Tuesday, August 28, 2012

Pelawak terkenal Malaysia, Imuda pula menjadi mangsa jenayah pecah rumah



Penjenayah tidak memilih mangsa, samada selebriti atau orang miskin, Yang penting penjenayah dapat curi dan berjoli dengan hasil curian itu.

Saya cadangkan bagi setiap kes penghuni rumah terperangkap ketika kebakaran akibat jeriji besi yang dipasang bagi menghindari penjenayah pecah rumah, maka kita bunuh saja penjenayah pecah rumah yang berleluasa di sana.

Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk baru-baru ini.

Berita itu disiar media cetak dan TV hari ini, Selasa 28 Ogos 2012.

Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.

"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya.

Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.

Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.

Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.

"Bulan lepas rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda," katanya.

Tembak je penjenayah ini. bila mereka dah mampos, pasti tak buat jenayah lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs