Showing posts with label perancis. Show all posts
Showing posts with label perancis. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Dato Shake, permata Malaysia di Paris, Perancis





Dato Shake dulu




Dato Shake sekarang bersama anak bujangnya, Amaro hasil perkongsian hidup dengan Datin Milena.






Lagu bahasa Perancis ini Rien N'est Plus Beau que L'amour amat popular di Perancis, sekaligus melonjakkan Dato Shake antara penyanyi paling hebat di Perancis.


Ini juga lagu popular Dato Shake, Tu Sais Je T'Aime

Siapa tidak kenal Dato Shake, kelunakan suaranya dengan lagu mendayu dayu pada awal 80an seperti Umi, Pulanglah, Anugerah dari Kegagalan dan Kau Bungaku serta banyak lagi.

Saya berpeluang menemui Dato Shake atau nama sebenarnya Datuk Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh, di Hotel Legend pada 12 Disember 2011 ketika beliau baru saja tiba dari Paris menerusi penerbangan terus 12 jam ke Kuala Lumpur.

Dato Shake berada di Malaysia atas jemputan CEO Erama Records Datuk Afendi Hamdan yang juga pernah menjadi penyanyi kumpulan tersohor Sabah, D'Atomic Power.

Saya berkesempatan berbual dengan Dato Shake dan dia berkata dia sudah banyak merakamkan album dalam bahasa Perancis. Dia amat fasih berbahasa Perancis, namun tidak lupakan bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan susur galurnya di Johor.

Kini, Dato Shake berusia 61 tahun namun tampak masih handsome, kacak dan bergaya.

Dato Shake turut membawa bersama seorang rakannya, anak muda yang juga bekerja di Perancis.

Menurut anak muda itu yang namanya saya sudah lupa, Dato Shake sendiri yang mengazankan bayinya ketika lahir. Wahh... sungguh syahdu.

Menerusi perbualan ringkas saya bersama Dato Shake, menurutnya, dia berhijrah ke Eropah untuk mengembangkan karier seninya pada 1973, destinasi pertamanya ke London sebelum ke Paris, Perancis pada 1976.

Dia menempuh pelbagai onak, ranjau dan rintangan sebelum bergelar penyanyi berjaya dan amat dikenali di Perancis sebagai anak Asia yang menjadi penyanyi popular.

Kini dia ada 2 anak kembar hasil perkongsian hidup dengan seorang wanita Perancis. 2 anak kembarnya itu adalah pembuat filem dibawah naungan syarikat sendiri Hypervandals.

Perancis menganguherahkan Dato Shake dengan medal Chevalier des Art & Letre kerana menghargai sumbangan beliau dalam mempromosi bahasa dan kebudayaan Perancis di Asia.

Sehingga kini, Dato Shake sudah merakamkan puluhan lagu dalam bahasa Perancis dan mengadakan konsert di pelbagai negara Eropah. Dato Shake juga sudah ditampilkan di 30 program TV di Eropah, Kanada dan Asia.

France gave Shake the medal Chevalier des Art and Lettre "In the Honor of Art and Letter" as he has promoted the French language and Culture in Asia, where English is the main language. Shake has performed on more than 30 television shows, variety appearances in Europe, Canada and Asia.

Sebelum berpisah di The Mall pada hari bersejarah itu, Dato Shake ada memaklumkan kepada saya untuk mengadakan konsert jelajah Malaysia kerana dia amat merindui peminat tempatan. Katanya kali terakhir dia mengadakan konsert di Malaysia ialah 1986.

Malahan dia juga pernah mengadakan konsert di Sabah.

Kata Dato Shake, selain Paris, dia juga bermastautin di Beverly Hills, California, USA bersama keluarganya.

Semoga terus berjaya Dato Shake. We Malaysians, love you.

Monday, November 14, 2011

Kepercayaan Tahyul membawa Perancis juara Piala Dunia 1998









Kadangkala kepercayaan tahyul membawa tuah kepada pasukan Bolasepak.

Pada Piala Dunia 1998, tuan rumah Perancis muncul juara Piala Dunia buat pertama kalinya setelah menewaskan Brazil 3-0 di Final dengan 2 gol dijaringkan Zinedine Zidane dan 1 lagi oleh Emmanuel Petit.

Dalam setiap perlawanan Perancis sejak perlawanan pertama hingga ke final, ada 1 kemestian yang dilakukan oleh pemainnya iaitu ketua Pasukan Perancis akan mencium kepala botak Penjaga Gol Perancis.

Dalam konteks ini, Ketua Pasukan Perancis Laurent Blanc mencium kepala botak Penjaga Gol Perancis, Fabien Barthez setiap kali sebelum perlawanan bermula.

Dan Akhirnya, Perancis menang dan juara Piala Dunia 1998.

Pada pusingan awal dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan, Perancis menang kesemuanya dengan membenam Afrika Selatan 3-0, Arab Saudi 4-0 dan Denmark 2-1.

Kemudiannya menewaskan Paraguay 1-0 di pusingan kedua, membenam Italy 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 0-0 di suku akhir dan menumpaskan Croatia 2-1 di Separuh Akhir.

Perancis mengecewakan jutaan peminat Brazil di final dengan kemenangan bergaya 3-0, 2 daripadanya menerusi tandukan Zinedine Zidane hasil sepakan sudut di minit ke 27 dan 45 dan 1 lagi gol minit akhir perlawanan oleh Emannuel Petit di minit ke 93.

Jika Malaysia mahu menang perlawanan di peringkat antarabangsa, perlukan kapten Malaysia mencium kepala Penjaga Gol Malaysia??

Monday, September 5, 2011

Usahawan dan Pereka Fesyen Sabah, Datin Rahmahjan Sulaiman Khan menempa nama di Eropah dan Amerika Syarikat





Bermula sebagai hobi, kini mendatangkan hasil amat lumayan dan menembusi pula pasaran Eropah.

Itu kisah seorang usahawan wanita dari Sabah yang kini boleh berbangga apabila rekaan beg tangan dan bajunya, bukan sahaja mendapat sambutan di dalam negeri, malahan juga di eropah..

Individu dimaksudkan, Datin Rahmahjan Sulaiman Khan, 42 tahun, dilahirkan di Sandakan, Sabah.

Beliau kini boleh berbangga sebagai antara pereka fesyen paling berjaya di Malaysia.

Produk beg tangan, jenama J-Khan dan koleksi baju jenama “RJ coutoure” rekaan datin Rahmahjan, bakal menembusi pasaran fesyen di Paris dan juga London, selepas mendapat sambutan di Milan, Itali.

Namun, untuk sampai ke tahap dinikmati sekarang, bukan mudah.

Terpaksa menempuh pelbagai kesulitan.

Datin Rahmahjan, anak seorang pegawai polis, dulunya hidup susah setelah kematian kedua ibu bapa.

Dia terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk membiayai persekolahan 3 adik beradiknya.

Namun, minat dalam bidang rekaan fesyen, mengubah nasib keluarga itu.

Dengan kerjasama seorang penjahit pakaian warga Korea, Datin Rahmahjan mula berkecimpung sepenuh masa dalam rekaan fesyen baju sejak 4 tahun lalu dan rekaan beg tangan sejak 3 tahun lalu.

Koleksi pakaian “RJ Coutoure” dan beg tangan jenama “J-Khan”, mendapat sambutan luar dugaan.

Ini kerana fesyen rekaannya unik dan mempunyai tarikan tersendiri, yang sesuai untuk semua acara termasuk casual, sopistikated dan untuk bekerja,

Sekaligus mendorongnya membuka butik di Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Singapura.

Januari 2010, rekaan fesyen baju Datin Rahmahjan, menyertai pertunjukan fesyen Milan di Itali dan mendapat sambutan di kota fesyen itu.

Mac 2011 lalu, koleksi beg tangan J-Khan dan pakaian, diperagakan dalam pertunjukan fesyen di Paris.

Menurut Datin Rahmahjan beliau ada cadangan untuk memasukkan motif tradisional kaum etnik Sabah iaitu Kadazan, Dusun dan Murut dalam beg tangan dan jika diperagakan di Paris, Milan atau London, maka semua orang akan tahu kaum Kadazan, Murut tu berasal dari Sabah.

Kini, koleksi rekaan beg dan fesyen baju rekaan Datin Rahmahjan sudah boleh didapati di Paris, Dubai dan juga Amerika Syarikat.


Ratu Malaysia Universe 2011, Deborah Harry berkata beg tangan rekaan J-Khan mampu
dimiliki dan berkualiti tinggi, rekaannya juga bagus dengan bahan menarik, ini sesuatu yang menarik bagi pereka fesyen Malaysia untuk memperagakan jenama di Paris.



Inilah Pasaraya terkenal London, Harrods



Ketika ini, Datin Rahmahjan mahu memasarkan beg tangan rekaannya di pasaraya Harrods London, jika tiada halangan kelak dan dalam tempoh terdekat.

Jika berjaya, dia rakyat Malaysia kedua selepas Jimmy Choo (pereka kasut antarabangsa) yang berjaya memasarkan produk rekaan mereka di Harrods yang dimiliki jutawan Arab, keluarga Al-Fayed.



Datin Rahmahjan juga aktif sebagai ketua wanita Umno Tenom, Sabah dan sering memberikan bantuan kepada masyarakat di tenom yang memerlukan, termasuk di bulan puasa lalu Ramadhan 1432 Hijrah.

Syabas dan tahniah Datin Rahmahjan, Sabah boleh dan Malaysia boleh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs