Tuesday, September 21, 2010

Che Guevara - ikon perjuangan revolusi abad ke 20


Gambar Che Guevara yang terkenal ini dirakamkan Alberto Korda dan dilabelkan sebagai Fotografi paling terkenal di dunia.

Wajah Che Guevara ini antara imej abad ke 20 yang paling terkenal. Ini kerana Che Guevara adalah ikon dan simbol perjuangan revolusi berfahaman Marxist.

Che Guevara membantu Fidel Castro menjatuhkan rejim diktator Fulgencio Batista di Cuba pada 1959 sehingga Fidel Castro kekal sebagai Pemerintah Cuba sehingga sekarang.

Kejayaan itu dicapai dengan hanya menggunakan 80 askar dibantu beribu ribu penduduk pedalaman dan desa yang terpikat dengan karisma Che Guevara.

Karisma Che Guevara berjaya meruntuhkan kerajaan Batista meskipun tentera Che Guevara hanya mempunyai kelengkapan perang yang terhad berbanding ratusan batalion yang dimiliki tentera Batista.

Kejayaan itu telah membuka mata dunia betapa kerajaan boleh digulingkan dengan pergerakan revolusi yang mantap dari segi mental dan fizikal.

Oleh kerana pengaruh Che Guevara dalam Marxisme yang begitu kuat khususnya di kalangan penduduk desa, maka Amerika Syarikat bimbang fahaman Marxist atau Komunisme yang ditegakkan Che Guevara, bakal menular.

Ini kerana selepas kejayaan di Cuba, Che Guevara meneruskan pula perjuangannya di benua Afrika iaitu di Congo serta juga di negara Amerika Selatan iaitu Bolivia.

Umum tahu, ketika itu perang dingin antara Amerika Syarikat dan USSR atau Soviet Union di tahap tinggi lebih lebih lagi dengan insiden Bay of Pigs pada 1961 di mana tentera Soviet Union meletakkan peluru berpandu nuklear di Cuba - hanya 90 kilometer dari tanah besar Amerika Syarikat dan siap sedia melancarkan serangan nuklear pertama di dunia.

Jika itu berlaku, sudah pasti menyebabkan kemusnahan dan kematian pada skala yang tidak pernah dialami penduduk manusia kerana umum mengetahui senjata nuklear menyebabkan kemusnahan lebih besar iaitu seribu kali ganda berbanding bom atom yang digugurkan ke atas Hiroshima dan Nagasaki pada penghujung perang dunia ke dua.

Ini kerana Soviet Union dan USA pastinya saling berbalas serangan dengan melancarkan peluru berpandu nuklear antara satu sama lain.


Sering menghisap Cerut terbaik buatan Cuba - itulah antara gaya ikon Che Guevara



Bersama rakan revolusinya - Fidel Castro yang kekal memerintah Cuba sehingga sekarang



















Amerika Syarikat menerusi CIA melancarkan operasi khas memburu Che Guevara sehingga dia akhirnya ditangkap sebelum dibunuh di La Higuera, Bolivia pada 9 Oktober 1967 pada usia 39 tahun..

Che Guevara dibunuh dengan ditembak 9 kali oleh Sarjan Mario Teran dari tentera Bolivia menggunakan rifle separa automatik.

Kata kata akhir Che Guevara sebelum ditembak berbunyi seperti berikut : "I know you've come to kill me. Shoot, coward! You are only going to kill a man!"

Che Guevara meninggal dunia setelah terkena 9 das tembakan dilepaskan Sarjan Teran - 5 kali ditembak di kaki, sekali di bahu kanan dan lengan kanan, sekali di dada dan peluru terakhir dihalakan ke tekaknya.

Sehingga kini legasi Che Guevara masih berterusan dan perjuangan berani dan penuh karismanya sentiasa dikenang.

Lagenda bolasepak Argentina - Diego Maradona mempunyai tatu Che Guavara pada badannya.

Che Guevara lebih terkenal sebagai pemimpin gerila berbanding pemimpin Palestin - the late Yasser Arafat.

Majalah Times menamakannya sebagai antara 100 individu paling berpengaruh pada abad ke 20.

Manakala gambar Imej Che Guevara yang terkenal itu yang dirakamkan Alberto Korda dilabelkan sebagai Fotografi paling terkenal di dunia.

Terima kasih kerana membaca...


Che Guevara ketika berucap di perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, PBB di New York pada 11 December 1964, 3 tahun sebelum ikon revolusi itu dibunuh.

2 comments:

Avram Marian - Gabriel ( Graham ) said...

Congratulation for your site!
Enter at
http://football-best-players.blogspot.com/
and vote your favorite football player!
He can be the best player in the world and you
can recieve a free book with best players ever!

bebek said...

Avram Marian-Gabriel (Graham).. Thanks for dropping by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs