Thursday, January 9, 2014

pertempuran di kg tanduo, lahad datu 1 mac 2013 didahului dengan kata kata "tiger.berambus kamu dari sini. ini tanah kami"..




Tiger. berambus kau dari sini. ini bumi kami.

itu kata kata dilontarkan sekumpulan 35 hingga 40 penceroboh bersenjata memakai seragam celoreng di kampung tanduo, lahad datu pada 1 mac tahun lalu sebelum mereka mula menembak ke arah pasukan keselamatan malaysia.

pertempuran selama sejam selepas itu mengorbankan 2 anggota pasukan keselamatan malaysia serta menyebabkan 12 penceroboh, terbunuh.


perkara itu dinyatakan superitenden mancha anak laga dari unit vat sixty nine pasukan gerakan am.

beliau memberi keterangan selaku saksi ketiga di hari ketiga perbicaraan 30 pengganas termasuk 3 rakyat malaysia yang terbabit dalam insiden pencerobohan lahad datu tahun lalu.

menurutnya pertempuran berlaku apabila sepasukan anggota vat sixty nine terserampak kumpulan penceroboh terbabit kira kira 10 pagi, 1 mac lalu.

selepas ditembak penceroboh, pasukan keselamatan malaysia mencari perlindungan dan menembak balas.

dalam pertempuran itu, seorang daripada anggota dalam pasukan superitenden mancha, kopral sabarudin daud terkorban akibat cedera parah, terkena tembakan di kepala.

menurut superitenden mancha, beliau dimaklumkan menerusi walkie talkie bahawa seorang lagi anggota pasukan keselamatan yang berada dalam pasukan berasingan, inspektor zulkifli mamat turut terkorban dalam pertempuran itu.

selepas pertempuran berhenti, beliau dan pasukannya melakukan pemeriksaan dan menemui 12 mayat penceroboh beserta sejumlah senjata.

22 daripada 30 tertuduh menghadapi dua pertuduhan iaitu melancarkan peperangan ke atas yang di pertuan agong yang membawa hukuman mati mandatori mengikut seksyen 121 kanun keseksaan.

serta menganggotai kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup mengikut seksyen 131 k-a kanun keseksaan.

mereka termasuk panglima pengganas berpangkat jeneral, datu amirbahar hussin kiram.

manakala yang lain didakwa kerana melindungi pengganas dan merekrut pengganas.

perbicaraan di depan hakim stephen chung dibantu pasukan pendakwaan tujuh anggota diketuai peguam negara tan sri abdul gani patail manakala sejumlah 10 peguam mewakili tertuduh.

pasukan pendakwaan antara lain akan membuktikan kumpulan pengganas berkenaan berniat merampas sabah dengan melancarkan peperangan ke atas yang di pertuan agong.

perbicaraan ke atas 30 pengganas sulu itu kini berlangsung di kota kinabalu sejak 6 januari 2014 lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs