Monday, October 17, 2011

Ragbi Piala Dunia 2011, Mampukah New Zealand menewaskan Perancis?







Ahad, 23 Oktober 2011 bersamaan jam 4 petang waktu Malaysia, 2 gergasi ragbi dunia akan berentap di perlawanan akhir untuk merebut gelaran sebagai Juara Ragbi Dunia dan sekaligus menjulang Piala William Web Ellis.



New Zealand adalah kuasa hebat semulajadi Ragbi dan pernah muncul juara Ragbi Piala Dunia pada edisi sulung kejohanan itu pada 1987, menewaskan Perancis, 29-9 di final.

Namun sejak itu, New Zealand yang juga dikenali All Blacks, gagal menjuarai kejohanan berprestij itu.

Sebaliknya Australia menjuarainya sebanyak 2 kali pada 1991 dan 1999. Afrika Selatan juga menjuarainya 2 kali pada 1995 dan 2007. Manakala England menang sekali pada 2007.

Selepas kejohanan 1987, New Zealand pernah ke pentas final sekali pada 1995 tetapi tewas 12-15 kepada Afrika Selatan di final di Afrika Selatan yang menjadi detik bersejarah berakhirnya era Apartheid.

New Zealand juga pernah ke separuh akhir pada Piala Dunia Ragbi 1991, 1999 dan 2003.

Perancis pula pernah ke final 2 kali pada 1987 tetapi tewas 9-29 kepada New Zealand dan sekali lagi pada 1999 tetapi tewas 12-35 kepada Australia.

Selain itu, Perancis pernah mara sehingga ke separuh akhir ragbi Piala Dunia sebanyak 3 kali pada 1995, 2003 dan 2007.

Namun kini pada ragbi Piala Dunia 2011, tiada lagi kelibat Australia, Afrika Selatan dan England.

Australia atau the Wallabies ditewaskan All Blacks pada separuh akhir dengan keputusan 6-20. Afrika Selatan terlebih dulu dikecewakan Australia pada suku akhir dengan keputusan 11-9 manakala England dikalahkan Perancis di suku akhir, 12-19.

Dalam menuju final ragbi Piala Dunia 2011, New Zealand tidak pernah tewas sebarang perlawanan. Malahan di peringkat kumpulan, New Zealand menewaskan Perancis 37-17.

Manakala Perancis tewas 2 kali kepada Tonga dan New Zealand.

Pada peringkat kumpulan, rekod New Zealand adalah seperti berikut :

New Zealand 41 - 10 Tonga
New Zealand 83 - 7 Japan
New Zealand 37 - 17 France
New Zealand 79 - 15 Canada

Suku Akhir : New Zealand 33 - 10 Argentina

Separuh Akhir : New Zealand 20 - 6 Australia

Keseluruhannya dari 6 perlawanan termasuk suku akhir dan separuh akhir, New Zealand mengutip 293 mata dan hanya melepaskan 65 mata.

Manakala ini pula rekod Perancis dalam Ragbi Piala Dunia 2011 :

France 47 - 21 Japan
France 46 - 19 Canada
France 17 - 37 New Zealand
France 14 - 19 Tonga

Suku Akhir : France 19 - 12 England

Separuh Akhir : France 9 - 8 Wales

Keseluruhannya dari 6 perlawanan setakat ini termasuk suku akhir dan separuh akhir, Perancis memungut 152 mata dan dibolosi 116 kali.

Berdasarkan rekod semasa itu, ternyata New Zealand All Blacks lebih hebat.

Tempikan tarian perang "HAKA" sebelum perlawanan, digeruni lawan.

Selain New Zealand, "HAKA" turut ditempikkan oleh Tonga, Samoa dan Fiji.

Pada Piala Dunia Rugbi 2011 yang dihoskan New Zealand, pasukan All Blacks itu bakal menempik HAKA buat kali terakhir untuk membenam Perancis di final pada 23 Oktober 2011 kelak.

All the Best All Blacks!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs