Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Thursday, April 12, 2012
Kes pengedar dadah yang dihukum mati tapi minta belas kasihan
Kes pengedar dadah yang dihukum mati dan meminta belas kasihan banyak berlaku di dunia.
Di Malaysia, kes seorang pemuda dari Sandakan, Sabah, Yong Vui Kong, (gambar atas) yang dihukum mati oleh mahkamah Singapura kerana membawa masuk dadah heroin seberat 47.27 gram ke republik itu pada 2007, kini sering dilaporkan media.
Ketika kejadian, Yong berusia 19 tahun dan mendakwa tidak tahu barangan yang dia disuruh bawa itu mengandungi heroin. Yong juga mendakwa buta huruf dan tidak tahu kesalahan membawa dadah ke Singpura membawa hukuman mati mandatori.
Kes sama turut dialami Chandra Levy, seorang pemuda Vietnam Van Nguyen dan sepasang rakan dari Australia Kevin Barlow dan Brian Chambers yang dihukum gantung pada 7 Julai 1986 di penjara Pudu, kerana mengedar dadah heroin seberat 141.9 gram ke Malaysia.
Natijahnya di sini, kesalahan mengedar dadah amat serius dan boleh dikenakan hukuman mati di kebanyakan negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan China.
Mungkin mereka kesal kerana berbuat demikian, namun jika pengedar dadah itu dibebaskan atau dikenakan hukuman ringan, apa mesejnya kepada masyarakat kelak?
No comments:
Post a Comment