Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Mata dan Kaki dalam sukan, Juan Mata dan Abubaker Kaki,


Juan Mata - pemain bolaepak Chelsea dan Sepanyol



Abubaker Kaki Khamis, pelari 800 meter dunia dari Sudan, Afrika.

Sukan : Mata dan Kaki

Dalam arena sukan antarabangsa, ada saja nama atlit atau ahli sukan yang menggelikan hati kita.

Antaranya Mata dan Kaki.

Mata ialah pemain hebat Chelsea, Juan Mata yang sudah menjaringkan banyak gol menakjubkan untuk The Blues dan juga adalah pemain antarabangsa Sepanyol.

Manakala Kaki pula merujuk kepada Abubaker Kaki Khamis, atlit lumba lari 800 meter dari Sudan, Afrika yang disegani.

Abubaker adalah juara remaja dunia 800 metre dan juara dunia 800 meter dalam dewan dengan catatan terbaik 1 minit 42.23 saat pada Jun 2010. Hanya David Rudisha dan Sebastian Coe boleh berlari lebih pantas daripada kaki pantas Abubaker Kaki.

Hmmm demikianlah hikayat Mata dan Kaki.

Adakah atlit yang bernama Kepala, Dagu dan Dahi? Atau Telinga, Lutut, Dada dan Perut?

Tak tahulah..

Tuesday, March 15, 2011

Datuk Nicol Ann David dan Azizul Hasni Awang, Olahragawati dan Olahragawan Kebangsaan 2010

Tahniah kepada dua jaguh sukan negara - pelumba basikal trek Azizul Hasni Awang yang dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 2010 dan Pemain skuash no. 1 dunia, Datuk Nicol Ann David yang ditabalkan Olahragawati Kebangsaan 2010.

Majlis anugerah itu diadakan malam ini, Selasa 15 Mac 2011.






Azizul Hasni Awang menang anugerah olahragawan kebangsaan buat kali kedua berturut-turut, beliau berjaya menewaskan jaguh badminton no.1 dunia, Datuk Lee Chong wei yang baru pulang dari England hari ini, selasa 15 Mac 2011 selepas mempertahankan kejuaaan badminton seluruh England 2011, menewaskan Lin Dan, 21-17, 21-17 di final pada malam Ahad, 13 Mac 2011 di National Indoor Arena di Birmingham, England.









Bagi jaguh skuash no. 1 wanita dunia pula, Datuk Nicol Ann David, ini kejayaan ketujuh merangkul Olahragawati Kebangsaan.

Nicol juga sudah 5 kali menang kejuaraan terbuka skuash wanita dunia atau world open.

Anugerah disampaikan Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis gemilang gemilang di Kuala Lumpur.

Antara kejayaan Datuk Nicol, mempertanankan kejuaraan dunia buat kali kelima.

Ini ucapan ringkas Datuk Nicol sejurus menerima anugerah olahragawati kebangsaan 2010.

"saya bersyukur di atas kejayaan ini.. ini adalah kejayaan yg amat bermakna. ini kali ketujuh saya menerima anugerah berpestij ini. saya percaya tiada jalan pintas mencapai kejayaan dalam apa jua bidang, saya beharap atlit muda negaa terus berusaha lebih keras lagi, kejayaan ini pasti membakar semangat saya untuk terus berusaha menaikkan nama negara di pertandingan peringkat antarabangsa."

Ini pula ucapan ringkas Azizul Hasni Awang yang turut tidak melupakan musibah melanda Jepun yang dilanda Gempa Bumi dan Tsunami.

"saya ingin mengucapkan takziah kepada mangsa gempa bumi dan tsnami di Jepun baru baru ini sama2 kita berdoa dan mendapat iktibar dari peristiwa itu, saya besyukur ke hadrat Ilahi. ini adalah anugerah kali kedua buat saya selepas tahun lepas, sedikit sebanyak ia menjadi pengubat diri sendiri selepas tak dapat bertanding dalam kejohanan dunia tahun ini. ini juga kejayaan selepas mengadai nyawa di kejohanan world series bulan lepas. saya ingin mengucap=kan terima kasih kepada jurulatih, isteri saya, ibu ayah dan seluruh anggota keluarga yang sentiasa berada di belakang saya. terima kasih juga kepada majlis sukan negara, dan semua pihak termasuk wartawan dan pengkritik".

Syabas dan tahniah Datuk Nicol Ann David dan Azizul Hasni Awang.

Majulah sukan untuk negara dan semoga anda berdua mampu membawa pulang pingat emas pertama negara pada sukan olimpik London 2012 kelak.

Tuesday, January 4, 2011

Misbun dan Arivalagan tidak lagi menjadi jurulatih Badminton dan Karate negara

Tahun 2011 ditutup bercampur suka dan duka untuk arena Sukan Malaysia.




Suka kerana pasukan bolasepak Malaysia buat pertama kalinya muncul juara Piala AFF Suzuki, menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 ekoran kemenangan 3-0 di stadium nasional Bukit Jalil pada 26 Disember dan hanya tewas 1-2 di stadium Gelora Bung Karno Jakarta pada 29 Disember.

Sekaligus menamatkan penantian berdekad Malaysia untuk muncul kuasa bolasepak disegani di rantau Asia Tenggara.

Suka juga kerana Malaysia mencatat pencapaian terbaik dalam 2 kejohanan sukan terbesar 2010 iaitu Sukan Komanwel di New Delhi, India dan Sukan Asia di Guangzhou, China.

Kontinjen Malaysia mencatat pencapaian terbaik dalam Sukan Komanwel New Delhi, India 2010 dengan menduduki tangga ke 7 selepas memungut 12 Emas, 10 Perak dan 13 Gangsa.

Manakala kontinjen negara turut menduduki tangga ke 10 di Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China dengan pungutan 9 Emas, 18 Perak dan 14 Gangsa.

Pemain Squash no. 1 dunia dari Malaysia, Datuk Nicol Ann David juga tidak pernah tewas sepanjang 2010 malahan menjuarai kesemua kejohanan disertainya termasuk mencatat sejarah muncul juara Terbuka Dunia buat kali kelima.

Pemain Badminton no. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dari Malaysia juga kekal di tangga teratas pemain terbaik dunia apabila merangkul tidak kurang 9 gelaran termasuk 6 gelaran super series termasuk kali pertama menjuarai Badminton All England.



Namun dukanya apabila jurulatih Lee Chong Wei, Datuk Misbun Sidek mengumumkan perletakan jawatannya.

Persoalannya dan puncanya masih misteri sehingga sekarang..

Adakah Misbun berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan segolongan pegawai di Persatuan Badminton Malaysia, BAM ataupun tidak berpuas hati dengan insentif dan sebagainya??

Begitu juga tindakan mengugurkan jurulatih Karate negara, P Arivalagan oleh Persekutuan Karate Malaysia untuk digantikan dengan jurulatih dari Iran yang belum diketahui kredibilitinya.

Apa salah dan silap Arivalagan??

Dia membimbing skuad karate Malaysia sehingga membawa pulang 2 emas menerusi Ku Jin Keat acara Kata lelaki dan R Puvaneswaran acara Kumite Lelaki serta 2 Perak dan 1 Gangsa.






Kalau begini caranya, lebih baik pegawai Persekutuan Karate Malaysia yang mengugurkan Arivalagan itu dikarate sahaja oleh kita semua!!!

Tuesday, October 12, 2010

Tewas 0-21 dalam Badminton - boleh berlaku


Saina Nehwal - pemain badminton no. 3 dunia dari India

Tewas 0-21 dalam badminton era moden, sememangnya sukar dan jarang jarang sekali berlaku.

Namun ia tidak mustahil.

Saina Nehwal - pemain badminton utama India membuktikan 21-0 boleh berlaku apabila menewaskan lawannya dari Ireland Utara, Caroline Black 21-0 dan 21-2 pada pusingan ketiga Badminton wanita singles di Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India.

Entah mengapa, Caroline Black terpaku di depan penyokong India, dia langsung tidak mendapat sebarang mata pada set pertama - semua pukulan Saina masuk dan semua pukulan Caroline boleh dikembalikan Saina.

Pada set kedua, barangkali Saina kasihan melihat Caroline dan sengaja memukul bola keluar untuk mata pertama Caroline yang jelas tersenyum apabila diberikan mata percuma oleh Saina itu.

Namun, Caroline bukan tandingan Saina yang kini pemain no. 3 dunia. Saina menang set kedua 21-2.

Pada suku akhir, Saina menewaskan pemain Canada, Anna Rice, 21-7 dan 21-10 untuk mara ke separuh akhir.

Saina sebelum ini sudah memenangi pingat perak kategori berpasukan apabila India tewas kepada Malaysia 1-3.

Pada perlawanan itu, Saina berjaya menewaskan pemain utama Malaysia, Wong Mew Choo dalam 3 set. Set pertama dimenangi Mew Choo 26-24. Namun Saina mengungguli 2 set seterusnya.




Di peringkat dunia, Saina juga semakin meningkat naik prestasinya dan pernah mengungguli takhta pemain no. 1 dunia. Di sini, saksikan kehebatan Sania bertemu pemain Germany Julianne Schenk dalam kejohanan All England 2010.

Tahniah dan syabas Sania Nehwal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs