Saturday, December 11, 2010

Vladimir Putin - Perdana Menteri Russia pandai menyanyi



Di sebalik wajah serius Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin, ramai tidak tahu dia sebenarnya pemain piano dan penyanyi berbakat...

Siapa bilang Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin, tidak pandai menyanyi??

Putin menunjukkan kebolehannya itu sambil bermain piano pada satu majlis santapan untuk mengutip derma bagi tujuan kebajikan untuk membantu kanak kanak yang mengidap penyakit kanser.

Putin menyanyikan lagu "Blueberry Hill" di majlis yang diadakan di St Petersburg, Russia di hadapan ramai tetamu termasuk seleberiti terkenal Amerika Syarikat seperti Kevin Costner, Mickey Rourke, Sharon Stone, Kurt Russell, Vincent Cassel, Monica Belucci, Ornella Muti, Goldie Hawn dan pelakon Perancis Gerard Depardieu.

Anda hebat Putin..

From Russia with love


Lagu Blueberry Hill dihasilkan pada 1940, ia dicipta Vincent Rose manakala lirik oleh Al Lewis dan Larry Stock. Lagu ini direkodkan 6 kali oleh 6 penyanyi berbeza pada tahun 1940.

Louis Armstrong merekodkan semula lagu itu pada 1949 dan muncul dalam carta 40 lagu terbaik Billboard top 40.

Fats Domino merakamkan semula lagu itu dalam versi pop rock pada 1956 dan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia dengan meraih tempat ke 2 Billboard Top 40.

Majalah Rolling Stones menyenaraikan lagu Bluberry Hill oleh Fats Domino sebagai lagu ke 80 terbaik dari kalangan 500 lagu terhebat sepanjang zaman. Hebat bukan??

Video dibawah adalah Lagu Blueberry Hill versi Fats Domino pada 1956. Menarik kan??




Malahan, Raja Rock Sejagat - Elvis Presley juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu itu dalam salah satu filemnya, dengan stylenya dan gayanya yang tersendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs