Tuesday, August 24, 2010

Gadis cilik berjaya mengelak kebakaran di stesen minyak Shell Kota Kinabalu







Siapa kata Gadis bertubuh kecil atau "petite" dalam bahasa Inggeris, tidak boleh bertindak pantas dan berani.

Gadis berkenaan di gambar di atas sekali berbaju merah dan seakan akan seiras dengan Mila - Juara Akademi Fantasi Musim ke5, yang saya pun kurang tahu namanya baru-baru ini diberikan sijil penghargaan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sabah kerana keberanian dan ketangkasannya mengawal dan memadamkan kebakaran di stesen minyak Shell City Express di Jalan Pantai, Kota Kinabalu pada 29 Julai 2010 yang lalu.

Gadis ini serta rakan sekerja lain yang bertugas di stesen minyak itu telah bertindak pantas menggunakan alat pemadam api untuk memadam api, sekaligus mengelak malapetaka seperti kebakaran yang lebih besar dan serius daripada berlaku yang boleh memusnahkan stesen minyak dan puluhan permis perniagaan berhampiran.

Ini kerana stesen minyak itu terletak di pusat bandaraya Kota Kinabalu dan dikelilingi puluhan premis perniagaan termasuk kedai, hotel dan ruang pejabat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Tuan Khirudin Bin Drahman menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada kakitangan Shell tersebut sambil menambah kebakaran sebenarnya boleh dipadam pada peringkat permulaan dengan menggunakan alat pemadam api.

Justeru katanya, setiap rumah kediaman atau permis perniagaan hendaklah mempunyai alat pemadam api dan alat pengesan asap. Untuk mendapatkan peralatan tersebut, orang ramai boleh berhubung terus dengan Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran bagi mendapatkan nama-nama pembekal yang berdaftar dengan Jabatan Bomba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs