Thursday, March 21, 2013

Cadangan memantapkan dan memperkukuhkan pertahanan Sabah dalam ESSCOM

Saya terpanggil memberikan cadangan ini kepada pihak berkuasa Malaysia untuk memantapkan lagi kawalan keselamatan kita di Pantai Timur Sabah ekoran pencerobohan pengganas Sulu Kiram di Kg Tanduo, Lahad Datu, 12 Februari 2013 lalu yang menyebabkan 73 orang maut setakat ini 22 Mac 2013 termasuk 63 kematian di kalangan pengganas dan 10 anggota keselamatan terkorban.

PM Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri sudah melawat Ground Zero di Felda Sahabat, Lahad Datu pada 7 Mac 2013, 2 hari selepas Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac 2013 melibatkan serangan besar besaran udara, darat oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Polis serta kepungan di laut oleh TLDM, APMM dan Marin.

Saya melihat sendiri keadaan di Lahad Datu dan amat sedih dengan apa yang berlaku di Sabah. Pelaburan dan pelancongan kita terjejas. Imej Sabah dan Malaysia yang aman damai dicalar oleh kebodohan individu bernama Kiram III yang sudah tua bangka dan hanya tunggu mati tetapi amat bodoh, gila, jahat dan tidak mahu dunia ini aman.



Selain Kiram, Sabah juga berdepan ancaman kumpulan jahat dari selatan Filipina termasuk Abu Sayyaf, lanun dan penjenayah yang sudah beberapa kali melakukan perkara jahat dan tidak baik di Sabah umpamanya penculikan di pulau Sipadan dan Pandanan pada tahun 2000, serangan dan rompakan di bandar lahad Datu pada 1985, serangan dan rompakan di Semporna sebanyak 2 kali pada 1995 dan banyak lagi penculikan dilakukan termasuk di Borneo Paradise Resort, Kunak pada 2004, penculikan di Felda Sahabat pada awal Februari 2013, penculikan di Semporna dan banyak lagi. Sabah kurang bernasib baik kerana berjiran dengan wilayah yang dipenuhi orang orang jahat dan tidak bertamadun.

PM Najib ada mengumumkan penubuhan ESSCOM atau Eastern Sabah Security Command, melibatkan daerah Kudat di utara hinggalah Tawau di Selatan dengan jarak pesisiran pantai 1,400 km. Ia libatkan tambahan 5 batalion tentera dan polis untuk kawal pantai timur Sabah serta penubuhan 6 balai polis baru di pulau gaya, banggi, felda sahabat, tanjung labian, pulau mabul dan pulau bum bum serta pewujudan 3 kompleks Kastam Kuarantin dan Immigresen.

Selain ESSCOM, kita sudah ada Ops Pasir yang dilancarkan pada tahun 2000 ekoran peristiwa penculikan kumpulan Abu Sayyaf dari selatan Filipina yang melarikan 21 orang termasuk pelancong asing Perancis, Lebanon dan Afrika Selatan dari Pulau Sipadan ke Jolo dan Basilan, filipina dan hanya dilepaskan setelah beberapa bulan setelah wang tebusan dibayar. Jahanam punya Abu Sayaff.

Dan berikut adalah cadangan saya untuk mantapkan ESSCOM.

1. Aktifkan JKKK, Rukun Tetangga dan sukarelawan meronda kampung, desa dan penempatan dan laporkan kepada pihak berkuasa atau ambil tindakan segera jika nampak kelibat mencurigakan yang mungkin talibarut penganas atau penganas itu sendiri. lebih baik jika sukarelawan ini dilengkapi senjata berlesen kerana pengganas mungkin bersenjata dan merbahaya.

2. Kita boleh belajar dari coastal defence paling top dalam sejarah, "Atlantic Fortress" yang dibina oleh Hitler semasa Perang Dunia ke II, oleh kerana:

- jauhnya lebih kurang sama (Kudat-Tawau 1,400km; Denmark-Spain: 2,000km)
- mengambil masa tidak berapa lama juga untuk dibina (3 tahun)
- berkesan. Ya, memang akhirnya D-Day berjaya juga, tapi kita perlu sedar bahawa kekalahan ini disebabkan oleh serangan amphibious paling hebat dalam sejarah dunia di Normandy, iaitu melibatkan serangan darat, laut dan udara serentak seramai 160,000 tentera darat, 200,000 navy, 12,000 kapalterbang dan 7,000 kapalaut. Kalau kasi jumlah semua, lebih 3 juta tentera Allied terlibat. Adakah Kiram + MNLF + MILF + Abu Sayyaf combined pun akan sampai begini punya level?


Perkara-perkara yang dilaksanakan sepanjang pantai Atlantic Fortress, yang juga boleh dibina sepanjang pantai Sabah Fortress:



- artillery emplacement (sehingga 400mm kaliber) di atas bukit sepanjang pantai 1,400km, dijaga oleh bunker kecil yg mengandungi machinegun atau light artillery
- 15,000 buah observation bunker dalam jarak-jarak tertentu di sepanjang pantai. Setiap satu ada lookout, agar boleh bagi warning awal. Setiap bunker dibina dengan steel-reinforced konkrit setebal 2m (tahan bom)
- Barbed wire & jerangkap samar (minefields) sepanjang pantai
- underwater obstacles & jerangkap samar diletakkan di dalam air tidak jauh dari pantai. Jumlah jerangkap samar: 6 juta
- Lebih banyak "gun emplacements" dan mines di sepanjang jalan keluar dari pantai
- parit anti-kereta kebal
- besi tajam diletakkan di tempat yg boleh digunakan oleh musuh utk mendarat dgn parachute
- Tempat berpaya dan sungai dipastikan sentiasa "banjir"
- bilangan buruh binaan yg diperlukan: 250,000
- keperluan simen/konkrit: 800,000 tan sebulan
- sekurang-kurangnya 100,000 anggota keselamatan ditempatkan secara kekal utk menjaga Sabah Fortress ini


3. Wujudkan Great Barrier of Eastern Sabah menyerupai The Great Wall of China.



Bagi saya, manusia pernah mencipta perkara yg dulu dianggap mustahil seperti Tembok Besar China..orang kata mustahil, tapi boleh juga dibuat. Panjang Great Wall of China antara 23,000 km dan 8,500 km dan dibina 2000 tahun lalu ketika tiada peralatan moden tapi boleh disiapkan juga. Bagaimana jika kita bina Great Barrier of Eastern Sabah sejauh 1,400 km dilengkapi struktur penghalang automatik seperti pagar elektrik 2.5 kilovolt untuk mencegah kemasukan anasir tidak diingini. Kita hanya buka 10 laluan dibenarkan untuk kapal dan bot keluar masuk dari Sabah dan semua 10 laluan itu dikawal ketat 24 jam sehari 365 hari setahun termasuk radar, mesingan, meriam, bom dan alat pengimbas...??? Mustahil.. tetapi boleh dilaksanakan..


4. Untuk integriti dan mencegah kemasukan penganas, militan dan pendatang haram melalui pemberian rasuah, kita letakkan 1,000 pegawai SPRM yang paling tegas dan tidak berkompromi. Siapa yang masukkan elemen tak diingini ini ke Sabah dari Filipina menerusi rasuah, kita tangkap mereka. Lebih baik hukum terus dan penjarakan di tengah tengah laut antara perairan Sabah dan Filipina, biar mereka rasa.

Sekian dan terima kasih kerana membaca.



5 comments:

Anonymous said...

Sokong!

Malaysian Hollywood 2.0 said...

thanks bosss

Anonymous said...

Terbaik!..Cadangan yg paling bagus..

Malaysian Hollywood 2.0 said...

terima kasih atas komen anda Anonymous..

Anonymous said...

Zaman sekarang pertahanan kena fleksibel bukan statik. Contoh pertahanan statik yang gagal ialah Atlantic Wall dan Marginot Line

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs