Wednesday, June 16, 2010

Presiden FIFA, Sepp Blatter wajar menggunakan teknologi video untuk Piala Dunia





Presiden FIFA, Sepp Blatter masih enggan menggunakan teknologi bagi menyelesaikan kontrovesi melibatkan gol yang diragui atau gol yang masuk tapi tak dikira masuk...

Mengapakan Blatter begitu tolol, tidak mahu menggunakan teknologi.??

Sekiranya video teknologi diguna pakai, Juara Piala Dunia 1966 bukan England, sebaliknya Jerman Barat sebab gol ketiga England oleh Geoff Hurst pada final 1966, sebenarnya tidak masuk, tapi referee kata masuk.. England menang final itu 4-2.

Begitu juga "Hand of God" gol kontoversi Diego Maradona pada perlawanan suku akhir piala dunia 1986 Argentina menentang England. Gol menggunakan tangan itu dikira, Maradonna menewaskan Peter Shilton dan Argentina menang 2-1.

Pada final Piala Konfederasi 2009 di Afrika Selatan, Gol sah Brazil ketika menentang Amerika Syarikat tidak dikira, meskipun bola sudah melepasi garisan.. Nasib baik Brazil menang perlawanan itu 3-2.

Pengadil adalah manusia biasa, dia tidak mungkin dapat melihat insiden split seconds yang hanya berlangsung 0.00000001 mikrosaat, sebab itulah pengunaan video teknologi amat diperlukan dan perlu disokong oleh FIFA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs