Showing posts with label khairul fahmi che mat. Show all posts
Showing posts with label khairul fahmi che mat. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Khairul Fahmi Che Mat bernikah dengan Leuniey Natasha, 28 Disember 2012












Tarikh 28 Disember 2012 pastinya amat istimewa bagi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23 tahun atau Apek yang akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hatinya Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey Natasha di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Ramailah gadis di luar sana yang turut meminati Khairul Fahmi, pasti kecewa dengan perkembangan ini. Manakan tidak, Khairul Fahmi antara pemain bolasepak paling popular di Malaysia dan mempunyai perwatakan menarik yang menjadi kegilaan wanita.

Khairul Fahmi berkata walaupun beliau dan skuad kebangsaan kini dalam peringkat persediaan terakhir sebelum misi mempertahankan Piala AFF Suzuki bermula, pada Ahad ini, 25 November 2012, namum ia tidak akan menjejaskan fokusnya bersama skuad Harimau Malaya.

"Hari ini bila saya sudah umumkan tarikh perkahwinan, saya harap penyokong dan peminat akan memahami saya kerana fokus utama saya pada masa ini adalah bersama pasukan negara.

"Perkahwinan ini tidak akan jejaskan fokus saya bersama skuad kebangsaan kerana majlis akad nikah hanya akan berlangsung enam hari selepas Piala AFF Suzuki tamat ditambah persiapan perkahwinan saya banyak dibantu oleh keluarga saya dan keluarga Leuniey," katanya selepas sidang media bagi mengumumkan rasmi tarikh perkahwinannya di Kuala Lumpur pada Rabu 21 November 2012.

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2012 akan diadakan pada 22 Disember 2012 dimana Malaysia adalah juara bertahan.

Dalam majlis yang sama, Khairul Fahmi, turut memaklumkan beliau dan pasangannya memilih konsep 'English Garden Style' untuk majlis resepsi perkahwinannya di Hotel Royale Bintang, Damansara, Kuala Lumpur pada 13 Jan 2013 atau 13.01.13.

Majlis persandingan sebelah perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Baharu, Kelantan pada 30 Disember berkonsepkan 'Melayu Kontemporari' manakala persandingan sebelah lelaki pula diadakan di kediaman rasmi Khairul Fahmi di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Jan 2013.

Ditanya mengenai tahap motivasi pemain skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan pertama menentang Singapura Ahad ini, beliau berkata kesemua rakan pasukannya berada pada tahap keyakinan yang tinggi bagi memastikan kejuaraan Piala AFF Suzuki pada edisi 2010 mampu dipertahankan.

"Sejujurnya saya dan rakan-rakan yang lain berada pada tahap motivasi yang tinggi dan kami semua tidak sabar untuk menentang Singapura.

"Kalah, menang itu memang sudah pasti dalam setiap permainan tetapi bagi saya ia adalah satu tekanan yang positif untuk saya dan rakan-rakan pasukan bermain dengan baik terutamanya apabila Malaysia adalah tuan rumah," katanya.

Malaysia dan Thailand merupakan tuan rumah bersama bagi Piala AFF Suzuki 2012 yang akan bermula pada 24 November 2012 hingga 22 Disember 2012.

Tahniah Apek. All the best Harimau Malaysia.

Thursday, April 19, 2012

Siapa gadis paling sesuai untuk Apek atau Khairul Fahmi Che Mat?















Siapa gadis paling sesuai untuk Apek atau Khairul Fahmi Che Mat?

Peminat bolasepak di Malaysia pasti kenal penjaga gol no. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek.

Dia bukan sahaja handsome, malahan tangkas menangkap bola dan menyelamatkan gawang Malaysia daripada dibocori.

Apek penjaga gol utama skuad kebangsaan dan Harimau Muda atau skuad Olimpik dan juga Kelantan.

Dia sudah mengecap pelbagai gelaran termasuk Juara Liga Super, Piala Malaysia, Juara Piala Suzuki AFF 2010 dan Juara Sukan Sea 2011.

Pasti Apek mempunyai ramai peminat wanita.

Antara yang hangat diperkatakan ialah Dahlia Teck.

Adakah Dahlia Teck, gadis paling sesuai untuk Apek? Hmmmm hanya Apek yang tahu jawapannya.

Apapun Apek pernah dilanda tragedi apabila adiknya meninggal dunia akibat demam denggi.

Ini membuktikan betapa bahayanya nyamuk Aedes kerana membawa denggi yang boleh membawa maut.

Denggi belum ada penawar. Saintis terhebat dari negara mana pun masih belum dapat mencari penawar/vaksin/ubat Denggi.

Oleh itu berhati hatilah. Jangan biarkan rumah anda dijadikan tempat pembiakan nyamuk aedes dan jentik jentik.

Tuesday, November 29, 2011

2 Apek popular di Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat dan Saiful Apek









Ketika ini ada 2 Apek yang popular di Malaysia, satu dalam bidang sukan dan satu lagi dalam industri hiburan. Apek dalam bahasa pasarnya ialah lelaki Cina yang sudah tua.

Namun dalam konteks ini, ia Apek yang berlainan dan berbeza sekali.

Apek pertama yang popular ialah penjaga gol no.1 Malaysia samada skuad senior mahupun Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat yang dilahirkan pada 7 Januari 1989 di Kota Bahru Kelantan.

Ketangkasannya menjaga gawang negara menjadikannya ikon bolasepak tanah air.

Dia membantu Malaysia juara Piala AFF Suzuki 2010, Juara bolasepak Sukan SEA 2011 dan membantu Kelantan juara Piala Malaysia 2010 dan Liga Super 2011.

Sekaligus dia diiktiraf penjaga gol terbaik Asia Tenggara.

Wajahnya yang serupa lelaki Cina yang tampan menyebabkan Apek popular di kalangan wanita Melayu di seluruh Malaysia. Pernah bertunang tapi putus dan kini dikaitkan dengan gadis jelita bernama Dahlia Teck.

Khairul Fahmi Che Mat dipanggil Apek kerana wajahnya mirip Cina.

Seorang lagi Apek yang mahsyur di Malaysia ialah Saiful Apek yang popular dalam dunia hiburan tanah air.






Pelakon komedi ini pernah dinobatkan Artis Paling Popular di Malaysia dalam Anugerah Bintang Popular anjuran Berita Harian.

Dia juga pernah menjadi hos Melodi dengan berperwatakan lelaki Cina tua yang menyebabkannya digelar Apek.

Saiful Apek yang dilahirkan pada 15 Ogos 1969 di Gombak, Selangor, adalah 20 tahun lebih tua dari Apek Khairul Fahmi Che Mat.

Dia juga pernah menjadi anggota kumpulan lawak no.1 negara, Senario dan sudah membintangi puluhan filem.

Antaranya Lang Buana, Senario The Movie, Gila Bola, Jutawan Fakir, KL Menjerit, Puteri Impian 2, Nana Tanjung dan Cicak Man.

Bakatnya sebagai pelakon komedi amat hebat.

Semoga kedua dua Apek ini terus maju jaya dalam karier masing masing.

Thursday, November 24, 2011

Malaysia pasti kempunan pingat Emas Sukan SEA 2011 jika penjaga golnya Sharbinee Alawee


Khairul Fahmi Che Mat - sememangnya dia Harimau Malaysia!!!

Malaysia juara bolasepak Piala AFF Suzuki 2010 dan pemenang pingat Emas Sukan SEA 2011 kerana mempunyai penjaga gol yang amat hebat dan dianggap terbaik di Asia, iaitu Khairul Fahmi Che Mat.

Ketangkasannya banyak menyelamatkan gawang Malaysia daripada dibolosi. Khairul Fahmi atau "Apek" tetap cool dan tidak gugup meskipun bermain di gelanggang lawan dan dikelilingi serta dicemuh 100,000 penyokong lawan.

Ini amat berbeza dengan seorang lagi penjaga gol negara, Sharbinee Alawee.


Sharbinee Alawee - Harimau yang hilang taringnya??

Sharbinee gugup dan banyak kali melepaskan gol mudah. Dia tidak tangkas dan dia tidak mempunyai refleks sebaik Khairul Fahmi Che Mat.



5 gol ini dilepaskan Sharbinee Alawee dalam perlawanan kelayakan bolasepak Piala Dunia 2014, Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura di Singapura.


Ini pula gol bodoh yang dilepaskan Sharbinee yang menyebabkan pasukannya Terengganu tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia 2011 pada 29 Oktober 2011.

Ini bukan sepakan deras daripada Kunanlan, hanya lambungan dan boleh diselamatkan kanak kanak sekolah rendah. Namun Sharbinee tidak mampu menyelamatkan bola semudah itu. Bangang ke Bongok??

Harap Sharbinee Alawee tidak lagi diturunkan mewakili Malaysia sebagai penjaga gol pada mana mana perlawanan antarabangsa dan serantau selepas ini. Demi menyelamatkan bolasepak Malaysia, Khairul Fahmi harus DIKEKALKAN sebagai penjaga gol no. 1 kebangsaan, bukannya Sharbinee.

Hidup Harimau Malaysia, teruskan Mengaum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs