Showing posts with label sukan olimpik. Show all posts
Showing posts with label sukan olimpik. Show all posts

Tuesday, August 21, 2012

Individu yang boleh tewaskan juara dunia dan Olimpik >> Usain Bolt, Michel Phelps, Hossein Rezazadeh dan sebagainya


Lihatlah jari jemari The Man from Atlantis >>> Michael Phelps pun gerun dan pengsan!!!

Siapa yang boleh tewaskan Michael Phelps dengan mudah dalam acara renang? Untuk pengetahuan Michael Phelps menang 22 pingat termasuk 18 Emas dalam 3 sukan Olimpik iaitu Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012. Jawapannya, Man From Atlantis, watak fiksyen manusia dari Lautan Atlantis yang mempunyai tangan dan kaki seperti itik dan dikhabarkan boleh menyelam dan berenang tanpa henti selama 24 jam dengan kelajuan 200 km sejam!!


Siapa pula yang boleh menewaskan pemanah terbaik Olimpik 2012 – kedua duanya dari Korea iaitu Oh Jin Hyek kategori Lelaki dan Ki Bo Bae bagi kategori wanita ? Jawapannya Robin Hood dari England yang boleh memanah dengan menerusi pelbagai pokok dari jarak 300 meter!! Seorang lagi pemanah hebat ialah Sir William Tell yang boleh memanah epal di atas kepala manusia!!!


Robin Hood - tiada boleh melawan skil memanahnya, juara Olimpik dari Korea pun menangis dan lari!!!


Tiada pemanah Olimpik yang berani memanah seperti ini kecuali William Tell...!!!

Siapa pula yang boleh menewaskan atlet lawan pedang Olimpik ? Jawapannya lagenda pemain pedang tersohor Sepanyol dan Mexico – Zorro!!!


Dengan hanya menggunakan pedang, Zorro boleh menewaskan 1 Armada tentera Sepanyol atau Mexico dengan mudah...!!!


Siapa pula yang boleh tewaskan pemegang rekod dunia acara pecut 100meter, 200 meter dan 4 x 100 meter Olimpik, Usain Bolt dari Jamaica? Jawapannya Cheetah di African Wilderness yang boleh mencapai kelajuan 112 hingga 120 kilometer sejam berbanding 30 km sejam oleh USain Bolt.


Kelajuan Cheetah ialah 120 km/jam berbanding maksium 30 km/jam oleh Usain Bolt!! Cheetah boleh menamatkan larian 100 meter dalam masa 5 saat sahaja berbanding rekod dunia Usain Bolt 9.58 saat!!! dan 200 meter dalam masa 10 saat berbanding rekod dunia USain Bolt 19.19 saat!!!


Siapa pula yang boleh tewaskan pemegang rekod dunia angkat berat kategori super heavyweight? Jawapannya The Incredible Hulk yang boleh mengangkat 400 kg Snatch dan mudah menjulang 600 kg dalam Clean and Jerk!! Rekod dunia angkat berat Clean and Jerk hanya 263 kg oleh Hossein Rezazadeh dari Iran.


The Incredible Hulk boleh memecahkan rekod dunia angkat berat pada bila bila masa!!! Hossein Rezazadeh pun boleh diangkat dan dihumban 100 meter ke udara oleh The Incredible Hulk...!!!



Bagi acara menembak pula, semua penembak Olimpik akan melarikan diri apabila melihat kelibat Blaine bersama Mini Gunnya yang boleh memuntahkan 600 peluru sesaat!!!




Tiada juga penembak Olimpik yang boleh melawan The Sniper dan Billy The Kid seorang penembak lagenda pada zaman koboi yang dikatakan membunuh 21 orang menggunakan senapang dan pistol dan sukar ditumpaskan Marshall dan Sherriff.


Rob Furlong


Simo Hayha aka The White Death

Tiada penembak Olimpik juga yang boleh menewaskan Rob Furlong - seorang Sniper dari tentera Kanada yang menembak mati seorang anggota Al Qaeda di AFghanistan pada 2002 dari jarak 1.5 batu atau 1.43 kilometer. Ini jarak tembakan maut paling jauh pernah direkodkan oleh seorang Sniper.!!!

Tiada juga penembak Olimpik yang boleh mengatasi kegerunan ditimbulkan The White Death atau nama sebenarnya Simo Hayha yang menembak mati 705 askar musuh ketika Perang Dunia ke 2!!!


Bruce Lee - boleh menewaskan 30 pemegang Black Belt Tae Kwon Do dengan mudah.



Ip Man - Guru Bruce Lee

Bagi acara Tae Kwon Do, semua juara dunia dan olimpik pasti ditewaskan dengan senang dan mudah sekali oleh Bruce Lee, lagenda sepanjang zaman atau Guru Bruce Lee, Ip Man..

Sunday, July 29, 2012

James Bond, Mr Bean dan Ratu Elizabeth II memukau di upacara pembukaan sukan Olimpik London 2012



Upacara pembukaan sukan Olimpik 2012 di London pada awal pagi Sabtu 28 Julai 2012 pasti diingati dengan dua adengan khas yang disediakan penganjur.

Pertama, adengan James Bond dan Ratu Elizabeth II terjun dari Helikopter ke dalam stadium sambil diiringi lagu James Bond.








Kedua, adengan Mr Bean bermain piano dalam muzikal orkestra Chariots of Fire dimana Mr Bean menyebabkan orang ramai gelak ketawa dengan telatah lucunya.

Syabas London.

Cuma agak pelik, upacara pembukaan Olimpik, mengapa bahasa Perancis digunakan, bukankah sukan ini diadakan di London, bukannya di Paris, Perancis.

Thursday, May 24, 2012

Mata dan Kaki dalam sukan, Juan Mata dan Abubaker Kaki,


Juan Mata - pemain bolaepak Chelsea dan Sepanyol



Abubaker Kaki Khamis, pelari 800 meter dunia dari Sudan, Afrika.

Sukan : Mata dan Kaki

Dalam arena sukan antarabangsa, ada saja nama atlit atau ahli sukan yang menggelikan hati kita.

Antaranya Mata dan Kaki.

Mata ialah pemain hebat Chelsea, Juan Mata yang sudah menjaringkan banyak gol menakjubkan untuk The Blues dan juga adalah pemain antarabangsa Sepanyol.

Manakala Kaki pula merujuk kepada Abubaker Kaki Khamis, atlit lumba lari 800 meter dari Sudan, Afrika yang disegani.

Abubaker adalah juara remaja dunia 800 metre dan juara dunia 800 meter dalam dewan dengan catatan terbaik 1 minit 42.23 saat pada Jun 2010. Hanya David Rudisha dan Sebastian Coe boleh berlari lebih pantas daripada kaki pantas Abubaker Kaki.

Hmmm demikianlah hikayat Mata dan Kaki.

Adakah atlit yang bernama Kepala, Dagu dan Dahi? Atau Telinga, Lutut, Dada dan Perut?

Tak tahulah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs