Sunday, December 28, 2008

christmas dan karaoke



Merry Christmas everybody, 25 disember lalu, Krismas disambut di seluruh dunia. Perayaan ini turut sama disambut penganut agama lain dari pelbagai suku kaum, budaya dan etnik yang melambangkan semangat toleransi di Dunia, rantau ini dan juga Malaysia.


Dan pastinya, selain upacara keagamaan di gereja, krismas turut memiliki tradisi padu sejak dulu iaitu majlis rumah terbuka yang diadakan di mana mana saja, di hadiri pemimpin negara, rakyat biasa, sahabat handai taulan dan golongan miskin kaya.


Rumah terbuka ini dimeriahkan lagi dan dipastikan tidak suram menerusi acara nyanyian. Pasti ada menggunakan set Karaoke.
Nah, Karaoke adalah antara ciptaan terhebat abad ke 20 selain daripada internet, handphone, komputer, ipod dan alat elektronik canggih lain yang tidak pernah difikirkan oleh Albert Einstein..

Daisuke Inoue

Tahukah anda karaoke, dicipta hampir 40 tahun lalu oleh Daisuke Inoue, seorang rakyat Jepun di Kobe, Jepun pada 1971. Daisuke Inoude pada mulanya hanya anggota kugiran biasa yang melakukan persembahan di kelab malam sekitar Kobe.

Namun entah dari mana, dia mendapat idea yang begitu cerdik - iaitu Karaoke yang menggabungkan konsep seorang penyanyi amatur dan profesional, menyanyi bersama dengan iringan muzik minus one di hadapan monitor tv yang mempunyai lirik. Konsep itu belum pernah dipraktikkan sebelum ini.


Kerana menjadi terlalu popular, Karaoke terus menguasai pasaran dunia bermula dari Asia sehinggalah ke Eropah dan Amerika Syarikat sehinggalah ke hari ini. Pada 1996, industri karaoke dianggar bernilai 10 billion Dolar Amerika..


Kini, karaoke boleh pula dinyanyikan pada telefon bimbit, internet, malah dalam kenderaan sekalipun.

Roberto Del Rosario

Namun Daisuke Inoue hilang peluang untuk menjadi kaya raya menerusi karaoke ciptaannya kerana beliau tidak mempatenkan ciptaannya itu, sebaliknya seorang rakyat Filipina - Roberto Del Rosario pula yang mempatenkan karaoke itu dengan menamakannya SING ALONG MINUS ONE....


Pada 26 may 2006, rekod dunia dicipta di Helsinki, Finland apabila 80,000 orang menyanyikan karaoke serentak - lagu berjudul HARD ROCK HALLELUJAH, yang dipopularkan kumpulan hard rock Finland - Lordi - juara Eurovision 2006


Pada 1 januari 2008, China pula mencatat rekod dunia bagi nyanyian lagu karaoke tanpa henti paling lama iaitu selama 214 jam, 20 minit dan 8 saat..

Tommy Lee

Individu yang paling lama menyanyi karaoke tanpa henti sambil berparti rancak, tidak lain dan tidak bukan pemain drum Motley Crue, Tommy Lee - yang dilaporkan boleh menyanyi, menari, berdansa dan berparti mulai 9 malam hingga jam 9 pagi pada keesokan harinya...!!!! (malangnya rekod beliau itu tidak diiktiraf oleh Guiness Book of Records)!!!

Tuesday, December 23, 2008

shirtless obama causes sensation!!

US President elect Barack Obama is enjoying a private vacation in Hawaii - but despite a round the clock watch by his secret services bodyguards, spies and special forces, Obama still can't escape the paparazi lens>>>> here he is photographed, shirtless, trim and muscled and tanned too - and this photo causes stir and sensation around the world. Because it is reported to be the first time the President elect has been 'caught' by photographers in such fashion..... He is cool and looks macho too...


A photo of Obama in reggae like hairstyle may not raise eyeborws!!
As well as photo of him smoking!!!!
But for me, paparazis - please give Obama a break - he deserved this vacation after a marathon and energy sapping US presidential election campaign!!!!!!!!!!
MERRY CHRISTMAS MR PRESIDENT....!!!

Pak Man Telo New York....What Tun Dr Mahathir said is very2 true indeed




On 15 December 2008, Tun Dr Mahathir wrote about 'PAK MAN TELO-NEW YORK' in his chedet.com blog as follows :

(it means another version of Pak Man Telo - an infamous skim cepat kaya mastermind who swindled millions of ringgit in Malaysia, does exist half a world away in New York.. and one of his clients has committed suicide because of this failed investment!!!)

1. Today's Starbiz reports that 50 billion US dollars of investor's money were lost by just one man.


Bernard Madoff??


2. Bernard Madoff invested US5000 of his money to set up an investment firm. Such was his personality and sales talk that he was able to convince lots of rich people to invest their money with him. The returns were so good that his fund became exclusive, open to select people only.

3. When he was arrested recently by the FBI he admitted that "There is no innocent explanation".

4. We got on to Pak Man Telo ponzi scheme quite early. He caused the naive Malaysian who invested in his scheme several millions, I believe.

5. Apparently the Securities and Exchange Commission (SEC) of America did not detect Madoff's operation for years. He was even made Chairman of Nasdaq Stock Market.

6. He was living a high life, with a 5 million dollar mansion in Manhattan and membership of the most exclusive clubs.

7. Pak Man Telo would probably have done better if he had gone to New York where he would not have the Malaysian Government overseeing such activities. Or perhaps the SEC might learn some lessons from Malaysia as indeed the US Government has learnt about bailing out companies.

AND TODAY 24 DECEMBER - THERE IS A NEWS REPORT FROM NEW YORK - THAT A MADOFF INVESTOR WAS FOUND DEAD IN HIS MANHATTAN OFFICE OF POSSIBLE SUICIDE AFTER LOSING USD 1 BILLION.... HERE IS THE NEWS REPORT:

The financial loss for one of Bernard Madoff’s clients may have been too much to bear.

Rene-Thierry Magon de La Villehuchet, the founder of a hedge fund that invested more than a billion dollars with Madoff, was found dead in his Manhattan office this morning in an apparent suicide, according to a French newspaper reported by the Associated Press.

De la Villehuchet, 65, was a co-founder and chief executive officer of Access International Advisors, LLC, according to private marketing document reported on Bloomberg.com.

Access International reportedly invested $1.4 billion with Madoff, who was arrested on December 11 for allegedly running a $50 billion Ponzi scheme.

SO WHAT TUN DR MAHATHIR SAID ON THAT SUBJECT IS VERY TRUE AND ACCURATE INDEED. WE SALUTE YOU SIR, YOU ARE A TRULY WORLD LEADER!!!!

Monday, December 22, 2008

perkahwinan glamour mawi & ekin dan lain lain pasangan glamour


HEMM.... PASANGAN INI MEMANG GLAMOUR.... MAWI DAN EKIN...
NAMUN PERKAHWINAN PASANGAN LAIN JUGA TURUT MENDAPAT PERHATIAN DUNIA... ANTARANYA :


PERKAHWINAN RATU ELIZABETH II DAN PUTERA PHILIP PADA 1947 JUGA DILABELKAN PERKAHWINAN PALING GLAMOUR PADA DEKAD BERKENAAN. DI SAAT PERANG DUNIA KEDUA BARU BERAKHIR DAN LONDON DIBOM TENTERA JERMAN.


RATU ELIZABETH DUA MENAIKI TAHKTA KERAJAAN BRITISH KETIKA BERUSIA 26 TAHUN PADA 1952, MENGGANTIKAN AYAHANDANYA KING GEORGE VI YANG MENINGGAL DUNIA. RATU ELIZABETH II KEKAL PEMERINTAH BRITISH SEHINGGA SEKARANG (SEJAK 56 TAHUN LALU...!!!)



PERKAHWINAN SULTAN BRUNEI - SULTAN HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH DENGAN ISTERI PERTAMA - RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK HAJJAH SALEHA DAN SETERUSNYA PERKAHWINAN DENGAN BEKAS WARTAWAN PENYIARAN TV 3, AZRINAZ MAZHAR HAKIM PADA OGOS 2005, TURUT MENARIK PERHATIAN DUNIA.


PERKAHWINAN AKTOR SUPERSTAR BOLLYWOOD SHAH RUKH KHAN DAN GAURI KHAN PADA 1991 TURUT MENARIK MINAT MEDIA INDIA DAN DUNIA....



BEGITU JUGA PERKAHWINAN GEORGE W BUSH SUATU KETIKA DULU DAN ANAKNYA JEENA BUSH


SADDAM HUSSEIN ABDUL AL MAJID AL TIKRITI DAN SAJIDA TALFAH PADA 1963 JUGA MASIH DIINGATI PENDUDUK IRAQ SEHINGGA KINI.



PERKAHWINAN RAJA HUSSEIN DARI JORDAN DAN ISTERI KEEMPATNYA - PERMAISURI NOOR ATAU NAMA SEBENARNYA LISA HALABY PADA 1978, JUGA MENJADI TAJUK BERITA UTAMA MEDIA ARAB DAN DUNIA, KETIKA ITU.


PUTERA WALES - PUTERA CHARLES MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN DENGAN PUTERI DIANA PADA 29 JULAI 1981 DI ST PAUL'S CATHEDRAL, WESTMINSTER ABBEY, ENGLAND. MAJLIS INI DISAKSIKAN 750 JUTA ORANG MENERUSI SIARAN TV YANG DIPANCARKAN KE SELURUH DUNIA. MALANGNYA PERKAHWINAN INI TIDAK BERTAHAN LAMA DAN PUTERI DIANA TERKORBAN DALAM KEMALANGAN JALANRAYA DI PARIS PADA 31 OGOS 1997.


KEMBALI KE PERSADA ARTIS TEMPATAN, ERRA FAZIRA BERKAHWIN DENGAN ENGKU EMRAN PADA 25 OKTOBER 2007.

SEBELUM ITU PADA 15 JUN 2003, ERRA DAN YUSRY KRU MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN TETAPI HANYA BERTAHAN 3 TAHUN SAHAJA.

PERKAHWINAN DATUK SITI NURHALIZA DENGAN DATUK K TURUT DISIARKAN SECARA LANGSUNG OLEH TV 3. MALAH SIDANG AKHBAR MENGENAI KISAH CINTA PENYANYI ITU DAN DATUK K, TURUT DISIARKAN SECARA LANGSUNG BEBERAPA BULAN SEBELUM ITU.


DI HOLLYWOOD, JESSICA ALBA DAN CASH WARREN MENGIKAT TALI PERKAHWINAN PADA 19 MAY 2008, SEKALIGUS MENGECEWAKAN JUTAAN PEMINAT PELAKON SEKSI ITU DI SELURUH DUNIA, TERMASUK SAYA....!!!!!!!

Sunday, December 21, 2008

Malaysia rangkul 3 kejuaraan badminton world super series. Gemilang Malaysia, Syabas Perwira Negara




CHIN EEI HUI DAN WONG PEI TY - JUARA BEREGU WANITA BADMINTON SUPER SERIES MASTER FINAL 2008...!!!


3 gelaran juara untuk malaysia. detik manis penamat kalendar badminton dunia 2008 - petanda satu kebangkitan pada 2009...!!!!

selepas lee chong wei dan pasangan beregu lelaki - koo kien keat dan tan boon heong, pasangan beregu wanita negara, chin eei hui dan wong pei ty melengkapkan detik manis, pencapaian cemerlang Malaysia dalam Badminton world super series master final di kota kinabalu.

eei hui dan pei ty menewaskan lawan dari indonesia vita marissa dan liliyana natsir, straight set 21-15, 22-20 dalam masa 34 minit dalam final beregu wanita di stadium tertutup likas, kota kinabalu, sabah, sebentar tadi.

kemenangan manis ini bukan sahaja melengkapkan kejayaan semua 3 finalis malaysia di aksi final di hadapan lebih 10 ribu peminat fanatik badminton tanah air di kota kinabalu hari ini, malah mengembalikan semula prestij malaysia di arena badminton dunia.

USD 42,000 atau 151,000 ringgit, itu yang diraih pei ty dan eei hui. Namun apa lebih bermakna - malaysia turut merangkul gelaran juara perseorangan lelaki selepas kemenangan lee chong wei 21-8, 21-16 menewaskan peter gade dari denmark. Disusuli kejayaan mutlak kien keat dan boon heong menewaskan jae sung dan yong dae dari korea, 21-18, 21-14 dalam final beregu lelaki.

SYABAS MALAYSIA, TAHNIAH CHONG WEI, PEI TY-EEI HUI, KIEN KEAT DAN BOON HEONG..... RANGKUL LAGI BANYAK KEJUARAAN SELEPAS NI....!!!!!!!

AKHIRNYA KOO KIEN KEAT DAN TAN BOON HEONG KEMBALI KE PUNCAK DUNIA!!


SETELAH SEKIAN LAMA KEMARAU KEJUARAAN, BEREGU LELAKI NEGARA-TAN BOON HEONG DAN KOO KIEN KEAT AKHIRNYA MENUTUP KALENDAR BADMINTON 2008 DENGAN PENUH BERGAYA APABILA MUNCUL JUARA BEREGU LELAKI BADMINTON SUPER SERIES MASTER FINAL DI KOTA KINABALU, SEBENTAR TADI.

KIEN KEAT-BOON HEONG MENUMBANGKAN GANDINGAN KOREA - JUNG JAE SUNG DAN LEE YONG DAE, 21-18, 21-14 DALAM MASA 37 MINIT, SEKALIGUS BUKAN SAHAJA MERAIH WANG TUNAI USD 42,000 ATAU RM 151,000.00, MALAH MENGGAPAI SEMULA PRESTIJ.

SOKONGAN PADU 10 RIBU PENONTON DI STADIUM TERTUTUP LIKAS BUKAN SAHAJA MELONJAKKAN SEMANGAT JUANG KIEN KEAT DAN BOON HEONG, MALAH MENYEMARAKKAN SEMANGAT WAJA UNTUK TERUS MENGUNGGULI BADMINTON DUNIA SETELAH SEKIAN LAMA DIANGGAP TIDAK LAGI MENYENGAT...!!!

KOO KIEN KEAT TERUTAMANYA TURUT MENAMPILKAN AKSI PALING DIINGATI PADA AKSI FINAL APABILA BERJAYA MENGEMBALIKAN 3 PUKULAN SMASH BERTURUT TURUT DARI PIHAK LAWAN MESKIPUN DALAM KEADAAN TERDUDUK KETIKA MENDAHULI 19-16 DALAM SET PERTAMA. MEREKA HANYA MEMBENARKAN LAWAN MEMUNGUT 2 LAGI MATA SEBELUM MENANG SET PERTAMA 21-18.

SELEPAS KETINGGALAN 3-8 PADA SATU KETIKA DALAM SET KEDUA, KIEN KEAT DAN BOON HEONG BINGKAS MELAWAN DAN TIDAK LAGI MEMANDANG KE BELAKANG UNTUK MENANG SELESA 21-14 SEKALIGUS MERAIH KEJUARAAN PALING MANIS TAHUN INI SETELAH BERGELAR JUARA SUKAN ASIA, JUARA ALL ENGLAND DAN JUARA BANYAK LAGI KEJOHANAN UTAMA LAIN DI DUNIA SEBELUM INI.

TAHNIAH KIEN KEAT DAN BOON HEONG - SEMOGA KEJAYAAN INI MENDORONG ANDA TERUS CEMERLANG PADA 2009 KELAK... SYABAS MALAYSIA.

Chong wei juara badminton super series master final 2008




PEMAIN NOMBOR SATU DUNIA, LEE CHONG WEI MENUTUP TIRAI BADMINTON 2008 DENGAN PENUH BERGAYA APABILA MENJUARAI PERSEORANGAN LELAKI, KEJOHANAN SUPER SERIES MASTER FINAL DI STADIUM TERTUTUP KOMPLEKS SUKAN LIKAS, KOTA KINABALU, SEBENTAR TADI.

CHONG WEI - ANAK PULAU PINANG MENEWASKAN JAGUH DENMARK, PETER GADE, DALAM PERLAWANAN AKHIR PERSEORANGAN LELAKI SEBENTAR TADI DENGAN STRAIGHT SET 21-8, 21-16 DALAM MASA HANYA 33 MINIT.

MENDAPAT SOKONGAN PADU LEBIH 10 RIBU PENONTON, CHONG WEI LANGSUNG TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA PETER GADE DAN MENANG MUDAH DALAM PERLAWANAN BERAT SEBELAH ITU.

KOMBINASI 18 PUKULAN SMASH, 12 PUKULAN NET DAN 11 PUKULAN STROKE, NYATA MENGGAMAMKAN PETER GADE YANG SEBELUM INI DIWAR WARKAN MAMPU MEMECAHKAN DOMINASI ASIA DALAM KEJOHANAN ITU.

DENGAN KEMENANGAN INI, CHONG WEI MERAIH WANG TUNAI USD 40,000 ATAU 144 RIBU RINGGIT, SEKALIGUS MENAMATKAN KEMARAU KEJUARAAN 2008 SETELAH KECEWA DALAM ANTARANYA FINAL SUKAN OLIMPIK BEIJING DAN FINAL CHINA OPEN SUPER SERIES.

TAHNIAH CHONG WEI, TAHNIAH MALAYSIA.

KETIKA INI, BEREGU NEGARA TAN BOON HEONG DAN KOO KIEN KEAT SEDANG BERDEPAN LAWAN DARI KOREA SELATAN - JUNG JAE SUNG DAN LEE YONG DAE DALAM FINAL BERGEU LELAKI.

SATU LAGI WAKIL NEGARA, BEREGU WANITA WONG PEI TY DAN CHIN EEI HUI AKAN BERDEPAN LAWAN DARI INDONESIA MARRISA VITA DAN LILIYANA NATSIR SELEPAS ITU.

MALAYSIA BOLEH!!!!!

Saturday, December 20, 2008

Ekonomi merudum, salah siapa?? tindakan disengajakan negara kuasa besar?


Bercakap mengenai ekonomi merudum sekarang, tidakkah kita musykil bahawa senario ini berkemungkinan disumbang tindakan yang disengajakan oleh negara kuasa besar. The current economic recession is a deliberate act by the world super powers.
Ambil contoh Amerika Syarikat dan Eropah, mereka adalah pembeli terbesar apa juga produk termasuk komoditi yang diekspot oleh negara lain di dunia. Jika mereka sengaja tidak mahu membeli produk contohnya minyak kelapa sawit dari Malaysia, maka minyak kelapa sawit itu tidak mendapat permintaan. apabila ia berlaku, maka berlakulah lambakan stok minyak kelapa sawit di negara ini, sekaligus harganya menurun. begitu juga dengan barangan lain seperti besi, kayu balak, minyak dan sebagainya yang juga turun harganya apabila negara kuasa besar sengaja tidak mahu membelinya lagi meskipun kuasa belinya kekal sama seperti sebelum kegawatan ekonomi.
Nah. apabila harganya sudah turun kelak, maka USA dan negara2 lain mempunyai kelebihan untuk membeli apa sahaja barangan pada masa akan datang pada harga murah untuk faedah mereka. Kegawatan ekonomi berlaku bukan kerana ada pihak sengaja membakar 50 % atau USD 100 trillion daripada wang yang sedia ada dalam circulation di dunia. Wang tetap ada, permintaan tetap ada, kuasa beli tetap ada, bilangan penduduk tetap sama,
Cuma tindakan TIDAK MAHU MEMBELI yang sengaja dibuat - menyumbang kepada permasalahan ini. dan ini seterusnya membawa kepada pelbagai kesan domino seperti pemberhentian pekerja, kebankrapan syarikat, harga saham merudum dan petanda ekonomi yang terus negatif. Amerika Syarikat memang hebat!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs