Showing posts with label china badminton. Show all posts
Showing posts with label china badminton. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Li Lingwei, pemain terhebat badminton wanita China sepanjang zaman



China mempunyai ramai pemain badminton terhebat dan tersohor dan menyinar di dunia yang mampu meratah lawan dengan mudah.

Antara pemain terhebat sepanjang zaman pernah dilahirkan negara Tembok Besar itu ialah Li Lingwei yang sama hebat dengan pemain terhebat tenis wanita sepanjang zaman Steffi Graf.



Dilahirkan pada 4 Januari 1964, Li Lingwei sudah mengecap semua gelaran badminton dunia dalam perseorangan wanita dan bergu wanita.

Pada era 1980an, tiada pemain di dunia yang boleh mengalahkannya, kecuali rakan senegara dan rakan bergunya, Han Aiping.





Li Lingwei adalah juara dunia perseorangan wanita sebanyak 2 kali pada 1983 dan 1989.

Dia juga juara dunia bergu wanita sekali pada 1985.

Li Lingwei juga menjuarai Grand Prix Badminton dunia 4 kali pada 1983, 1985, 1986 dan 1987.

Pemain hebat ini juga 4 kali juara Badminton Piala Dunia pada 1984, 1985, 1986 dan 1987.

1983, 1986 dan 1987 itu juga tahun di mana dia muncul juara bergu wanita Piala Dunia sebanyak 3 kali.

Li Lingwei juga 2 kali juara singles wanita All England pada 1984 dan 1989 serta juga juara bergu wanita All England sekali pada 1985.



Hanya Han Aiping (gambar atas) rakan senegara Li Lingwei dari China yang mampu menewaskannya.

Han Aiping ialah juara dunia singles wanita 2 kali pada 1985 dan 1987.

Serta 2 kali juara Piala Dunia Badminton pada 1983 dan 1988 dan juara singles wanita All England 1985.

Syabas Li Lingwei. Mampukah pemain badminton wanita Malaysia mencapai kejayaan sehebat Li Lingwei dan Han Aiping?

Zhao Yunlei, pemain China yang bakal menjadi lagenda


Zhao Yunlei, dia boleh beraksi dalam 2 acara berbeza di final Kejohanan Badminton Dunia 2011 di London, England. Iaitu bergu wanita yang menang Perak dan bergu campuran dimana dia menang Emas.



Zhao Yunlei (depan) dan pasangannya dalam bergu wanita, Tian Qing.



Zhao Yunlei dan pasangannya, Zhang Nan dalam bergu campuran. Kini pasangan ini adalah juara Dunia bergu campuran dan ranking no. 1 dunia bergu campuran.

Jika ada pemain badminton yang boleh beraksi dalam 2 aksi final pada kejohanan sama samada di sukan Olimpik atau kejohanan dunia, maka dia memang legenda dan memang hebat.

China mempunyai pemain seperti ini seperti Li Lingwei (2 kali juara dunia wanita dan sekali juara dunia bergu wanita), Han Aiping (juara singles wanita dunia dan bergu wanita dunia 1985), Ge Fei (juara beregu wanita dan bergu campuran dunia 1997) dan Gao Ling (juara dunia bergu wanita dan bergu campuran 2001).

Lin Dan dari China pula satu satunya pemain di dunia yang menjuarai singles lelaki kejohanan dunia sebanyak 4 kali. Namun Lin Dan tidak pernah beraksi dalam 2 final sekaligus dalam 1 kejohanan samada kejohanan dunia atau Olimpik atau All England kerana acara yang disertainya hanya 1 iaitu perseorangan lelaki.

Korea juga ada pemain terhebat seperti ini iaitu Park Joo Bong (juara bergu lelaki dan bergu campuran dunia 1985 dan 1991) dan Kim Dong Moon (juara bergu lelaki dunia dan bergu campuran dunia 1999).

Manakala Indonesia ada Christian Hadinata dan Denmark ada Lene Koppen.

Di zaman moden ini, ada seorang pemain dari China yang mampu beraksi di final dalam 2 acara berbeza dalam kejohanan badminton sama tidak kira sukan Olimpik atau Kejohanan Badminton Dunia ataupun All England.

Pemain dimaksudkan ialah Zhao Yunlei dari China, pakar bergu wanita dan bergu campuran yang dilahirkan pada 25 Ogos 1986.

Pada kejohanan badminton dunia 2011 di London, yang disemarakkan dengan kejadian rusuhan di Britain oleh pelajar dan belia British, Zhao Yunlei muncul dalam 2 aksi final, bergu wanita berpasangan dengan Tian Qing dan bergu campuran berpasangan dengan Zhang Nan.

Bukan mudah untuk beraksi di 2 acara di 1 final kejohanan dunia. Bukan mudah.

Dalam bergu campuran Zhao Yunlei dan pasangannya Zhang Nan muncul juara menewaskan
pasangan England/Scotland, Chris Adcock dan Imogen Bankier, 21-15, 21-7.

Manakala dalam bergu wanita, Zhao Yunlei dan pasangannya Tian Qing agak kurang bernasib baik apabila tewas kepada rakan senegara dari China, Wang Xiaoli dan Yu Yang 20-22 dan 11-21.

Tidak mustahil Zhao Yunlei akan menang emas Olimpik dalam 2 acara berbeza selepas ini.

Syabas kita ucapkan kepada Zhao Yunlei.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs