Wednesday, January 2, 2013

Pelakon drama yang seksi, Zarina Anjoulie dituduh miliki pil Eremin

Pelakon drama Anak Pontianak hadapi tuduhan miliki dadah







Ini bukan drama, ini betul betul. Nampaknya Zarina Anjoulie yang seksi itu memulakan 2013 dengan langkah kurang baik. Sumber Sinar Harian 2 Januari 2013.

PETALING JAYA - Seorang pelakon wanita tempatan bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan memiliki dua biji pil disyaki pil erimin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 26, yang pernah berlakon dalam drama bersiri Anak Pontianak, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa didakwa secara bersama-sama memiliki pil tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh mereka di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember 2012 lalu.

Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membebaskan Zarina dan Mohamad Fakhruzaim dengan ikat jamin masing-masing RM2,000 beserta seorang penjamin yang terdiri daripada ahli keluarga.

Mahkamah menetapkan 8 Februari 2013 ini untuk sebutan kes.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs