Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Tuesday, August 28, 2012
Pelawak terkenal Malaysia, Imuda pula menjadi mangsa jenayah pecah rumah
Penjenayah tidak memilih mangsa, samada selebriti atau orang miskin, Yang penting penjenayah dapat curi dan berjoli dengan hasil curian itu.
Saya cadangkan bagi setiap kes penghuni rumah terperangkap ketika kebakaran akibat jeriji besi yang dipasang bagi menghindari penjenayah pecah rumah, maka kita bunuh saja penjenayah pecah rumah yang berleluasa di sana.
Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk baru-baru ini.
Berita itu disiar media cetak dan TV hari ini, Selasa 28 Ogos 2012.
Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.
"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya.
Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.
Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.
"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.
Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.
"Bulan lepas rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda," katanya.
Tembak je penjenayah ini. bila mereka dah mampos, pasti tak buat jenayah lagi.
Monday, August 27, 2012
Lee Chong Wei mengahwini Wong Mew Choo tahun 2013
Gadis Gadis yang meminati pemain badminton no. 2 dunia dan pemenang Perak Olimpik 2 kali, Datuk Lee Chong Wei pasti hampa dan remuk hati kerana Chong Wei mengumumkan akan kahwin dengan bekas pemain badminton wanita no.1 Malaysia, Wong Mew Choo pada 2013.
Chong Wei dan Mew Choo berkenalan sejak lebih 10 tahun lalu, putus hubungan seketika pada 2009 sebelum kembali mesra.
Hmm.. pasti senang hidup Mew Choo kerana Chong Wei adalah seorang jutawan.
Seteru utama Chong Wei, Lin Dan dari China juga akan berkahwin dengan pasangannya, juga bekas pemain wanita no. 1 dunia, Xie Xingfang.
Malaysian Badminton Superstar, Lee Chong Wei to wed Wong Mew Choo, next year, 2013
Malaysian top SHUTTLER and double Olympic silver medalist, Datuk Lee Chong Wei, fis expected to end his bachelorhood next year in 2013.
The world No. 2 is expected to wed former Malaysia's national top women's singles player Wong Mew Choo.
The glampour couple has been courting for more than a decade.
Lee Chong Wei however, did not give any tentative date or venue for the wedding.
"Maybe I will step down next year because there are no big competitions and start planning for the wedding. I am not young any more."
Wong, 29, the former Malaysian woman number 1, is now a coach at Bukit Jalil Sports School after she quit competitive badminton last year in 2011.
"We have known each other for a long time. As I had to focus on my career, it was normal to have misunderstandings," said Chong Wei.
Chong Wei said he broke up with Wong in 2009 when he was undergoing training in South Korea but patched up with her a year later and the bond had since grown stronger.
"It is normal to go through difficult times in a relationship but I do not want such issues to affect my career or relationship.
All the best Chong Wei and Mew Choo. Girls, eat your heart out, Chong Wei is no more available!!!
Malaysian must strive towards an accident free workplace, Lee Lam Thye
Kundasang, Sabah, Tuesday, 28th August 2012 :
NIOSH Chairman, Tan Sri Lee Lam Thye stated today that although the country’s industrial accident rate had been halved over the past 10 years the remaining challenge would be to build and foster an OSH culture in Malaysia and strive towards an accident-free workplace environment.
The latest statistics from the Ministry of Human Resources indicated that the industrial accident rate had fallen from 10.3 cases for every 1,000 workers in 2002 to 5.72 cases last year.
OSH practitioners, employers and employees as well as Malaysians in general are pleased to note that the rate of accidents at workplaces has been halved over the past 10 years.
The reduction in the accident rate at the workplace is a reflection of the commitment and joint efforts by the Government, employers and employees to reduce workplace accidents.
While we are pleased to note the success of the joint efforts by all parties concerned the biggest challenge that remains is not only to further reduce the accident rate in the days ahead but also to build and foster an OSH Culture in Malaysia and strive towards an accident-free workplace environment.
For a start we need to benchmark ourselves against the developed countries which only have 3-4 accidents per 1,000 workers.
The Occupational Safety and Health Master Plan 2010-2015 must be given utmost attention by all the parties concerned to achieve further reduction in the rate of industrial accidents.
Companies must not profit at the expense of safety because if accidents occurs lives may be lost and productivity will be affected. OSH ownership in every organisation is of paramount importance.
The focal point of safety is the human being or the employee who needs protection in all respect of his/her life.
An accident prevention coupled with an OSH Management strategy should therefore be adopted by all companies. To achieve the total promotion of safety and health at work and elsewhere organizational measures for accident prevention, motivation and behavioural change must be adopted.
Speaking after the official launching of the Occupational Safety and Health Seminar for the Tourism Industry in SABAH, by Y.B Dr Joachim Gunsalam Kundasang Assemblyman on behalf the Sabah Minister of Tourism, Culture and Environment, Tan Sri Lee said it is the responsibility of management to ensure that safety is a culture at their organisation, not just a priority. There is an urgent need to translate OSH knowledge into behaviour and practical application. OSH sloganeering is not the answer. We must avoid a situation where behind all the OSH banners and signages the workplace hazards are not addressed and controlled.
In this time of global competition and sweeping change, it is not enough for companies to make safety a priority. Priorities change but cultures stand the test of time. Safety must be a culture and a core value at the workplace. And certainly managing occupational safety and health ensures business competitiveness.
Managing Occupational Safety and Health Towards Business Competitiveness is of utmost importance and employers must see training as an INVESTMENT and not an EXPENSE.
Management or employers must recognize OSH of employees as an integral part of business management. Concerns for the bottom line must be looked at with equal gravity with OSH issues at the workplace. After all they are both concerned with the viability of the business enterprise.
Employees are often regarded by management to be the most important asset of any organisation. Hence, it makes sense that this particular asset should be protected in terms of health and safety and nurtured to ensure that it continues to be productive.
In any business enterprise, the issue of preserving and retaining the employees is most urgent. Management must now step back and take a hard look at their asset and actively show how much they value their employees with a responsible OSH Policy backed up by the necessary organisation and systems to implement accident prevention programmes.
Common sense tells us that “Safety is Good Business”. If industries give priority to safety issues at the workplace it will certainly be beneficial to the business.
Sunday, August 26, 2012
Apple iphone lebih hebat dari Samsung Galaxy
Apple iphone - produk terkemuka pernah dihasilkan Apple, yang diasaskan mendiang Steve Hobs. Apple, syarikat Atelekomunikasi dan pengeluar gajet pintat Amerika Syarikat baru baru ini memang saman lebih US1 billion dolar Amerika ke atas gergasi telekomunikasi Korea, Samsung kerana pelanggaran paten atau menciplak idea revolusi telepon pintarnya.
Adakah ini bermakna Samsung yang terkenal dengan produk Galaxynya yang mempunyai ciri menyerupai Apple Iphone, sudah tewas??
Saman USD1 BILLION itu antara paling besar dalam sejarah dunia...
Hidup Apple, oren dan Samsung...
Neil Armstrong dan Lance Armstrong, 2 Armstrong dalam kenangan
Neil Armstrong - manusia pertama jejakkan kaki ke bulan apda 1969 dan meninggal dunia, 43 tahun kemudian pada 25 Ogos 2012 ketika berusia 82 tahun akibat komplikasi pembedahan jantung.
Lance Armstrong - manusia pertama menang Tour de France, lumba basikal paling berprestij di dunia sebanyak 7 kali berturut turut, tapi ditarik balik semua gelarannya kerana pengunaan dadah terlarang untuk tingkatkan prestasi.
Armstrong ini kalau diterjemahkan ke bahasa Malaysia secara direct ialah Lengan Kuat!!!
Pandelela Rinong dan George Lipih, 2 Sarawakians menjadi tajuk utama berita Malaysia dan dunia
Pandelela Rinong, gadis Bidayuh dari Sarawak mencatat sejarah wanita pertama Malaysia menang pingat Sukan Olimpik apabila menang gangsa acara terjun platform 10 meter di sukan Olimpik London pada 10 Ogos 2012. Kejayaan Pandelela menjadi tajuk akhbar utama Malaysia.
George Lipih, rakyat Sarawak dari Sri Aman, diculik lanun Nigeria pada 4 Ogos dan dibebaskan dan tiba di tanah air pada 26 Ogos 2012. Kesengsaraan dan kesyukuran George juga menjadi tajuk utama di Malaysia.
All the best Pandelela and George.
Thursday, August 23, 2012
Filem Rambo lakonan Slyvester Stallone hanya khayalan, Simo Hayha adalah Rambo Sebenar
Filem Rambo lakonan Slyvester Stallone hanya fiksyen. Kita pernah menonton filem Rambo 1 hingga 4 dimana Rambo secara solo membunuh 500 tentera musuh di Vietnam, Afghanistan dan Myanmar atau Burma. Namun itu filem.
Ni Rambo sebenar, The White Death atau nama sebenarnya Simo Hayha yang menembak mati 705 askar musuh ketika Perang Dunia ke 2!!!
Simo Hayhay berkhidmat untuk tentera Finland dan tentera Russia adalah musuhnya. 500 tentera Russia dibunuh dengan rifle Sniper manakala 200 lebih lagi dibunuh dengan sub-machine gun.
Tentera Russia yang berang menghantar 1 batalion tentera untuk menembaknya namun tidak berjaya, begitu juga bedilan Artileri gagal membunuhnya.
The white Death hanya mati pada 2002 berusia dekat 100 tahun!!!
Rambo pun lari...
Gambar bogel Putera Harry, memeningkan kepala Istana Buckingham
Gambar bogel pewaris tahkta Britain, Putera Harry yang tersebar luas di Internet, memeningkan kepala Istana Buckingham dek telatah nakal anak Putera Charles dan mendiang Puteri Diana itu.
2 Gambar bogel Putera Harry mula mula disebarkan blog hiburan popular Amerika Syarikat TMZ.com yang menunjukkan Putera itu tanpa seurat benang bersama seorang wanita di sebuah bilik hotel di las Vegas, Amerika Syarikat.
Harry dikatakan berbogel ketika bermain strip pool iaitu siapa yang kalah main pool serupa main snooker dan billiard, maka dia kena tanggalkan pakaiannya satu persatu hingga telanjang bulat.
Istana Buckingham mengesahkan 2 gambar itu adalah Putera Harry.
Saya tak perlu lah tunjuk gambar itu kerana menghormati privacy keluarga di Raja dan kerana ini adalah hak peribadinya, namun ribuan laman web dan blog ada menunjukkan gambar itu.
Teladannya, jika anda berbogel dan rakan anda mempunyai kamera phone, besar kemungkinan gambar anda akan disebarkan oleh pihak tidak bertanggung jawab seperti dalam banyak kes yang pernah berlaku melibatkan selebriti di seluroh dunia.
Renung renungkan....
Untuk rekod, Putera Harry yang lahir pada 1984, kini berusia 27 tahun adalah pewaris tahkta Britain, ketiga dalam senarai selepas ayahnya Putera Charles dan abangnya Putera William.
Dan ini bukan kali pertama beliau menimbulkan kontroversi.
Pada 2005, dia menimbulkan kemarahan seluruh dunia ketika digambar memakai pakaian Nazi ketika menghadiri majlis harijadi seorang rakan dengan tema pakaian beragam!!!
Tuesday, August 21, 2012
Individu yang boleh tewaskan juara dunia dan Olimpik >> Usain Bolt, Michel Phelps, Hossein Rezazadeh dan sebagainya
Lihatlah jari jemari The Man from Atlantis >>> Michael Phelps pun gerun dan pengsan!!!
Siapa yang boleh tewaskan Michael Phelps dengan mudah dalam acara renang? Untuk pengetahuan Michael Phelps menang 22 pingat termasuk 18 Emas dalam 3 sukan Olimpik iaitu Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012. Jawapannya, Man From Atlantis, watak fiksyen manusia dari Lautan Atlantis yang mempunyai tangan dan kaki seperti itik dan dikhabarkan boleh menyelam dan berenang tanpa henti selama 24 jam dengan kelajuan 200 km sejam!!
Siapa pula yang boleh menewaskan pemanah terbaik Olimpik 2012 – kedua duanya dari Korea iaitu Oh Jin Hyek kategori Lelaki dan Ki Bo Bae bagi kategori wanita ? Jawapannya Robin Hood dari England yang boleh memanah dengan menerusi pelbagai pokok dari jarak 300 meter!! Seorang lagi pemanah hebat ialah Sir William Tell yang boleh memanah epal di atas kepala manusia!!!
Robin Hood - tiada boleh melawan skil memanahnya, juara Olimpik dari Korea pun menangis dan lari!!!
Tiada pemanah Olimpik yang berani memanah seperti ini kecuali William Tell...!!!
Siapa pula yang boleh menewaskan atlet lawan pedang Olimpik ? Jawapannya lagenda pemain pedang tersohor Sepanyol dan Mexico – Zorro!!!
Dengan hanya menggunakan pedang, Zorro boleh menewaskan 1 Armada tentera Sepanyol atau Mexico dengan mudah...!!!
Siapa pula yang boleh tewaskan pemegang rekod dunia acara pecut 100meter, 200 meter dan 4 x 100 meter Olimpik, Usain Bolt dari Jamaica? Jawapannya Cheetah di African Wilderness yang boleh mencapai kelajuan 112 hingga 120 kilometer sejam berbanding 30 km sejam oleh USain Bolt.
Kelajuan Cheetah ialah 120 km/jam berbanding maksium 30 km/jam oleh Usain Bolt!! Cheetah boleh menamatkan larian 100 meter dalam masa 5 saat sahaja berbanding rekod dunia Usain Bolt 9.58 saat!!! dan 200 meter dalam masa 10 saat berbanding rekod dunia USain Bolt 19.19 saat!!!
Siapa pula yang boleh tewaskan pemegang rekod dunia angkat berat kategori super heavyweight? Jawapannya The Incredible Hulk yang boleh mengangkat 400 kg Snatch dan mudah menjulang 600 kg dalam Clean and Jerk!! Rekod dunia angkat berat Clean and Jerk hanya 263 kg oleh Hossein Rezazadeh dari Iran.
The Incredible Hulk boleh memecahkan rekod dunia angkat berat pada bila bila masa!!! Hossein Rezazadeh pun boleh diangkat dan dihumban 100 meter ke udara oleh The Incredible Hulk...!!!
Bagi acara menembak pula, semua penembak Olimpik akan melarikan diri apabila melihat kelibat Blaine bersama Mini Gunnya yang boleh memuntahkan 600 peluru sesaat!!!
Tiada juga penembak Olimpik yang boleh melawan The Sniper dan Billy The Kid seorang penembak lagenda pada zaman koboi yang dikatakan membunuh 21 orang menggunakan senapang dan pistol dan sukar ditumpaskan Marshall dan Sherriff.
Rob Furlong
Simo Hayha aka The White Death
Tiada penembak Olimpik juga yang boleh menewaskan Rob Furlong - seorang Sniper dari tentera Kanada yang menembak mati seorang anggota Al Qaeda di AFghanistan pada 2002 dari jarak 1.5 batu atau 1.43 kilometer. Ini jarak tembakan maut paling jauh pernah direkodkan oleh seorang Sniper.!!!
Tiada juga penembak Olimpik yang boleh mengatasi kegerunan ditimbulkan The White Death atau nama sebenarnya Simo Hayha yang menembak mati 705 askar musuh ketika Perang Dunia ke 2!!!
Bruce Lee - boleh menewaskan 30 pemegang Black Belt Tae Kwon Do dengan mudah.
Ip Man - Guru Bruce Lee
Bagi acara Tae Kwon Do, semua juara dunia dan olimpik pasti ditewaskan dengan senang dan mudah sekali oleh Bruce Lee, lagenda sepanjang zaman atau Guru Bruce Lee, Ip Man..
Saturday, August 11, 2012
Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dilantik pengerusi Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat kebanjiran Pendatang Asing Di Sabah
Inilah bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong yang dilantik pengerusi Suruhanjaya Siasatan diraja, RCI bagi menyiasat dan seterusnya memberikan syor penyelesaian berhubung isu kebanjiran pendatang asing di Sabah.
Pengumuman mengenainya dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kota Kinabalu pada Sabtu 11 Ogos 2012 selepas mengadakan pertemuan dengan Badan perhubungan UMNO Sabah dan BN Sabah di ibupejabat UMNO Sabah di Karamunsing.
Tan Sri Steve bakal dibantu seorang setiausaha, Datuk Saripuddin Kasim yang juga Ketua Setiausaha Kementerian perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, dan 4 anggota.
Mereka ialah :
Bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, UMS Profesor Datuk Dr Kamaruzaman Ampon.
Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Henry Chin Poy-Wu.
Bekas Peguam Besar Negeri Sabah, Tan Sri Herman Luping
dan Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk KY Mustafa.
Suruhanjaya itu diberi masa 6 bulan untuk menyelesaikan siasatan dan laporannya kelak hendaklah diserahkan kepada Yang Di Pertuan Agong.
Menurut Najib, penubuhan RCI itu membuktikan komitmen tinggi kerajaan pusat untuk menyiasat isu yang dibangkitkan berhubung pendatang asing di Sabah.
RIC itu ada 8 terma rujukan :
1. menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru atau kewarga-negaraan
2. menyiasat samada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada rakyat asing di Sabah adalah mengikut peruntukan undang undang
3. menyiasat samada pendatang asing di Sabah yang memegang IC biru, resit pengenalan sementara biru atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang undang telah didaftarkan dalam senarai daftar pemilih untuk pilihanraya
4. menyiasat samada pihak berkuasa telah mengambil apa apa tindfakan atau membuat penambah baikan kepada prosedur amalan standard, kaedah dan peraturan bagi elakkan apa apa ketidak teraturan dari segi undang undang
5. untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai prosedur amalan standard, kaedan dan peraturan berhubung pemberian kad pengenalan biru atau kewarga negaraan kepada pendatang asing di Sabah dengan ambil kira standard dan norma antarabangsa yang terpakai di Malaysia dan untuk syorkan apa apa pindaan atau perubahan untuk mantap dan tambah baik prosedur sedia ada
6. untuk siasat peningkatan populasi Sabah mengikut kategori warga tempatan Sabah, pekerja asing, pendatang tanpa izin dan pelarian dan meneliti kesannya terhadap bilangan yang mendaftar dalam daftar pemilih.
7. untuk menyiasat implikasi sosialnya ke atas masyarakat Sabah.
8. untuk menyiasat bilangan pendatang asing di Sabah yang telah diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraa dengan ambil kira status mereka sebagai orang tidak bernegara atau stateless.
Tahniah Najib kerana mendengar Denyut Nadi rakyat Sabah yang mahu isu kebanjiran PATI diselesaikan.
Thursday, August 2, 2012
6 Gambar ikan paus terdampar di perairan Kuala Penyu, Sabah, 2 Ogos 2012
Inilah ikan paus jenis Bryde Whale dari keluarga Balaenop-teridae yang terdampar di perairan Kuala Penyu, Sabah pada Khamis 2 Ogos 2012.
Mamalia ini yang sepanjang 51.9 kaki atau 15.80 meter dan berat lebih 10 tan, dilaporkan tersesat sebelum terdampar di perairan cetek dekat Pekan Kuala Penyu.
Usaha bomba menyejukkan badan ikan paus ini dengan menyembur air, tidak membuahkan hasil.
Usaha bomba dan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perikanan Sabah mengalihkan ikan paus ini ke laut dalam sebanyak 2 kali juga gagal, ini kerana setiap kali dialihkan, ikan paus itu kembali semula ke perairan cetek.
Menyedihkan, ikan paus itu mati jam 8 malam pada hari yang sama ia ditemui iaitu Khamis, 2 Ogos 2012.
Keesokan harinya pada Jumaat 3 Ogos 2012, sepasukan saintis dan penyelidik UMS melakukan kajian saintifik termasuk mengambil sampel DNA untuk dianalisis.
Paus ini kemudiannya dikebumikan di lokasi sekitar jabatan perikanan Sabah, Kuala Penyu pada pagi Sabtu 4 Ogos 2012.
Menurut kajian awal institut penyelidikan marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah, punca kematian akibat mengalami penyakit, bukannya akibat masalah penderiaan.
Beberapa kesan kecederaan lama turut ditemui pada badan ikan Paus.
Laut Cina Selatan menjadi antara laluan utama Paus Bryde dalam perjalanan mengelilingi dunia.
Kes Paus terdampar di perairan Malaysia sudah banyak kali dilaporkan, dan Sabah antara lokasi paus terdampar paling banyak direkodkan sejak 1970 hingga 2012.