Monday, January 31, 2011

Ariel Peter Pan dipenjara 3 tahun setengah - 31 Januari 2011




Ariel dan Luna Maya sebelum mahkamah di Bandung bersidang pada 31 Januari 2011

Kasihan Ariel.. bekas pemain bolakeranjang NBA Amerika Syarikat, Wilt Chamberlain meniduri 20,000 wanita tetapi tiada tindakan diambil. Begitu juga sensasi golf dunia Tiger Woods, Raja Swaziland yang mempunyai 100 isteri, pengasas majalah Playboy Hugh Hefner yang meniduri 10 wanita 1 malam sekaligus setiap malam, sepanjang hayatnya, Penyanyi Julio Iglesias yang dikatakan mempunyai 1,500 anak hasil hubungan dengan ribuan wanita, Maharaja China zaman dulu yang mempunyai 1,000 bini bini atau gundik dan ramai lagi Kasanova, Don Juan dan Playboy di luar sana... tetapi tiada tindakan diambil.

Ariel hanya berasmaradana dengan 2 wanita iaitu Cut Tari dan Luna Maya yang dicintainya, namun 1 dunia sudah tahu.. hmmmm... tidak adil buat Ariel dan peminat peminat Ariel..

Sabar saja Ariel yaaa...

Sumber berita : Berita Harian online / Bernama

BANDUNG, Indonesia, Isnin, 31 Januari 2011 :

Vokalis terkenal Indonesia, Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (RM84,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Dearah Bandung hari ini, Isnin, 31 Januari 2011 setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi membabitkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan. Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup.

Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Januari lalu yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.

Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.

Kes pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya, Luna Maya dan artis Cut Tari tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit.

Di jejaring sosial, kes ini yang dikenali sebagai "Ariel Peterporn" turut menarik perhatian dunia dalam banyak akaun twitter.

Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.


Cut Tari


Luna Maya

Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti sudah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Penyanyi itu diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuannya.

Ariel dikawal ketat oleh anggota polis semasa dibawa keluar dari ruang persidangan mahkamah melalui pintu belakang bagi mengelak dikerumuni wartawan dan orang ramai.

Di luar mahkamah, ratusan penunjuk perasaan bersedia sejak pagi untuk melakukan demonstrasi sehingga menyebabkan lalulintas di Jalan Marthadinata di sini menjadi sesak.

Mereka terdiri daripada dua kumpulan iaitu penyokong yang menamakan diri sebagai "Sahabat Peterpan" dan kumpulan masyarakat termasuk beberapa pergerakan radikal Islam, yang mengutuk perbuatan Ariel.

Kumpulan radikal Islam menyatakan rasa kecewa mereka terhadap keputusan itu dan menunut mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap Ariel.

Selepas keputusan, berlaku insiden melempar batu oleh beberapa penunjuk perasaan ke arah kumpulan penyokong Ariel namun keadaan dapat dikawal.
Demonstrasi luar mahkamah berlaku setiap kali perbicaraan kes Ariel berlangsung sejak ia bermula pada 22 November tahun lalu.



Peter Pan di mana Ariel adalah vokalis utama dan peneraju utamanya, adalah antara band terhebat pernah dilahirkan Indonesia selain daripada kumpulan Dewa, Koes Plus, The Mercy's, D'Lloyd, Samson dan Ungu.

Antara lagu paling terkenal Peter Pan adalah "Ada Apa denganmu", "Mungkin Nanti", "Topeng" dan banyak lagi.

Sabar Ariel... ramai lagi lelaki di sana yang mempunyai ramai sekali teman wanita seperti pengasas majalah Playboy - Hugh Hefner, bekas penyanyi kumpulan KISS - Gene Simmons, Julio Iglesias, Wilt Chamberlain, Tiger Woods, Maharaja Cina, Wilt Chamberlain dan Raja Swaziland yang keseluruhannya pernah meniduri lebih 100,000 wanita, namun tiada tindakan diambil ke atas mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs