Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

Banjir Besar dan Tanah runtuh di Kota Kinabalu dan Putatan, Sabtu 19 November 2011


Hujan lebat tanpa henti lebih 5 jam di pantai Barat Sabah pada Sabtu 19 November 2011 lalu menyebabkan sebahagian besar kawasan di Kota Kinabalu dan Putatan dilanda banjir.

Air naik setinggi 1 meter.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Namun 58 penduduk di Putatan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Belia dan Sukan Putatan bagi keselamatan mereka.

Antara kawasan dilanda banjir di Kota Kinabalu ialah di Lido, Taman Che Mei, KK High School, Kepayan Ridge dan beberapa lagi kawasan perumahan.

Di Putatan pula, antara dilanda banjir ialah di Taman Jumbo, Taman Bersatu, Pasir Putih, sekitar Kepayan dan Kampung Sekambu Petagas.

Tanah runtuh akibat hujan lebat juga dilaporkan berlaku di Kampung Batong, Duvanson, Putatan.









Penduduk menyifatkan ini banjir terburuk melanda Putatan sejak 1987, bersamaan tempoh 24 tahun lalu.

Moga Sabah dijauhkan dari bencana.

Tuesday, March 29, 2011

Sampai bila Kota Marudu harus mengalami masalah Banjir??






Gambar di atas dan lagi gambar dibawah adalah banjir terbaru yang melanda daerah Kota Marudu di utara Sabah pada 13 dan 14 Mac 2011 lalu.

Statistik banjir Kota Marudu pada 14 Mac 2011 :

57 kampung terlibat
936 keluarga terlibat
3,380 orang terlibat
21 pusat pemindahan disediakan


Antara Kampung terlibat banjir di Kota Marudu :

Langkon Lama
Tambun
Marudu Laut
Tonsom
Bengkongan
Popok Laut
Parong
Kuranji
Longob
Pancur
Ranau
Ongkilan
Bintasan Laut
Tanjung Batu
Pekan Lama
Salaping
Marudu Darat

Kasihan penduduknya, sudahlah ramai lagi hidup dalam kesulitan akibat faktor ekonomi, nasib mereka pula malang apabila kesusahan hidup bertambah teruk akibat banjir.












Untuk rekod, daerah Kota Marudu juga pernah dilanda banjir besar pada sekitar waktu yang sama iaitu February hingga Mac 2010 dan juga beberapa tahun sebelumnya.

Sampai bilakah masalah ini akan berakhir?

Untuk rekod, antara Wakil Rakyat di Utara Sabah seperti Kota Marudu dan Kudat termasuklah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili (ahli Parlimen Kota Marudu) dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Rahim Bakri (Ahli Parlimen Kudat)..

Perdana Menteri perlu melihat masalah ini seperti gagasan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Tuesday, January 6, 2009

Sungai Golok, di mana silapnya??

Saya terpanggil membuat komentar ini setelah membaca di akhbar kejadian banjir yang kerap berlaku di Kelantan akibat limpahan Sungai Golok…

Untuk pengetahuan, Sungai Golok adalah sempadan kepada Kelantan dan Thailand… atau negara Siam..

Mengapa setiap kali hujan lebat dan berlaku limpahan air sungai Golok, hanya Kelantan yang terkena tempiasnya – dengan berita banjir di merata Jajahan seperti Tumpat, seringkali menghiasai dada akhbar dan juga laporan berita televisyen.

Kita tahu, ada banyak juga penempatan di sepanjang sungai Golok di sebelah Thailand…. Tetapi adakah kawasan di Thailand itu turut dilimpahi air Bah atau Banjir??

Adakah ini bermakna, system pencegahan banjir di Thailand lebih efektif dari Kelantan atau Malaysia amnya???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs