Showing posts with label pesta kaamatan. Show all posts
Showing posts with label pesta kaamatan. Show all posts

Friday, May 31, 2013

Immaculate Lojuki, Unduk Ngadau Kamaatan 2013






Tahniah kepada Immaculate Lojuki wakil Kota Kinabalu yang muncul juara Unduk Ngadau 2013 di KDCA, Penampang, pada 31 Mei 2013.

Bukan saja jelita, malahan gadis tinggi lampai 5 kaki 7 inci ini juga pandai menjawab soalan pengadil. Maka itu sebablah dia menjadi juara.








Immaculate membawa pulang hadiah bernilai RM87,000. Gambar Gambar Immaculate ini diambil dari FBnya.


Wakil Ranau, Ritchel Ahdreas muncul naib Johan.




Manakala wakil Tuaran, Nilsey Debbie Sening di tempat ketiga.

All the best... Aramaitieee.. Tahniah kepada semua gadis gadis Kadazan Dusun Murut di Sabah..

Thursday, May 31, 2012

Melinda Louis dari Telupid, Unduk Ngadau 2012


Melinda Louis pasti tidak dapat melupakan detik indah ini yang terpahat pada hari Khamis, 31 Mei 2012 di KDCA, Penampang sempena Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah. Ini kali pertama wakil Telupid juara Unduk Ngadau.





Inilah Melinda Louis, 22 tahun dari Kg Gading, Telupid yang menewaskan 41 peserta lain untuk muncul Unduk Ngadau 2012 sempena Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah di KDCA, Penampang pada 31 Mei 2012. Ini sejarah tersendiri kerana Telupid buat pertama kalinya menang Unduk Ngadau, mengenepikan dominasi Penampang yang mendominasi pertandingan ini sejak 1960an sehingga sekarang.








Melinda Louis berkata dia tidak menyangka memenangi Unduk Ngadau 2012 kerana peserta lain juga jelita dan amat berpengalaman dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Melinda menghadiahkan kemenangan ini kepada daerah Telupid yang menang Unduk Ngadau peringkat negeri buat pertama kalinya.

Sebenarnya menurut Melinda, dia dipilih mewakili Telupid pada Unduk Ngadau 2008 ketika berusia 18 tahun namun tidak dapat berbuat demikian kerana melanjutkan pengajian. Nampaknya penantian 4 tahun selepas itu tidak sia sia bagi Melinda Louis, keluarganya dan seluruh daerah Telupid.

"I didn’t expect to win this title as all the finalists are very experienced and beautiful in their own ways. However, this winning is a special gift to my district, first time winning the state-level Unduk Ngadau,” said Melinda.

“I was chosen to represent Telupid in the state level in 2008 but I did not manage to stand for my district because I had to continue my study,” said the second child of six siblings who took home RM68,800 worth of prizes.


Tempat kedua Unduk Ngadau 2012 dimenangi Fenney Doimis yang mewakili Kota Kinabalu



Meryl Foster Paladius dari Tambunan pula di tempat ketiga.



Miss Tambunan, Meryl Foster Paladius menerima hadiah selaku Tempat Ketiga dari isteri Yang Di Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.



Dengan kemenangan ini, Melinda menerima hadiah wang tunai dan barangan bernilai RM68,800.00 serta akan memainkan peranan sebagai "Huminodun" untuk mempromosikan pelancongan serta banyak lagi peranannya selama setahun sehinggalah Unduk Ngadau baru dipilih pada 2013.









Unduk Ngadau 2012, Melinda Louis dari Telupid



Samantha Sharon C.E. Laujang, Miss Penampang adalah peserta favourite, namun tidak berjaya kali ini, hanya ditempat ke 5.



Miss Penampang, Samantha Sharon C.E Laujang sememangnya jelita dan dikatakan lebih jelita dari Miss Telupid, namun nasib tidak menyebelahinya.




Inilah barisan AJK Unduk Ngadau 2012 yang memastikan kelancaran pemilihan Unduk Ngadau 2012


Saat manis Miss Telupid dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau 2012 di KDCA, Penampang pada 31 Mei 2012.


Betapa jelitanya dia.


Menepati sifat dan nilai Huminodun


Ini pula Unduk Ngadau 201i - Botiza Disimond dari Penampang



Ini pula Unduk Ngadau 2010 - Crystel Eve Huminodun Majinbon

Monday, July 4, 2011

Siapa kata Siti Nurhaliza tidak pandai berbahasa Kadazan-Dusun?







Siapa kata penyanyi wanita nombor 1 negara, Dato Siti Nurhaliza tidak pandai bercakap dalam bahasa Kadazan-Dusun Sabah??

Video dibawah dipetik dari siaran langsung RTM pada Mei 2008 apabila Siti Nurhaliza diundang menjayakan rumah terbuka Malaysia Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

Pada malam itu, Siti Nurhaliza menyanyikan lagu popular Kadazan-Dusun Sabah iaitu "Rumandawi" dendangan asal Clarice John Matha, seorang penyanyi tempatan popular Sabah.



Hebatkan?

Dan video di bawah pula lagu Rumandawi versi asal dendangan Clarice John Matha.

Siapa lebih hebat? Anda nilailah sendiri.

Saturday, June 11, 2011

10 ribu banjiri Padang Merdeka di Rumah Terbuka Tadau Kaamatan 2011
















Aramatiee... Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.

Jika pada 31 Mei 2011 lalu di Dewan KDCA, Penampang majlis penutupan rasmi Pesta Kaamatan yang berlangsung sejak 1 Mei lalu, kini pada 11 Jun 2011 bersamaan Sabtu, berlangsung pula Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2011.

Majlis ini dianjurkan kerajaan persekutuan menerusi kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah.

Majlis bertema Harmoni 1 Malaysia itu dihadiri lebih 10 ribu orang dari pelbagai kaum dan etnik Sabah serta tetamu dari Semenanjung Malaysia dan juga pelancong asing.

Berlatar belakangkan kehadiran pelbagai kaum termasuk pelancong asing, majlis itu melambangkan perpaduan erat masyarakat majmuk di Malaysia.

Selain disajikan persembahan kesenian tradisional lebih 40 etinik sabah, orang ramai juga berpeluang menyaksikan pameran rumah tradisi kadazan-dusun-murut di sekitar padang Merdeka.

Orang ramai juga menjamu selera dengan pelbagai jamuan disediakan percuma.

Majlis rumah terbuka disempurnakan yang di pertua negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Mesej ringkas perpaduan kaum harmonis satu malaysia sempena perayaan ini turut disampaikan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan datuk seri utama dr Rais Yatim dan ketua menteri datuk seri Musa Aman.

Seterusnya persembahan tarian tradisional oleh seribu penari mengambil tempat.

Persembahan khas ini turut dicatat dalam buku rekod malaysia sebagai kumpulan paling ramai melakukan tarian pada satu tempat dan masa.

Kehadiran ratu pesta kaamatan 2011 atau unduk ngadau, Bo Tiza Disimond, turut memeriahkan suasana.

Bo Tiza dari Penampang hadir bersama 14 lagi peserta Unduk Ngadau 2011 termasuk naib juara Jovenea Jim Lajim dari Tamparuli dan tempat ketiga, Caroline Anthony dari Tuaran.

6 Bekas Unduk Ngadau pula dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Sepanjang Zaman. Mereka ialah Puan Jenny Alasa, Puan Nicolita Samseh, Puan Patricia Raymond, Cik Fharelynne Ivonne Henry, Cik Davenna Jacob dan Cik Leonie Lawrence Gontuni.

Majlis turut dihiburkan persembahan Alex Raja Lawak, One Nation Emcee yang menyanyikan lagu rap dan hip hop memakai baju Kadazan Dusun, Hazami, Jimmy Palikat dan Clarice John Matha.

Jimmy Palikat turut menyanyikan lagu popularnya Tanak Kampung pada majlis itu.



Rumah terbuka Malaysia Tadau Kaamatan bukan sahaja menyemarakkan semangat satu malaysia malahan memberi peluang kepada rakyat jelata termasuk di semenanjung malaysia meraikan tadau kaamatan dalam suasana harmonis.

Aramaitieee..

Tuesday, June 7, 2011

Maswings celebrates Kaamatan with Passengers at Kota Kinabalu International Airport








MASwings Celebrates Kaamatan With Passengers At KKIA

MASwings, wholly-owned subsidiary of Malaysia Airlines celebrates Pesta Kaamatan or the Harvest Festival with passengers by having its staff in Kadazan-dusun traditional costumes garlanding special Kaamatan beads to passengers arriving and departing from Kota Kinabalu International airport on 30th and 31st May 2011 morning flights.

The initiative by MASwings is aimed to enliven the airport atmosphere during this major festive occasion which is celebrated only in Sabah. It also provides an opportunity for the community airline to share Sabah’s rich and diverse cultures and traditions with other passengers especially those who arrived into Kota Kinabalu during these two days.

“We in MASwings is always proud to be associated with the local festival as we wish to share this Kaamatan joy by spreading the love and harmony spirit the festive carries to the people of Malaysia,” said Shauqi Ahmad, MASwings Regional Vice Preident Sabah.

Earlier during the eve of the festival, staff despite their busy schedule celebrated Kaamatan amongst cross functional department and divisions within MASwings and Malaysia Airlines by having their own MH Unduk Ngadau Contest.

“It was the 1st ever contest done within our organisation which saw participation from our very own staff donning the rich and colourful costumes from various kadazan-dusun ethnic groups and it reflected our good relations and working spirit among staff as ONEMH.” said Shauqi.

During the contest, the MH Unduk Ngadau Winner 2011 was crowned to Ms Melisand Patrick from the Human Capital Divison; 1st Runner Up went to Ms Tracy Penny Ephen of Reservations/Ticketing Department and 2nd Runner up went to Ms Jun Mitchelle of Inflight Services.

Well done MASwings.

Source : MASwings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs