Wednesday, November 4, 2009

Pencabar Nash Lefthanded - Tiada Lagi Kidung mu - tiada orang yang boleh menyanyikan lagu itu selain orang ini

Pencabar Nash Lefthanded - Tiada Lagi Kidungmu

Lagu Tiada Lagi Kidungmu, mula popular pada 1987 oleh kumpulan Lefthanded dan dinyanyikan vokalisnya - Nash dengan iringan gitar lentok Man Kidal.

Lagu itu melonjakkan Lefthanded ke persada muzik rock tanah air - menyaingi populariti kumpulan Search ketika itu. Selain Tiada Lagi Kidungmu, Lagu Lefthanded yang turut meruntun perasaan ketika itu ialah Cinta 3 Dimensi dan Lagenda Cintamu.

Selepas lebih 10 tahun, lagu Tiada Lagi Kidungmu kembali popular setelah didendangkan oleh Felix Agus dalam Program Realiti Akademi Fantasia musim ke 3 terbitan Astro pada 2005.

Selepas itu, banyak sekali peminat lagu itu yang cuba mendendangkan lagu Tiada Lagi Kidungmu dalam pelbagai versi.

Namun versi dalam video di bawah oleh seorang Pakcik atau Uncle di Daerah Kecil Kiulu, Sabah pada 31 Ogos 2005 ketika satu majlis hari jadi, menjadi satu daripada bahan sensadi di Internet, khususnya dalam Youtube.

Apa tidaknya, gelagat Pakcik dikenali Pakcik "P" itu yang mendendangkan lagu dalam versinya sendiri yang tidak boleh diikuti atau dicabar oleh orang lain, menyebabkan persembahannya begitu unik sekali dan tidak pernah dilihat sebelum ini.

Malahan Nash sendiri dilaporkan amat terkejut apabila mendengar dan melihat ada orang yang menyanyi dalam versi sebegitu ke atas lagunya!!!!!

Sejak diupload oleh Pinolobu ke dalam Youtube, hampir 3 tahun lalu iaitu pada December 2006, video itu telah merekodkan 44,336 hits dan 253 komen (kebanyakannya komen bersifat negatif!!!!!!!)

Untuk makluman juga, air berwarna kemerahan yang dihidangkan kepada tetamu dalam video itu dikenali sebagai Bahar, sejenis minuman tradisi diperbuat dari Air Kelapa atau Nira Kelapa - rasanya agak kelat dan bila dicampur dengan Rosok, dia akan menjadi pahit dan boleh mendatangkan kesan F=ma atau Force = mass times acceleration!!!

Apapun sama sama kita dengarkan keunikan versi Uncle "P" :



Untuk yang tidak tahu, ini adalah versi original Tiada Lagi Kidungmu oleh Lefthanded :

Tiada Lagi Kidungmu - Versi Studio - 1987



Dinyanyikan secara langsung oleh Nash, 20 tahun kemudian pada 2007

2 comments:

bengodomon said...

Hint: Pakcik P telah merakamkan lagu yang sama, versi sober a.k.a. versi 2009 secara live di Firehouse pada 10.30 malam, 7 November 2009. Audio coming up!!!

bebek said...

bah kasi keluar lah lato aiyaaaa... peminat setia Uncle P termasuk Encik Sabud, sedang menunggu dengan setia!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs