Showing posts with label tahun baru cina. Show all posts
Showing posts with label tahun baru cina. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Awan berbentuk kuda muncul di langit di puncak Kinabalu


Gambar awan berbentuk kuda di puncak Kinabalu sempena kedatangan tahun kuda tahun baru cina oleh Jimmy Omar.


Gambar menakjubkan ini telah dirakamkan oleh Jimmy Omar, seorang penduduk Sabah yang bekerja sebagai photographer di JOmar Nature & Outdoor Imagery.

Gambar ini telah diupload oleh Jimmy Omar ke dalam akaun facebooknya pada 27 Januari 2014 bersamaan Isnin lalu dengan caption berikut :
Did anyone see the horse this morning??
Taken just before 7:00 a.m. (January 27, 2014) with built-in camera 'dramatic tone'..
Coincides with the coming CNY 2014: "The Year of the Horse"… Just a lucky cloud formation shot I took this morning...

Gambar ini telah menerima beratus ratus likes dan banyak komen.

Hmm..ada nasib dan fengshui nampaknya di tahun baru cina ini 2014 tahun kuda ini.

Tuesday, February 8, 2011

Email daripada Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia terpilih sempena Tahun Baru Cina 2011



Sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 3 Februari 2011 lalu, 1.5 juta rakyat Malaysia telah menerima email secara peribadi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sempena kedatangan Tahun Arnab.

Ini kali pertama seorang Perdana Menteri berbuat demikian di musim perayaan dalam sejarah Malaysia.

Saya di Kota Kinabalu, Sabah antara yang bertuah menerima email berkenaan.

Email itu dihantar dalam 2 versi - Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Dan penerimanya bukan setakat masyarakat Tionghua dan Cina saja, malahan juga pelbagai kaum masyarakat majmuk di Malaysia.

Terima kasih Datuk Seri sekeluarga.



Dibawah adalah email versi Bahasa Malaysia :


Salam 1Malaysia!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.

Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!


Ikhlas daripada
Najib Razak & Keluarga


Manakala di bawah ini pula email dalam versi Bahasa Inggeris :

Salam 1Malaysia!
Happy Chinese New Year to all Malaysians who celebrate this auspicious event.

Each year as the season draws near I am reminded of the excitement and merriment I experienced as a child during Chinese New Year. Mum and dad would visit our Chinese friends, and I would always tag along. I always look forward to savouring the many delicacies, favorites being kuih kapit, kuih bangkit, pineapple tarts and "ngaku" crackers, with Mandarin oranges always on top of the list. A wide smile would cross my face when I received "angpows" from my parents' friends. Today, the celebrations have grown to include sate, ais kacang, mi rebus and maruku even!

May the Year of the Rabbit bring blessings of much happiness, good health and prosperity always. With new beginnings comes new opportunities and as we usher in the Lunar New Year, it is my sincere hope that you achieve success and satisfaction in all your undertakings. Your accomplishments are reflective of our nation's triumphs, and may we always excel beyond expectations!

Gong Xi Fa Cai!


From
Najib Razak & Family
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs