Showing posts with label bomba. Show all posts
Showing posts with label bomba. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Kecekapan Bomba Sabah berjaya kawal kebakaran tangki minyak di Sepanggar, Sabah dalam tempoh kurang sejam







Pada Isnin 8 Ogos 2011 yang lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah telah menerima panggilan kecemasan mengenai satu kebakaran melibatkan sebuah tangki menyimpan minyak di Sepanggar.

Bomba menerima panggilan jam 12.23 tengahari, lalu mengejarkan 4 jentera Bomba iaitu sebuah jentera dari Balai Bomba Lintas dan 3 jentera dari Balai Bomba Kota Kinabalu dibantu pasukan kan motosikal gerak cepat (unit RIM).

44 anggota Bomba di ketuai oleh penguasa kanan bomba II Endi Sherimi dibantu
8 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengambil masa kurang sejam mengawal kebakaran pada jam 1.29 ptg.

Operasi tamat apabila api berjaya dipadam sepenuhnya jam 2.11 petang.

Kecekapan Bomba berjaya mengelak kebakaran daripada merebak ke beberapa lagi tangki minyak berhampiran. Jika itu berlaku, buruk padahnya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan.

Tuesday, August 24, 2010

Gadis cilik berjaya mengelak kebakaran di stesen minyak Shell Kota Kinabalu







Siapa kata Gadis bertubuh kecil atau "petite" dalam bahasa Inggeris, tidak boleh bertindak pantas dan berani.

Gadis berkenaan di gambar di atas sekali berbaju merah dan seakan akan seiras dengan Mila - Juara Akademi Fantasi Musim ke5, yang saya pun kurang tahu namanya baru-baru ini diberikan sijil penghargaan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sabah kerana keberanian dan ketangkasannya mengawal dan memadamkan kebakaran di stesen minyak Shell City Express di Jalan Pantai, Kota Kinabalu pada 29 Julai 2010 yang lalu.

Gadis ini serta rakan sekerja lain yang bertugas di stesen minyak itu telah bertindak pantas menggunakan alat pemadam api untuk memadam api, sekaligus mengelak malapetaka seperti kebakaran yang lebih besar dan serius daripada berlaku yang boleh memusnahkan stesen minyak dan puluhan permis perniagaan berhampiran.

Ini kerana stesen minyak itu terletak di pusat bandaraya Kota Kinabalu dan dikelilingi puluhan premis perniagaan termasuk kedai, hotel dan ruang pejabat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Tuan Khirudin Bin Drahman menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada kakitangan Shell tersebut sambil menambah kebakaran sebenarnya boleh dipadam pada peringkat permulaan dengan menggunakan alat pemadam api.

Justeru katanya, setiap rumah kediaman atau permis perniagaan hendaklah mempunyai alat pemadam api dan alat pengesan asap. Untuk mendapatkan peralatan tersebut, orang ramai boleh berhubung terus dengan Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran bagi mendapatkan nama-nama pembekal yang berdaftar dengan Jabatan Bomba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs