Showing posts with label tadau kaamatan. Show all posts
Showing posts with label tadau kaamatan. Show all posts

Monday, June 3, 2013

Sabah CM, Musa Aman on why Nurul Izzah Anwar was denied entry into Sabah on 31 May 2013



We want peace and harmony in Sabah - Musa Aman

Chief Minister Datuk Seri Musa Hj Aman said Sabah's door is always opened to those who wanted to see and embrace its ethnic and cultural diversities as well as participate in the state's festivities.

He said Sabah also welcomed those who respected a civil society, whereby there is law and order to uphold the prevailing peace and harmony.


"However if we have reason to believe that your presence here will pose a threat to these ideals that Sabah has enjoyed all these while, you are not welcomed here," he said in a statement.

Musa said contrary to what was being spread in the social media, the ban on PKR vice-president Nurul Izzah Anwar from entering the state was not politically motivated.

"Other opposition leaders have come and moved freely throughout Sabah especially during the runup to the elections. They spread the same old recipe of lies, deceit and slander to hoodwink the people. We didn't stop them" he said.

"Now that the elections are over, their leader refuses to accept the verdict. It is a case of sour grapes and ungentlemanly conduct. He wants to rile up the masses to rally throughout the country to show his and I repeat his discontent," he said.

"We have reason to believe that Nurul Izzah's intentions to come to Sabah this time round may not be as innocent as she or her fellow opposition members make it out to be," he said.

Musa said Sabah and its people did not need this endless propaganda by the opposition to incite hatred and mistrust among the people against the Barisan Nasional government.

"Enough is enough. We need to move on. The opposition has been politicking for the last 5 years. Are going to get bogged down by more politicking in the next 5? There's work to be done. The country needs to be administrated, the economy needs to grow and the people's welfare taken care of," he said.

Friday, May 31, 2013

Immaculate Lojuki, Unduk Ngadau Kamaatan 2013






Tahniah kepada Immaculate Lojuki wakil Kota Kinabalu yang muncul juara Unduk Ngadau 2013 di KDCA, Penampang, pada 31 Mei 2013.

Bukan saja jelita, malahan gadis tinggi lampai 5 kaki 7 inci ini juga pandai menjawab soalan pengadil. Maka itu sebablah dia menjadi juara.








Immaculate membawa pulang hadiah bernilai RM87,000. Gambar Gambar Immaculate ini diambil dari FBnya.


Wakil Ranau, Ritchel Ahdreas muncul naib Johan.




Manakala wakil Tuaran, Nilsey Debbie Sening di tempat ketiga.

All the best... Aramaitieee.. Tahniah kepada semua gadis gadis Kadazan Dusun Murut di Sabah..

Thursday, May 30, 2013

Hemy Menjadi, Unduk Ngadau Likas, bakal Unduk Ngadau 2013??












Tiga gambar di atas adalah Hemy Menjadi, UNduk Ngadau Likas yang bakal berentap bersama jelitawan lain dari seluruh Sabah bagi merebut gelaran UNduk Ngadau 2013 di KDCA, Penampang, Sabah pada 31 May 2013 bersamaan esok.

Mampukah Hemy Menjadi menjuarai Unduk Ngadau 2013 ? Trademarknya tahi lalat di dagu. All the best Hemy Menjadi.




Apapun antara pencabar utama Hemy pastinya Unduk Ngadau Tanjung Aru, Ashley Selvi Ravindran.

Begitu juga jelitawan lain seperti di bawah.




Ledesma Steven, Unduk Ngadau Lembah Kelang

Serta Sarah, Cherry dan Nillsey.. All the best Girls..



Saturday, June 11, 2011

10 ribu banjiri Padang Merdeka di Rumah Terbuka Tadau Kaamatan 2011
















Aramatiee... Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.

Jika pada 31 Mei 2011 lalu di Dewan KDCA, Penampang majlis penutupan rasmi Pesta Kaamatan yang berlangsung sejak 1 Mei lalu, kini pada 11 Jun 2011 bersamaan Sabtu, berlangsung pula Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2011.

Majlis ini dianjurkan kerajaan persekutuan menerusi kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah.

Majlis bertema Harmoni 1 Malaysia itu dihadiri lebih 10 ribu orang dari pelbagai kaum dan etnik Sabah serta tetamu dari Semenanjung Malaysia dan juga pelancong asing.

Berlatar belakangkan kehadiran pelbagai kaum termasuk pelancong asing, majlis itu melambangkan perpaduan erat masyarakat majmuk di Malaysia.

Selain disajikan persembahan kesenian tradisional lebih 40 etinik sabah, orang ramai juga berpeluang menyaksikan pameran rumah tradisi kadazan-dusun-murut di sekitar padang Merdeka.

Orang ramai juga menjamu selera dengan pelbagai jamuan disediakan percuma.

Majlis rumah terbuka disempurnakan yang di pertua negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Mesej ringkas perpaduan kaum harmonis satu malaysia sempena perayaan ini turut disampaikan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan datuk seri utama dr Rais Yatim dan ketua menteri datuk seri Musa Aman.

Seterusnya persembahan tarian tradisional oleh seribu penari mengambil tempat.

Persembahan khas ini turut dicatat dalam buku rekod malaysia sebagai kumpulan paling ramai melakukan tarian pada satu tempat dan masa.

Kehadiran ratu pesta kaamatan 2011 atau unduk ngadau, Bo Tiza Disimond, turut memeriahkan suasana.

Bo Tiza dari Penampang hadir bersama 14 lagi peserta Unduk Ngadau 2011 termasuk naib juara Jovenea Jim Lajim dari Tamparuli dan tempat ketiga, Caroline Anthony dari Tuaran.

6 Bekas Unduk Ngadau pula dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Sepanjang Zaman. Mereka ialah Puan Jenny Alasa, Puan Nicolita Samseh, Puan Patricia Raymond, Cik Fharelynne Ivonne Henry, Cik Davenna Jacob dan Cik Leonie Lawrence Gontuni.

Majlis turut dihiburkan persembahan Alex Raja Lawak, One Nation Emcee yang menyanyikan lagu rap dan hip hop memakai baju Kadazan Dusun, Hazami, Jimmy Palikat dan Clarice John Matha.

Jimmy Palikat turut menyanyikan lagu popularnya Tanak Kampung pada majlis itu.



Rumah terbuka Malaysia Tadau Kaamatan bukan sahaja menyemarakkan semangat satu malaysia malahan memberi peluang kepada rakyat jelata termasuk di semenanjung malaysia meraikan tadau kaamatan dalam suasana harmonis.

Aramaitieee..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs