 3 suara Ning Baizura, Jaclyn Victor, Shila Amzah, meraih hadiah wang tunai RM15,000.00
Manakala tempat ketiga lagu KARMA nyanyian Faizal Tahir dan ciptaan/lirik Audi Mok dan Faizal Tahir untuk hadiah wang tunai RM12,000.00. Gimik Faizal Tahir bermain piano ketika piano sedang terbakar mengegarkan Malaysia!!
Anugerah Juara Lagu ke 27 berlangsung di stadium Bukit Jalil pada Ahad 6 Januari 2013. Yuna menjuarai AJL 27 dengan lagu Terukit di Bintang ciptaan dan lirik oleh Yuna sendiri.
Namun Yuna berada di Amerika Syarikat ketika final AJL 27, Aizat menggantikan Yuna sebagai penyanyi dan berjaya menyampaikan lagu itu dengan baik. Yuna meraih hadiah wang tunai RM35,000.00, namun melodi lagu ini macam pernah saya dengar di lagu lain, adakah lagu Yuna ini diciplak melodinya dari lagu lain???
Sayang sekali Jimmy Palikat dan One Nation Emcee diiringi penari2 berpakaian tradisi Sabah, tidak dinobatkan juara persembahan terbaik yang sebaliknya milik Black dan RJ yang menyanyikan lagu Teman Pengganti, persembahan terbaik diundi oleh orang ramai menerusi sms.
Naib juara AJL 27 milik Azlan and the Typewriter dengan lagu Idola manakala Hafiz dengan lagu KuAkui di tempat ketiga. Vokal terbaik dimenangi Hafiz dengan lagu Ku Akui.
Anugerah Juara lagu ke 28 pula berlangsung pada 26 Januari 2014 bersamaan hari Ahad di stadium Putra Bukit Jalil.
Hafiz terus unggul apabila menang 3 kategori iaitu Juara Lagu AJL ke 28 membawa pulang hadiah wang tunai RM35000 dengan lagu Bahagiamu Deritaku ciptaan dan lirik oleh LY dan Baiduri. Hafiz juga menang persembahan terbaik, menawarkan wang tunai RM10,000 menerusi konsep musim luruh dimana set pentas diserikan pokok luruh lengkap dengan dedaunan luruh. Hafiz juga menang anugerah lagu paling banyak didownload bagi senarai 12 lagu AJL oleh Celcom.
Namun penguasaan 3 tahun berturut turut oleh Hafiz selaku vokal terbaik kali ini dinafikan Jacyln Victor menerusi lagu Ikut Rentaku yang dinyanyikan bersama 5 penyanyi wanita hebat termasuk Adibah Nor, Salamiah Hassan dan Adira. Jacyln membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.
Tempat kedua AJL 28 dimenangi Hyper Act dengan lagu hebat Hanya Aku. Mereka membawa pulang wang tunai RM15,000
Manakala tempat ketiga Lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awie Rafael dan Altimet, membawa pulang RM12,000.00. Menariknya lagu ini ketika dipersembahkan pada malam final AJL 28 lengkap dengan gimik ribuan "wang tunai" dijatuhkan dari siling stadium kepada ribuan hadirin. Hmm..hebatt
Terima kasih kerana membaca dan mendengar. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin. Happy Chinese New Year.
Tahniah kepada Meet Uncle Hussain kerana muncul pemenang keseluruhan Anugerah Juara Lagu, AJL ke 23, anjuran TV3 di Stadium Putra Bukit Jalil, 18 Januari lalu.
Rancangan itu disaksikan lebih 4 juta penonton di Malaysia.
Selaku pendokong muzik Indie atau independent – kejayaan Meet Uncle Hussain menerusi “Lagu Untukmu” yang didendangkan dalam nada amat tinggi oleh vokalisnya – Lan, pasti meneruskan kesinambungan perjuangan muzik Indie – susulan kemenangan kumpulan Estranged pada AJL ke 22.
STACY MILEY CYRUS
Meet Uncle Hussain juga berjaya menepis saingan hebat Juara Akademi Fantasia musim ke 6, Stacy atau Miley Cyrus Malaysia - menerusi lagu “Aku Stacy”, selain saingan dari bekas Juara – kumpulan Spider dan Sofaz yang turut memukau dengan kehebatan melodi dan showmanship masing masing.
Apa yang memusykilkan – Meet Uncle Hussain hanya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM 37,000.00 iaitu RM 12,000 selaku juara kategori balada dan RM 25,000 sebagai juara keseluruhan, sedangkan mereka adalah pemuzik professional.
Bandingkan jumlah itu dengan hadiah wang tunai RM 1 Juta yang menanti pemenang rancangan realiti “One in a Million” atau OIAM yang disiarkan di 8tv.
Peserta rancangan OIAM adalah penyanyi baru atau amatur – tetapi boleh menang jumlah wang tunai yang begitu besar iaitu RM 1 Juta.
2 pemenang rancangan itu sebelum ini ialah Suki pada OIAM musim pertama dan AYU - OIAM musim kedua, kedua duanya sudah menjadi jutawan sedangkan Meet Uncle Hussien selaku pemuzik professional – mungkin belum mencapai status jutawan.
AYU - JUARA OIAM Musim ke 2(DAH JUTAWAN AYU NI...!!)
OPRAH WINFREY (WANITA KULIT HITAM PERTAMA MENCAPAI STATUS BILLIONAIRE)
Ayu atau Oprah Winfrey Malaysia juga bertanding dalam final Juara Lagu 23 tetapi tewas dalam kategori balada kepada Faizal Tahir yang unggul menang 3 kategori – vokal dan persembahan terbaik serta juara balada menerusi lagu Sampai Syurga ciptaan Audi Mok & Ahmad Izham Omar dan lirik oleh Faizal Tahir sendiri.
Mungkin Ayu tewas dalam final AJL 23 tapi dia masih seorang Jutawan.
- wang kemenangannya dalam kariernya yang baru mencapai usia setahun jagung mungkin lebih besar dan lebih banyak daripada kebanyakan finalis AJL 23 mahupun pemenang AJL dan Muzik Muzik musim lalu sejak 1986 hingga sekarang...!!
Keseluruhannya Faizal – naib johan OIAM musim pertama membawa pulang wang tunai RM32,000 - sebahagian perlu dikongsi bersama Audi Mok dan Ahmad Izham Omar selaku komposer "Sampai Syurga".
Hadiah bagi program realiti lain juga jauh lebih tinggi daripada juara Anugerah Juara Lagu – seperti wang tunai, kereta, apartmen mewah dan percutian ke luar negara untuk Juara Akademi Fantasia, wang tunai USD100,000 atau RM350,000 untuk juara Gang Starz dan lain lain.
Dan Stacy pastinya, biarpun tewas dalam AJL 23 tetapi hadiah kemenangannya selaku Juara Akademi Fantasia Musim ke 6, menjangkau RM600,000 hingga RM700,000... banyak kan???
Apapun, mengapa 2 finalis AJL dari Sabah iaitu Stacy dan Ayu – disamakan dengan 2 personaliti terkemuka dari Amerika Syarikat ?? Miley Cyrus dan Oprah Winfrey…!!
Fikir fikirkan lah… Happy Chinese New Year 2009…!!!
British girl missing in Portugal since May 3rd, 2007. Madeleine McCann A combination of two pictures released by Madeleine McCann's family. One shows Madeleine at the age of 3 (L), and an 'age progression' image of what she would look like at the age of 9. Madeleine McCann disappeared on May 3, 2007, just days before her fourth birthday, from the family's holiday apartment at the Portuguese resort of Praia da Luz. Her parents were dining with friends at a nearby restaurant when she went missing. If you have any information on Madeleine's whereabouts, please contact the Operation Grange team at 0207 321 9251 or OperationGrange@met.pnn.police.uk. More info about Madeleine can be found at: findmadeleine.com
Help 12 year old NEOWELL VANN HOUTTON, Thalassemia patient from Sabah, East Malaysia
URGENT APPEAL FOR DONATION OF rare blood type O Positive R1R1 JKA , call the mother, Selly Onong, 0107826955
Missing Child in Malaysia / Kanak2 hilang
Satishkumar Tamilvanan, 5 years old is missing in the district of Jalan Permatang Pauh, Seberang Jaya, Penang at 2.00 p.m. on the 8th of August 2012. He was last seen in green shorts,a yellow T-shirt with a Spiderman motif and clad in shoes and socks. If you have seen this child anywhere, please contact the Action Room, Police HQ,Seberang Perai Tengah at 04-538 2222 or INSP Mohamad Ehsan Bin Abu Bakar at 012-2494002.
KANAK KANAK HILANG / MISSING CHILD IN MALAYSIA
Sharlinie Mohd Nahar, 5 tahun, hilang sejak 9 januari 2008 di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Jika ada maklumat, hubungi polis. Sharlinie Mohd Nahar, 5, missing since 9th january 2008 inTaman Medan, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, if you find her, contact the nearest police station.
Missing Child/Kanak kanak Hilang di Malaysia
Lee Xin Ru, was 2 years old when she went missing. on 21st September 2010 in Raub, Pahang, Malaysia. Kanak Kanak ini Lee Xin Ru, berusia 2 tahun ketika hilang pada 21 September 2010 di Raub, Pahang, Jika ada maklumat, hubungi balai Polis terdekat.
TMJ's land in Singapore
-
Fitnacle, Damansara, 3 Sept: Well, if you know your history then you'd
know that Temasik, before it became Singapura or Singapore, was part of
what is tod...
Our May Love Letter for You
-
To Our Edamame Wooi, 30 May 2021 | I’m up at 5:47AM waiting for “breakfast”
to be heated up. Hunger pangs since 11PM and up since 1:11AM thinking I
could s...
Cakap serupa bikin?
-
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin is at a crossroad to put money
where his mouth is, in the perspective of integrity and proper governance.
The ...
City Guide: Things to Do and avoid in Lhasa, Tibet
-
Why visit Lhasa? Lhasa ལྷ་ས་, literally the “Place of the Gods,” is the
capital of the Tibet Autonomous Region, is located in the southeast of
Tibet, and...
Oasis - Definitely Maybe (1994)
-
25th anniversary of the release of a classic rock album: 29th August 1994:
their debut studio album: was an immediate commercial and critical success
in th...
Penerima Anugerah Bintang daripada TYT Sabah 2018.
-
KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Hashim
Paijan mendahului senarai 75 penerima darjah kebesaran, bintang serta
pingat sempe...
Listen To This: Eyes On You!
-
This is so cool!! And unexpected! NVDES start their song May and June off
as a French-inspired indie pop song and finish it off by giving us lounge
and lei...
Dr. Mahathir dan kebodohan media umno
-
Mengapa serangan media umno terhadap Tun Dr. Mahathir ibarat menikam umno
sendiri? Dengarkan rumusan oleh Bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihan...
Kedah tak terpulun JDT - takda idea
-
Jika kita tengok dari publisiti yang besar menjelang Piala Akhir Malaysia
minggu lepas, perlawanan akhir antara Kedah dan JDT sepatutnya memang
hebat. Du...
SALAM BAHAGIA DAN SELAMAT MEMBACA
-
As Salam. Ramai yang bertanya sama ada saya masih menulis di blog atau
sebaliknya. Saya memberitahu mereka bahawa tumpuan kini adalah kepada tiga
cabang m...
11 Years
-
Dear Papa, 11 years have passed since you left us. Even after 11 years,
everybody still talks about you like you are still around. Every now and
then, I st...
Catatan Di Belakang Tirai Besi
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini
saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan
selepas...
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung
-
Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370
berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil
Badan P...
The Year That Was
-
Dear everyone,
I know, I know, I've been very bad. Haven't posted anything since August.
But life has been ridiculously busy with so many different projec...
“We stand together as sky falls”
-
Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses
on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work,
patr...
On The Beat: A journo’s jottings
-
In the face of brickbats from politicians and pundits, through holidays and
hectic days, a newspaperman wrote his piece every week for 14 years,
staying s...
The Millionaire Amah
-
If you were an amah or domestic help who has won a lottery worth millions
of $, would you stay on in your job? Most people, if not all, would not.
But not...