Anugerah Juara Lagu adalah acara tahunan yang disiarkan stesen televisyen nombor satu negara, TV3.
Ia menghimpunkan artis artis terbaik tanah air untuk mencari juara segala juara.
Pada malam majlis yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra itu, lagu Ghazal untuk Rabiah dendangan M. Nasir dan Jamal Abdillah telah dipilih sebagai Juara Lagu 1997.
Namun pada hemat saya, ada lagi banyak lagu pada malam itu yang berpeluang sama rata untuk muncul juara.
Antaranya Lagu Senja Nan Merah nyanyian duet Awie dan Ziana Zain yang begitu memukau dan masih popular sehingga kini.
Begitu juga lagu Seroja oleh kumpulan Search dan juga Naluri oleh Nora.
Juara Lagu 1997 juga menyaksikan kemunculan Siti Nurhazlia yang memenangi kategori balada menerusi lagu "Aku Cinta Padamu". Namun pada ketika itu, belum diketahui kepada siapa lagu itu ditujukan oleh Siti kerana kelibat Datuk "K" belum kelihatan pada waktu itu!!
Kita saksikan.
Didakwa Seleweng Dana RM100,000, Isteri Along Cham Buat Laporan Polis
-
Isteri kepada pelawak dan pelakon, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi telah
membuat laporan polis susulan dakwaan dia telah menyeleweng dana sumbangan
hamp...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment