Showing posts with label sukan sea 2011. Show all posts
Showing posts with label sukan sea 2011. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Kesilapan dalam acara penyalaan obor Sukan SEA 2011 Indonesia

Menyalakan obor kejohanan sukan samada Olimpik, Sukan Asia, Sukan Komanwel mahupun Sukan SEA, adalah acara kemuncak bagi sebarang majlis pembukaan rasmi sukan.

Ini kerana ia disaksikan jutaan penonton di seluruh dunia menerusi TV dan laman web.

Sebarang kecacatan dan kecelaan, mengundang malu kepada penganjur selaku Tuan Rumah.

Seolah olah kurang persiapan dan belum layak menjadi Tuan Rumah.

Ini yang berlaku kepada Indonesia selaku hos Sukan SEA 2011.



Acara menyalakan obor kejohanan pada majlis pembukaan di Palembang pada 11.11.11 atau 11 November 2011, jelas tidak mengikut apa yang dikehendaki penganjur.

Ketika larian beberapa atlit yang membawa obor di Stadium, api pada obor sudahpun terpadam!! Bagaimana ini boleh berlaku??

Seakan memadam semangat atlit.

Pemain badminton lagenda Indonesia, Susi Susanti yang ditugaskan menyalakan obor, juga mengecewakan.

Bekas juara Olimpik dan dunia itu mulanya dibawa naik tinggi kira kira 30 meter di Stadium dengan tali sebelum cuba menyalakan obor secara membalingnya ke Obor gergasi.

Namun sayang seribu kali sayang, obor yang dilemparkannya seperti tombak dan lembing, tidak mengena dan jatuh ke tanah. Dan Obor besar itu kelihatan menyala sebelum lembing obor mengenainya.



Jelas kelihatan di video di atas. Salah Siapa? bukan salah Susi Susanti, tapi salah penganjur. Sebagusnya memikirkan kaedah lebih praktikal dan jauh lebih hebat dalam menyalakan obor.

Ucapan pembukaan pada majlis itu juga ada kalanya kedengaran dan ada kalanya tidak.

Adakah isu pengadilan kurang adil dan keracunan makanan atlit di perkampungan sukan pada temasya Sukan SEA 2011 ada kaitan dengan upacara nyalaan obor yang tidak menjadi itu?

Jika Indonesia mahu sukses dalam acara nyalaan obor, perlu belajar dari China, tuan rumah sukan Olimpik 2008 di mana Obor dinyalakan sempurna pada majlis pembukaan pada 08.08.08 atau 8 Ogos 2008.

Videonya dibawah :



Di bawah pula acara nyalaan obor sukan Olimpik Athens 2004. Hebatkan? Tak payah naik tali tinggi tinggi.





Ini pula acara nyalaan obor Sukan Olimpik Sydney 2000 yang disempurnakan atlit 400 meter keturunan Aboriginies Australia, Cathy Freeman. Amat hebat sekali. Ada konsep air dan api!! Cathy seterusnya menang pingat Emas 400 meter wanita pada sukan Olimpik Sydney 2000.

Harap kejadian seperti ini tak berlaku lagi sehingga memalukan penganjur.

Monday, November 21, 2011

Malaysia juara bolasepak sukan SEA 2011


Kepulangan skuad Malaysia disambut meriah di terminal lapangan terbang LCCT Kuala Lumpur pada jam 8.15 pagi, Selasa 22 November 2011.



Ong Kim Swee jurulatih Malaysia berkata "Keletihan kami dalam perjalanan ke stadium, menaiki Kereta Perisai atau "Baracuda", jelas berbaloi dengan kemenangan epik dan bersejarah ini. Ong Kim Swee bekas pemain bolasepak Sarawak dan Sabah sebelum menjadi jurulatih. Dia rakan saya ketika dia bermain bola untuk Sabah pada sekitar 1996.






Pada malam Isnin 21 November 2011, jutaan peminat bolasepak Malaysia tertumpu di depan TV.

Tidak kira Perdana Menteri, Menteri, Wakil Rakyat, penebar roti canai, penarik becha, penjual emas dan saudagar permata mahupun Penjenayah dan Pengedar Dadah, semuanya tertumpu di kaca TV mulai jam 8 malam Isnin 21 November 2011.

Semuanya menyaksikan perlawanan akhir bolasepak SUKAN SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Dan akhirnya Malaysia menang pingat emas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan jaringan penalti setelah keputusan terikat 1-1 selepas tamat 90 minit dan selepas tamat masa tambahan.

Harimau Ngap Garuda!!



100,000 penyokong Indonesia di stadium Gelora Bung Karno, tergamam.

Malaysia pertahankan Emas bolasepak sukan Sea buat kali kedua berturut turut.

Sebelum perlawanan, kaunter jual tiket di stadium Gelora Bung Karno dilaporkan dibakar peminat fanatik Indonesia.

2 penyokong Indonesia pula maut kerana berasak asak dalam stadium.

Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan Dwi Cahyo hasil tendangan sudut di minit ke 5.

Malaysia menyamakan kedudukan juga menerusi tandukan menerusi Mohd Asraruddin Putra Omar di minit ke 35.

Perlawanan akhirnya ditentukan menerusi sepakan penalti yang dimenangi Malaysia 4-3.


Perlawanan itu bukan sahaja hangat kerana ia perlawanan akhir, tetapi kerana mempertemukan 2 musuh tradisi iaitu Malaysia dan Indonesia. 2 negara jiran tetangga yang sudah banyak kali berkontoversi samada kerana sukan, budaya atau politik ataupun kerana merebut pulau dan perairan.

Pada tahun 2000, Indonesia dan Malaysia ke mahkamah keadilan antarabangsa, ICJ untuk isu tuntutan bertindih Pulau Sipadan yang akhirnya memihak Malaysia.

Ketika ini perairan Ambalat yang kaya dengan minyak dan gas pula menjadi rebutan.

Isu pakaian dan makanan juga pernah menimbulkan kontroversi antara Malaysia dan Indonesia, begitu juga isu amah atau pembantu rumah Indonesia yang dilaporkan didera majikan di Malaysia.

Tunjuk perasaan termasuk membakar bendera Malaysia Jalur Gemilang dan membaling najis manusia, sudah acap kali berlaku di pejabat kedutaan Malaysia di Jakarta.

Sebab itulah, perlawanan malam tadi, amat hebat dan bersejarah dan paling manis juga untuk Malaysia kerana menang emas yang menjadi ibu segala pingat emas.

Syabas Malaysia, Syabas Ong Kim Swee, Syabas Harimau.

Teruskan Mengaummmmmmmm....

ONG KIM SWEE, RAKAN SAYA.. PASTIKAN HARIMAU MALAYSIA TERUS MENGAUMM DI STADIUM GELORA BUNG KARNO, JAKARTA, 21 NOVEMBER 2011


JURULATIH SKUAD OLIMPIK MALAYSIA, ONG KIM SWEE ADALAH RAKAN SAYA.

DIA PERNAH BERMAIN UNTUK SABAH DAN MENJARINGKAN GOL KETIGA SABAH KETIKA MENENTANG NEGERI SEMBILAN YANG MENJULANG SABAH SEBAGAI JUARA DUNHILL LIGA MALAYSIA 1996, KEPUTUSAN AKHIR SABAH 3-0 NEGERI SEMBILAN, ITU ADALAH PERLAWANAN TERAKHIR YANG MENENTUKAN SIAPA JUARA DUNHILL LIGA MALAYSIA 1996 DI STADIUM LIKAS.

NEGERI SEMBILAN KETIKA ITU PASUKAN DI TEMPAT KEDUA.

ONG KIM SWEE PERNAH KETIKA SABAH MENJALANI LATIHAN, ONG KIM SWEE MEMBERITAHU SAYA “SURUH DIA MAIN BOLA SENDIRILAH”!!!.

DIA MAKSUDKAN DIA SURUH SEORANG WARTAWAN SUKAN SABAH YANG MENULIS ARTIKEL MENGKRITIK PASUKAN SABAH SUPAYA BERMAIN BOLASEPAK SENDIRI!!

SEMOGA BERJAYA KIM SWEE MALAM INI DI STADIUM GELORA BUNG KARNO, JAKARTA, INDONESIA.

MALAYSIA MELAWAN INDONESIA DALAM FINAL BOLASEPAK SUKAN SEA 2011 PADA ISNIN 21 NOVEMBER 2011.

PASTIKAN HARIMAU MALAYSIA TERUS MENGAUM!!

GOD BLESS MALAYSIA. GOD BLESS KIM SWEE..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs