Tuesday, November 10, 2009

Nurin Jazlin Jazimin - sentiasa dalam kenangan rakyat Malaysia



Kes penculikan Nurin Jazlin Jazimin pada 20 Ogos 2007 menggemparkan negara.

Nurin diculik ketika dalam perjalanan dari rumahnya ke pasar malam di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Pencarian secara meluas ke seluruh negara kemudiannya dilancarkan pelbagai pihak termasuk media, badan bukan kerajaan NGO dan parti politik untuk sama sama membantu polis mencari dan mengesan Nurin serta juga penjenayah yang menculiknya.

Namun semua itu berakhir dengan penuh kesedihan apabila mayat Nurin ditemui dalam sebuah beg sukan dan diletakkan di tepi tangga di sebuah kedai di Petaling Jaya, sebulan selepas itu.

Imej CCTV menunjukkan beg sukan itu dibawa seorang lelaki menaiki motorsikal yang kemudiannya meninggalkan tempat itu.

Maknanya, ketika pencarian meluas ke atas Nurin disiarkan di TV, Radio dan surat khabar, Nurin masih dalam cengkaman penculiknya yang tidak berhati perut.

Nurin baru berusia 8 tahun tetapi kehidupannya telah direngut oleh orang yang berhati syaitan dan tidak layak bergelar manusia.

Tidak lama selepas itu, iaitu pada 9 Januari 2008, seorang lagi kanak kanak Sharlinie Mohd Nashar berusia 5 tahun pula dilaporkan hilang ketika bermain main di hadapan rumahnya di Taman Medan, tidak jauh dari mayat Nurin ditemui.

Sehingga kini, Sharlinie masih belum ditemui meskipun gerakan mencari secara meluas dilakukan termasuk menerus bantaun media cetak dan elektronik.

Melihat kepada dua kes tersebut, timbul persoalan adakah ini bermakna, penculik Nurin dan Sharlinie adalah orang yang sama?

Dan yang nyata, belum ada suspek yang didakwa di mahkamah setakat ini mengenai kes penculikan dua kanak kanak malang berkenaan.

Apapun, baru baru ini, kita digemparkan pula dengan seorang kanak kanak perempuan yang diculik di Sungai Pinang, Kapar, Kelang pada 23 Oktober 2009 lalu.

Menurut laporan media, kanak kanak perempuan berusia 8 tahun itu dan sepupunya berusia 7 tahun, sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka apabila secara tiba tiba dihampiri seorang lelaki menunggang motorsikal.

Suspek mengumpan mangsa dengan wang 5 ringgit sebelum melarikannya.

Mangsa ditemui 2 jam kemudian oleh penduduk kampung yang melancarkan gerakan mencari.

Setakat ini polis masih menyiasat samada suspek berkenaan adalah individu sama yang Allahyarham Nurin dan juga Sharlinie.

Kes itu kini disiasat oleh sebuah jawatankuasa khas dianggotai 3 polis kontinjen negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Apapun, modus operandi penculik sudah diketahui.

Dia mensasarkan kanak kanak perempuan yang berjalan seorang diri atau berdua tanpa ditemani orang dewasa.

Suspek juga kebiasaannya menaiki motorsikal.

Suspek juga mengumpan mangsa untuk mengikutinya dengan kata kata manis dan juga wang tunai.

Mungkinkah orang sama yang terlibat menculik Allahyarham Nurin di Wangsa Maju, Sharlinie di Taman Medan dan kes terbaru di Kampar, Kelang???

Kes penculikan seperti ini sebenarnya turut berlaku di negara lain.

Di Amerika Syarikat misalnya kita digemparkan dengan berita penculikan beberapa wanita oleh seorang penjenayah tegar - Anthony Sowell di Cleveland.

Ironinya, jiran jiran suspek dalam kes di Amerika Syarikat di bawah, langsung tidak dapat menghidu perbuatan dan perlakuan jahat penjenayah itu.

Mungkinkah ada kanak kanak yang diculik di negara ini, dikurung secara beramai ramai di kawasan kejiranan kita, tanpa pengetahuan kita, seperti kes di bawah :

Laporan Utusan Malaysia 1 November 2009

Polis temui 6 mayat di rumah perogol

WASHINGTON 1 Nov. – Enam mayat yang kebanyakannya telah reput ditemui di Cleveland, Ohio, rumah seorang perogol yang ditahan, semalam. Ketua polis, Michael McGrath berkata, tiga mayat ditemui di rumah Anthony Sowell, 50, manakala tiga lagi mayat dipercayai ditemui lebih awal.

Pihak berkuasa sedang menanti pengesahan daripada koroner.

Dibebaskan pada 2005 selepas dipenjarakan pada 1989 atas kesalahan merogol, Sowell telah ditahan di kawasan perumahannya di Cleveland pada Sabtu lalu selepas seorang penduduk mengenal pasti suspek dan menghubungi polis.

“Dua mayat pertama, kedua-duanya wanita, ditemui pada Khamis lalu semasa pasukan SWAT memasuki rumah tersebut dengan waran geledah, mayat ketiga juga turut ditemui, “ kata McGrath pada satu taklimat ringkas yang disiarkan oleh media tempatan.

“Kami juga telah memindahkan dari tempat kejadian, apa yang kami percaya sebagai tiga lagi mayat lain, tetapi ia belum disahkan oleh pejabat koroner,” katanya.

“Beberapa mayat mungkin telah disimpan di dalam rumah itu selama enam bulan,” katanya memetik koroner yang menjalankan autopsi.

Ketika pihak berkuasa berusaha membongkar identiti mangsa, polis Cleveland memulakan pencarian rekod individu hilang dari 2005, semasa Sowell dibebaskan selepas meringkuk di dalam penjara selama 15 tahun atas kesalahan merogol.

Jabatan Leftenan Thomas Stacho berkata, polis menjalankan pencarian di rumah Sowell kerana beliau dinamakan sebagai suspek dalam kes-kes rogol dan perkosaan. – AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs