Gambar menunjukkan pesawat Boeing 777-200 MAS serta Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari dari Sarawak bersama anaknya Maira. Andrew Nari turut berkesempatan bergambar dengan pemain badminton No. 1 dunia, Lee Chong Wei pada 2 Mac 2014, 6 hari sebelum kejadian ketika Chong Wei dalam perjalanan ke London untuk Kejohanan Badminton All England dimana Chong Wei muncul juara menewaskan Chen Long dari China.
Gambar menunjukkan ketua pramugari MH370, Goh Sock Lay serta pramugara Junaidi Kassim serta sebahagian daripada 227 penumpang.
Moga Tuhan memberkati mereka.
Gambar sidang media harian pemangku menteri pengkutan Malaysia Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di hotel Sama Sama Sepang dekat KLIA, sidang media diadakan setiap hari di hotel itu kira kira 5.30 petang. Gambar lain menunjukkan peta lokasi kemungkinan pesawat hilang serta gerakan mencari.
Ini pula cadangan saya sendiri, hari ini hari ke 17 gerakan mencari di Lautan Hindi, Isnin 24 Mac 2014 :
Kita tahu misi pencarian di lokasi terpencil di selatan Lautan Hindi, 2500 kilometer dari Barat Daya Perth Australia, sukar kerana pesawat mengambil masa 8 jam untuk pulang balik ke lokasi itu dari pengkalan tentera udara diraja Australia, RAAF di Pearce. Ini menyebabkan minyak pesawat hanya cukup untuk melakukan 2 jam pencarian dari udara di lokasi bagi setiap penerbangan, masa singkat itu sudah pasti tidak mencukupi. Maka jika boleh cadangan saya, Kuasa tentera dunia yang mempunyai kemudahan kapal pengangkut pesawat seperti Amerika Syarikat dan China, menempatkan sebuah kapal pengangkut pesawat di lokasi pencarian di selatan Lautan Hindi. Kapal pengangkut pesawat ini bagaikan bandar bergerak, mempunyai 5000 anak kapal, bekalan minyak dan makanan untuk pesawat serta krew mencari dan menyelamat. Pesawat tidak perlu berulang alik dari selatan Lautan Hindi ke Perth untuk mengisi minyak, cukup dengan landing saja di atas kapal pengangkut pesawat yang mempunyai landasan untuk mengisi minyak dan kemudian terbang lagi. Satu lagi cadangan saya, setiap kali objek dikesan satelit di selatan Lautan Hindi, ia mengambil masa beberapa jam untuk pesawat mencari seperti P3 Orion dan P8 Posedion untuk tiba ke kawasan itu kerana kelajuan pesawat terbabit agak terhad. Dan bila kapal terbang atau kapal laut tiba di lokasi, objek terbabit sudah hilang samada tenggelam atau dihanyutkan ke lokasi lain. Apa kata jika ada sahaja objek yang ditemui, hantar pesawat berkelajuan tinggi seperti jet Pejuang Hornet, Sukhoi, M-I-G atau Super Hornet ke lokasi itu. Jet Pejuang mempunyai kelajuan Mach 2 atau 2,000 km/sejam. Jet Pejuang itu boleh tiba ke lokasi lebih cepat berbanding P3 Orion dan P8 Poseidon dan boleh mengambil gambar lebih dekat untuk menganalisis objek berkenaan. Jika mahu lebih efektif, hantar jet pejuang buatan British dikenali Harrier, yang mampu terapung seperti helikopter. Kita tahu kos untuk membawa aircraft carrier atau kapal pengangkut pesawat serta jet pejuang ke lokasi selatan Lautan Hindi, amat tinggi. Namun harus diingat ada 239 penumpang dalam pesawat hilang itu, yang nilainya jauh lebih tinggi.. Moga #MH370 ditemui segera.
Peristiwa yang menggemparkan dunia!!!
8 Mac 2014 (Sabtu)
Jam 1.30 pagi, sabtu 8 mac 2014, sebuah pesawat MAS BOEING 777-200 membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing telah hilang dari radar. Usaha mencari masih belum dapat menemui pesawat malang itu. Berikut kronologi kejadian yang mengejutkan Malaysia dan dunia itu :
12.41 am - pesawat MH370 berlepas dari KLIA membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal diterbangkan Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya Fariq Abdul Hamid, 27 tahun.
2. 40 am pesawat putus hubungan dengan menara kawalan
7.38 am - MAS mengesahkan kehilangan MH370
11 am - sidang akhbar pertama MAS mengenai kehilangan MH370 oleh pengarah urusannya Ahmad Jauhari Yahya.
MAS sahkan pesawat MH370 Boeing 777-200 terputus semua hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Subang 2.40 pagi tadi. Pesawat itu membawa 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal dengan 13 kewarga negaraan berbeza, dijangka mendarat di Beijing jam 6.30 pagi.
MAS kini bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat dan kenal pasti lokasi pesawat.
Keluarga penumpang MH370 yang hilang diminta bertenang dan hanya dapatkan maklumat dari sumber yang betul kata Hishamuddin.
Pasukan mencari dan menyelamat Malaysia dan Vietnam telah diaktifkkan dan digerakkan untuk mencari pesawat hilang dan orang ramai boleh hubungi 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut.
Laporan kononnya pesawat MAS telah mendarat cemas di Nanning China adalah tidak betul dan hanya spekulasi kata CEO MAS.
Kali terakhir pesawat MAS dihubungi pada kedudukan 120 batu nautika di perairan laut cina selatan, 2.40 pagi tadi kata CEO MAS.
Waris penumpang seramai 2 orang setiap penumpang diminta berada di KLIA jam 6 petang ini dengan membawa paspot antarabangsa.
Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharudin Abdul Rahman dilantik ketua koordinasi bagi salurkan maklumat rasmi pesawat hilang.
7 pm - PM melawat keluarga mangsa di KLIA dan mengadakan sidang media.
Najib mengadakan sidang media dan berkata sudah mengarahkan semua langkah yang boleh diambil bagi mengesan pesawat.
Najib berkata operasi mencari masih berterusan peringkat pertama tertumpu di di lokasi terakhir pesawat dilaporkan hilang tapi masih gagal dikesan.
Kawasan mencari diperluaskan di kawasan terakhir pesawat dilaporkan hilang dari radar kata Najib.
Malaysia juga kata Najib akan hantar lebih banyak aset bagi operasi cari dan menyelamat babitkan 15 pesawat termasuk 2 helikopter dan 6 kapal.
Najib mengesahkan tiada serpihan pesawat ditemui pada masa ini, semua maklumat berkenaan hanya spekulasi.
100 kakitangan MAS dihantar ke Beijing untuk bantu keluarga penumpang dan dapatkan butiran lanjut identiti penumpang.
Najib berkata ada pelbagai teori ketika ini tapi belum ada kepastian.
Adalah terlalu awal untuk buat kesimpulan dan rakyat diminta tidak percayai sebarang spekulasi ketika ini.
Najib ucapkan takziah kepada Presiden China.
Tentera Laut Amerika SYarikat hantar pesawat untuk bantu gerakan mencari dan menyelamat.
Kedutaan Malaysia di Beijing mewujudkan talian khas untuk pertanyaan, +8610 6532 2531/2/3.
Pesawat Vietnam lewat petang tadi mengesan dua tumpahan besar di kawasan pesawat dilaporkan hilang.
7.18 pm - MAS mengeluarkan senarai nama penumpang MH370. Mereka terdiri 152 warga China termasuk 1 bayi, 38 rakyat Malaysia, 12 Indonesia, 7 AUstralia, 3 USA termasuk 1 bayi, 2 New Zealand, 2 Russia dan masing masing 1 Itali, Austria, Ukraine.
Ia diterbangkan Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 yang menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai 18.365 jam penerbangan dan dibantu Kapten Mohd Farid Abdul Hamid, 27 tahun.
Delegasi 24 ahli seni China yang baru menyertai pameran seni di KL antara penumpang.
China melancarkan bilik gerakan kecemasan kata menteri luar China.
Pegawai Vietnam nafi berjaya kesan pesawat MH370 di 120 batu nautika wilayah barat daya ca Mau.
Ahli keluarga mangsa yang berkumpul di bilik menara Tinjau KLIA dikawal ketat dan tidak dibenarkan bertemu media.
MAS sudah hubungi 80% ahli keluarga penumpang pesawat yang hilang.
Semua aset ATM dikerah membantu operasi mencari dan menyelamat kata menteri pertahanan Hishamuddin Tun Hussein.
Kerajaan juga putuskan untuk wujudkan pusat koordinasi bagi salur maklumat terkini berhubung kehilangan pesawat.
Hishamuddin juga nafi laporan pesawat MH370 terhempas di perairan berhampiran pelantar minyak Talisman Malaysia.
Malaysia sedang bekerjasama dengan China, Filipina dan Vietnam bagi kesan MH370.
DCA belum dapat maklumat terkini mengenai kedudukan pesawat hilang itu.
Boeing tubuh pasukan khas bagi beri bantuab teknikal kepada pasukan pencari dan penyelamat.
Presiden China, Xi Jinpeng arah langkah kecemasan diambil untuk bantu kesan pesawat.
Kedudukan terakhir MH370 sebelum hilang di radar ialah 065515 Utara dan 1033443 Timur.
Keluarga penumpang pesawat boleh memohon pasport di UTC Pudu dan Sentul hari ini atau kaunter khas pejabat Imigresen Presint 2 Putrajaya esok.
Laporan tidak rasmi di media China dan Vietnam yang memetik tentera laut Vietnam berkata pesawat terhempas di laut cina selatan.
Tentera laut Malaysia mendapatkan maklumat lanjut dari tentera laut Vietnam untuk mengesahkan laporan ada serpihan pesawat ditemui kata Hishamuddin.
9 Mac 2014 - Ahad
Tumpuan pihak berkuasa kini adalah untuk mencari dan mengesan pesawat MH370 barulah dapat dikenal pasti punca kehilangannya kata KP DCA.
Serpihan yang ditemui di perairan Vietnam disahkan bukan milik MH370 kata KP DCA.
Memang ada kesan tompokan minyak di perairan Tok Bali, Kelantan namun masih tidak dapat disahkan ia milik MH370 yang hilang kata KP DCA.
Usaha mencari pesawat di perairan selat Melaka belum menemui petunjuk selepas kemungkinan pesawat berpatah balik.
Kawasan mencari dan menyelamat diperluaskan daripada 20 batu nautika kepada 50 batu nautika di kawasan terakhir MH370 dilaporkan hilang.
Najib berkata kerajaan akan mengkaji semula protokol dan meningkatkan aspek keselamatan di KLIA ekoran laporan 2 penumpang MH370 menaiki pesawat menggunakan paspot palsu.
Kerajaan Australia akan hantar 2 pesawat pengesan maritim PC3 Orion membantu Malaysia mencari MH370 kata Najib.
MAS sedia bawa ahli keluarga penumpang MH370 warga China yang mahu ke Kuala LUmpur.
APMM menemui dan mengambil sampel tompokan minyak pada jarak 20 batu nautika daripada lokasi pesawat hilang, untuk ujian lanjut.
Rakaman CCTV di KLIA kenal pasti pergerakan 2 individu yang menaiki MH370 gunakan paspot palsu, siasatan dilakukan dengan kerjasama agensi antarabangsa.
Pesawat MH370 berkemungkinan berpatah balik ke Malaysia berdasarkan rekod radar tentera kata Panglima Tentera Udara.
Hanya 2 penumpang MH370 disahkan gunakan paspot palsu, bukan 4 orang sebagamana dilaporkan sebelum ini kata KP DCA.
Kapal perang Amerika, USS Pinckney dalam perjalanan ke selatan Vietnam bagi membantu operasi mencari pesawat yang hilang.
Penyiasat Malaysia sudah bertemu FBI dan fokus siasatan adalah terhadap seluruh senarai penumpang MH370 kata Hishamuddin Tun Hussein.
Hishamuddin juga tidak tolak kemungkinan pesawat berpatah balik untuk kembali ke Malaysia.
Pegawai MAS diketuai pengarah komersialnya bertemu waris dan keluarga penumpang MH370 di Beijing awal pagi ini.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, NTSB Amerika Syarikat akan hantar pasukan ke Asia untuk bantu siasatan kehilangan MH 370.
2 kapal perang tentera laut China, Jinggangshan dan Mianyang dalam perjalanan ke lokasi pesawat MH370 dilaporkan hilang.
FBI akan hantar pegawainya ke Malaysia untuk bantu siasatan.
Syarikat Freescale Semiconductor berpusat di Texas, USA mengesahkan 20 kakitangannya adalah penumpang pesawat, Daripada 20 kakitangan itu, 12 dari Malaysia manakala 8 dari China.
Menteri luar Anifah Aman merakamkan penghargaan keapda negara yang terlibat mencari pesawat hilang, antaranya Vietnam, China, SIngapura, Indonesia, AUstralia, USA dan Filipina.
Waris dan ahli keluarga MH370 akan dibawa ke KLIA untuk diterbangkan ke 1 lokasi yang belum dimaklumkan.
Pesawat yang hilang telah diselenggara 10 hari lalu, lebih awal daripada penyelenggaraan dijadualkan.
92 orang dari MAS tiba di Beijing untuk membantu waris dan keluarga mangsa di Beijing.
10 Mac 2014 - Isnin
Pasukan khas 10 pegawai kerajaan China tiba di KLIA 8 malam bagi bantu Malaysia jalankan siasatan MH370.
Raut wajah 2 penumpang misteri yang menaiki MH370 menggunakan pasport curi dikatakan bukan berperwatakan Asia sebagaimana dilaporkan sebelum ini.
Kawasan pencarian pesawat MH370 diperluaskan kepada 100 batu nautika termasuk 5 sektor di selat melaka dan laut andaman di pantai barat semenanjung Malaysia selain daripada di laut pantai timur semenanjung Malaysia berdasarkan andaian pesawat berpatah balik.
DCA berkata objek yang disangka ekor kapal terbang yang dikesan di laut cina selatan sebenarnya beberapa batang kayu yang diikat seperti ponton.
APMM sahkan beberapa tompokan minyak yang ditemui di laut Cina Selatan bukan milik MH370 sebaliknya digunakan tongkang.
Objek kuning yang disangka jaket keselamatan atau rakit keselamatan sebaliknya hanya pembalut kabel yang kelihatan seperti jaket atau rakit keselamatan dari udara.
IGP berkata satu daripada 2 suspek yang menggunakan paspot palsu dikenal pasti, bukan rakyat Malaysia masuk secara haram ke Malaysia.
Najib tangguh lawatan rasmi ke Mauritius yang sepatutnya bermula 11 hingga 13 Mac bagi beri tumpuan usaha mencari MH370.
Hishamuddin nafi laporan media asing kononnya kerajaan China akan ambil alih siasatan kes kehilangan pesawat.
Hishamuddin juga berkata maklumat tidak disahkan dan palsu boleh menjejaskan siasatan serta beri kesan emosi kepada keluarga mangsa.
DCA berkata bagasi 5 penumpang yang tidak menaiki pesawat telah diimbas dan dikeluarkan dari pesawat dan didapati tidak membawa bahan larangan.
Penemuan serpihan objek kononnya komponen pintu pesawat oleh media Vietnam sebenarnya selonggok kayu yang diikat bersama, bukan dari pesawat MH370.
Operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari ketiga masih belum menemui petunjuk atau objek mengaitkan pesawat MH370 kata KP DCA.
Yang Di Pertuan Agong ketika merasmikan pembukaan Parlimen merekamkan rasa prihatin dan sedih atas kehilangan pesawat MH370, minta keluarga penumpang dan kru bersabar.
Kumpulan pertama 200 waris dan ahli keluarga penumpang MH370 dari Beijing tiba di KLIA 8.03 pagi tadi.
11 Mac 2014
Operasi mencari dan menyelamat masuk hari keempat. membabitkan darat dan laut kerana wujud kemungkinan pesawat berpatah balik ke Subang.
Parlimen Malaysia bertafakur seminit untuk memperingati penumpang dan anak kapal MH370 dan keluarga mereka.
6 pegawai dari China tiba di KLIA 8 pagi tadi bagi membantu ahli keluarga MAS MH370.
SIdang akhbar yang sepatutnya diadakan pada 10 pagi ditunda.
MCA telah mewujudakan pusat bantuan di KLIA IMANA 350 sukarelawan bantu keluarga penumpang.
Hishamuddin tidak tolak kemungkinan wujud elemen keganasan dalam kehilangan pesawat.
KP Imigresen berkata semua SOP dipatuhi di KLIA ketika mengendalikan 2 penumpang gunakan paspot curi.
Polis kaji 4 aspek dalam siasatan kehilangan pesawat iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi penumpang dan kru serta masalah peribadi.
Ketua Polis Negara sahkan semua penumpang yang beli tiket menaiki pesawat MH370, polis sedang siasat latar belakang semua penumpang serta rakaman video.
Polis kenal pasti penumpang guna paspot suri sebagai warga Iran yang mahu berhijran ke Jerman tapi dia bukan pengganas.
Pengkalan data Interpol mengenai pasport curi ada dalam simpanan polis, lebih 40 juta data mengenai paspot curi ada didalamnya kata Ketua Polis Negara.
KPN juga berkata suspek warga Iran yang guna pasport palsu dikenali sebagai Poria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun, manakala Interpol mengesahkan seorang lagi penumpang bernama Seyed Mohammad Redza, 30 tahun juga warga Iran yang menggunakan paspot curi.
KPN juga berkata semua penumpang MH370 menaiki pesawat, menolak laporan sebelum ini mengatakan 5 penumpang tidak menaiki pesawat meskipun sudah chek in.
12 Mac 2014
Kapal tentera laut India yang boat rondaan di Selat Melaka sertai misi mencari pesawat. India turut aktifkan satelit GSAT7 bagi cari petunjuk.
Najib berkata Malaysia berusaha habis habisan mencari pesawat yang hilang itu.
Najib turut meminta seluruh rakyat Malaysia berdoa agar misi mencari perolehi kejayaan temui pesawat MH370 yang hilang.
13 delegasi pasukan khas China adakan perbincangan tertutup dengan DCA.
Pasukan bantuan bencana Jepun terdiri kira kira 12 orang tiba di KLIA 10.30 pagi bagi bantu usaha mencari pesawat hilang.
Panglima TUDM, Rodzali Daud menafikan TUDM mengesan pesawat di selat Melaka.
Sekumpulan nelayan dakwa temui objek mirip rakit penyelamat kapal terbang, 10 batu nautika dari pantai Port Dickson tengahari semalam, 11 November 2014.
Sidang akhbar MH370 ditangguhkan kepada 4.30 petang kerana ketua pengarah DCA sedang bermesyuarat di Hotel Sama Sama.
Najib minta taklimat diadakan sekali lagi hari ini dengan pasukan mencari untuk mengesan pesawat.
Kota hitam pesawat belum ditemui sebab pesawat belum ditemui kata Hishamuddin.
12 negara kini menyertai misi mencari dengan terbaru dari Jepun, India dan Brunei. Malaysia alu alukan lebih banyak pakar membantu kata Hishamuddin.
Hishamuddin turut tolak dakwan lebih banyak kekeliruan timbul kini kerana pesawat masih belum dijumpai.
CEO MAS jelaskan 4 penumpang dalam senarai menunggu dibenar naiki pesawat MH370 selepas 4 penumpang asal tidak muncul.
13 Mac 2014
Satelit China mengesan 3 objek besar terapung di lokasi terakhir pesawat dilapor putus hubungan di laut cina selatan.
Tiada sebarang bukti objek yang terapung dikesan satelit di Laut cina Selatan ada kaitan dengan MH370 kata DCA China.
PM China, Li Keqiang berkaa selagi ada sinar harapan, China tidak akan berhenti mencari pesawat MH370 yang hilang.
Hishamuddin berkata Malaysia telah mengarahkan pesawat Bombardier APMM untuk menyiasat lokasi satelit China mengesan objek.
Vietnam hantar pesawat tinjau kawasan penemuan objek terapung yang dikesan satelit China di laut cina Selatan.
MAS tukar kod penerbangan MH 370 dan MH371 bagi penerbangan KL-Beijing-KL kepada MH318 dan MH319 bagi hormati penumpang dan anak kapal berkuat kuasa 14 November 2014.
Tiada petunjuk pesawat ditemui di lokasi berdasarkan imej satelit China yang dipercayai kemungkinan serpihan pesawat terbabit.
Bukit Aman nafikan siasatan polis tertumpu kepada seorang krew kapal terbang dan seorang penumpang etnik Uighur.
Zahid Hamidi sahkan polis ke rumah juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat, bukannya serbuan.
Hishamuddin pula jelaskan tiada rumah anak kapal MH370 digeledah polis.
Laporan pesawat berada beberapa jam di udara dan terbang di lokasi tidak diketahui selepas hubungan terakhirnya tidak tepat kata Hishamuddin.
Misi mencari kini babitkan 43 kapaldan 40 kapal terbang pelbagai negara.
Rolls Royce, pembuat enjin Boeing 777 dan Boeing tidak terima sebarang data menunjukkan MH370 terus terbang selama 4 jam dari lokasi terakhir hubungan terputus kata CEO MAS.
Hishamuddin jelaskan beliau konsisten dalam berikan maklumat kepada media, dan ingatkan semua pihak hentikan spekulasi.
Kerajaan tak pernah benarkan sesiapa untuk siarkan imej satelit tanpa merujuk kepada kerajaan Malaysia terlebih dahulu kata Hishamuddin.
Gambar objek terapung oleh satelit China tiada kaitan dengan pesawat hilang kata Hishamuddin.
14 Mac 2014
Pentagon memberikan indikasi pesawat mungkin terhempas di lautan Hindi, USA telah mengerakkan kapal perang USS Kidd ke lokasi itu. Manakala USS Pickney kekal di Lautan Andaman.
Misi mencari pesawat yang masuk hari ke 7 diteruskan membabitkan 57 kapal dan 48 pesawat dan kawasan mencari diperluaskan ke timur Laut Cina Selatan dan Lautan Hindi.
2 tompokan minyak yang dilapor ditemui di Laut Cina Selatan semalam disahkan tiada kaitan dengan MH370 yang hilang.
Malaysia bekerjasama dengan pasukan penyiasat Amerika Syarikat untuk peroleh maklumat satelit pesawat hilang kata Hishamuddin.
Pasukan penyiasat United Kingdom dan Rolls Royce sedang analisis imej satelit dan tidak boleh umum selagi tidak disahkan.
Malaysia terus ketuai misi mencari dan menyelamat seperti ditetapkan protokol antarabangsa kerana pesawat hilang milik Malaysia.
Transponder MH370 yang tidak keluarkan isyarat samada sengaja ditutup atau lain lain kemungkinan sedang disiasat kata Hishamuddin.
Radar tentera menyebut kemungkinan pesawat diterbangkan sengaja melewati semenanjung Malaysia ke laut Andaman.
Najib hargai sumbangan dan kerja keras pekerja MAS terutama di pusat operasi Kecemasan.
Najib tangguh lawatan rasmi ke Emiriyah Arab Bersatu dan Qatar bermula esok, kerana beri tumpuan usaha mencari MH370.
15 Mac 2014 - Ahad
PM Najib membuat sidang akhbar mengenai perkembangan terkini pesawat dan membuat beberapa pengumuman mengejutkan.
Komunikasi terakhir pesawat yang direkodkan satelit adalah 8.11 pagi, bermakna pesawat masih terbang kira kira 6 jam selepas terputus hubungan.
Pesawat sengaja dipesongkan dan sistem komunikasi pesawat dimatikan di ruang udara pantai timur semenanjung Malaysia dan transponder di pesawat sengaja dimatikan di sempadan udara Vietnam oleh seseorang di atas pesawat.
Menurut data radar, pesawat dipercayai berpatah balik dan terbang semula merentasi Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten.
Siasatan kini tertumpu semula kepada semua penumpang dan anak kapal MH370.
Memandangkan data satelit tidak terperinci menunjukkan lokasi terakhir MH370, maka kawasan pencarian kini ditumpukan di 2 kawasan baru iaitu koridor utara meliputi utara Thailand hingga ke Turkmenistan dan Kazakhstan serta koridor Selatan meliputi Indonesia dan selatan Lautan Hindi.
Operasi mencari di laut cina selatan dihentikan dan menilai semula penghantaran aset.
Najib tidak berkata pesawat dirampas tetapi dipesongkan haluannya secara sengaja oleh seseorang di dalam pesawat, masih siasat kenapa pesawat berpatah balik.
Najib berharap dengan data baharu, operasi mencari dan menyelamat maju setapak lagi.
Najib berkata maklumat terbaru itu hasil taklimat kepadanya oleh pelbagai agensi antarabangsa yang sepakat mencapai ketetapan maklumat baru itu.
Misi mencari ketika ini membabitkan 14 negara menggunakan 43 kapal dan 48 pesawat.
16 Mac 2014 - Isnin
6 isyarat ping yang dikesan satelit Inmarsat sejak pesawat hilang dari radar sehingga 8.11 pagi kata KP DCA.
Jurutera penerbangan MAS yang mempunyai hubungan dengan pesawat sebelum berlepas, turut disiasat .
Hishamuddin berkata dakwaan pesawat di pengkalan tentera AS di Diego Garcia di Lautan Hindi adalah tidak berasas.
Bantuan daripada Kazakhstan, Krygstan, Uzbekistan, Pakistan dipinta bagi mencari lokasi pesawat hilang.
Pakar sedang menganalisa simulator penerbangan milik kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari kediamannya untuk siasatan lanjut.
Ketua polis Negara berkata kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130C Kanun Keseksaan dan akta kesalahan penerbangan 2003.
Pesawat berlepas ke Beijing dengan kuantiti bahan api yang dirancang termasuk tambahan sejam penerbangan lagi kata CEO MAS.
Operasi mencari dan menyelamat semakin sukar dengan meliputi 11 kawasan dan membabitkan penyertaan 25 negara kata Hishamuddin.
Juruterbang dan pembantunya tidak meminta untuk bertugas dalam penerbangan sama. MAS turut tolak laporan Kapten Zaharie dipanggil bertugas secara tiba tiba ketika dia sedang bercuti.
17 Mac 2014 - selasa
MAS menetapkan semua penerbangannya dalam kod Tango atau peningkatan tahap keselamatan selepas kehilangan MH370.
Malaysia telah bekerja dari segi keperluan diplomatik, teknikal dan logistikal sejak pencarian kawasan baru sejak 48 jam lalu kata Hishamuddin.
Malaysia juga telah bekerjasama dengan FBI, Interpol dan pihak berkuasa antarabangsa lain sejak hari pertama kehilangan pesawat kata Hishamuddin.
Australia dan Indonesia mengetuai gerakan mencari di koridor selatan di kawasan negara masing masing kata Hishamuddin.
Gerakan mencari di koridor utara dan selatan telah bermula kata Hishmauddin.
Fokus operasi di kedua dua koridor, Malaysia ketua operasi di koridor selatan kerana tidak banyak negara terbabit di sana kata Hishamuddin.
Pembantu juruterbang, adalah individu terakhir yang berhubung dengan menara kawalan dengan kata kata ALL RIGHT..GOOD NIGHT sebelum pesawat lenyap kata CEO MAS.
Pesawat tidak membawa kargo merbahaya atau bernilai tinggi tetapi 3 hingga 4 tan manggis kata CEO MAS.
Hishamuddin tolak kemungkinan pesawat dikawal dari jauh untuk ubah haluan atau cyber attack.
TLDM kerah kapal KD KELANTAN dan KD SELANGOR ke koridor selatan untuk mencari dan menyelamat pesawat.
26 negara kini menyertai misi mencari pesawat hilang yang masuk hari ke 10.
Jurutera penerbangan, Khairul AMri Selamat yang turut berada dalam pesawat turut disiasat.
3 Pegawai BEA Perancis tiba untuk membantu opersi mencari pesawat, kongsi pengetahuan mencari pesawat Air France flight 447 yang hilang di lautan atlantik pada 1 jun 2009.
TLDM dan TUDM kerah aset ke koridor lautan Hindi dalam fasa baharu operasi mencari dan menyelamat.
Siasatan polis ke atas krew dan penumpang MH370 adalah prosedur biasa, orang ramai diminta jangan buat kesimpulan mengenainya.
18 Mac 2014
Duta China ke Malaysia berkata siasatan ke atas kesemua 153 penumpang China dalam pesawat MH370 mendapati tiada bukti mengaitkan mereka dengan perbuatan merampas atau serangan pengganas.
China memulakan misi mencari di wilayahnya sendiri di koridor utara kata duta besar China ke Malaysia.
Pentagon umumkan USA tarik balik kapal USS Kidd dalam misi pencarian kerana kawasan pencarian semakin luas, namun terus gunakan 2 pesawat peninjau.
China kerah 21 satelit negara itu bagi mengesan pesawat kata kementerian luar China.
Malaysia kekal ketuai misi SAR namun negara tingkatkan kerjasama usaha dan tambah aset di wilayah masing masing.
Operasi SAR diperluaskan kepada 7 kuadran berukuran 400 x 400 batu nautika, di setiap koridor utara dan selatan membabitkan kawasan seluas 2.4 juta batu nautika persegi.
Fokus siasatan ialah mengumpul maklumat satelit dan radar, menambah aset udara dan permukaan serta menambah pakar teknikal kata Hishamuddin.
Australia dan Indonesia mengetuai pencarian di Koridor Selatan manakala China dan Kazakhstan di koridor utara.
Hishamuddin minta semua pihak bersatu dan mengenepikan perbezaan kerana penumpang dan anak kapal MH370 lebih utama dari politik.
Iran tidak terbabit dalam misi SAR kerana bantuan negara itu belum diperlukan buat masa ini kata menteri Luar, Anifah Aman.
Hanya dengan penemuan kotak hitam pesawat mampu lenyapkan pelbagai spekulasi mengenai kejadian itu kata Hishamuddin.
Tiada asas untuk tuduh Malaysia sebagai sarang pengganas dalam kejadian pesawat hilang kata Hishamuddin.
Malaysia sudah hubungi semua negara ASEAN untuk meneliti semula data radar dan satelit untuk mencari pesawat.
FAA dan NTSB mengesahkan koridor utara dan selatan, lokasi kemungkinan pesawat yang hilang, Semua usaha dibuat untuk mengurangkan zon pencarian.
CEO MAS menyedari ancaman mogok lapar oleh keluarga penumpang di China, MAS akan memberikan semua kerjasama, penerangan dan penjagaan kepada keluarga mangsa di Beijing.
19 Mac 2014 Rabu
Polis Maldives mulakan siasatan dakwaan penduduk Pulau Kuda Huvadhoo melihat sebuah pesawat terbang rendah pada hari MH370 dilaporkan hilang.
Sumber memberitahu REUTERS, pesawat kemungkinan terbang jauh ke selatan Lautan Hindi.
Najib bincang dengan Hishamuddin, Anifah Aman, Panglima ATM, Panglima TUDM berkaitan SAR di Parlimen.
Misi SAR dibahagikan kepada 3 kumpulan, diplomatik, aset/logistik dan teknikal, masing masing diketuai Wisma Putra, ATM dan DCA.
Hishamuddin nafi laporan polis Maldives mula siasat berkaitan dakwaan penduduk pulau melihat pesawat terbang rendah pada hari kejadian pesawat hilang.
Polis kesan data log simulator kapten Zaharie telah dipadamkan sebelum polis mengambilnya dari rumah juruterbang kata Ketua Polis Negara.
Semua penumpang dan anak kapal MH370 kekal sebagai tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya kata Hishamuddin.
Malaysia hantar kumpulan wakil tertinggi ke Beijing bagi berbincang dengan keluarga dan waris penumpang.
Maklumat pemeriksaan latar belakang ke atas semua penumpang sudah diterima kecuali Russia dan Ukraine, dan didapati tiada maklumat signifikan kata Hishamuddin.
Indonesia dan Australia mempunyai radar primer di kawasan koridor selatan, kedua duanya komited membantu usaha mencari dan menyelamat atau SAR.
20 Mac 2014 - Khamis
Presiden Barack Obama berkata pencarian pesawat MH370 adalah 1 keutamaan kepada USA termasik menawarkan semua sumber termasuk FBI bagi bantu siasatan.
2 objek mungkin ada kaitan dengan pesawat dikesan di Lautan Hindi berdasarkan maklumat satelit Australia kata PM Australia, Tony Abbot di sidang parlimen Australia. Abbot sudah maklumkan mengenainya kepada PM Najib.
PM Australia Tony Abbot memberitahu Parlimen AUstralia, 2 objek yang dikesan satelit Australia berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat hilang, berdasarkan data maklumat satelit, terletak di kawasan terpencik, 2,500 km barat daya Perth, Australia.
Hishamuddin menemui delegasi Australia, anggap penemuan objek oleh satelit sebagai petunjuk baru pencarian MH370.
Objek terbesar yang dikesan itu bersaiz 24 meter manakala objek kedua bersaiz lebih kecil.
Pesawat dan kapal dihantar untuk sahkan maklumat satelit penemuan 2 objek di lautan Hindi itu.
Keluarga dan waris penumpang akan diberikan taklimat di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya malam ini kata seorang ahli keluarga penumpang.
Misi SAR di koridor utara dan selatan tetap diteruskan meskipun ada penemuan objek dari satelit Australia pagi ini.
Maklumat 2 objek itu boleh dipercayai tapi belum disahkan kata Hishamuddin.
Semua negara yang trbabit dengan SAR sudah menghantar aset ke 2 koridor itu dengan Malaysia sendiri menghantar 2 pesawat ke Kazakhstan.
18 kapal dan 26 pesawat dikerah ke koridor selatan termasuk 4 pesawat ke lokasi 2 objek dikesan satelit Australia kata Hishamuddin.
China yang sudah menggerakkan 21 satelit unutk mencari pesawat sedia menghantar lagi tambahan kapal dan pesawat bila diperlukan kata HIshamuddin.
Wakil khas PM ke China, Ong Ka Ting dan Duta China ke Malaysia akan ketuai taklimat kepada keluarga penumpang China yang berada di Kuala Lumpur.
Kapal tentera laut Australia, HMAS Success yang dilengkapi peralatan khusus sedang menuju ke lokasi 2 objek dikesan satelit Australia.
Kapal pengangkut kenderaan milik Norway, Hoegh St. Petersburg tiba di lokasi 2 objek dikesan satelti Australia.
4 pesawat dikerah ke Barat Daya Australia ekoran penemuan 2 objek oleh satelit Australia.
21 Mac 2014 - Jumaat
Media Malaysia dan antarabangsa mula menghantar wakil ke Perth, Australia ekoran penemuan 2 objek dikesan satelit Australia di selatan Lautan Hindi, 2500 km dari barat daya Perth.
Imej 2 objek terapung di Lautan Hindi adalah dari satelit WorldView-2yang berpengkalan di Colorado, USA, imej diambil 16 Mac lalu kata stesen TV ABC.
Australia bersiap sedia sambung usaha mencari objek terapung di Lautan Hindi dengan keadaan cuaca dilaporkan semakin baik pagi ini.
China hantar 3 kapal perang dan berkemungkinan kapal pemecah ais, Snow Dragon untuk sertai SAR di Lautan Hindi, hari ini.
Kapal terbang pertama yang berlepas ke kawasan terpencil pulang dengan tangan kosong ketika cari objek di lautan Hindi.
China menambah lagi penghantaran aset di selatan Lautan Hindi dengan sekurang kurangnya 7 kapal lapor AFP. Hishamuddin berkata China menghantar 5 kapal dan 3 kapal pembawa helikopter berserta 3 pesawat China ke selatan Lautan Hindi.
India tolak permintaan China untuk benarkan 4 kapal perangnya sertai usaha mencari di kepulauan Andaman dan Nicobar.
Tiada pengesahan diterima setakat ini berhubung objek yang disyaki serpihan pesawat di lautan Hindi.
Indonesia keluarkan 49 kebenaran terbang untuk pesawat dari 7 negara mencari MH370 selepas tumpuan beralih ke Lautan Hindi.
2 objek yang dikesan satelit di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi mungkin sudah tenggelam kata TPM Australia, Warren Truss.
Australia beralih kepada pencarian serpihan secara visual selepas radar gagal mengesan petanda pesawat di Lautan Hindi kata AMSA.
Kapal tentera laut Australia, HMAS Success akan tiba di kawasan pencarian objek di selatan Lautan Hindi esok kata Hishamuddin.
Sehingga 5.40 petang, tiada perkembangan positif mengenai 2 objek yang dikesan satelit di Lautan Hindi kata Hishamuddin.
Malaysia tidak akan memberhentikan misi SAR meskipun tempoh 30 hari yang ditetapkan mencari kotak hitam tamat kata Hishamuddin.
Hishammuddin akan hubungi setiausaha pertahanan AS Chuck Hagel malam ini bagi mohon bantuan peralatan khusus untuk kerja mencari di dasar laut.
Pihak berkuasa Kazakhstan mengesahkan mereka tidak menemui apa apa tanda berkaitan MH370 kata Hishammuddin.
Pihak berkuasa Ukraine sahkan pemeriksaan latar belakang rakyatnya yang menaiki MH370 adalah bersih.
Kapal peninjau pelbagai fungsi, HMS Echo milik UK kini dalam perjalanan ke selatan Lautan Hindi kata kementerian luar Britain.
Analisis data satelit Inmarsat yang menjurus kepada pencarian di koridor utara dan selatan dilakukan dengan teliti bersama USA dan UK.
22 Mac 2014 - Sabtu
Malaysia meminta Amerika Syarikat beri bantuan teknologi dasar laut mencari MH370 menerusi panggilan telefon Hishamuddin dan setiausaha pertahanan AS, Chuck Hagel, malam semalam.
Pentagon pertimbang hantar pengesan sonar bagi bantu Malaysia mencari pesawat kata setiausaha pertahanan AS, Chuck Hagel.
6 pesawat dikerah cari pesawat di selatan Lautan Hindi, 3 berlepas dari Perth pagi tadi manakala 3 lagi bakal menyusul kata AMSA.
2 Kapal dagang kini berada di kawasan perairan, kapal Tentera Laut AUstralia, HMAS Success dijangka tiba lewat petang kata AMSA.
Malaysia amat menghargai bantuan Jepun dalam operasi SAR serta kata kata semangat diberikan PM Jepun, Shinzo Abe kata PM Najib dalam twitternya.
Bateri Lithium Ion yang dibawa MH370 pada 8 Mac lalu mematuhi keperluan ICAO dan IATA, diklasifikasi sebagai barangan tidak berbahaya kata CEO MAS.
Mulai esok, pusat media di Hotel Sama Sama akan dipindahkan ke PWTC kerana Hotel Sama Sama Sepang digunakan tetamu Formula One.
Misi mencari objek di selatan Lautan Hindi diteruskan, hari ini kawasan pencarian diperluaskan kepada 10,500 batu persegi kata Hishamuddin.
Transkrip komunikasi MH370 dengan menara kawalan sedang dianalisis dan belum boleh diumumkan, namun didapati tiada sebarang rutin luar daripada kebiasaan kata Hishammudiin.
Laporan mengenai transkrip perbualan 54 minit terakhir MH370 yang disiarkan akhbar British, Telegraph adalah tidak tepat kata KP DCA.
Operasi SAR di koridor Selatan lautan Hindi makin mencabar dengan ombak kuat dan ancaman Taufan. dan Taufan Gilian di kawasan pulau Krismas belum menjejaskan SAR kata KP DCA.
Tiada laporan penemuan dalam radar mengenai MH370 di sebelah koridor utara dan ini dimaklumkan secara rasmi oleh China, India, Pakistan, Myanmar, Laos, Kyrgyzstan dan Kazakhstan.
Satelit China mengesan objek terapung sebesar 22 x 30 meter di koridor selatan kata Hishamuddin.
Penemuan imej objek terapung oleh satelit China dimaklumkan duta China ke Malaysia.
23 Mac 2014 - Ahad
Satelit China Gaofen 1 kesan imei objek kemungkinan MH370 di selatan koridor pada Selasa 18 Mac lalu.
Gerakan mencari masuk hari ke 16 dengan tumpuan di koridor selatan lautan hindi.
Pencarian secara visual bagi mengesan kedudukan pesawat diteruskan kata pihak berkuasa maritim Australia, AMSA.
Jabatan Meterologi Australia berkata cuaca buruk dijangka memberi kesan usaha pencarian hari ini.
PM Australia Tony Abbot berkata beberapa serpihan kecil dikesan di selatan Lautan Hindi, namun terlalu awal mengaitkannya dengan pesawat MH370.
AMSA sedang menyusun semula pencarian pesawat hari ini berdasarkan kemungkinan identiti serpihan dalam gambar satelit China.
8 Pesawat terbabit dalam misi hari ini termasuk kapal HMAS Success milik tentera laut Australia di perairan koridor selatan.
Pesawat yang terbabit dalam SAR mengesan palet kayu, tali pinggang atau pengikat di kawasan terpencil di Lautan Hindi.
Warga China, Liu Guiqi, ibu kepada Li Le, penumpang MH370 sangkal laporan kononnya dia dikasari polis Malaysia di Hotel Sama Sama, Sepang.
Hari ini tiada sidang akhbar perkembangan mencari MH370, yang pada awalnya dijadualkan ada sidang akhbar di PWTC. Sebaliknya hanya kenyataan media akan diedarkan Kementerian Pengangkitan.
Semua pesawat yang terbabit dalam SAR hari ini sudah berlepas pulang ke Perth. 5 pesawat masih di kawasan SAR kata Pihak berkuasa Maritim Australia, AMSA.
Misi SAR bagi mengesan pesawat kekal sebagai usaha antarabangsa yang diselaraskan oleh Malaysia.
Sejumlah negara sedang ketuai SAR di kawasan pencarian masing masing dan menunjukkan komitmen kerjasama yang amat tinggi.
Malaysia menerima imej baharu dari Perancis menunjukkan objek di koridor selatan, serah kepada AMSA.
2 Pesawat China, Ilyushin IL-76s tiba di Perth dan akan berlepas ke kawasan SAR esok
2 pesawat Jepun, P3 Orion berlepas dari pengkalan TUDM Subang menuju Perth hari ini.
Setakat 2.30 pm tadi pegawai Australia maklumkan kepada Malaysia bahawa mereka belum membuat sebarang penemuan terbaharu.
Kapal kementerian pertahanan Australia, Ocean Shield dengan peralatan kawalan dasar laut kini menuju koridor selatan.
Pasukan peringkat tertinggi Malaysia mula memberi taklimat kepada keluarga penumpang di Beijing pagi tadi. Taklimat berlangsung 6 jam.
Transmisi akhir pengendali komunikasi laporan Pesawat, ACARS pada 1.07 pagi 8 Mac lalu tidak menunjukkan sebarang yang luar biasa.
Beberapa penerbangan dari pengkalan TUDM Subang menuju koridor selatan dibatalkan akibat cuaca buruk akibat Taufan Gilian.
Pesawat tentera laut India, P8 Poseidon dan pesawat tentera udara India, C130 berlepas dari Subang menuju koridor Selatan.
Pusat penyelaras penyelamat AUstralia akan menghantar 8 pesawat ke koridor selatan hari ini untuk mulakan pencarian.
Australia ulangi komitmen untuk teruskan misi SAR di selatan Lautan Hindi bagi mencari pesawat selagi ada harapan kata XINHUA News AGensi China.
Kapal pemecah Ais China, Xuleong dijangka tiba Selasa depan di selatan Lautan Hindi.
24 Mac 2014 - Isnin
Gerakan mencari yang kini memasuki hari ke 17 menyaksikan 10 pesawat dikerah meneruskan misi mencari di kawasan perairan selatan Lautan Hindi, 2,.500 km barat daya Perth kata AMSA.
2 pesawat tentera China berlepas 8.45 pagi dan 9.20 pagi, manakala pesawat Australia P3 Orion berlepas ke koridor selatan 9 pagi.
AMSA meramalkan hujan di kawasan pencarian di Barat Daya Perth hingga menyukarkan pencarian.
Australia masih mengkaji imej satelit Perancis mengenai objek terapung, belum alihkan usaha mencari ke utara Lautan Hindi.
Tentera Laut Amerika Syarikat di pasifik sudah mengerahkan kapal pengesan kotak hitam ke kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi kata agensi berita China, Xinhua.
Pesawat Ilyushin -76 China mengesan putih dan empat segi di selatan Lautan Pasifik Hari ini.
Pesawat Airbus A330-300 MAS MH066 dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Incheon Korea Selatan terpaksa dilencongkan ke Hong Kong malam tadi ekoran kerosakan generator pesawat. Saat mencemaskan bagi penumpang dan anak kapal.
Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi berkata kakitangan DCA yang dipanggil polis berhubung kehilangan pesawat MH360, bukan untuk disiasat tapi untuk membantu siasatan.
China tidak dapat mengesahkan objek yang dikesan pesawat tenteranya di lautan Hindi hari ini adalah berkaitan dengan pesawat yang hilang.
Bomba menubuhkan pasukan khas taktikal operasi menyelamat Malaysia atau STORM untuk menyertai gerakan mencari dan menyelamat.
Pesawat P8 Posedion tentera laut amerika syarikat gagal temui objek yang dikesan pesawat China di Lautan Hindi, awal hari ini kata AMSA.
Australia maklumkan kepada Najib pesawat negara itu mengesan objek berbentuk bulat dan segi empat berwarna oren di kawasan pencarian kata Hishamuddin.
Kapal HMAS Success berada dekat dengan kawasan 2 objek dikesan dan dijangka tiba selewat lewatnya pagi esok untuk mengesannya.
Tiada isyarat kecemasan daripada pesawat MH370 dikesan sebarang kapal atau pesawat sehingga kini kata DCA.
MAS jelaskan pesawat MH006 dilencongkan ke Hong Kong bukan kerana isu keselamatan tapi teknikal sebagai langkah berjaga jaga.
MAS jelaskan kargo yang dibawa pesawat tidak merbahaya dan terpulang kepada pasukan penyiasat untuk berikan kepada Australia.
Petunjuk terbaru datang daripada data satelit, terbaru dari Perancis pada 22 Mac dan sudah diserahkan kepada pasukan SAR Australia.
Petunjuk terbaru tertumpu di koridor selatan, lebih banyak aset digerakkan ke kawasan ini, seluas 18.500 batu nautika persegi.
PM Najib Razak mengadakan sidang media pada 9.45 malam di PWTC, beliau sahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi di kawasan terpencil yang jauh dari sebarang kawasan mendarat.
Maklumat terbarru itu berdasarkan analisa satelit Inmarsat dan teknik kurun ke 19, doppler effect, dianalisa pakar Inmarsat dan AAIB menggunakan teknik yang belum pernah digunakan penyiasat sebelum ini.
Keluarga penumpang dan anak kapal sudah dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu.
MAS sedih terpaksa anggap penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi, ucap takziah kepada mereka yang terbabit dengan tragedi itu.
25 Mac 2014 - Selasa
Operasi SAR digantung hari ini berikuta cuaca buruk, ombak besar dan akan disambung esok jika cuaca mengizinkan kata AMSA.
Dewan Rakyat rakam ucapan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal.
Inmarsat menggunakan teknik fenomena gelombang kurun ke 19 iaitu doppler effect dalam analisis 7 isyarat Ping bagi menentukan destinasi MH370.
PM Australia Tony Abbot berkata pihaknya mengalu alukan waris penumpang dan krew pesawat yang mahu ke Australia pada waktu sukar ini.
PM Najib membentang usul tergempar di Parlimen mengenai tragedi MH370 mengikut peraturan 27 (3) untuk perbahasan di dewan rakyat.
Kerajaan tidak berniat menghalang atau menutup maklumat mengenai MH370 kepada umum atau ahli keluarga dan krew kata Najib.
Tumpuan sekarang mencari serpihan dan rangka MH370 bagi sahkan pesawat telah hilang di selatan lautan Hindi kata Najin.
Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang ini untuk tentukan masa sesuai untuk adakah solat Ghaib bagi mangsa beragama Islam kata Najib.
Tragedi itu tidak harus dipolitikkan, sebaliknya semua pihak perlu tunjukkan simpati kepada waris dan kecintaan kepada negara.
PM juga berkata kerajaan akan meneruskan SAR sehingga kotak hitam pesawat ditemui.
PM juga terima panggilan dari PM Australia Tony Abbot pagi ini yang menyatakan sokongan, bantuan dan kerjasama berterusan Australia.
Siasatan tragedi itu masih berjalan dan dijangka berlanjutan lebih lama dan bertambah kompleks kata pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof.
PM berkata arahan bendera separuh tiang hanya dikeluarkan setelah kerajaan mendapat bukti kukuh.
MAS akan teruskan bantuan kepada ahli keluarga penumpang dan krew serta misi SAR kepada pihak berkuasa yang terbabit.
MAS sudah memberikan bantuan kewangan USD5000 kepada setiap ahli keluarga penumpang dan krew, sedang usaha untuk beri lebih banyak bantuan kata CEO MAS.
MAS dimaklumkan oleh pihak berkuasa Australia bahawa visa akan dikeluarkan kepada waris penumpang dan krew setelah bukti kukuh dijumpai.
Sultan Johor menitahkan semua bangunan kerajaan kibar bendera negeri separuh tiang bagi hormati penumpang dan krew MH370, Perak turut mengambil langkah sama.
Australia akan kecualikan bayaran visa bagi waris yang mahu ke negara itu kata PM Australia.
China berharap Britain dan negara berkaitan dapat memberikan data Satelit Inmasrat berhubung kehilangan pesawat.
Hishamudin berkata kerajaan sedia pertimbang penubuhan jawatankuasa pilihan khas Parlimen dan suruhanjaya siasatan diraja bagi merungkai kehilangan MH370.
Misi SAR diteruskan dengan kawasan pencarian dikecilkan dan guna peralatan lebih spesifik kata Hishamuddin.
Ketua Polis Negara berkata siasatan simulator milik Kapten Zaharie masih berjalan dan masih tunggu pakar luar negara beri maklumbalas siasatan. Siasatan ke atas 100 orang juga masih berjalan.
Misi SAR di koridor utara dihentikan kini tumpuan di kawasan seluas 460,000 batu nautika persegi di selatan lautan Hindi kata Hishamuddin.
Malaysia akan tetap meneruskan misi mencari walaupun ada negara yang ingin tarik diri kata Hishamudin.
Berdasarkan riumusan hasil analisis data satelit, sukar untuk sesiapa terselamat selepas pesawat mengakhiri penerbangan di selatan lautan Hindi kata CEO MAS.
Presiden China, Xi Jinping akan hantar wakil khas ke Kuala lumpur bagi minta pandangan kerajaan Malaysia berhubung misi mencari.
Tugas memaklumkan perkembangan kepada keluarga akan diterajui MAS.
Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan solat jenazah ghaib ke atas penumpang dan krew beragama Islam tidak diperlukan buat masa sekarang.
26 Mac 2014 - Rabu
Misi mencari pesawat masuk hari ke 19.
Misi mencari di selatan lautan Hindi diteruskan hari ini selepas cuaca kembali baik, melibatkan keluasan 80,000 km persegi menggunakan 12 pesawat kata AMSA.
TPM Muhyiddin Yassin yang kini menghadiri sidang kemuncak Nuklear di The Hague, Belanda berkesempatan menemui pemimpin China dan Presiden Barack Obama. Presiden China, Xi JinPeng berkata insiden MH370 tidak menjejaskan hubungan China dan Malaysia. China dan Amerika Syarikat menyatakan komitmen untuk terus membantu Malaysia mencari pesawat itu. Presiden Obama pula ucap takziah kepada keluarga mangsa MH370.
Kapal pemecah Ais, Xuelong dan pesawat Ilyushin-76 China tiba di lokasi awal pagi tadi untuk teruskan misi mencari.
Pesawat Malindo Air ke Terengganu berpatah balik ke Subang pagi tadi selepas sistem pengesan kebakaran beri amaran ketika pesawat berada 7000 kaki di udara. Antara penumpangnya, pasukan bolasepak liga super Terengganu.
4 kapal China dan kapal HMAS Success Australia kini berada di kawasan pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi dibantu 5 pesawat kata AMSA.
Imej satelit terbaru dari Airbus menunjukkan ada 122 objek di selatan lautan Hindi, 1 lagi petunjuk baru MH370 kata Hishamuddin.
Imej satelit Airbus itu telah diserahkan kepada Agensi Remote Sensing Malaysia, MRSA untuk analisis lanjut kata Hishamuddin.
Sebahagian objek dirakamkan satelit Airbus itu berukuran 33 meter panjang dan kelihatan bersinar 2557 km dari Perth,
Hishamuddin berkata satelit Airbus mencerap 122 objek di kawasan seluas 400 kilometer persegi berukuran antara 1 meter hingga 23 meter panjang, 2557 km dari barat daya Perth.
Australia fokus kawasan pencarian di 2 bahagian, barat dan timur selatan Lautan Hindi.
Hishamuddin berkata lawatan PM Najib ke China Mei ini akan tetap diteruskan manakala lawatan Presiden USA Barack Obama ke Malaysia April ini tetap berjalan mengikut jadual.
Pasukan SAR akan gunakan teknologi dan pendekatan berbeza selepas tempoh jangka hayat bateri kotak hitam selama 30 hari berakhir kata Hishamuddin.
3 lagi objek dikesan pasukan SAR di selatan Lautan Hindi kata AMSA. 1 Objek berwarna biru dikesan pesawat P3 Orion New Zealand, 2 lagi menyerupai talioleh pesawat awam.
27 Mac 2014 - Khamis
Pencarian hari ke 20 diteruskan. Ia babitkan 6 pesawat tentera, 5 pesawat awam dan 5 kapal di selatan Lautan Hindi.
27 Mac 2014
Ops mencari masuk hari ke 20.
Ribut petir, angin kencang lewat petang dijangka jejaskan operasi mencari MH370 kata AMSA.
Operasi mencari hari ini dtangguhkan akibat cuaca buruk, semua kapal dan pesawat diarah tinggalkan zon pencaian kata AMSA.
Syarikat insuran di China mula bayar ganti rugi kepada ahli keluarga penumpang.
Jawatankuasa pilihan Parlimen dan suruhanjaya siasatan diraja hanya akan ditubuhkan selepas kotak hitam pesawat ditemui kata Shahidan Kassim.
Operasi mencari di lautan Hindi gunakan kapal dan pesawat gagal temui sebarang objek dan SAR ditangguh kerana cuaca buruk kata AMSA.
Imej satelit Thailand temui 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi, 200 kilometer dari lokasi pencarian, objek sepanjang antara 2-15 meter tapi belum disahkan.
Kapal China Hai Xun tiba di lokasi pencarian malam ini.
Malaysia dalam proses menghantar pasukan terdiri DCA, MAS, TLDM dan TUDM ke Perth untuk bantu misi mencari.
Malaysia komited bekerjasama rapat dengan kerajaan China dan berkongsi maklumat sepenuhnya berkaitan SAR.
Waris penumpang boleh mengemukakan tuntutan insuran nyawa tanpa perlu menunggu sijil kematian dikeluarkan.
28 Mac 2014 - Jummat
Operasi mencari masuk hari ke 21, diteruskan pagi ini di selatan lautan Hindi, cuaca dilaporkan cerah selepas ditangguhkan semalam kata AMSA. Babitkan 10 pesawat termasuk 1 pesawat awam dan 5 kapal di barat daya Perth.
Satelit Jepun mengesan hampir 10 objek terapung di 2,500 km perairan barat daya Perth antara 9 pagi hingga 3 petang rabu lalu lapor AFP.
Operasi mencari beralih ke kawasan baru di 1,100 km di utara selatan Lautan Hindi, 1,680 km dari barat Perth, ekoran petunjuk berwibawa baru kata AMSA, disertai 10 pesawat dari 6 negara serta 5 kapal China dan sebuah kapal Australia.
Petunjuk terbaru itu berdasarkan analisis berterusan data radar antara laut cina selatan dan selat melaka sebelum hubungan radas terputus kata AMSA.
Petunjuk juga menunjukkan pesawat terbang lebih laju daripada anggaran awal, sekaligus pengunaan lebih banyak minyak dan kurang jarak terbang ke selatan Lautan Hindi kata AMSA.
FBI tidak menemui sebarang bukti dalam cakera keras dan simulator milik 2 juruterbang MH370 kata akhbar New York Times.
Malam anugerah Bintang popular Berita Harian ditangguhkan kerana menghormati tragedi MH370. Sebelum ini karnival Jom Heboh TV3 di Terengganu turut ditangguhkan bagi menghormati MH370.
MAS akan menerbangkan ahli keluarga penumpang dan kru ke Perth, Australia jika ada serpihan pesawat ditemui kata CEO MAS.
Kapal pemecah aios China, Xuelong sedang bergerak pada kelajuan tertinggi untuk sampai ke kawasan pencarian baharu kata agensi media China Xinhua.
Hishamuddin berkata kawasan pencarian kini diperkecilkan lagi.
Kabinet Malaysia putuskan kerajaan akan terus beri bantuan kepada keluarga penumpang dan kru.
Kabinet juga putuskan Peguam Negara akan meneliti semua implikasi undang undang berhubung kehilangan pesawat kata Hishamuddin.
Objek dilihat terapung oleh satelit di lautan Hindi masih belum dikenal pasti, zon carian masih di koridor selatan kata Hishamuddin.
Pesawat tentera udara P3 Orion New Zealand mengesan beberapa objek di zon pencarian baharu do barat Perth, AMSA tunggu satelit untuk pengesahan lapor Reuters.
29 Mac 2014 - Sabtu
Operasi mencari hari ke 22, diteruskan babitkan 8 pesawat, kapal China Haixun 01 kini berada di kawasan objek terapung di kawasan pencarian baharu kata AMSA.
Saluran komunikasi antara MAS dan keluarga penumpang dan krew ditambah baik agar maklumat cepat dan tepat kata Hishamuddin.
2 pesawat TUDM C130 dengan 20 anak kapal tiba di Perth, 12 tengahari tadi untuk sertai operasi mencari di Lautan Hindi.
Pesawat China, Ilyushin-76 kesan 3 objek, putih, merah dan jingga di kawasan pencarian baharu di lautan Hindi sebentar tadi.
Kapal tentera laut China Jinggangshan tiba di lokasi pencarian baharu, mula mencari serpihan pesawat, tumpahan minyak dan jaket keselamatan.
Kementerian pengangkutan akan tubuhkan panel antarabangsa bagi meneliti aspek tanggung jawab bagi kehilangam MH370.
Hishamuddin nafi spekulasi orang ramai, pesawat telah mendarat di Diego Garcia dan ada penumpang dikatakan menghantar pesanan meminta tolong,
Kapal China, Haixun 01 dan HMAS Success melaporkan dapat mengambil beberapa objek dari lautan tetapi tiada satupun disahkan berkaitan MH370 kata AMSA. Amat menyedihkan dan menduka citakan.
30 Mac 2014 - Ahad
Gerakan mencari masuk hari ke 23, kapal diarah kenal pasti objek dikesan pesawat, kapal pengesan kotak hitam turut menuju lokasi kata AMSA.
2 pesawat C130 TUDM menyertai operasi mencari di Lautan Hindi hari ini, Australia tubuhpusat penyelarasan agensi bersama atau JACC di Perth,
RCC Australia mengesn isyarat kecemasan kapal nelayan di selatan Lautan Hindi, menghantar pesawat P3 Orion ke lokasi isyarat.
Sidang media harian oleh Hishamuddin tidak diadakan, dibatalkan.
31 Mac 2014 - Isnin
Gerakan mencari masuk hari ke 24 di kawasan pencarian seluas 254,000 kilometer persegi, babitkan 10 pesawat dan 10 kapal termasuk 2 C130 Hercules TUDM.
Kapal Perang Australia, Toowomba tiba di lokasi pencarian kata AMSA.
Kapal Ocean Sheild dari Australia pula akan berlepas dari Perth hari ini selepas dipasang alat pengesan kotak hitam dan Bluefin 21 kata AMSA.
Malangnya Operasi mencari hari ini ditamatkan tanpa sebarang penemuan signifikan untuk dilaporkan kata AMSA.
Hishamuddin berkata PM pada pengumumannya pada 24 Mac lalu tidak pernah menyebut perkataan terhempas atau penumpang terkorban kata Hishamuddin.
Taklimat melibatkan pakar antarabangsa akan diadakan untuk keluarga penumpang China dan akan disiarkan secara langsung ke Beijing.
MAS belum terima sebarang notis saman dari keluarga penumpang dan hanya bertindak selepas mengetahui bentuk tuntutan berkenaan kata CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Hishamuddin akan ke pusat pemerintahan Pasifik Amerika SYarikat di Hawaii, malam ini untuk mesyuarat menteri pertahanan ASEAN dari 1-3 April.
Setakat ini tiada objek yang dikesan satelit di lautan Hindi ada kaitan dengan pesawat hilang kata Hishamuddin.
PM Najib akan melawat pengkalan tentera udara Australia, RAAF di Pearce, Rabu ini untuk tinjau Operasi SAR dan ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat mencari pesawat MH370.
Najib dihubungi PM Australia, Tony Abott yang memaklumkan perkembangan terkini operasi mencari.
1 April 2014 - Selasa
Gerakan mencari masuk hari ke 25. 10 pesawat dan 9 kapal melakukan gerakan mencari di lautan seluas 120,000 km persegi.
Australia akan hantar pesawat Boeing 737 untuk mengawal traik ufara di lautan Hindi bagi elak pelanggaran di ruang udara.
Operasi mencari mungkin berlanjutan untuk masa yang panjang kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, JACC.
Sidang media harian mengenai pencarian yang dijadualkan 5.30 petang di PWTC, dibatalkan.
Kapal TLDM KD Lekiu bersama 160 anak kapal berlepas ke kawasan pencarian dari Perth pagi esok atau lusa.
Pusat penyelarasan agensi bersama dilancar secara rasmi hari ini bagi selaras misi antarabangsa mencari pesawat.
Tranksrip penuh MH370 dengan menara kawalan udara KL dikeluarkan kepada umum hari ini, tiada sebarang komunikasi luar biasa. Komunikasi terakhir jam 1.19 pagi berbunyi Good NIght, Malaysia 370.
DCA dan MAS akan berikan taklimat tertutup kepada keluarga dan waris penumpang esok, dikendalikan wakil khas Malaysia ke China, Tan Sri Ong Ka Ting.
Tiada objek berkaitan pesawat ditemui hari ini di 11 lokasi sasaran pencarian di Lautan Hindi selatan kata kapten kapal China, Haixun 01.
Kapal keempat Australia, Seahorse Standard belayar ke zon pencarian seluas 1,800 km dari barat Perth.
2 April 2014
Gerakan mencari masuk hari ke 26 menggunakan 10 pesawat dan 9 kapal di kawasan seluas 221,000 km persegi dalam keadaan cuaca kurang baik kata JACC.
Kapal HMS Tireless milik tentera laut diraja British tiba di lokasi bagi bantu pencarian, kapal ini dilengkapi peralatan mencari objek dasar laut.
Lebih 170 orang membabitkan keluarga penumpang dan krew telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kata IGP.
Dan semua penumpang bebas dari 4 aspek yang disiasat polis iaitu masalah peribadi dan psikologi, rampasan dan sabotaj.
Najib dijadual tiba di Perth malam ini 11 malam waktu tempatan dan 8 malam waktu Malaysia untuk meninjau gerakan mencari peawat.
Di akhir operasi mencari hari ini, tiada penemuan sebarang objek berkaitan pesawat kata JACC.
3 April 2014
Gerakan mencari masuk hari ke 27.
Najib diiringi PM Australia, Tony Abbot tiba di pengkalan udara Pearce di Perth, Australia untuk tinjau lebih dekat operasi mencari pesawat MH370.
Najib berkata semua negara yang terbabit dalam operasi SAR amat komited mencari pesawat.
Najib berkata pencarian MH370 telah menyatukan dunia dengan 1 matlamat.
Malaysia tidak akan berhenti mencari pesawat sehingga boleh memberikan jawapan kepada keluarga penumpang dan menganggap ia cabaran amat besar.
Abbot berkata pencarian pesawat antara yang paling sukar di dunia dalam sejarah manusia.
Najib yakin tahap profesonalisme pasukan pencari terutama dengan halangan cuaca dan Malaysia amat hargai komitmen mereka.
Najib berkata kerajaan tidak silap mengenai lokasi terakhir pesawat kerana ditentukan pakar selepas analisis data dan info pembuat pesawat.
Operasi pusat media di PWTC yang kendali sidang akhbar harian MH370 akan ditutup pada 7 April, sebarang kenyataan media akan diemail kepada wakil media mulai 8 April.
4 April 2014
Gerakan mencari masuk hari ke 28.
Hishamuddin yang berada di Hawaii untuk sidang menteri petahanan ASEAN-USA berkata menteri pertahanan ASEAN percaya Malaysia sudah lakukan yang terbaik dalam kendalikan situasi dan misi pencarian MH370.
Pasukan penyiasat kehilangan pesawat yang berpengkalan di Kuala Lumpur membabitkan pakar navigasi dan penerbangan terbaik di dunia kata JACC.
Australia setuju sertai SAR sebagai wakil bertauliah yang turut disertai USA, UK dan China kata ketua JACC, Angus Johnston.
Najib melawat Vietnam dan melahirkan penghargaan kepada Vietnam kerana membantu mencari pesawat MH370.
Beberapa objek dikesan beberapa kapal hari ini tetapi tiada satupun berkaitan dengan pesawat.
5 April 2014
Forum Menteri Petahanan ASEAN-USA menyokong usaha mencari yang dilaksanakan Malaysia sejak kehilangan pesawat pada 8 Mac kata Hishamuddin.
Malaysia akan terus mengetuai siasatan kehilangan pesawat dan akan melantik 3 kumpulan siasatan bebas kata Hishamuddin.
Australia terima permintaan Malaysia menjadi anggota bertauliah pasukan penyiasat. China, USA, UK, Perancis juga akan dijemput.
3 Jawatankuasa peringkat kementerian - waris penumpang, teknikal dan gerakan aset ditubuhkan untuk menyelaraskan gerakan mencari dan siasatan tragedi MH370.
Malaysia juga akan melantik penyiasat bebas untuk menerajui pasukan penyiasat mengikut piawaian ICAO.
Pasukan penyiasat mencakupi 3 kumpulan untuk melihat kepada nilai udara atau airworthiness, operasi dan perubatan serta faktor manusia kata Hishammudin.
Siasatan berhubung penumpang dan krew penerbangan MH370 masih dilakukan, tiada yang dikecualikan kata Hishamuddin.
MAS akan bawa waris penumpang ke Perth selepas bukti kukuh berkaitan pesawat diperolehi kata CEO MAS.
Bateri Kotak Hitam pesawat diganti mengikut jadual dan penukaran bateri seterusnya dijadual Jun depan kata CEO MAS.
Kapal China, Haixun 01 kesan isyarat dengan frekuensi 37.5 Khz sesaat di selatan Lautan Hindi namun belum dipastikan ia dari pesawat MH370 lapor agensi berita China, Xinhua.
6 April 2014 - Ahad
Gerakan mencari masuk hari ke 30.
Isyarat dikesan kapal peronda China, Haixun 01 di lautan Hindi adalah konsisten dengan isyarat yang dipancar dari kotak hitam pesawat kata JACC.
Operasi mencari diteruskan hari ini selepas kapal China kesan isyarat Ping di lautan Hindi kata JACC. Namun JACC berkata belum dapat dipastikan isyarat Ping itu datangnya dari MH370.
Kapal perang China mengesan 2 isyarat Ping termasuk satu selama 90 saat di Lautan Hindi kata Ketua JACC, Angus Houston.
Maklumat data satelit terbaharu yang diperbetulkan mendorong kepada perubahan fokus misi mencari pesawat kata Angus Houston.
Isyarat ping yang dikesan adalah terlalu dalam di dasar laut kata JACC.
kAPAL PERANG Australia, Ocean Shield turut mengesan isyarat Ping di lautan Hindi Kata Angus Houston.
Kapal Australia, HMS ECHO DAN OCEAN SHIELD dhalakan ke kawasan isyarat elektronik dikesan kapal China kata JACC.
1 lagi pesawat C130 HErcules TUDM tiba di Pearce Australia tengahari tadi membawa 33 anak kapal bagi bantu operasi mencari pesawat,, menjadikan 3 pesawat TUDM kesemuanya yang menyertai gerakan mencari di selatan Lautan Hindi.
7 April 2014 - Isnin
Gerakan mencari masuk hari ke 31 disertai 9 pesawat tentera, 3 pesawat awam dan 14 kapal di kawasan seluas 234,000 km persegi kata JACC.
Kapal HMS ECHO tiba di selatan Lautan Hindi bagi mengesahkan samada isyarat dikesan kapal China datangnya daripaa MH370 lapor Associated Press.
Menara pengesan Isyarat dari kapal Ocean Shield mengesan isyarat yang konsisten dengan perakam kotak hitam kata JACC.
iSYARAT Pertama dikesan 2 jam lalu kedua berakhir kira kira 13 minit tapi belum dapat disahkan jika ia dari pesawat kata JACC.
iSYARAT YANG DIKEsan di selatan Lautan Hindi mempunyai kedalaman 4,500 meter kata Angus Houston.
Towed Pinger Locator dari kapal Ocean Shield mengesan isyarat yang konsisten dengan perakam kotak hitam kata Angus Houston.
Beberapa hari diperlukan untuk mengesahkan isyarat yang dikesan oleh Towed Pinger Locater Amerika Syarikat kata Angus Houston, Ketua JACC.
Najib sudah dimaklumkan oleh Australia berhubung perkembangan terbaru di Perth pagi ini kata Hishamuddin.
Hishamuddin yakin berkaitan perkembangan terbaharu yang positif tetapi tetap berwaspada untuk bercakap lebih lanjut.
Insiden kehilangan MH370 memberi kesan kepada MAS dan syarikat itu perlu bersatu dan buat rancangan untuk pulih segera kata CEO MAS.
8 April 2014 - Selasa
Gerakan mencari masuk hari ke 32 membabitkan 11 pesawat tentera, 3 pesawat awam dan 14 kapal di kawasan seluas 77,580 km persegi kata JACC.
Jangka Hayat bateri kotak hitam biasanya tahan lebih 30 hari. Tiada isyarat ping terbaharu di kesan kata JACC.
Waris dan keluarga penumpang dan krew MH370 masih menaruh harapan mereka dapat ditemui dengan selamat selagi belum ada bukti konklusif penemuan jasad dan bangkai pesawat di dasar lautan Hindi.
TPM yang berada di Dubai, UAE menyampaikan rasa terima kasih Malaysia kepada UAE atas bantuan yang diberikan dalam usaha mencari dan menyelamat MH370.
Hishamuddin berkata status siasatan ke atas penumpang boleh disemak apabila menerima input baharu, setakat ni semua bebas.
9 April 2014-Rabu
Gerakan mencari masuk hari ke 33 membabitkan 11 pesawat tentera, 4 pesawat awam dan 14 kapal di kawasan seluas 75,423 km persegi di Lautan Hindi.
Kapal Ocean Shield mengesan semula 2 isyarat semalam dan pecaya operasi mencari dilakukan di kawasan yang betul kata JACC.
Ketua JACC Angus Houston juga berkata isyarat yang dikesan itu bukan dari punca semulajadi tetapi sama dengan isyarat yang dipancarkan dari kotak hitam pesawat.
10 April 2014-Khamis
Gerakan mencari masuk hari ke 34. Banyak objek dikesan semasa pencarian semalam tetapi hanya sejumlah kecil objek berjaya diambil tetapi tiada satupun ada kaitan dengan pesawat yang hilang kata JACC.
Pesawat P3 Orion Australia mengesan isyarat dasar laut yang baru hari ini di zon carian kotak hitam kata JACC.
Tiada sebarang objek dikesan dalam pencarian hari ini.
11 April 2014 Jumaat
Gerakan mencari masuk hari ke 35. Pencarian hari ini diteruskan di 2 kawasan berhampiran melibatkan 15 pesawat dan 13 kapal kata JACC.
Tiada sebarang objek dikesan dalam pencarian semalam,
Perdana Menteri Australia, Tony Abbot berkata pasukan mencari yakin isyarat yang dikesan datang dari kotak hitam pesawat MH370, tahu lokasi peranti.
Analisis awal isyarat yang dikesan pesawat AP-3C Orion Australia semalam mendapati ia tiada kaitan dengan kotak hitam pesawat kata JACC.
G Palanivel berkata ketibaan 2 panda dari China yang dihadiahkan kerajaan China kepada Malaysia ditangguhkan kepada hujung Mei ini kerana China terbabit pencarian MH370.
TUDM nafi laporan CNN bahawa TUDM hantar jet untuk mencari MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu kata Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.
12 April 2014 Sabtu
Gerakan mencari masuk hari ke 36.
Tiada pengesahan akustik disahkan 24 jam lalu, beberapa objek dikesan semalam tetapi tiada satupun berkaitan dengan MH370 kata JACC.
ICAO akan melakukan pemeriksaan keselamatan di KLIA2 Isnin ini bagi memastikan lapangan terbang baru itu benar benar selamat kata Hishamuddin.
PM Australia berkata pencarian pesawat mungkin berterusan untuk tempoh yang lama biarpun isyarat dipercayai dari kotak hitam dikesan.
13 April 2014 Ahad
Gerakan mencari masuk hari ke 37, membabitkan 12 pesawat dan 14 kapal kata JACC di keluasan 57,506 kilometer persegi hari ini pada kedudukan 2,200 km barat laut Perth.
Peguam Negara kini berada di United Kingdom untuk bincang dengan Agensi Penerbangan Awam Antarabangsa bagi tentukan pemilik kotak hitam apabila ditemui kelak.
Penyertaan 2 wakli DCA dalam misi mencari dikendalikan JACC bertujuan untuk memudahkan dan membantu operasi kata DCA.
14 April 2014 Isnin
Gerakan mencari masuk hari ke 38, membabitkan 12 pesawat dan 15 kapal, di kawasan pencarian seluas 47,644 km persegi.
Ocean Shield akan henti mencari gunakan towed pinger locater hari ini dan akan hantar Bluefin21 secepat mungkin kata Ketua JACC, Angus Houston.
Ocean Shield kesan tumpahan minyak dalam kawasan mencari semalam tapi sumbernya belum dapat disahkan kata Houston.
Bluefin 21 memulakan kerja pemetaan dasar laut di kawasan seluas 40 kilometer persegi dan boleh menyelam pada kedalaman sehibgga 4,500 meter.
15 April 2014 Selasa
Gerakan mencari masuk hari ke 39, kapal selam mini automatik Bluefin 21 hentikan fasa pertama pencarian selepas 6 jam di dasar lautan Hindi selepas mencapai kedalaman 4.5 kilometer atau 4500 meter. Data yang diperolehi kini dianalisis.
Hasil siasatan oleh pasukan penyiasat antarabangsa akan dibentangkan kepada Kabinet minggu depan kata Hishamuddin.
16 April 2014 Rabu
Gerakan mencari masuk hari ke 40. Kapal TLDM Auxiliary Bunga Emas Enam berlepas dari Lumut, 8.40 pagi tadi untuk menyertai misi mencari di selatan Lautan Hindi.
Kapal selam robot mini, Bluefin 21 mulakan selaman kedua di dasar Lautan Hindi, 14 pesawat turut sertai misi mencari hari ini.
Tiada objek berkaitan kepentingan pencarian pesawat ditemui daripada data dikumpulkan Bluefin 21 dalam selaman pertama selama 6 jam kelmarin.
17 April 2014 - Khamis
Gerakan mencari masuk hari ke 41. 10 pesawat tentera, 2 pesawat awam dan 11 kapal digerak hari ini bagi mencari MH370.
Sampel tumpahan minyak yang dikesan kapal Australia, Ocean Shield di zon carian Ahad lalu dibawa ke Perth untuk dianalisis.
Analisis awal sampel minyak yang dikesan kapal Ocean Sheild mendapatiia bukan minyak pesawat atau cecair hidraulik,
18 April 2014 - Jumaat Good Friday
Gerakan mencari masuk hari ke 42. Bluefin 21 dikerah kali ke5 hari ini ke dasar lautan Hindi bagi cari isyarat atau serpihan MH370.
Masih tiada bukti kukuh mengenai MH370 ditemui daripada 4 misi mencari dalam air gunakan Bluefin 21 sejak 5 hari lalu sejak Isnin kata JACC.
19 April 2014 - Sabtu
Misi mencari masuk hari ke 43. 11 pesawat dan 12 kapal sertai gerakan mencari di kawasan seluas 50,200 km persegi.
Operasi Bluefin 21 tidak akan dihenti malah aset bagi gerakan mencari MH370 kan ditambah jika tiada sebarang petunjuk konkrit ditemui kata Hishamuddin.
20 April 2014 - Ahad
Misi mencari masuk hari ke 44. Bluefin 21 lakukan selaman kelapan hari ini untuk mencari pesawat. 11 pesawat tentera dan 12 kapal turut melakukan gerakan mencari.
Wakil Malaysia akan ke Beijing bagi pastikan hubungan baik Malaysia - China tidak terjejas ekoran tragedi MH370 kata Hamzah Zainudiin timbalan menteri luar.
Jawatankuasa waris penumpang sedang tetapkan tarikh bagi umum tiada mangsa terselamat supaya sijil kematian dapat dikeluarkan.
Masih ramai individu yang ada kaitan dengan kes berkenaan perlu diambil keterangan bagi lengkapkan siasatan kata Ketua Polis Negara.
21 April 2014 - Isnin
Pesawat MAS MH192, Boieng 737-800, yang berlepas ke Bangalore, India dari KLIA terpaksa berpatah balik dan mendarat semula di KLIA jam 1.56 pagi selepas 1 daripada tayarnya pecah ketika berlepas jam 10;09 malam. Semua 159 penumpangnya dan 7 krew selamat. Hishamuddin kata pihaknya pantau tapi perkembangan penerbangan MH192 itu. Penerbangan ke Bangalore menggunakan pesawat lain, membawa penumpang dan krew sama berlepas semula ke Bangalore pada 3.55 petang dan tiba di Bangalore pada 5 petang.
MAS diberi masa hingga rabu ini bagi berikan laporan lengkap mengenai kejadian pesawat MH192 mendarat cemas awal pagi tadi kata Hishamuddin.
Kejadian itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet rabu ini kata Hishamudin, merujuk kepada MH192.
Hishamuddin minta polis siasat kemungkinan berlakunya sabotaj terhadap MAS ekoran pelbagai kejadian yang menimpa syarikat penerbangan nasional itu kebelakangan ini.
Najib rakam rasa syukur pesawat MH192 selamat mendarat di KLIA, ucap tahniah kepada Kapten Nor Adam Azmi dan penbantunya Prakash Kumar.
Gerakan mencari MH370 masuk hari ke 45. Bluefin 21 selesaikan misi kelapannya dan tiada penemuan dilaporkan setakat ini. Bluefin 21 akan menyambung misinya hari ini.
22 April 2014 - Selasa
Misi mencari MH370 masuk hari ke 46. Bluefin 21 melengkapkan misi kesembilan dalam pencarian pesawat di Lautan Hindi namun tiada penemuan dilaporkan setakat ini.
Operasi mencari menggunakan pesawat digantung ekoran ribut tropika Jack. Namun pencarian di laut menggunakan 10 kapal diteruskan.
23 April 2014 - Rabu
Gerakan mencari masuk hari ke 47. Bluefin 21 sudah mencari di lebih 80% kawasan tumpuan pencarian pesawat, namun tiada penemuan setakat ini kata JACC.
Operasi udara MH370 di Barat laut perth ditangguh lagi ekoran cuaca buruk. 3 pesawat yang berlepas awal pagi tadi, dipanggil balik.
Kegagalan mencari petunjuk lokasi pesawat tidak bermakna carian ditamatkan sebaliknya rancang guna alat sonar lebih berkuasa tinggi kata PM Australia, Tony Abbot dan antara alat sonar yang mungkin dikerah adalah mirip peralatan yang berjaya temui kapal Titanic dan HMAS Sydney.
Pihak berkuasa sedang siasat samada bahan tidak dikenali yang ditemui terdampar di pantai Augusta, Barat Australia adalah berkaitan MH370 kata JACC.
Hishamuddin berkata semua pihak jangan dengar spekulasi kononnya pencarian MH370 akan ditamatkan, sebaliknya diperhebatkan kata Hishamuddin,
Hanya 20 % lagi baki kawasan carian Bluefin 21 di dasar lautan Hindi. Bluefin sudah menyelesaikan carian di 80% kawasan.
Laporan penemuan objek plastik di Australia Barat sudah diterima tapi belum disahkan ia berkaitan MH370 kata KP DCA.
Kabinet hari ini meluluskan perlantikan pasukan penyiasat antarabangsa bagi menyiasat kehilangan pesawat kata Hishamuddin. Ia melibatkan 3 komponen iaitu keupayaan terbang, operasi, perubatan dan faktor manusia.
24 April 2014 - Khamis
Gerakan mencari masuk hari ke 48.
JACC Mengesahkan objek yang terdampar di pantai Augusta, Australia Barat disahkan bukan berkaitan dengan pesawat hilang.
25 April 2014 - Jumaat
Gerakan mencari masuk hari ke 49.
Najib ditemuramah eksklusif oleh CNN sempena lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia, Katanya kerajaan Malaysia akan keluarkan laporan awal mengenai kehilangam MH370 minggu depan, laporan sama sudah dihantar ke PBB.
Malaysia juga kata Najib belum bersedia istyharkan kematian 239 penumpang dan krew MH370.
Malaysia diletak di landasan baharu diplomatik menerusi lawatan Presiden Barack Obama di saat negara berdepan insiden MH370.
26 April 2014 - Sabtu
Gerakan mencari masuk hari ke 50. Bluefin 21 teruskan misi mencari ke 14 nya selepas berdepan masalah perincian pada awal misi ke 13nya semalam kata JACC.
27 April 2014 - Ahad
Gerakan mencari masuk hari ke 51.
Presiden Barack Obama yang kini melawat Malaysia beri jaminan Amerika Syarikat akan terus beri bantuan dalam operasi mencari MH370.
28 April 2014 - Isnin
Gerakan mencari masuk hari ke 52.
Pencarian diteruskan dengan memasuki fasa baharu membabitkan kontraktor komersial kata PM Australia, Tony Abbot.
29 April 2014 - Selasa
Gerakan mencari masuk hari ke 53.
Sebuah syarikat maritim Australia mendakwa temui serpihan pesawat kemungkinan MH370 di Teluk Bengal, 5000 km dari lokasi pencarian ketika ini. Malaysia sedang menilai maklumat terbaru itu kata Hishamuddin.
Jepun tawar sertai panel pakar antarabangsa yang akan membuat penyelidikan berhubung kehilangan MH370.
Bekas KP DCA Datuk Kok Soo Chon mengetuai pasukan penyiasat antarabangsa MH370 beliau juga bekas wakil tetap majlis ICAO.
Kerajaan akan bincang dengan rakan antarabangsa termasuk Australia berhubung operasi pencarian baharu pesawat.
30 April 2014 - Rabu
Misi mencari masuk hari ke 54. Australia tolak dakwaan sebuah syarikat maritim, Geo reasonance, yang mendakwa mengesan serpihan pesawat kemungkinan MH370 di teluk Bengala.
Hishamudin akan ke Australia mingu depan untuk bincangkan fasa baharu operasi pesawat termasuk kos dan aset.
Laporan awal penyiasat antarabangsa mengenai kehilangan pesawat akan dibentangkan kepada umum esok.
1 Mei 2014 - Khamis
Misi mencari masuk hari ke 55. Tentera laut Bangladesh hantar 2 kapal siasat dakwaan serpihan MH370 ditemui di Teluk Benggala oleh Georeasonance.
MAS berkata akan mula membayar pampasan kepada waris mangsa untuk penuhi keperluan kewangan mereka.
MAS akan menutup semua pusat bantuan operasi MH370 di seluruh dunia pada 7 Mei ini, Namun pusat bantuan keluarga MAS masih dibuka di KL dan Beijing
MAS sokong penuh penyiasatan berasingan dan memberi segala maklumat dan bantuan yang diberikan kata CEO MAS.
Laporan awal pasukan penyiasat antarabangsa mengenai MH370 dikeluarkan hari ini kepada umum dan sudah dihantar juga kepada waris penumpang dan krew. Ia mengandungi rakaman audio kokpit dan menara kawalan udara, kargo manifest, senarai tempat duduk dan butiran lain. Menara kawalan Ho Chi Minh City membuat pertanyaan pertama kepada pusat kawalan trafik udara KL pada 1.38 pagi, 8 Mac 2014. Tindakan diambil mulai 1.38 pagi dan 6.14 pagi 8 Mac iaitu pada hari pesawat hilang.Pusat penyelamat menyelamat KL diaktifkan 5.30 pagi selepas semua usaha komunikasi dan kesan MH370 gagal. Rakaman semula radar tentera dedahkan pesawat kemungkinan MH370 berpatah balik ke barat dan melintasi Semenanjung.
Hishamuddin dijadual mengadakan pertemuan dengan ketua JACC Angus Houston esok.
2 Mei 2014 - Jumaat
Misi mencari masuk hari ke 56.
Hishammuddin mengadakan pertemuan bersama Angus Houston, Ketua JACC di Kuala Lumpur. Antara kenyataannya :
- Houston berkata carian di dasar laut tetap diteruskan meskipun mengambil masa 8 bulan hingga 12 bulan.
- Hishamudin rakam terima kasih kepada Australia dan JACC kerana komitmen berterusan mencari MH370 yang kini memasuki fasa baharu.
Boeing dan komuniti penerbangan global berikrar untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Laporan awal pasukan penyiasat antarabangsa yang didedahkan menunjukkan tiada apa yang perlu disembunyikan kata Hishamudin.
Hishamudin tolak dakwaan Malaysia lewat aktifkan SAR MH370 pada hari dilaporkan hilang dari radar pada 8 Mac lalu.
Tindakan Malaysia aktifkan SAR lebih cepat berbanding insiden Air France pada 2009 yang babitkan masa 6 jam hingga 7 jam.
Laporan awal MH370 lebih nipis daripada Air France kerana kedudukan dan keadaan MH370 jauh berbeza berbanding kes Air France.
Laporan awal mengenai rakaman audio kokpit MH370 dan Kawalan trafik udara adalah asli dan tidak disunting kata KP DCA.
MAS memperuntukkan pembayaran awal pampasan USD50,000 kepada waris setiap penumpang dari China kata CEO MAS.
3 Mei 2014 - Sabtu
Misi mencari masuk hari ke 57.
MAS sahkan wakilnya di pusat sokongan keluarga sudah berhubung dengan waris penumpang MH370 bagi mulakan proses bayaran awal pampasan.
Polis sudah rakamkan percakapan 311 individu bagi membantu siasatan pesawat MH370
4 Mei 2014 - AhadMisi mencari masuk hari ke 58.Ketua Polis Negara menafikan laporan akhbar Daily Mirror Britain yang mengatakan penahanan 11 militan di Malaysia ada kaitan dengan kehilangan MH370. Sebaliknya penahanan militan itu kerana ada kaitan dengan gerakan jihad di Syria.5 Mei 2014 - IsninGerakan mencari masuk hari ke 59.
5 Mei 2014 - Isnin
Misi mencari masuk hari ke 60. Kos pencarian di lautan Hindi dianggarkan mencecah AUD60 juta sehingga kini kata TPM Australia Warren Truss.
Penyelesaian pasti ditemui sekiranya 3 negara, Malaysia, China dan Australia terus bekerjasama dengan baik kata Hishamuddin.
China tidak akan berputus asa dan berhenti bantu mencari MH370, terus bekerjasama dalam pencarian fasa baharu kata menteri pengangkutan China.
Lebih 4 juta kilometer persegi kawasan pencarian telah dicari, fasa baharu tertumpu kepada pencarian di dasar lautan di kawasan lebih luas kata TPM Australia, Warren Trus.
6 Mei 2014 Selasa
Misi mencari masuk hari ke 61
7 Mei 2014 Rabu
Misi mencari masuk hari ke 62. Misteri kehilangan MH370 mendorong India menempah peralatan pengesanan penerbangan nyata menggunakan ACARS atau ADS-B untuk semua penerbangannya termasuk kargo.
8 Mei 2014 Khamis
Misi mencari masuk hari ke 63
9 Mei 2014 Jumaat
Misi mencari masuk hari ke 64
10 Mei 2014 - Sabtu
Misi mencari masuk hari ke 65
11 Mei 2014 - Ahad
Misi mencari masuk hari ke 66
12 Mei 2014 - Isnin
Misi mencari masuk hari ke 67. Laporan mesyuarat 3 pihak, Malaysia, Australia dan China pada 5 Mei lalu berhubung kehilangan pesawat akan dibentangkan ke kabinet Rabu ini 14 Mei 2014 kata Hishamuddin.
13 Mei 2014 Selasa
Misi mencari masuk hari ke 68
Australia menyatakan komitmen memperuntukkan 89.9 juta dolar Australia atau RM272.3 juta untuk mencari MH370 sehingga 2 tahun lagi.
14 Mei 2014 Rabu
Misi mencari masuk hari ke 69
15 Mei 2014 Khamis
Misi mencari masuk hari ke 70. Misi pencarian di Lautan Hindi hari ini ditunda apabila Bluefin 21 mengalami masalah teknikal selepas 2 jam menyelam.
16 Mei 2014 Jumaat
Misi mencari masuk hari ke 71
17 Mei 2014 Sabtu
Misi mencari masuk hari ke 72
18 Mei 2014 Ahad
Misi mencari masuk hari ke 73
19 Mei 2014 Isnin
Misi mencari masuk hari ke 74
20 Mei 2014 Selasa
Misi mencari masuk hari ke 75
21 Mei 2014 Rabu
Misi mencari masuk hari ke 76
22 Mei 2014 Khamis
Misi mencari masuk hari ke 77