Showing posts with label Ops Daulat. Show all posts
Showing posts with label Ops Daulat. Show all posts

Thursday, January 9, 2014

pertempuran di kg tanduo, lahad datu 1 mac 2013 didahului dengan kata kata "tiger.berambus kamu dari sini. ini tanah kami"..




Tiger. berambus kau dari sini. ini bumi kami.

itu kata kata dilontarkan sekumpulan 35 hingga 40 penceroboh bersenjata memakai seragam celoreng di kampung tanduo, lahad datu pada 1 mac tahun lalu sebelum mereka mula menembak ke arah pasukan keselamatan malaysia.

pertempuran selama sejam selepas itu mengorbankan 2 anggota pasukan keselamatan malaysia serta menyebabkan 12 penceroboh, terbunuh.


perkara itu dinyatakan superitenden mancha anak laga dari unit vat sixty nine pasukan gerakan am.

beliau memberi keterangan selaku saksi ketiga di hari ketiga perbicaraan 30 pengganas termasuk 3 rakyat malaysia yang terbabit dalam insiden pencerobohan lahad datu tahun lalu.

menurutnya pertempuran berlaku apabila sepasukan anggota vat sixty nine terserampak kumpulan penceroboh terbabit kira kira 10 pagi, 1 mac lalu.

selepas ditembak penceroboh, pasukan keselamatan malaysia mencari perlindungan dan menembak balas.

dalam pertempuran itu, seorang daripada anggota dalam pasukan superitenden mancha, kopral sabarudin daud terkorban akibat cedera parah, terkena tembakan di kepala.

menurut superitenden mancha, beliau dimaklumkan menerusi walkie talkie bahawa seorang lagi anggota pasukan keselamatan yang berada dalam pasukan berasingan, inspektor zulkifli mamat turut terkorban dalam pertempuran itu.

selepas pertempuran berhenti, beliau dan pasukannya melakukan pemeriksaan dan menemui 12 mayat penceroboh beserta sejumlah senjata.

22 daripada 30 tertuduh menghadapi dua pertuduhan iaitu melancarkan peperangan ke atas yang di pertuan agong yang membawa hukuman mati mandatori mengikut seksyen 121 kanun keseksaan.

serta menganggotai kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup mengikut seksyen 131 k-a kanun keseksaan.

mereka termasuk panglima pengganas berpangkat jeneral, datu amirbahar hussin kiram.

manakala yang lain didakwa kerana melindungi pengganas dan merekrut pengganas.

perbicaraan di depan hakim stephen chung dibantu pasukan pendakwaan tujuh anggota diketuai peguam negara tan sri abdul gani patail manakala sejumlah 10 peguam mewakili tertuduh.

pasukan pendakwaan antara lain akan membuktikan kumpulan pengganas berkenaan berniat merampas sabah dengan melancarkan peperangan ke atas yang di pertuan agong.

perbicaraan ke atas 30 pengganas sulu itu kini berlangsung di kota kinabalu sejak 6 januari 2014 lalu.

Wednesday, August 7, 2013

1 Syawal 2013, sebak dan sedih untuk keluarga Allahyarham Sarjan Baharin Hamit yang meninggal dunia dalam insiden pencerobohan di Sabah

Sumber artikel : Bernama/Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

Setiap 1 Syawal mereka pasti menyambutnya sekeluarga sama ada di Semenanjung Tanah Melayu atau di Sabah, tapi Syawal kali ini pasti berbeza bagi Sumiati Suarah, 51, apabila suami yang selama ini menjadi peneman hidup pergi buat selama-lamanya.
Lebih menyedihkan, persiapan untuk menghadapi Aidilfitri saban tahun dibuat awal oleh arwah suami malah untuk tahun ini pun, tiket penerbangan sudah ditempah awal tahun untuk pulang berhari raya di kampung sebelah suami di Kuala Lumpur.
Suaminya Allahyarham Sjn Baharin Hamit, 49, adalah seorang daripada enam anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam peristiwa berdarah apabila kumpulan pengganas dari selatan Filipina menyerang hendap anggota keselamatan di Kampung Simunul, Semporna awal Mac lepas.
"Rasa sedih masih terasa...tahun ini dia sudah tiada...raya kali ini persiapan ala kadar sahaja, keseronokan beraya sudah hilang separuh. Anak-anak shopping raya pun tidak ceria malah tiada 'mood' beraya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kampung Darau, Menggatal dekat sini, baru-baru ini.
Meskipun reda dan berbangga dengan pemergian arwah sebagai wira negara, Sumiati berkata raya tahun ini 'sangat hilang' kerana suami yang 'paling seronok' melakukan persiapan raya pada setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri

"Kebiasaannya suami sebagai ketua keluarga akan membuat persiapan raya, beli baju raya untuk saya dan anak-anak, dua minggu sebelum raya. Anak-anak pun selalu cakap 'ibu tidak seronok nak beraya ayah dah tiada'.
"Setiap tahun dia hanya mengambil cuti raya dan menghabiskan masa beraya bersama-sama anggota keluarga. Kami juga bergilir-gilir balik raya di Sabah dan Kuala Lumpur," katanya dalam nada sedih.
Menceritakan detik-detik ketika mengetahui berita kematian suami dalam tragedi berdarah itu, Sumiati berkata suami menghubunginya sehari sebelum kejadian meminta mereka sekeluarga tidak bimbang selain meminta beliau dan anak-anak mendoakan keselamatannya.
"Siapa sangka beliau yang sering mengikuti mana-mana operasi yang diarahkan dan tidak pernah ditukar ke luar daerah atau negeri lain setelah 30 tahun berkhidmat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kota Kinabalu, terkorban dalam operasi besar kali ini," katanya.
Suri rumah itu berkata ketika suami dipanggil bertugas di Semporna tiada yang pelik kecuali anak bongsu perempuannya menangis teresak-esak tidak merelakan ayahnya bertugas di Semporna sedangkan sebelum ini dia 'ceria' setiap kali ayahnya diminta bertugas di luar daerah.

"Anak perempuan saya tidak bagi suami pergi operasi masa itu, dia menangis tidak habis-habis...dia kata akan rindu ayah bila ayah pergi outstation.
"Apabila ayahnya sampai Lahad Datu, ayahnya telefon dia tidak mahu bercakap sehingga pada malam sehari sebelum kejadian baru dia mahu cakap dengan suami yang menghubunginya," katanya yang menyifatkan mungkin itu petanda bahawa suami bakal meninggalkan beliau sekeluarga buat selama-lamanya.
Allahyarham yang berkhidmat sejak 1994 mempunyai dua anak Mohd Izzat Syafiq, 15, dan Nur Izzati Syafiqah 11. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Dua, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.
Sambil berharap anak-anak tabah menghadapi dugaan ini beliau berkata bantuan pendidikan yang diperolehi daripada kerajaan akan menyara kehidupan mereka pada masa depan.
Jika diizinkan kesihatan yang baik kami sekeluarga akan pulang beraya di Kuala Lumpur sepertimana tahun ini beraya di sana," katanya kini menumpang tinggal di rumah kakak sulungnya di Kampung Darau, Menggatal dan berkemungkinan meraikan 1 Syawal di situ.

Mohd Izzat ketika ditanya mengenai persiapan raya tahun ini berkata: "Tahun ini raya rasa lain dan menempah dua pasang baju Melayu berbanding tahun sebelum ayah beli yang sudah siap".
Sebelum Kampung Simunul Semporna bermandi darah sejak pembukaannya pada 9 Mac 1939, dua anggota polis komando VAT 69 terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu dan diikuti dua anggota tentera gugur dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, manakala seorang lagi terkorban dalam kemalangan di Jalan Tungku, Kampung Bakapit, Lahad Datu.
Rentetan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu, Februari lepas dan kejadian di Kampung Simunul Semporna, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) pada 7 Mac 2013.

Thursday, March 21, 2013

Cadangan memantapkan dan memperkukuhkan pertahanan Sabah dalam ESSCOM

Saya terpanggil memberikan cadangan ini kepada pihak berkuasa Malaysia untuk memantapkan lagi kawalan keselamatan kita di Pantai Timur Sabah ekoran pencerobohan pengganas Sulu Kiram di Kg Tanduo, Lahad Datu, 12 Februari 2013 lalu yang menyebabkan 73 orang maut setakat ini 22 Mac 2013 termasuk 63 kematian di kalangan pengganas dan 10 anggota keselamatan terkorban.

PM Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri sudah melawat Ground Zero di Felda Sahabat, Lahad Datu pada 7 Mac 2013, 2 hari selepas Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac 2013 melibatkan serangan besar besaran udara, darat oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Polis serta kepungan di laut oleh TLDM, APMM dan Marin.

Saya melihat sendiri keadaan di Lahad Datu dan amat sedih dengan apa yang berlaku di Sabah. Pelaburan dan pelancongan kita terjejas. Imej Sabah dan Malaysia yang aman damai dicalar oleh kebodohan individu bernama Kiram III yang sudah tua bangka dan hanya tunggu mati tetapi amat bodoh, gila, jahat dan tidak mahu dunia ini aman.



Selain Kiram, Sabah juga berdepan ancaman kumpulan jahat dari selatan Filipina termasuk Abu Sayyaf, lanun dan penjenayah yang sudah beberapa kali melakukan perkara jahat dan tidak baik di Sabah umpamanya penculikan di pulau Sipadan dan Pandanan pada tahun 2000, serangan dan rompakan di bandar lahad Datu pada 1985, serangan dan rompakan di Semporna sebanyak 2 kali pada 1995 dan banyak lagi penculikan dilakukan termasuk di Borneo Paradise Resort, Kunak pada 2004, penculikan di Felda Sahabat pada awal Februari 2013, penculikan di Semporna dan banyak lagi. Sabah kurang bernasib baik kerana berjiran dengan wilayah yang dipenuhi orang orang jahat dan tidak bertamadun.

PM Najib ada mengumumkan penubuhan ESSCOM atau Eastern Sabah Security Command, melibatkan daerah Kudat di utara hinggalah Tawau di Selatan dengan jarak pesisiran pantai 1,400 km. Ia libatkan tambahan 5 batalion tentera dan polis untuk kawal pantai timur Sabah serta penubuhan 6 balai polis baru di pulau gaya, banggi, felda sahabat, tanjung labian, pulau mabul dan pulau bum bum serta pewujudan 3 kompleks Kastam Kuarantin dan Immigresen.

Selain ESSCOM, kita sudah ada Ops Pasir yang dilancarkan pada tahun 2000 ekoran peristiwa penculikan kumpulan Abu Sayyaf dari selatan Filipina yang melarikan 21 orang termasuk pelancong asing Perancis, Lebanon dan Afrika Selatan dari Pulau Sipadan ke Jolo dan Basilan, filipina dan hanya dilepaskan setelah beberapa bulan setelah wang tebusan dibayar. Jahanam punya Abu Sayaff.

Dan berikut adalah cadangan saya untuk mantapkan ESSCOM.

1. Aktifkan JKKK, Rukun Tetangga dan sukarelawan meronda kampung, desa dan penempatan dan laporkan kepada pihak berkuasa atau ambil tindakan segera jika nampak kelibat mencurigakan yang mungkin talibarut penganas atau penganas itu sendiri. lebih baik jika sukarelawan ini dilengkapi senjata berlesen kerana pengganas mungkin bersenjata dan merbahaya.

2. Kita boleh belajar dari coastal defence paling top dalam sejarah, "Atlantic Fortress" yang dibina oleh Hitler semasa Perang Dunia ke II, oleh kerana:

- jauhnya lebih kurang sama (Kudat-Tawau 1,400km; Denmark-Spain: 2,000km)
- mengambil masa tidak berapa lama juga untuk dibina (3 tahun)
- berkesan. Ya, memang akhirnya D-Day berjaya juga, tapi kita perlu sedar bahawa kekalahan ini disebabkan oleh serangan amphibious paling hebat dalam sejarah dunia di Normandy, iaitu melibatkan serangan darat, laut dan udara serentak seramai 160,000 tentera darat, 200,000 navy, 12,000 kapalterbang dan 7,000 kapalaut. Kalau kasi jumlah semua, lebih 3 juta tentera Allied terlibat. Adakah Kiram + MNLF + MILF + Abu Sayyaf combined pun akan sampai begini punya level?


Perkara-perkara yang dilaksanakan sepanjang pantai Atlantic Fortress, yang juga boleh dibina sepanjang pantai Sabah Fortress:



- artillery emplacement (sehingga 400mm kaliber) di atas bukit sepanjang pantai 1,400km, dijaga oleh bunker kecil yg mengandungi machinegun atau light artillery
- 15,000 buah observation bunker dalam jarak-jarak tertentu di sepanjang pantai. Setiap satu ada lookout, agar boleh bagi warning awal. Setiap bunker dibina dengan steel-reinforced konkrit setebal 2m (tahan bom)
- Barbed wire & jerangkap samar (minefields) sepanjang pantai
- underwater obstacles & jerangkap samar diletakkan di dalam air tidak jauh dari pantai. Jumlah jerangkap samar: 6 juta
- Lebih banyak "gun emplacements" dan mines di sepanjang jalan keluar dari pantai
- parit anti-kereta kebal
- besi tajam diletakkan di tempat yg boleh digunakan oleh musuh utk mendarat dgn parachute
- Tempat berpaya dan sungai dipastikan sentiasa "banjir"
- bilangan buruh binaan yg diperlukan: 250,000
- keperluan simen/konkrit: 800,000 tan sebulan
- sekurang-kurangnya 100,000 anggota keselamatan ditempatkan secara kekal utk menjaga Sabah Fortress ini


3. Wujudkan Great Barrier of Eastern Sabah menyerupai The Great Wall of China.



Bagi saya, manusia pernah mencipta perkara yg dulu dianggap mustahil seperti Tembok Besar China..orang kata mustahil, tapi boleh juga dibuat. Panjang Great Wall of China antara 23,000 km dan 8,500 km dan dibina 2000 tahun lalu ketika tiada peralatan moden tapi boleh disiapkan juga. Bagaimana jika kita bina Great Barrier of Eastern Sabah sejauh 1,400 km dilengkapi struktur penghalang automatik seperti pagar elektrik 2.5 kilovolt untuk mencegah kemasukan anasir tidak diingini. Kita hanya buka 10 laluan dibenarkan untuk kapal dan bot keluar masuk dari Sabah dan semua 10 laluan itu dikawal ketat 24 jam sehari 365 hari setahun termasuk radar, mesingan, meriam, bom dan alat pengimbas...??? Mustahil.. tetapi boleh dilaksanakan..


4. Untuk integriti dan mencegah kemasukan penganas, militan dan pendatang haram melalui pemberian rasuah, kita letakkan 1,000 pegawai SPRM yang paling tegas dan tidak berkompromi. Siapa yang masukkan elemen tak diingini ini ke Sabah dari Filipina menerusi rasuah, kita tangkap mereka. Lebih baik hukum terus dan penjarakan di tengah tengah laut antara perairan Sabah dan Filipina, biar mereka rasa.

Sekian dan terima kasih kerana membaca.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs