Tuesday, April 8, 2014

Abu Sayyaf tidak harus menculik untuk mendapatkan wang dan penyelesaian tuntas untuk mengakhiri ancaman Abu Sayyaf





Abu Sayyaf selalu menceroboh perairan kita untuk menculik, tujuannya utk dapat duit melalui pembayaran wang tebusan.

Namun bagi saya Abu Sayyaf tak perlu menculik untuk dapatkan wang tebusan. Sebabnya? Mudah..sebab mereka ni Abu Sayyaf, kumpulan bersenjata yang memiliki pelbagai senjata termasuk bom tangan, grenad, pelancar roket, pelancar grenad, mesingun berat M50 Browning, Mesingan sederhana General purpose machine gun dan mesingan ringan Minimi serta rifle M16, M14, AK47, Garrand dan macam2 lagi senjata. Jadi untuk mendapatkan apa saja barang keperluan seperti beras, hotdog, mee, minyak masak, selipar, kasut, bawang merah dan putih, skurew driver, spana, ayam, kambing, lembu, laptop, handphone, sim kad, prepaid dan sebagainya, mereka hanya perlu ke tempat2 yang menjual segala barangan yang dikehendaki dan bawa lari saja semua barang yang diperlukan, tak perlu bayar, tak perlu duit!! Kenapa? Sebab mereka ni abu sayyaf. Manada taukeh yg berani halang bila mereka datang dan ambil semua barang2 yg diperlukan...!!!

Begitu juga jika Abu Sayyaf mahu kereta, motorsikal atau basikal, hanya perlu ke kedai jual kereta, motorsikal dan basikal dan rampss semua sekali, rompak..kalau tokeh enggan beri, acukan senjata semua atau tembak towkeh atau culik towkeh... Kalau mau isi minyak kenderaan, isi saja di stesen minyak dan terus jalan, tak payah bayar. Tokerh stesen minyak mana berani minta bayar sebab mereka ni semua bawa senjata!!!

Begitu juga kalau Abu sayaf mau kahwin, pergi saja kampung yg ada gadis dan bawa lari saja gadis itu. tak payah bayar mas kahwin atau wang hantaran. Tak perlu pakai wang langsung.

Begitu juga jika Abu Sayyaf mahu bekalan dadah heroin, syabu, morfin, kokain...pergi saja ke pusat pengedaran dadah dan ambil kesemua bekalan dadah itu...tak perlu bayar..tak perlu duit. siapa lawan, tembaklah..abu sayyaf kan banyak senjata. ATau culik saja raja dadah jolo dan paksa bekalan dadah diberikan tiap2 hari... semuanya tak perlukan wang kerana mereka ni abu sayyaf!!

Jadi buat apa abu sayyaf mau susah2 pergi sabah dan culik pelancong utk dapatkan wang tebusan???

Penyelesaian Tuntas untuk menamatkan ancaman Abu Sayyaf di Pantai Timur Sabah.

Penyelesaian ke atas ancaman abu sayyaf :


1. keluarkan semua wanita, orang tua, bayi dan kanak kanak dari jolo, tawi tawi dan basilan..lepas tu gugurkan bom atom di lokasi persembunyian abu sayayf...dengan ini maka semuanya akan mati dan tiada lagi ancaman ke atas sabah.


2. pasang pagar keselamatan dari kudat sampai semporna 1400 km...pagar itu ada talian elektrik 10 kilovolt, siapa mau ceroboh akan mati kena karan. hanya ada 10 laluan masuk keluar di timur sabah yang dikawal ketat pasukan keselamatan.


3. curfew di perairan pantai timur sabah. antara 9 pm dan 6 am laksanakan perintah berkurung, semua bot dan kapal tidakdibenarkan bergerak di perairan timur sabah. siapa engkar akan ditembak atau ditangkap

4. haramkan pengunaan pumpbot yg boleh bergerak di perairan cetek


5. setiap resort ada pengawal bersenjata tidak termasuk polis, tentera, apmm dan esscom untuk self defence

Penculikan di Singamata Reef Resort, Semporna, ESSCOM lancarkan Ops Gasak di 4 pulau, 19 pusat peranginan


25 PATI DITAHAN DALAM OPS GASAK 4 DI EMPAT PULAU RESORT SEMPORNA



Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek pastinya menghadapi tugas berat mengawal 1400 km pantai timur Sabah, apatah lagi 2 penculikan berlaku di Semporna, kawasan jagaan ESSCOM iaitu di pulau Pom Pom pada November 2013 dan kini Singamata Resort pada 2 April 2014.


Inilah Singamata resort, cantik tapi namanya sudah bertukar menjadi SIngaculik resort.

Sumber Berita: ESSCOM

SEMPORNA, (8 April 2014) -- Seramai 25 orang termasuk empat wanita dipercayai pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Gasak 4 yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) membabitkan 19 resort di empat pulau peranginan di sini, semalam.

Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek berkata kesemua mereka yang berumur dari enam tahun hingga 52 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah dalam operasi yang bermula pada jam 10 pagi dan berakhir kira-kira jam 5.30 petang.

Katanya pulau-pulau terbabit ialah Mabul, Kapalai, Pom-Pom dan Mataking.

"Kita telah memeriksa dokumen seramai 360 orang, dan daripada jumlah itu, kita menahan 21 lelaki dan empat perempuan yang disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohammad berkata mereka yang tidak mempunyai dokumen sah itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Beliau berkata sekiranya PATI terutama pekerja resort itu terbukti melakukan kesalahan mengikut akta tersebut dan kemudiannya dijatuhkan hukuman di mahkamah, tindakan selanjutnya ialah mendakwa majikan terbabit atau pengusaha resort kerana menggaji pekerja asing yang tidak memiliki dokumen sah.

Mohammad berkata operasi bersepadu berkenaan membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi lain termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pejabat Daerah Semporna.

"Kita akan teruskan Ops Gasak ini ke seluruh kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dengan tumpuan di pulau-pulau peranginan atau resort dan perkampungan atas air," katanya.

Katanya operasi berkenaan merupakan susulan kepada Ops Gasak 3 yang dilaksanakan pada 8 Mac lepas, Ops Gasak 2 pada 29 Dis tahun lepas, dan Ops Gasak 1 yang dilancarkan pada 24 Nov tahun lepas yang melibatkan beberapa pulau di perairan Semporna.

Ends. Moga pantai timur Sabah terus aman dan bebas dari sebarang ancaman di masa depan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs