Showing posts with label tawau. Show all posts
Showing posts with label tawau. Show all posts

Monday, March 31, 2014

APMM TAWAU PATAHKAN PENYELUDUPAN TONG GAS


Sumber : APMM Tawau

TAWAU, 25 Mac 2014 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) baru- baru ini telah berjaya menahan sebuah bot jongkong yang disyaki telah melakukan kesalahan di kawasan perairan Tawau pada 24 Mac 2014 lebih kurang jam 10 malam kelmarin.

2. Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah (KPMD), Kepten Maritim Anor bin Hj Jaafar berkata, bot jongkong tersebut yang bergerak dari kampung Titingan, Tawau itu telah ditahan dan pemeriksaan mendapati juragan berumur 57 tahun merupakan warganegara Malaysia dan seorang awak- awak warganegara jiran hanya mengemukakan dokumen pengenalan pelaut untuk warga asing. Dokumen muatan yang ditunjukkan juga meragukan pihak APMM iaitu muatan lebih kurang 140 tong gas berisi penuh yang disyaki untuk dibawa masuk ke Pulau Sebatik melalui kampung Sungai Melayu adalah tidak sama seperti yang dinyatakan di dalam dokumen.

3. Bot jongkong, juragan, awak- awak dan kesemua muatan telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibawa masuk ke jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat APMM.

4. APMM akan terus menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan di perairan Sabah khususnya perairan Tawau bagi menyekat kegiatan penyeludupan daripada terus berlaku. APMM turut berharap orang ramai dapat menjadi mata dan telinga supaya kegiatan ini dapat diatasi. Sebarang maklumat mengenai kegiatan penyeludupan boleh menghubungi talian Hotline APMM Tawau di talian 089-752116 (Faks) / 089-752115 (Bilik Gerakan).


APMM Tawau tahan 19 nelayan warga asing




19 NELAYAN WARGANEGARA JIRAN DITAHAN APMM TAWAU

Sumber : APMM Tawau

TAWAU, 30 Mac 2014 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menahan sebuah bot nelayan pukat lengkong yang berdaftar dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah di timur laut Batuan Tangan, perairan Tawau pada 30 Mac 2014 lebih kurang jam 2.30 petang kelmarin.

2. Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah (KPMD), Kepten Maritim Anor bin Hj Jaafar berkata, 18 warga asing dalam lingkungan 16 – 52 tahun dan seorang awak- awak di percayai warganegara Malaysia berumur 24 tahun telah ditahan untuk pengesahan dokumen diri manakala yang lain kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

3. "Menurut KPMD, juragan dan kesemua awak-awak ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 manakala salah seorang awak- awak yang mengemukakan Mykad akan disiasat untuk pengesahan dokumen pengenalannya,” jelasnya.

4. ”APMM akan terus menjalankan pemantauan bagi menyekat sebarang bentuk kegiatan jenayah untuk memastikan perairan Sabah selamat dan terkawal. Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat bagi sebrang aktiviti yang mencurigakan berlaku di perairan Sabah khasnya Tawau menerusi talian 999 atau hotline APMM Daerah maritim Tawau 089-752 115.

Sunday, April 7, 2013

TAWAU: The Barisan Nasional (BN) government plans to relocate all the Kampung Tanjung Batu Tengah residents to a safer place.



April 7, 2013

TAWAU: The Barisan Nasional (BN) government plans to relocate all the Kampung Tanjung Batu Tengah residents in Jalan Kukusan here to a safer place.

Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Aman said he was saddened by Saturday’s incident when huge boulders came loose from the top of the Kukusan Hill and fell on seven houses below injuring at least six people in the process.

Making an impromptu visit to the village right after officiating at the Yayasan Sabah roadshow on Sunday, Musa said the BN government is sensitive to the people’s needs.

He said local leaders like Kalabakan MP Datuk Abdul Ghapur Salleh and Tanjung Batu Assemblywoman Datuk Hamisa Samat would discussed with relevant quarters including the Tawau Municipal Council on the best that can be done for the villagers.

“It is important that we avoid disaster from happening … so I hope the villagers will not panic because your safety is our priority,” he said.

Ghapur, earlier said the incident was unavoidable since the village was located so close to the stone quarry and that it may happen again in the future.

He proposed that the victims comprising 12 families to be relocated to the Taman Semarak people housing project.

According to the authorities, these families could no longer stay there and that the rest should also be shifted in stages not only in Taman Semarak but also Pasir Putih.

“We have to move the people out from here because it is very risky for them to continue staying here,” he said.

Hamisa informed the Chief Minister that the incident affected 45 occupants who are now taking shelter in the surau and some in their relatives’ house.

She said there are 474 houses in the village and about 220 of the residents are voters.

Meanwhile, the Chief Minister presented his personal donation of RM1,000 to each of the family who were also given RM1,000 each by Ghapur and quarry operator, Hap Seng as well as RM500 each from Hamisa.

Musa and entourage also went to the scene and look at the extent of damages caused by the falling rock.

Monday, April 16, 2012

Lapangan terbang Tawau, Sabah tak mesra perokok.


Lapangan terbang Charles De Gaulle, Paris, Perancis, ada tempat merokok disediakan



Lapangan terbang OR Tambo, Afrika Selatan, ada tempat merokok disediakan



Lapangan terbang Chep Lap Kok, Hong Kong, saiznya 10 kali lebih besar dari KLIA, ada tempat merokok disediakan



Lapangan terbang Tawau, Sabah, TIADA tempat merokok disediakan.


Lapangan terbang KLIA dan KK, dan Sandakan, ADA tempat merokok disediakan.


Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Berakas, Bandar Seri Begawan, ada tempat merokok disediakan

Lapangan terbang Tawau, Sabah tak mesra perokok.

Saya sudah pergi ke banyak lapangan terbang di dunia samada di negara maju dan miskin dan semuanya mesra perokok, iaitu menyediakan ruang khas kepada perokok untuk melepaskan ketagihan nikotin mereka.

Saya pernah ke 4 lapangan Terbang di Afrika Selatan di Cape Town, Port Elizabeth, Bloemfontein dan O.R Tambo Airport, Johannesburg dan semuanya ada bilik khas perokok.

Saya juga pernah ke lapangan terbang Chep Lak Kok, Hong Kong dan Lapangan terbang antarabangsa Brunei di Berakas, Bandar Seri Begawan, dan kedua duanya ada bilik khas untuk merokok.

Saya pernah ke 4 lapangan terbang di Perancis iaitu Charles De Gaulle dan Le Bourget di Paris, Toulouse dan Carcassone dan semuanya ada ruang dan peluang untuk merokok secara sah.

Lapangan terbang Supadjio di Pontianak dan Juwata di Tarakan, kedua duanya terletak di Kalimantan, Indonesia, juga sudah saya singgahi dan anda boleh lihat manusianya merokok dengan sah.

KLIA juga sudah banyak kali saya merokok di bilik khasnya. Malahan kebanyakan airport di Sabah juga ada ruang utnuk merokok seperti di WP Labuan, Airpot KK ada 2 tempat merokok di balai berlepas, Sandakan juga ada.

Namun lapangan terbang Tawau paling tidak mesra perokok.

DI ruang berlepas tiada bilik merokok disediakan. Semua kawasan airport juga tidak boleh merokok. Anda kena pergi jauh atau bersembunyi untuk merokok.

Persoalannya mengapakah MAB tidak kasihan pada perokok? Kenapa perokok yang sudah dibebani harga rokok yang mahal RM10 sekotak, dibebani pula denda oleh Jabatan kesihatan yang mencecah RM100 jika merokok di kawasan bukan tempat merokok??

Mengapa MAB? Apakah semua kakitangan anda tak merokok? Buatlah 1 bilik kecil untuk merokok di Airport Tawau, untuk menghindari orang ramai daripada merokok di kawasan bukan zon merokok. Tak berat permintaan ini.

Tuesday, February 21, 2012

Mendapan Tanah di antara Telupid dan Ranau, jejaskan perhubungan darat Kota Kinabalu ke Sandakan, Lahad Datu dan Tawau



Perjalanan darat antara Kota Kinabalu ke Pantai Timur Sabah, terjejas akibat kejadian mendapan tanah di Kilometer 120 jalan Kota Kinabalu - Sandakan, pada malam Isnin 20 Februari 2012.

Kejadian berpunca hujan lebat.

Mendapan tanah sedalam kira kira 6 meter itu berlaku di kilometer 12, jalan Ranau-Telupid, menyebabkan puluhan kenderaan terjejas.

Kenderaan terpaksa melalui jalan alternatif di kampung berhampiran.

Namun Pengarah JKR Sabah, Datuk John Anthony berkata kerja membina laluan 1 lorong di jalan yang mendap dijangka siap malam ini.

Manakala kedua dua lorong jalanraya berkenaan dijangka siap esok.

Jalan berkenaan adalah laluan utama dari Kota Kinabalu ke bandar utama Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

Versi bahasa Inggeris pula :

A section of the Kota Kinabalu-Sandakan road collapsed during heavy rains late Monday, 20th February 2012.

At least about 150m of the road at KM120 was completely washed away, cutting off links between Sabah's west and east coasts.

Sabah Public Works Department director Datuk John Anthony said that by early Tuesday, 21st February 2012, they had managed to build an alternative gravel bypass for vehicles to pass through.

However, the by-pass is only passable for smaller vehicles, he said, adding that lorries and buses could not pass through.

"We are working on the bypass to enable larger vehicles to pass through. We hope to complete it by today," he added.

Sunday, November 13, 2011

Pulau Sebatik di Tawau, Sabah kini mendapat bekalan elektrik 24 jam



Pulau Sebatik dekat Tawau, Sabah dikenali pulau yang unik kerana terbahagi dua kepada wilayah Malaysia dan Indonesia.

Pulau ini mempunyai 5,000 penduduk dan 10 kampung, terletak 13 kilometer dari tanah besar Tawau, kira kira 20 minit perjalanan menaiki bot.

Namun sejak merdeka, masalah utamanya ialah tidak mempunyai bekalan elektrik sempurna.

Penduduknya terpaksa bergantung kepada generator untuk bekalan elektrik yang terhad.

Namun kerajaan mengotakan janjinya untuk membekalkan elektrik kepada penduduk pulau Sebatik.

Ia menerusi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bernilai kira-kira RM120 juta di Pulau Sebatik di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Projek ini dijangka bakal siap sepenuhnya menjelang penghujung Disember 2011.

Ketua Setiausaha KKLW, Dato' Ibrahim Muhamad, projek berkapasiti 33 KiloVolt itu dilihat sebagai mencukupi untuk menampung keperluan 10 buah kampung (5, 000 penduduk) di Pulau Sebatik yang melibatkan kira-kira 950 buah rumah.

"Kalau tiada aral-melintang, pihak kontraktor akan menyerahkan projek yang telah disiapkan ini kepada kita (kerajaan) pada awal Januari 2012. Kita percaya soal ketiadaan bekalan elektrik di pulau ini bukan lagi satu isu besar di sini," katanya

Ibrahim yang memuji kemajuan projek itu berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja dan tinjauan di tapak pembinaan sub-stesen elektrik di Sungai Tamang, Pulau Sebatik pada Ahad 13 November 2011 bersama ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Beliau berkata buat masa ini bekalan elektrik 24 jam telahpun disalurkan lebih awal kepada sekitar 700 buah rumah mulai Jun 2011 secara berperingkat-peringkat menerusi pembekalan sementara oleh pihak Sabah Electricity Sdn Bhd, SESB.

Mengulas perkembangan ini, Datuk Ghapur Salleh berkata sudah menjadi dasar kerajaan melaksanakan projek-projek pembangunan berdasarkan kepentingan rakyat.

"Projek BELB ini merupakan janji kerajaan untuk memberikan kemudahan bekalan elektrik kepada penduduk luar bandar dan mungkin masih ada penduduk yang masih 'bermimpi' kerana projek ini kini sudah hampir siap sepenuhnya", katanya lagi.

Dalam pada itu, Ghapur turut menjelaskan bahawa projek pembinaan Jalan Raya Kalabakan-Sapulut bernilai lebih kurang RM300 juta telahpun dimulakan oleh pihak kerajaan semenjak bulan Oktober 2011.

Projek BELB ini dimulakan semenjak Januari 2009 melibatkan penyambungan kabel bawah laut dari Kg Pasir Putih di tanah besar Tawau hingga ke Kg Sungai Tongkang, Pulau Sebatik sepanjang kira-kira 13 KM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs