Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Thursday, August 2, 2012
6 Gambar ikan paus terdampar di perairan Kuala Penyu, Sabah, 2 Ogos 2012
Inilah ikan paus jenis Bryde Whale dari keluarga Balaenop-teridae yang terdampar di perairan Kuala Penyu, Sabah pada Khamis 2 Ogos 2012.
Mamalia ini yang sepanjang 51.9 kaki atau 15.80 meter dan berat lebih 10 tan, dilaporkan tersesat sebelum terdampar di perairan cetek dekat Pekan Kuala Penyu.
Usaha bomba menyejukkan badan ikan paus ini dengan menyembur air, tidak membuahkan hasil.
Usaha bomba dan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perikanan Sabah mengalihkan ikan paus ini ke laut dalam sebanyak 2 kali juga gagal, ini kerana setiap kali dialihkan, ikan paus itu kembali semula ke perairan cetek.
Menyedihkan, ikan paus itu mati jam 8 malam pada hari yang sama ia ditemui iaitu Khamis, 2 Ogos 2012.
Keesokan harinya pada Jumaat 3 Ogos 2012, sepasukan saintis dan penyelidik UMS melakukan kajian saintifik termasuk mengambil sampel DNA untuk dianalisis.
Paus ini kemudiannya dikebumikan di lokasi sekitar jabatan perikanan Sabah, Kuala Penyu pada pagi Sabtu 4 Ogos 2012.
Menurut kajian awal institut penyelidikan marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah, punca kematian akibat mengalami penyakit, bukannya akibat masalah penderiaan.
Beberapa kesan kecederaan lama turut ditemui pada badan ikan Paus.
Laut Cina Selatan menjadi antara laluan utama Paus Bryde dalam perjalanan mengelilingi dunia.
Kes Paus terdampar di perairan Malaysia sudah banyak kali dilaporkan, dan Sabah antara lokasi paus terdampar paling banyak direkodkan sejak 1970 hingga 2012.
No comments:
Post a Comment