Showing posts with label gangnam style. Show all posts
Showing posts with label gangnam style. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Kerajaan Malaysia tidak membayar persembahan penyanyi Korea, PSY di Pulau Pinang




Inilah persembahan hebat Gangnam Style oleh megastar Korea, PSY di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 lalu.

Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya 'Gangnam Style', hari ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.

"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.

Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.

Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.

Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College pada 11 Februari 2013 lalu.


Monday, September 10, 2012

Malaysian Olympic bronze medalist, Pandelela Rinong doing the Gangnam style




Pandelela Rinong who created history as Malaysia's first ever female Olympic medalist, is seen here dancing the hugely popular Korean dance number, Oppa Gangnam Style, in Kuala Lumpur on Monday, 10th September 2012.


Look, she is a natural Gangnam style dancer!!




The original Oppa Gangnam Style video by PSY that gripped the world!!

Hail to Pandelela and PSY!!

Pandelela Rinong menari Gangnam Style




Siapa kata Pandelela Rinong bukan peminat Gangnam style??


Pandelela, pemenang pingat gangsa terjun platform 10 meter di sukan Olimpik London, kelihatan dijemput menari Gangnam stye di minit ke 1:00 video ini. Majlis ini sebenarnya anjuran Majlis Olimpik Malaysia pada Isnin 10 September 2012 di Kuala Lumpur bagi penyerahan skim insuran kepada pemenang pingat Olimpik London 2012.




Ini pula video asal Oppa Gangnam Style oleh penyanyi Korea, PSY yang kini menjadi kegilaan di seluruh dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs