Saturday, July 28, 2012

Lajim Ukin letak jawatan sebagai Ahli Majlis tertinggi UMNO, Ketua UMNO Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort, Sabah



Satu lagi perkembangan menarik politik Sabah dan Malaysia diambang pilihanraya umum ke 13.

Selepas sekian lama berteka teki, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagai ahli majlis tertinggi UMNO, ketua umno bahagian Beaufort dan pengerusi barisan nasional, BN Beaufort, berkuat kuasa serta merta.

Lajim bagaimanapun masih kekal sebagai ahli umno, dan menyerahkan kedudukannya sebagai timbalan menteri persekutuan kepada pucuk pimpinan.

Lajim juga belum memutuskan parti mana akan disertainya tapi akan bekerjasama dengan pakatan pembangkang untuk kepentingan rakyat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di kediamannya di Likas Jaya, Kota Kinabalu, pada petang sabtu, 28 Julai 2012 sejurus sebelum majlis berbuka puasa bersama penyokongnya.

Lajim adalah pemimpin kanan dalam politik Sabah, menceburi politik seawall 1970an dengan menyertai USNO, Berjaya dan Parti Bersatu Sabah sebelum menyertai UMNO pada 1994.

Lajim selaku ADUN KLIAS, pernah melompat parti dari PBS ke UMNO sejurus selepas pilihanraya sabah 1994 yang menyebabkan kerajaan PBS dibawah pimpinan Tan Sri Joseph pairin kitingan, tumbang lalu diambil alih BN.

Ketika itu, PBS menang apabila meraih 25 kerusi berbanidng 23 dimenangi BN, namun tindakan Lajim dan seorang lagi ADUN PBS, Datuk Rubing Balang melompat ke dalam UMNO, menyebabkan PBS hilang kuasa di Sabah.

Lajim pernah dilantik Timbalan ketua menteri Sabah sebelum memegang jawatan terkininya selaku Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan Malaysia.

Pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 Lajim menang kerusi parlimen Beaufort, mengalahkan calon dari PKR, Lajim Md. Yusof dengan majoriti sebanyak 10,914 undi. Lajim memperolehi 14,780 undi berbanding lawannya 3,866 undi.

Lajim tersenarai sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2009-2011 dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009 pada 28 Mac 2009. Wakil dari Sabah seperti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terpilih menjadi Naib presiden,manakala Datuk Bung Mokhtar Radin dan Datuk Seri Musa Aman menang kerusi Majlis Tertinggi bersama sama Lajim.

Seorang lahi, ahli parlimen papar, datuk Rosnah Rashid Shirlin terpilih selaku ketua Puteri UMNO.

Sementara itu dalam pengumumannya, Lajim ketika ditanya media mengenai jawatan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan yang disandangnya, Lajim berkata ia terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukan kedudukannya dalam kabinet.

Ini kerana PM yang melantiknya ke dalam jemaah menteri.

Katanya beliau belum membuat keputsan untuk menyertai mana mana parti politik, namun akan bekerjasama dengan pakatan pembangkang, demi kepentingan rakyat sabah.

Beliau juga belum memutuskan soal samada akan bertanding dalam pilihanraya umum kelak di kawasan Beaufort.

Sebelum membuat pengumuman itu, Lajim menerangkan secara panjang lebar mengenai keputusan yang dibuatnya hari ini.

Ia termasuk akan memperjuangkan pembayaran royalti minyak 20 peratus kepada sabah berbanding 5 peratus ketika ini.

Serta menilai semula polisi kabotaj oleh kerajaan Pusat yang didakwa menyebabkan kenaikan harga barangan di Sabah.

Jika pembangkang menubuhkan kerajaan di Sabah, dua kementerian baru akan diwujudkan dalam kabinet sabah iaitu kementerian sumber asli dan alam sekitar dan kementerian pendidikan, pengangkutan dan kesihatan Sabah.

Prasarana pendidikan di Sabah juga dakwanya masih menerima layanan kelas kedua begitu juga prestasi pendidikan Sabah yang mundur berbanding di Semenanjung Malaysia.

Dakwanya ada guru di Sabah masih tinggal di rumah seperti kandang ayam dan ada makmal sekolah yang tidak boleh digunakan.

Lajim turut akan memperjuangkan isu pengambilan guru tempatan dari Sabah dan memastikan 30 peratus peruntukan biasiswa kerajaan persekutuan diberikan kepada pelajar Sabah dan Sarawak.

Sebuah lagi universiti di Sabah akan dibina iaitu universiti kinabalu malaysia atau UKIM, yang bakal dimiliki sepenuhnya kerajaan negeri.

Tabung warisan sabah dengan modal awal 1 billion ringgit juga akan diwujudkan hasil royalti minyak dan gas bagi tujuan pembasmian kemiskinan.

Yayasan pribumi sabah juga dicadang diwujudkan bagi merangsang sosio ekonomi masyarakat pribumi sabah dengan dana 1 billion ringgit.

Suruhanjaya tribunal tanah dan hak tanah adat turut ditubuhkan kelak.

Dasar baru tanah Sabah bagi mewujudkan undang undang dan sistem pentadbiran tanah dan hak tanah adar, NCR juga ditangani dengan lebih efektif.

Pengeluaran tanah komunal atau berkelompok akan dihentikan dan penyelesaian lebih efektif dilakiukan bagi penyelesaian isu tanah termasuk tanah NCR.

Peranan dan status semua agensi persekutuan yang beroperasi di sabah seperti Felda, Felcra, Risda dan Lembaga Getah Malaysia, turut dikaji semula.

Sistem penerbangan Borneo Airways bagi memenuhi keperluan penerbangan di brunei, indonesia dan malaysia timur atau BIMP EAGA akan turut diwujudkan.

Lajim juga akan memperjuangkan dana lebih besar untuk badan kegamaan, serta bagi perayaan utama seperti pesta menuai, hari raya aidil fitri, krismas dan tahun baru Cina.

Dari segi pentadbiran, jika pembangkang mengambil alih tampuk kerajaan, perkongsian kuasa dalam struktur pentadbiran kerajaan akan dibuat mengikut konsep saksama melibatkan kesemua kaum iaitu bumiputera islam, bumiputera bukan islam dan cina.

Karenah birokrasi dalam pentadbiran awam sabah juga akan dikurangkan.

Katanya, lanskap politik negara dan negeri hari ini semakin kalut dan bergayut dengan sentimen politik sempit.

Rakyat dihidangkan dengan "menu" yang mengagungkan dan menjulang pemimpin dan pasa sama turut menyogok rakyat dengan pelbagai propaganda jahat yang membelakangi prinsip demokrasi bagi menimbulkan kebencian kepada parti lawan.

Dakwanya realitinya, pemerintahan pakatan rakyat di selangor, kedah, kelantan dan pulau pinang, ternyata jauh lebih baik berbanding pentadbiran negeri sabah sekarang.

All the best Lajim.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs