Pages

Wednesday, April 11, 2012

Tips perbankan, Telefon pihak Bank selepas menyelesaikan hutang kredit kad.



Telefon pihak Bank selepas menyelesaikan hutang kredit kad.

Jika anda berhutang kredit kad dan kerap ditelepon pihak bank, dan anda berhasrat membayarnya secara langsai, maka mintalah surat Bank selepas urusniaga itu.

Maksud saya, sebagai contoh jika anda berhutang kad kredit RM3000 dengan Ambank dan kad kredit anda sudah tidak sah kerana hutan terlalu lama, bayarlah semuanya.

Proses itu tidak berakhir di situ sahaja, selepas bayar, mintlah pihak Ambank keluarkan surat hitam putih mengatakan anda sudah menyelesaikan semua hutang tertunggak kad kredit anda.

Surat seperti ini amat berguna jika anda berhasrat membuat permohonan pinjaman bank atau kad kredit di masa akan datang.

Ini kerana maklumat di CTOS atau CRIS dibawah Bank Negara ada kalanya sudah lapuk dan tidak up to date. Oleh itu mungkin rekod anda di Bank Negara menerusi CTOS dan CRIS masih statusnya belum bayar hutang Ambank sedangkan hakikatnya anda sudah menyelesaikan hutang itu.

Sekian tips perbankan untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment