Showing posts with label malaysian artist. Show all posts
Showing posts with label malaysian artist. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Artis Malaysia yang menempah nama di peringkat antarabangsa

Malaysia ada ramai penyanyi berbakat yang menempa nama di peringkat antarabangsa, bukan saja menjadi penyanyi tetap di negara luar, malahan juga memenangi pertandingan nyanyian antarabangsa di peringkat dunia.

Antara mereka ialah :


Dato Shake, anak muda Johor ini berhijrah ke London paa 1973 sebelum ke Paris pada 1976 dan menempa nama sebagai penyanyi Asia paling hebat dan popular di Perancis.



Aishah and the Fan Club popular di New Zealand. Aishah adalah kakak kepada penyanyi Nora.



Ratu Jazz Malaysia, Sheila Majid pernah menjuarai pertandingan Star Search di USA menyanyikan lagu Sinaran pada 1980an.




Cromok, kumpulan Trash Metal dari Malaysia yang menempa nama di Australia, aktif mulai 1987. Dianggotai Shamsudin Ali (Sam) - Bass, Vocals, Tarmizi Mokhtar (Miji) - Drums Khairul Anuar Shariff (Karl), manakala pemain gitar, Din meninggal dunia pada 1996.



Anita Sarawak (mungkin dia berasal dari Singapura) namun hebat menempa nama di Las Vegas, USA.



Quinary M yang dianggotai adik beradik termasuk Mazuin Hamzah, Mahyon dan Mazlan Hamzah pernah membuat persembahan di Moscow, Russia kerana mengikuti ibubapa yang bertugas sebagai diplomat.

Itu hanya sebahagian daripada mereka. Mungkin ramai lagi yang kita tak tahu. Apapun terima kasih kernaa membaca. Adios...

Tuesday, February 21, 2012

Latiff Ibrahim dalam kenangan








NORA, antara lagu popular Allahyarham Latiff Ibrahim.



Ini pula Lagu Latiff Ibrahim berjodol "Hati yang belum bebas" dari filem lakonannya Dendang Perantau pada 1979. Latiff Ibrahim berlakon bersama Uji Rashid. Filem ini memaparkan suasana di Kuala Lumpur pada 1979 dan juga tren percintaan masa itu dimana motorsikal Scrambler sering digunakan pasangan untuk berpacaran. Juga kelihatan, fesyen seluar Bell Bottom yang amat popular di dunia ketika itu.


Penyanyi yang popular pada 70an dan 80-an, Latiff Ibrahim atau nama sebenarnya Abdul Latiff Ibrahim, telah meninggalkan kita.

Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 6.06 petang, Isnin 20 Februari 2012.

Allahyarham Latiff, 62, yang sebelum ini dimasukkan ke IJN Sabtu 18 Februari 2012 menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Koronori (CCU) IJN, dengan anggota keluarga berada di sisi Allahyarham.

Anaknya, Hazriq Latif berkata jenazah bapanya akan dibawa pulang ke rumah Taman Keramat

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 3, Keramat, pada Selasa 21 Februari 2012.

Latif Ibrahim, terkenal dengan lagu Nora, Mengharap Kasih Mu dan Mengenang Dikau Kembali.

Latif ialah abang kepada penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim atau lebih dikenali Khaty Ibrahim.

Allahyarham pernah menyuburkan industri filem negara melalui lakonan filem Hapuslah Air Mata Mu (1976), Dendang Perantau (1979), Sumber Ilhamku (1979), Bintang Pujaan (1981) dan Senja Merah (1982).

Allahyarham Latiff Ibrahim seangkatan dengan bintang popular 70an dan 80an seperti Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir dan ramai lagi.

Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Thursday, September 8, 2011

Marsha AF3 dimasukkan ke hospital, semoga dia cepat sembuh






Terkejut kita mendengar berita penyanyi seksi dari Tamparuli, Sabah, Marsha Milan Londoh, berusia 25 tahun 10 bulan, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM pada pagi Khamis 8 September 2011 setelah tidak disedarkan diri kerana dipercayai memakan pil berlebihan.

Menurut laporan media, Marsha ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang wanita lalu dikejarkan ke PPUM.

Persoalannya mengapa perkara sedemikian berlaku?

Sudah pasti keluarga Marsha di Sabah, amat risau dengan keadaan ini.



Marsha yang bakatnya digilap dan menjadi popular dalam rancangan realiti hiburan popular, Akademi Fantasia musim ke 3 pada 2005, dikenali dengan imej seksinya.

Dia sudah menjayakan puluhan pertunjukan pentas dan turut berlakon dalam banyak filem dan drama serta siri TV.



Marsha dilahirkan di Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat. Ketika itu keluarganya berada di negara itu untuk urusan pelajaran mahupun pekerjaan.

Marsha bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada 6 November ini.



Sebelum ini pernah tercetus kontroversi Marsha sudah berkahwin menerusi penyiaran gambarnya memakai baju perkahwinan dalam konsep perkahwinan dalam Taman.

Namun itu sebenarnya hanya pengambaran untuk klip video muzikal terbarunya.



Agak menakutkan juga apabila mendengar lagu sedih terbaru Marsha dibawah ini yang bertajuk Good Bye atau Selamat Tinggal...!!!

Antara bait bait lirik lagu ini ialah "Hapuskan Air Mata Duka Lara..." dan "Ini mungkin kali terakhir ku ucapkan selamat tinggal"..!!! "Berpisah untuk bertemu di satu kehidupan baru"!!!

Apapun kita berharap semoga Marsha cepat sembuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs