Pages

Saturday, August 11, 2012

Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dilantik pengerusi Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat kebanjiran Pendatang Asing Di Sabah


Inilah bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong yang dilantik pengerusi Suruhanjaya Siasatan diraja, RCI bagi menyiasat dan seterusnya memberikan syor penyelesaian berhubung isu kebanjiran pendatang asing di Sabah.

Pengumuman mengenainya dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kota Kinabalu pada Sabtu 11 Ogos 2012 selepas mengadakan pertemuan dengan Badan perhubungan UMNO Sabah dan BN Sabah di ibupejabat UMNO Sabah di Karamunsing.

Tan Sri Steve bakal dibantu seorang setiausaha, Datuk Saripuddin Kasim yang juga Ketua Setiausaha Kementerian perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, dan 4 anggota.

Mereka ialah :


Bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, UMS Profesor Datuk Dr Kamaruzaman Ampon.



Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Henry Chin Poy-Wu.



Bekas Peguam Besar Negeri Sabah, Tan Sri Herman Luping



dan Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk KY Mustafa.

Suruhanjaya itu diberi masa 6 bulan untuk menyelesaikan siasatan dan laporannya kelak hendaklah diserahkan kepada Yang Di Pertuan Agong.

Menurut Najib, penubuhan RCI itu membuktikan komitmen tinggi kerajaan pusat untuk menyiasat isu yang dibangkitkan berhubung pendatang asing di Sabah.

RIC itu ada 8 terma rujukan :

1. menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru atau kewarga-negaraan

2. menyiasat samada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada rakyat asing di Sabah adalah mengikut peruntukan undang undang

3. menyiasat samada pendatang asing di Sabah yang memegang IC biru, resit pengenalan sementara biru atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang undang telah didaftarkan dalam senarai daftar pemilih untuk pilihanraya

4. menyiasat samada pihak berkuasa telah mengambil apa apa tindfakan atau membuat penambah baikan kepada prosedur amalan standard, kaedah dan peraturan bagi elakkan apa apa ketidak teraturan dari segi undang undang

5. untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai prosedur amalan standard, kaedan dan peraturan berhubung pemberian kad pengenalan biru atau kewarga negaraan kepada pendatang asing di Sabah dengan ambil kira standard dan norma antarabangsa yang terpakai di Malaysia dan untuk syorkan apa apa pindaan atau perubahan untuk mantap dan tambah baik prosedur sedia ada

6. untuk siasat peningkatan populasi Sabah mengikut kategori warga tempatan Sabah, pekerja asing, pendatang tanpa izin dan pelarian dan meneliti kesannya terhadap bilangan yang mendaftar dalam daftar pemilih.

7. untuk menyiasat implikasi sosialnya ke atas masyarakat Sabah.

8. untuk menyiasat bilangan pendatang asing di Sabah yang telah diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraa dengan ambil kira status mereka sebagai orang tidak bernegara atau stateless.

Tahniah Najib kerana mendengar Denyut Nadi rakyat Sabah yang mahu isu kebanjiran PATI diselesaikan.

No comments:

Post a Comment