Monday, May 21, 2012

Dunia kehilangan 2 lagenda disko dalam tempoh 5 hari antara 17 May 2012 hingga 21 May 2012, Donna Summer dan Robin Gibb dari Bee Gees


Donna Summer, lagendai disko ini meninggal dunia pada 17 Mei 2012 ketika berusia 63 tahun di rumahnya di Naples, Florida, USA, akibat kanser paru paru yang tiada kaitan dengan merokok kerana dia bukan perokok.



Selang 5 hari selepas kematian DOnna Summer, dunia muzik dikejutkan berita kematian Robin Gibb, atau nama sebenarnya Robin Hugh Gibb, lahir pada 22 December 1949 dan meninggal dunia pada 20 Mei 2012 pada usia 62 tahun, juga akibat kanser.

Robin bersama abangnya Barry dan Maurice menubuhkan Bee Gees kumpulan super terhebat di dunia pada 1970an yang menjual 220 juta album. Maurice meninggal dunia pada Januari 2003, meninggalkan hanya Barry Gibb.


Maurice, Barry dan Robin




Ini antara lagu popular Donna Summer atau nama sebenarnya LaDonna Adrian Gaines (December 31, 1948 – May 17, 2012).



Too Much Heaven - antara lagu popular Bee Gees

Rest in Peace Donna Summer, Robin Gibb as well as Maurice Gibb.

Kegunaan taring babi hutan....





Kegunaan taring babi hutan – dikatakan kebal...!!

Taring babi hutan yang berbentuk melengkung hampir bulat dilaporkan mempunyai banyak kegunaan mistik.

Antaranya, si pemakai dikatakan kebal dan tidak lut oleh senjata tajam mahupun peluru.

Diriwayatkan juga taring berbentuk hampir bulat itu juga boleh mendatangkan tuah dan rezeki kepada si pemakainya.

Benarkah ini? Hmmmmm ramai rakan yang menceritakan sedemikian kepada saya dan saya pun kurang pasti. Apapun taring sedemikian dilaporkan jarang ditemui dan sukar dijumpai.

Nah, kita tahu benda benda yang jarang ditemui dan sukar dijumpai ini mempunyai kesaktian dan keistimewaan tersendiri.

Adakah kekebalannya seperti manusia di bawah ini di Indonesia yang ditembak bertalu talu sebanyak 107 das oleh polis tapi tidak mati??? Lelaki yang dikenali Tarzan itu hanya mati selepas jarinya yang memakai cincin kebal, ditembak sampai putus barulah dia mati.

2 Fukushima yang terkenal di Jepun > Tragedi loji nuklear Fukushima dan atlit pecut Jepun Chisato Fukushima


Inilah letupan di loji nuklear Fukushima Daichi Jepun akibat gempa bumi teramat kuat magnitud 9.0 skala Ritcher.


Ini pula atlit pecut Jepun, Chisato Fukushima

Tragedi nuklear Fukushima dan atlit pecut Jepun Chisato Fukushima

Fukushima amat terkenal di Jepun, kerana 2 sebab berbeza.

Sebab pertama ekoran kerosakan Loji Nuklear Jepun di Fukushima akibat Gempa Bumi dan Tsunami yang menggegarkan negara matahari terbit itu pada 11 Mac 2011.

Selepas lebih setahun, krisis Nuklear Jepun yang dicetuskan loji Fukushima selesai, hasil kerja keras saintis Jepun.

Chisato Fukushima pula atlit jelita Jepun yang menjuarai acara pecut 200 meter di Sukan Asia Guangzhou 2010.

Chisato Fukushima akan mewakili Jepun dalam sukan Olimpik London 2012, pastinya dalam acara kegemarannya.

Itulah 2 Fukushima yang terkenal di Jepun.

40 rakyat Malaysia dipenjarakan di luar negara kerana terbabit pemerdagangan manusia sehingga Mei 2010.







40 rakyat Malaysia dipenjarakan di luar negara kerana terbabit pemerdagangan manusia sehingga Mei 2010.

Menurut kajian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, PBB, aktiviti jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia adalah industri kedua paling besar mencatat pertumbuhan dan keuntungan di belakang aktiviti pengedaran dadah.

Sindiket pemerdagangan manusia di seluruh dunia mengaut keuntungan berbillion ringgit hasil penyeksaan dan penderitaan mangsanya yang dijual beli umpama barang dan komoditi dan seterusnya dieksploitasi sebagai buruh paksa, pekerja seks dan pelbagai tujuan lagi.

Menurut PBB, rakyat Malaysia turut terlibat dalam industri terlarang ini di luar negara dengan 40 rakyat Malaysia dipenjarakan di luar negara kerana terlibat dalam kegiatan haram itu sehingga Mei 2010.

Kita tahu ramai juga rakyat Malaysia turut dipenjarakan di luar negara kerana kesalahan menjadi keldai dadah atau penyeludup dadah. Kes ini berlaku di China, Amerika Selatan dan negara lain.

Umum tahu, meskipun hukuman mengedar dadah dan memperdagangkan manusia adalah amat berat termasuk hukuman mati, namun mereka tetap melakukannya kerana mahukan wang.

Sindiket pemerdagangan manusia turut wujud di Malaysia. Modus operandinya samada membawa rakyat asing termasuk dari Filipina dan Indonesia ke Malaysia dengan janji ditawarkan pekerjaan bergaji lumayan seperti di perladangan, hotel dan sektor lain. Namun setiba di Malaysia, lain pula jadinya. Mereka dipaksa menjadi pelacur dan akan dicederakan dan dikebulurkan jika enggan menurut arahan.

Ada juga bayi yang diperdagangkan.

Pada 12 April 2012, Polis memaklumkan lebih 3 bayi dipercayai diperdagangkan dengan dijual sindiket antarabangsa yang didalangi wanita Singapura di Bukit Tinggi, Klang, Selangor yang dikesan pada Jumaat 6 April 2012 lalu.

Malaysia komited memerangi kegiatan itu termasuk memperkenalkan undang undang anti penyeludupan dan pemerdagangan manusia dan migran 2007 yang diluluskan di Parlimen. Peruntukan hukumannya juga berat, denda sehingga 1 juta ringgit dan penjara sehingga 30 tahun.

Syabas Malaysia, semoga tiada lagi mangsa pemerdagangan manusia di alam fana dan muka bumi ini.

Gadis Malaysia awas, anda boleh dirogol menerusi pukau!!!



Alangkah mudahnya gadis di Malaysia ni di rogol.

Ini kerana gadis gadis ini mudah mengikut lelaki yang tidak dikenali dan akhirnya dirogol. Bodoh kan? Kalau diculik tu lain cerita lah.

Ini kisah gadis sunti perawan berusia 16 tahun tingkatan 4 di Terengganu yang dirogol setelah ponteng sekolah.

Sepertimana dilaporkan Berita Harian pada Isnin 21 Mei 2012.

Seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Kemaman, Terengganu yang mengikut rakannya ponteng sekolah membawa padah, apabila menjadi mangsa rogol selepas dipukau seorang lelaki.

Sumber berkata, mangsa berusia 16 tahun dikatakan tidak sedarkan diri selepas bertentang mata dengan seorang lelaki yang juga kenalan rakannya itu, sebelum mendapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian dan kesakitan di rumah sewa lelaki berkenaan di Kampung Kijal, Rabu 16 Mei 2012 lalu.

Katanya, mangsa pada mulanya memasuki kawasan sekolah seperti biasa pada jam 7.45 pagi, sebelum seorang rakan sebaya mengajaknya ke sebuah kedai barangan runcit berdekatan kawasan sekolahnya itu.

Sumber berkata, suspek yang juga rakan kepada teman lelaki rakan mangsa kemudian datang dan menyuruh mangsa merenung matanya dan tidak lama kemudian mangsa mendakwa seperti dipukau dan mengikut arahan suspek.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa mengikut rakannya bertemu teman lelakinya yang datang ke kedai berkenaan menaiki sebuah kereta PERODUA MyVi.

“Mangsa kemudian diajak bersiar-siar dan menaiki kenderaan itu bersama rakannya dan pada masa sama ada seorang lagi lelaki dalam kenderaan berkenaan.

“Mereka berempat kemudian menaiki kenderaan berkenaan dan bersiar-siar sebelum mangsa dan rakannya dibawa ke sebuah rumah sewa di kawasan Kijal kira-kira jam 10 pagi.

“Sebaik memasuki rumah itu, mangsa disuruh menonton televisyen, manakala rakannya bersama teman lelaki sudah tiada di ruang tamu rumah itu,” katanya.

Sumber berkata, suspek yang juga rakan kepada teman lelaki rakan mangsa kemudian datang dan menyuruh mangsa merenung matanya dan tidak lama kemudian mangsa mendakwa seperti dipukau dan mengikut arahan suspek.

Katanya, apabila mangsa sedar setengah jam kemudian, dia mendapati tidak berpakaian serta mengalami kesakitan di kemaluan.

Katanya mangsa yang terkejut bertanyakan suspek yang kemudian mengaku sudah memperkosa mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, yang mengesahkan kejadian berkata mangsa yang trauma dengan keadaan itu membuat laporan di Balai Polis Kijal pada jam 11 pagi hari sama.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan polis kini menjalankan operasi memburu suspek.

Bodoh kan??

Saturday, May 19, 2012

Percutian anak Sabah di Perancis


Airbus Complex di Toulouse


Istana Lama Carcassone, di sempadan Perancis - Sepanyol




Ini video yang sempat kami rakamkan. Dengarkan, ada loghat percakapan Sabah di tengah tengah Paris!! Woww.. Aramaitiee

Percutian anak Sabah di Perancis dan Aramaitiee di Restoran dungeon bawah tanah di Toulouse, Selatan Perancis.

Pada 8 hingga 10 April 2010, saya berkesempatan ke Perancis untuk majlis penyerahan pesawat ATR 72-500 kepada syarikat penerbangan Maswings, anak syarikat penerbangan Malaysia, MAS.

Penerbangan tanpa henti dari Kuala Lumpur ke Paris menggunakan pesawat Boeing 777 mengambil masa 12 jam dan kami mendarat di lapangan terbang Charles De Gaulle, Paris pada jam 6 pagi waktu Perancis bersamaan 12 tengahari waktu Malaysia.

Perbezaan masa antara Perancis dan Malaysia ialah 6 jam.

Bulan April, tiada salji namun cuacanya amat sejuk di waktu malam, dibawah 5 Celcius.

Setiba di Paris, kami mengambil penerbangan Air France ke Toulouse selama 1 jam 30 minit menggunakan pesawat Airbus.

Selepas berehat di Toulouse, kami dibawa makan malam ke sebuah restoran dungeon atau restoran bawah tanah berusia 1,000 tahun di Toulouse.

Lumrah orang Perancis, masa makan malam, pasti ada Red Wine.

Maka sambil minum wine, kami menjamu selera.

Rupanya selepas meneguk beberapa gelas red Wine, rasa mengantuk kami kerana jet lag terus hilang.

Maka kami pun mengambil kesempatan beramah mesra dengan rakan rakan dari Perancis sambil belajar bahasa Perancis.

Saya pun dapat belajar beberapa bahasa Perancis seperti Bonjour bermaksud Hello atau Good Morning, Merci maksudnya Terima Kasih, Merci Boku – Terima Kasih Banyak dan ada lagi tapi saya lupa.

Maka orang Perancis tanya kami, apa Cheers atau Minum dalam bahasa Sabah dan kami jawab “ARAMAITIEE”!!

Selepas 4 botol besar Red Wine dihabiskan, orang Perancis itu tadi yang namanya Christophe, sering mengulangi perkataan ARAMAITIEE kerana dia sudah high atau kick atau sudah terkena kesan alkohol Red Wine.

Esoknya kami menghadiri majlis penyerahan pesawat ATR 72-500 di pusat pemasangan pesawat ATR di Tolouse yang bersebelahan dengan kompleks pembinaan pesawat Airbus.

Sungguh besar kompleks itu, tidak hairanlah Toulouse dikenali sebagai bandar Udara di Perancis sama seperti bandar Seattle di USA yang menjadi pusat pemasangan pesawat Boeing.

Pesawat terbesar dunia iaitu Airbus A380 turut dipasang di Toulouse.



Selepas majlis di Toulouse selesai, kami dibawa melancong ke Carcassone, sebuah bandar berhampiran sempadan Sepanyol yang berbangga kerana memiliki Istana Lama Carcassone yang dibina ratusan tahun dahulu dan kini diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Istana Lama Carcassone turut dijadikan tempat pengambaran filem Robin Hood dibintangi aktor Hollywood, Russel Crowe yang pernah berlakon dalam Gladiators.

Dari Carcassone, kami menaiki pesawat ATR 72-500 ke Paris selama 1 jam setengah dan mendarat di lapangan terbang Le Bourget disebut La Borje yang menempatkan ratusan pesawat persendirian.



Selepas menghabiskan masa 4 jam di pusat beli belah dekat Le Bourget, kami memasuki pusat bandar Paris sekitar 7 malam dan menyaksikan ratusan manusia sedang bersantai di bandaraya tersohor itu di tepi Sungai Seine.

Saya dapat melihat bangunan Muzium Louvre yang menempatkan potret paling mahal di dunia Mona Lisa yang dilukis Leornado Da Vinci.

Saya juga nampak bangunan Notre Dame.

Kami kemudiannya makan di sebuah restoran Pakistan dekat Eiffel Tower.

Menariknya, orang Pakistan itu menawarkan kami Red Wine without alcohol.

Selepas habis makan malam sekitar 10 malam, kami melawat pula Eiffel Tower pada waktu malam. Setiap 1 jam, menara ikonik Eiffel Tower bergemerlapan dengan pertunjukan lampu yang amat indah sekali.

Cuacanya sejuk 5 Celcius dan ramai penjual cenderamata berupa kunci dan replika model Eiffel Tower kelihatan mencari pelanggan, kebanyakan mereka golongan pendatang.

Dengan hanya 10 Euro anda boleh mendapat 20 pemegang kunci Eiffel Tower.

Selepas 1 jam di Eiffel Tower, kami melalui pula lorong paling terkenal di dunia iaitu Champ Elysess sehingga ke pintu Gerbang Paris.

Kami tidur di sebuah hotel di pinggir Paris yang turut menempatkan ramai pramugara dan pramugari dari MAS.

Selamat Tinggal Paris.

Au Revoire. Je Taime.

Khasiat Gamat untuk kesihatan


Gamat dilaporkan amat baik untuk kesihatan.

Ia mengandungi khasiat semulajadi untuk memperbaiki sistem ketahanan diri.

Secara tradisional, Gamat digunakan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut untuk meredakan sakit sendi dan otot malah turut diaplikasikan pada gigitan serangga untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Gamat adalah famili Timun Laut di mana 9 spesies daripada 49 spesies Timun Laut telahpun dikenalpasti di perairan Malaysia.

Menariknya, paling istimewa dan bernilai dari sudut perubatan iaitu “Gamat Emas”.

Oleh itu, saya syorkan anda semua mengamalkan pemakanan Gamat sebagai alternatif kesihatan diri.

Sekian, terima kasih kerana membaca blog Malaysian Hollywood 2.0

Makanan Tradisional Sabah Tuhau dan sompoton boleh diinovasi



Siapa sangka produk makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun-Murut, seperti Tuhau, boleh dinilai tambah untuk dikomersialkan menerusi proses inovasi sains.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, pada tahun 2011, program Jejak Inovasi yang dilaksanakan di Zon Pedalaman Sabah di Daerah Keningau) telah berjaya menjejak 12 produk inovasi. Ini membuktikan bahawa masyarakat pedalaman Sabah mempunyai inovasi mereka sendiri.

Sebagai contoh, produk tuhau, sejenis makanan tradisional Kadazan Dusun yang dihasilkan Puan Wasinah Kuntagil telah menerima dana Innofund MOSTI sebanyak RM100,000. Beliau akan dibantu oleh Technology Park Malaysia untuk menambahbaik kaedah pembuatan supaya dapat mengkomersilkan produk tuhau di peringkat nasional.

Produk Mini Hidro Elektrik yang dibangunkan oleh Encik Abdul Hamid Jasmin dari Kampung Libang Laut juga telah dinaiktarafkan dan diberi penambahbaikan kepada infrastruktur sedia ada.

Manakala produk Encik Philipus Jani iaitu Saksofon Buluh telah dikenalpasti oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di bawah program Fast Track bagi tujuan pengkomersilan.

Turut berpotensi untuk diinovasikan, Produk-produk lain seperti Mesin Pelerai Padi, Serbuk Minuman Halia, Penuai Padi daripada Pemotong Rumput juga telah dikenalpasti bagi tujuan bantuan inkubasi melalui Centre for Entrepreneurship & SME Development di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syabas dan tahniah kepada rakyat Sabah.

Monday, May 14, 2012

Mr Bean pernah berlakon filem James Bond "Never Say Never Again"





Mr Bean pernah berlakon Filem James Bond.

Siapa sangka Rowan Atkinson yang amat dikenali dengan watak kelakar hitsnya Mr Bean, sebenarnya pernah berlakon filem James Bond, Never Say Never Again pada 1983.

Dalam filem itu, watak agen British 007 dipegang Sean Connery dan Mr Bean memegang watak kakitangan kedutaan British di sebuah negara Carribean yang ditugaskan membantu James Bond.



Babak Mr Bean dalam filem itu memang kelakar apabila Sean Connery menyuruhnya bergerak secara sembunyi sembunyi dan Bean berjalan sambil menyorok di antara beberapa tiang besar dalam keadaan amat melucukan.

Dia juga memanggil nama James Bond dengan kuat di khalayak ramai meskipun tahu ini misi rahsia dan James Bond tidak boleh didedahkan identitinyaQ!!

Hahahahaa..



Selain itu Mr Bean juga pernah belakon filem 3 Weddings and a Funeral pada 1994 dimana dia memainkan watak Paderi dan ketika mengahwinkan sepasang suami isteri, Bean berkata “will u take her as your AWFUL WIFE” sepatutnya dia berkata LAWFUL bukannya AWFUL!!!

AWFUL bermakna teruk dan ayat Bean itu bermaksud “Sudikah anda menjadikan wanita ini sebagai isteri anda yang teruk”!!!



Jika dalam siri Mr Bean, dia memandu kereta Fiat yang kecil, Mr Bean sebenarnya meminati kereta berkelajuan tinggi.





Dan dia pernah cedera akibat kemalangan namun kini sudah pulih.

Itulah Mr Bean yang selalu mengeletek kita dengan karenah dan onaknya yang lucu.

Hahahaha....

Yu Yan, jaguh badminton wanita China yang sentiasa senyum.


Yu Yan, jaguh badminton wanita China yang sentiasa senyum, dilahirkan pada 7 April 1986.

Yu Yan dikenali sebagai pemain bergu wanita badminton paling handal di dunia ini dan sudah menang pelbagai gelaran bergu Wanita termasuk juara All England, Pingat Emas Sukan Olimpik Beijing 2008 bersama Du Jing dan juara Kejohanan Dunia 2011 di England.

Namun selain skill hebat dan menakjubkan, apa yang membezakannya dengan pemain badminton wanita lain ialah sifatnya yang suka tersenyum tidak kira dia sedang mendahului lawan atau sedang kalah.

Tak kira dia kalah atau menang, Yu Yan sentiasa senyum.

Jika menang, senyum Yu Yan bertambah besar dan jika kalah, dia tetap senyum.

Pada final All England 2012, Yu Yan dan pasangannya tewas kepada 1 lagi pasangan China, namun dia tetap senyum.

Itulah keistimewaan Yu Yan.


Detik Yu Yan dan Du Jing menang pingat Emas Bergu Wanita Sukan Olimpik 2008 di Beijing tewaskan pasangan Korea.

Ketua Eksekutif LHDN yang mesra dan sering senyum



Perbezaan ketua pengarah LHDN Lembaga Hasil Dalam Negeri dulu dan sekarang. Yang dulu amat peramah dan sentiasa tersenyum tapi yang sekarang ni tak mesra.

Yang dulu selalu senyum masa ditemuramah media sebab dia kata kalau nak suruh orang bayar Income Tax kena mesra.

Hmmm bagus yaaa...

Apa tunggu lagi, pergilah bayar cukai, untuk negara.

Kenapa SONY rugi besar?





SONY jenama terkenal dunia tapi mengapa rugi USD6.4 Billion pada 2011?

Antara produk terkenalnya, kamera video dan still photo termasuk Betacam dan Betamax.

Apa sudah jadi dengan SONY?

Harap SONY terus berjaya selepas ini.

Polis terkenal di Malaysia atau real Crime Busters.



Polis terkenal di Malaysia atau real Crime Busters.

Tuffile Nawab Din - digelar Crime Busters pada 80an dan 90an.



SAC II Abu Bakar Mustafa – bekas OCCI Selangor, juga digelar Crime Busters Selangor pada awal 2000.



ASP S. Kulasingam yang pernah berperang dengan Botak Chin, amat dedikasi dalam tugasnya sehingga ke akhir hayat. Polis paling terkenal di Malaysia pada 1970an dan dedikasi tugasnya yang dipikul penuh amanah, perlu dijadikan contoh oleh Polis zaman sekarang.


Sub Inspektor Maurice Coleman – polis handalan dari Sabah yang sudah menembak mati banyak penjenayah kejam.



Commisioner Datuk Bakri Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, berasal dari Sabah.


Ramai lagi...

Wanie dan Ekin, 2 penyanyi hebat dari Labuan



Nama : Salwani Sawi
Nama Panggilan: Wanie
Asal : Wilayah Persekutuan Labuan
Umur : 18 tahun
Mula dikenali menerusi program Mentor 6 terbitan TV3. Pada mulanya Wanie mentornya Ferhad namun entah mengapa dia digantikan pada saat akhir selepas persembahan pengenalan. Kecewa sungguh Wanie.

Pertama kali saya melihat Wanie menyanyi secara live di Magellan SUtera Hotel, Kota Kinabalu pada malam sumbangan amal Yayasan Persatuan pengimpot dan peniaga kenderaan Melayu Malaysia atau PEKEMA pada malam Ahad 13 Mei 2012.

Saya terpaku mendengar kelunakan dan kemerduan vokalnya dan gayanya yang cantik dan cute sekali.

Menurut Wanie :

“Saya masuk Mentor sebab nak teruskan perjuangan saya dalam muzik dan mencapai impian saya menjadi seorang pensyarah muzik. Saya mempunyai kelumpuhan muka di bahagian kiri dan semua orang pandang saya pelik. Saya masih lagi malu meneruskan minat saya tapi saya nak cuba lawan penyakit saya ini. Saya nak buktikan kepada semua yang orang seperti saya juga boleh berjaya. Saya rasa bertuah menjadi protege Ferhad kerana dia seorang yang sangat versatil dan mempunyai cara yang tersendiri.”


Ekin atau Norashikin Abdul Rahman dilahirkan pada 14 September 1984 dan menetap di Kg Bebulu Laut, Labuan Wilayah Persekutuan.

Mula dikenali dalam program realiti terbitan Astro, Akademi Fantasia musim ke 3.



Semoga maju jaya Wanie dan Ekin.

Sunday, May 13, 2012

MANCHESTER CITY DEFEATS QPR IN DRAMATIC STYLE TO CAPTURE EPL TITLE IN 44 YEARS









It was the most dramatic, unbelievable and extraordinary finish of the English Premier League.

In the end, Roberto Mancini and Manchester City celebrates non-stop till morning and Sir Alex Ferguson and Manchester United, cried all night long.

Manchester City won their first English league title in 44 years on Sunday, 13th May 2012 as they scored twice in injury time to beat Queens Park Rangers 3-2, edging out Manchester United on goal difference.

United thought they had won a record 20th title when they won 1-0 at Sunderland but Edin Dzeko and Sergio Aguero scored in the five minutes added on as City came from 2-1 down to snatch victory and their first English crown since 1968.

It was the most dramatic finish in Premier League history as big-spending City took the title from neighbours and rivals United.

City led on goal difference going into the final day but when they trailed 2-1 at home by 10-man Queens Park Rangers, it looked as if their dreams were evaporating.

But Dzeko equalised in the first of five minutes of injury time and then Aguero sent the City fans wild with a brilliant winner from short range just over a minute from the end.

Aguero's winner meant that Wayne Rooney's 20th-minute goal for United in their 1-0 win at Sunderland was not enough.

With Bolton drawing 2-2 at Stoke, the results meant that they joined Wolves and Blackburn Rovers in being relegated while QPR survived.

City began the day leading on goal difference, knowing they just needed to match United's result to win the league for the first time in 44 years.

When a goalkeeping error handed Pablo Zabaleta the opening goal on 39 minutes, they were on track but a terrible mistake from Joleon Lescott allowed Djibril Cisse to equalise three minutes into the second half.

City's chances were boosted again when Joey Barton was sent off for an off-the-ball incident involving Carlos Tevez, lashing out at Aguero as well after receiving his red card.

But as City chased the winner, they were undone by more slack defending as unmarked Jamie Mackie headed in for QPR on 66 minutes.

As City threw everything at QPR, manager Roberto Mancini brought on Mario Balotelli for Tevez with 15 minutes to go.

The Italian headed a chance to equalise straight at Paddy Kenny but Edin Dzeko gave them hope when he headed in a David Silva corner in the first minute of injury time.

And with the seconds ticking down, Aguero kept his head in the box to fire in the winner - and City fans, many of them crying, poured onto the field as the final whistle sounded over the third title overall, following 1937 and 1968.

In the battle for the two remaining Champions League places, Arsenal and Tottenham Hotspur finished third and fourth after respective wins on the final day.

Arsenal came from 2-1 down to win 3-2 at West Brom to finish third, while Tottenham's 2-0 win over Fulham left them fourth.

Saturday, May 12, 2012

Natalie Gulbis, pemain golf wanita yang seksi dan cantik










Pemain golf yang lawa.

Natalie Gulbis bukan saja cemerlang di gelanggang golf, malahan amat seksi dan cantik.

Siapa lelaki dapat mengahwininya pasti bertuah.

Aksi penjahat maut dalam Kiss of the Dragon





Benarkah aksi jet Li dalam Kiss of The Dragon ini dimana orang putih ni mati menggerikan setelah Jet Li menggunakan pin, bukan pistol untuk bunuh orang kejam ni.

Pin itu dicucuk ke belakang leher si penjahat dan bila dicabut, penjahat itu mati dalam keadaan amat mengerikan dengan darah keluar dari mata, mulut, hidung dan telinganya.

Benarkah cara membunuh sebegini wujud?

Friday, May 11, 2012

Vidal Sasson meninggal dunia







Vidal Sasson, hair stylist lagenda, meninggal dunia.

Namanya terkenal di seluruh dunia dalam fesyen rambut sebagai perintis fesyen rambut lelaki dan wanita.

Namanya Sasson juga bunyinya macam Saloon.

Hebat..

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Beliau meninggal dunia pada 9 May 2012 ketika berusia 84 tahun.

Amalan menghairankan di India, lambung bayi



Amalan menghairankan di India, bayi dilambung dari atas ke bawah.
Tidak boleh diamalkan di Malaysia.

Namun ini dikatakan amalan suci di Kuil Hindu, India.

Penduduk UAE hanya 1.2 juta tapi pekerja asing 5 juta orang



Bayangkan, penduduk Emiriah Arab Bersatu hanya 1.2 juta orang, namun pekerja asing hampir 4 kali ganda lebih tinggi iaitu 5 juta orang.

Hmmmm.... mungkin satu satunya negara di dunia dimana penduduk asal kurang berbanding pekerja dari negara luar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs