Laporan Utusan Malaysia pada 22 Oktober 2009 menyebut seperti berikut :
Jawapan Mohd. Nor buatkan Anwar terdiam
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Jika perbahasan Sidang Dewan Rakyat diibaratkan satu pertandingan debat, Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) umumnya bukanlah tandingan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun demikian, pada perbahasan Rang Undang-Undang Panglima Gagah Berani hari ini, Mohd. Nor walaupun sekali-sekala masih kedengaran loghat Terengganu dalam ucapannya berjaya membuktikan sebaliknya.
Ini berikutan jawapan beliau terhadap celahan Anwar ibarat ‘pukulan maut’ yang mematikan terus hujah Ketua Pembangkang yang umumnya dikenali sebagai seorang yang petah berpidato.
Anwar dalam celahan itu antaranya seperti mendabik dada apabila mendakwa banyak peruntukan bagi kebajikan untuk anggota keselamatan dilakukan sewaktu beliau berada di dalam kerajaan.
“Sama ada Yang Berhormat (Hulu Terengganu) sedar atau tidak, dalam seluruh sejarah, peruntukan terbesar kepada pegawai dan anggota tentera terutama sudut perumahan adalah diluluskan semasa saya memegang jawatan Menteri Kewangan,” jelas Anwar.
Mendengar celahan Anwar itu, Mohd. Nor hanya berkata:
“Ya kita berterima kasih kerana Ketua Pembangkang telah sediakan jumlah banyak untuk perumahan anggota tentera dan polis (ketika jadi Menteri Kewangan) dahulu.
“Tetapi ingatlah, pada masa itu Ketua Pembangkang boleh melaksanakannya kerana Ketua Pembangkang berada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN). Kalau di luar kerajaan BN, belum tentu (Ketua Pembangkang) boleh berbuat seperti itu,” katanya.
Jawapan Mohd. Nor itu kemudiannya langsung tidak cuba dipatahkan Anwar yang sebelum itu mengambil masa hampir lima minit ketika mencelah giliran Mohd. Nor berbahas Rang Undang-Undang Panglima Gagah Berani bagi menaikkan elaun penerimanya daripada RM300 kepada RM500.
Selain itu, Mohd. Nor dalam perbahasannya turut membidas beberapa hujah daripada wakil pembangkang yang mengambil giliran sebelum beliau.
Apa yang menarik, wakil Hulu Terengganu itu dengan gaya bersahaja menggunakan bidalan membidas pembangkang yang sebelum itu mendakwa mereka akan memperjuangkan kebajikan anggota tentera jika menjadi kerajaan berbanding kerajaan BN yang mengabaikan kebajikan pasukan keselamatan.
Menurut Mohd. Nor, sekiranya benar pembangkang begitu prihatin kepada kebajikan anggota tentera mengapa tidak kerajaan negeri pimpinan pembangkang yang ada pada hari ini turut sama melakukan sesuatu untuk tujuan tersebut.
“Kepada wakil Gombak, (Mohamed Azmin Ali-PKR), kami menunggu janji manis kata-kata berhikmah supaya peruntukan yang sama turut diberikan oleh kerajaan pembangkang.
“Ini supaya buah terus digugur, jangan cakap tak serupa bikin. Cakap berderai-derai, tapi ekor bergelumang najis,” ujarnya.
Setelah lebih sepuluh anggota Dewan terlibat dalam perbahasan tersebut, Rang Undang-Undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) 2009 bagi menaikkan elaun penerima pingat tersebut daripada RM300 kepada RM1,500 diluluskan.
Ends.
Namun ada satu lagi cerita mengenai Anwar Ibrahim - dulu dia selalu hentam media arus perdana seperti TV3, Berita Harian, Utusan Malaysia, RTM, The Star kerana selalu menyebelahi BN dan sering menghentam pembangkang dan beliau... Anwar melabelkan media arus perdana itu dengan pelbagai label yang negatif!!!
Tapi cuba katakan pada Anwar - siapakah yang membantu Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu setelah beliau menang jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan menewaskan Allahyarham Tun Ghafar Baba pada 1993?? Siapa??
Jawapannya Media arus perdanalah yg menaikkan beliau - media arus perdana seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, TV3, RTM dan The Star lah yang mengikut dia ke hulu ke hilir, siang malam, buat liputan kempen ceramah dia menentang Tun Ghafar - semua media arus perdana ikut dia... dan semua ini disiarkan di berita perdana jam 8 pm dan muka hadapan surat2 khabar perdana...
Sedikit saja media yg sokong Tun Ghafar meskipun ketika itu Tun Ghafar adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap incumbent/penyokong Timbalan Presiden UMNO.
Kesudahannya, 19 daripada 20 Bahagian UMNO di Sabah, mencalonkan Anwar bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, hanya 1 Bahagian sahaja iaitu Marudu yg diketuai Allahyarham Tun Mustafa Datu Harun yg mencalonkan Tun Ghafar. Keadaan itu amat merungsingkan Ghafar kerana ketika itu dia adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah - tetapi kepimpinannya ditolak oleh UMNO Sabah sendiri...
Ini memaksa Tun Ghafar meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah... dan tidak lama selepas itu Tun Ghafar mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Ini kerana selain di Sabah, pencalonan diterima Anwar di seluruh negara jauh meninggalkan pencalonan diterima Tun Ghafar, sehinggalah memaksa Tun Ghafar meletakkan jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.
Kesudahannya, Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO - menerusi bantuan Media arus perdana... tetapi setelah dia dipecat dari UMNO pada 1998, Anwar melabelkan pula media arus perdana dengan pelbagai label negatif....!!!
Catcha Digital Catat Untung RM11.14 Juta Bagi Suku Ketiga 2024, Lancar ‘KS
Lagi’ Usaha Sama Dengan KJ & Shahril Hamdan
-
Catcha Digital Berhad telah mengumumkan keputusan kewangan mereka bagi suku
ketiga yang berakhir pada 30 September 2024 (Q3 FY2024) di mana syarikat
itu ...
49 minutes ago
No comments:
Post a Comment