Sebentar tadi, kita semua menyaksikan ucapan penggulungan penuh semangat oleh Presiden UMNO ke 7, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di perhimpunan Agung UMNO ke 60 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Najib berkata semboyan sudah dibunyikan, ayuh semua ahli dan pemimpin UMNO turun ke padang, tidak kira di desa mahupun kota, perkasakan dan perkuatkan parti keramat ini!!!
Beliau juga berkata pindaan perlembagaan UMNO bagi menghapuskan sistem Kuota adalah sesuatu yang radikal.... dan ini bermakna Presiden UMNO sendiri sudah kehilangan perisai untuk jawatan itu...
Namun Najib dengan bijaksana sekali berkata perisai beliau kini adalah ahli ahli UMNO sendiri.
Kini, pemilihan jawatan tertinggi UMNO samada di peringkat Majlis Tertinggi, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden, bakal ditentukan oleh 146,000 ahli di peringkat cawangan dan tidak lagi oleh 2,500 perwakilan di perhimpunan agung UMNO.
Bagi Najib, ini adalah satu sejarah dan perubahan terbesar yang pernah dialami UMNO selaku parti tulang belakang Barisan Nasional dan parti pemerintah di Malaysia.
Beliau mengakhiri ucapannya dengan melaungkan "Hidup UMNO" sebanyak 3 kali...
Najib turut melahirkan penghargaan kepada bekas Presiden UMNO, Pak Lah yang turut hadir dan duduk bersama sama perwakilan yang lain selaku Ketua Bahagian Kepala Batas.
Hidup Najib, Hidup UMNO... Hidup Demokrasi... Hidup 1 Malaysia, Hidup segala bangsa di Malaysia, Hidup semua penduduk Malaysia tidak kira di Perlis, Sabah, Pensiangan, Sungai Petani, Kuala Krai, Kinabatangan, Bagan Pinang, Sirusa, Port Dickson atau Sarikei...!!!!!
Catcha Digital Catat Untung RM11.14 Juta Bagi Suku Ketiga 2024, Lancar ‘KS
Lagi’ Usaha Sama Dengan KJ & Shahril Hamdan
-
Catcha Digital Berhad telah mengumumkan keputusan kewangan mereka bagi suku
ketiga yang berakhir pada 30 September 2024 (Q3 FY2024) di mana syarikat
itu ...
43 minutes ago
No comments:
Post a Comment