Showing posts with label Kenyataan bersejarah Najib sejak dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 6. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan bersejarah Najib sejak dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 6. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

Peristiwa bersejarah di Malaysia dan Kenyataan bersejarah Najib mulai 1 Mac 2014 (Bahagian Ketiga)



Blog ini menyiarkan peristiwa bersejarah di Malaysia dan kenyataan penting Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sejak dilantik Perdana Menteri pada April 2009 dan juga peristiwa peristiwa penting yang berlaku di Malaysia dan dunia sejak 2009. Ini bahagian ketiga peristiwa dan kenyataan PM, bahagian pertama dan kedua turut dimuatkan dalam blog ini.

Terima kasih kerana Membaca.

1 Mac 2014

Bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud angkat sumpah sebagai TYT Sarawak yang baru menggantikan Tun Abang Salahudin.

TPM Muhyiddin lawat Sabah. Melawat Kolej Vokasional Sandakan dan merasmikan rumah PPR Jalan Labuk, Sibuga sebelum ke kota kinabalu dan balik KL esok.


Najib merasmikan jambatan kedua pulau pinang, sejauh 24 kilometer terpanjang di Asia Tenggara. Menamakan jambatan itu sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sempena yang di pertuan Agong dan dibuka mulai tengah malam ini dan tidak dikenakan sebarang tol selama sebulan. Jambatan ini tahan gempa bumi 7.5 skala richter, dilengkapi penyerap getah dan dironda dengan kereta elektrik.

Najib lancar projek perumahan PR1MA yang pertama di Kedah menyediakan 3,700 kediaman di Sungai Petani.

Muhyiddin lancar projek perumahan rakyat, PPR menyediakan 1000 unit rumah di sungai manila, jalan labuk sandakan.

Kos tunai haji tahun ini kekal RM9980 walaupun kos sebenar naik kepada RM16,115 berbandig RM15,575 tahun lalu.

Mulai 1 Mei warga asing hanya dibenarkan membeli hartanah bernilai RM1 juta ke atas di Johor kata MB Johor.

Najib ucap tahniah kepada Tan Sri Taib Mahmud atas perlantikannya sebagai TYT Sarawak ke 7 yang baharu.

Taib Mahmud angkat sumpah sebagai TYT Sarawak di dewan lapau bangunan dun sarawak di depan hakim besar sabah dan sarawak, Richard Malanjun.

2 mac 2014

NATO gesa Russia hentikan aktiviti ketenteraan dan ancaman terhadap Ukraine kerana tindakan Moscow mengancam keselamatan dan keamanan di Eropah.

Kementerian Pertahanan Ukraine dikerah mengarahkan tentera simpanan selepas Parlimen Russia mengarahkan penghantaran tenteranya ke Ukraine.

3 kementerian iaitu Kementerian Pertahanan, Kerjaraya, Kesejahteraan Bandar, perumahan dan kerajaan tempatan dikerah akan bantu hantar air ke kawasan dilanda krisis air.

Hishamuddin tun Hussein berkata anggota PLKN juga akan membantu usaha menghantar air khususnya mengangkat air untuk warga emas.

Khairy Jamaludin berkata FAM dan Polis perlu tingkatkan kawalan keselamatan untuk elak penonton membawa masuk bahan terlarang seperti suar, mercun dan bom asap ke dalam stadium sebagaimana berlaku dalam perlawanan persahabatan Malaysia Filipina di stadium selayang baru2 ini yang berakhir 0-0.

3 Mac 2014

2 sekolah rendah terbakar sekaligus di sabah iaitu sk pekan kiulu berusia 56 tahun dan sk gadong beaufort. tiada kecederaan.

Muhyiddin berkata MOU air tertumpu kepada usaha memastikan projek loji rawatan air langat 2 dapat dilaksanakan bukan berkenaan kenaikan tarif air.

Muhyiddin berkata BN akan juga pendekatan offensif atau menyerang apabila diserang pihak lawan pada kempen PRU kecil Kajang pada 11 Mac ini.

KM Sarawak yang baru Adenan Satem memasuki pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia Kuching buat pertama kalinya bagi memulakan tugas sebagai KM Sarawak yang baru,.

ANugerah Akademi Award atau Oscar di Los Angeles, USA. Cate Blanchett menang aktres terbaik menerusi filem Blue Jasmin manakala Matthew McConnaughey menang aktor terbaik filem Dallas Buyers Club. Filem terbaik dimenangi 12 Years a Slave manakala filem Gravity menang 7 anugerah akademi termasuk pengarah terbaik.

Najib berkata peruntukan subsidi boleh diguna bagi membina lebih banyak sekolah, tambah baik kemudahan air dan sistem jalanraya bandar dan luar bandar.

Najib berkata kerajaan membuat tindakan tepat mengenai rasionalisasi subsidi apabila ia membantu lonjak ekonomi negara dan menambah peruntukan RMK11.


4 Mac 2014

Petronas meraih keuntungan sebelum cukai RM94.3 billion tahun lalu, naik 5 % berbanding RM89.7 Billipn pada 2012.

Muhyiddin berkata guru besar dan pengetua mempunyai kuasa untuk menutup sekolah jika bacaan IPU melebihi 200.

Sistem taksiran berasaskan sekolah PBS yang lebih mesra guru serta tidak membebankan akan diumumkan pada 29 Mac ini kata menteri pendidikan II.

Muhyiddin berkata eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit yang menyumbang RM63.2 billion kepada ekonomi negara tahun lalu diramal naik tahun ini.

Seorang polis maut manakala 1 lagi polis cedera parah diserang dengan pisau dan parang oleh 5 penjenayah warga asing di Taman Sentosa, Kelang, awal pagi tadi. KPN ucap takziah kepada keluarga mangsa. Dalam insiden itu 2 warga asing ditembak mati.

5 Mac 2014

Tan Sri Bernard Dompok letak jawatan PRESIDEN UPKO yang disandangnya sejak 14 tahun lalu,

6 Mac 2014

Media Prima serahkan bantuan banjir kepada mangsa banjir di Tenom dan Beaufort.


8 Mac 2014

Malaysia dan dunia digemparkan kehilangan pesawat MH370 dari KL ke Beijing yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal di laut cina selatan.

Najib melawat keluarga mangsa dan berikrar Malaysia melakukan sedaya mungkin untuk mencari dan menyelamat pesawat hilang.

14 Mac 2014

Jabatan Pendidikan arah semua 71 sekolah di Kuala Langat ditutup ekoran IPU kibat jerebu melebihi 300 iaitu merbahaya.

Banting dan Pelabuhan Kelang catat IPU merbahaya melebihi 300 iaitu 316 dan 352 6 pagi tadi.

3 kem PLKN di Selangor ditutup kerana indeks pencemaran udara, IPU melebihi 300 iaitu merbahaya.

Kerajaan belum bercadang istyhar darurat bencana Jerebu kerana bacaan IPU tidak melebihi 500 iaitu tahap kecemasan kata G Palanivel.

15 Mac 2014

5 maut termasuk 2 wanita akibat pengambilan dadah ketika konsert future music festival di bukit jalil malam tadi.

Bekas pegawai Daerah Dalat, Yussibnosh Balo, 47 diumumkan calon BN praya kecil dun Balingian.

Kerajaan belanja RM3.6 Billion untuk 25 bentuk bantuan pendidikan di sekolah kebangsaan dan menengah tahun ini kata Muhyiddin Yassin.


16 Mac 2014

14 individu kini di rawat di hospital akibat pengambilan dadah ketika konsert future music festival di bukit jalil. 6 maut dalam kejadian itu.

TPM kata guru tidka perlu masukkan data pencapaian pelajar secara dalam talian, antara penambah baikan PBS yang diumumkan 18 Mac ini.

Hujan Lebat sekitar lembah Kelang semalam hingga pagi ini disebabkan perubahan cuaca menjelang akhir monsun timur laut.

PKR umum Abdul Jalil Bujang, 55 sebagai calon PKR praya kecil DUN Balingian.



17 Mac 2014

Penamaan calon pilihanraya kecil DUN Balingian, Mukah Sarawak menyaksikan pertandingan 1 lawan satu antara calon BN Yussibnosh Balo, 47 dan dan calon PKR ABdul Jalil Bujang, 55. Penamaan calon diadakan di dewan suarah Mukah dibuka 9 pagi tadi.


Siasatan awal polis mendapati 6 pengunjung konsert future music festival asia di stadium bukit jalil, meninggal dunia dalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadah ecstasy jenis baru.



18 Mac 2014

TPM Muhyiddin mengumumkan mengenai pentaksiran berasaskan sekolah, PBS.

- Pentaksiran berasaskan sekolah, PBS masih diteruskan dengan 3 penambah baikan mulai 1 April.

- Guru tidak perlu isi data penguasaan murid guna sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah seperti sebelum ini.

- Guru tidak perlu sedia fail perkembangan murid dan isi rekod transit yang tidak jelas hingga ganggu tugas mengajar.

- Guru tidak perlu isi data penguasaan murid guna sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah seperti sebelum ini.

- Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, PMR bagi pelajar tingkatan 3 akan diganti dengan pentaksiran tingkatan 3 (PT3).

- kEMENTERIAN Pendidikan menetapkan dokumen standard prestasi digantikan dengan panduan perkembangan pembelajaran murid,

19 Mac 2014

100 ahli PKR Cabang Tuaran diketuai pengarah strateginya Mohd Fairuz Bandar keluar parti dan sertai BN melalui UPKO.

Proses pengundian awal PRK Kajang bermula 8 pagi tadi babitkan 1,197 anggota polis dan pasangan mereka.

SPR menjangka keputusan PRK Kajang diumumkan seawal 9 malam Ahad ini, 23 Mac 2014.

402 pelajar daripada 55,214 calon dapat CGPA 4.0, 8 raih 5A dan 460 dapat 4A dalam STPM 2013. Purata lulus kebangsaan meningkat dari 92.67% kepada 96.75% Kolej Islam SUltan Alam Shah, Kelang diistyhar sekolah terbaik bagi 6 tahun berturut turut.

4 ADUN SPDP yang dipecat sebelum ini diterima masuk semula BN di Sarawak secara rasmi dan proses serah borang disaksikan KM Sarawak Adenan Satem di wisma Bapa Malaysia di Kuching.

Penerima BR1M bakal terima tambahan RM300 seorang pada 2015 bagi menampung kenaikan IHP sebanyak 18% akibat GST mulai 1 April 2015.

AManah Saham Nasional umum agihan pendapatan 6.60 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.5% dan 5.5% tahun ini berbanding 4.7% pada 2013 kata laporan tahunan Bank Negara. EKonomi negara juga terus berada pada landasan pertumbuhan stabil pada 2014 dan 2015 dengan sektor swasta menjadi pemacu.

Bank Negara akan pastikan pinjaman daripada institusi kewangan untuk pembangunan dan pembelian harta, tidak menggalakkan aktiviti spekulasi.

Kadar rujukan baharu, kadar asas yang tentukan kos pinjaman kadar terapung oleh bank akan diperkenal pada 2015 menggantikan kadar pinjaman asas, BLR kata Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz.

Pembayaran balik lebih RM13 juta kepada pelanggan yang terjejas pada tahun lalu apabila penyedia perkhidmatan kewangan gagal patuhi panduan.

Bank Negara menangguhkan pelaksanaan caj pemprosesan 50 sen bagi chek kepada 1 Janauri 2015 kerana beberapa agensi belum bersedia dari segi e-transaksi.


20 Mac 2014

Kerajaan menjelaskan 9.75 juta daripada 13 juta pencarum KWSP belum menamakan penama penerima KWSP jika mereka meninggal dunia,

Seramai 11,892 calon mencapai Gred A dalam semua subjek yang diambil dalam SPM 2013, ia peningkatan 244 orang.

366 calon sekolah KPM dan 39 calon bukan KPLM rasih semua Gred A+ cemerlang tertinggi bagi semua subjek.

Pencapaian keseluruhan SPM 2013 meningkat berbanding 2012 dengan gred purata kebangsaan 4.93 berbanding 5.08 pada 2012.

Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik dengan hanya 12 kawasan mencatatkan IPU sederhana jam 7 pagi tadi.

Sejumlah 8.1 juta permohonan BR1M diterima hingga 3 Mac lalu dengan 6 juta sudah diluluskan membabitkan FRM3 billion peruntukan manakala baki 2.1 juta permohonan sedang diproses.


22 Mac 2014

Najib berharap pengundi Kajang beri sokongan kepada calon BN sekaligus semarak semangat kerjasama antara kaum dan pembangunan negara.

23 Mac 2014 - Ahad

Proses pengundian praya kecil dun Kajang bermula 8 pagi tadi. Orang ramai diminta datang awal ke pusat mengundi kerana ribut petir dijangka berlaku waktu petang. 16 pusat mengundi dibuka babitkan 84 saluran mengundi mulai 8 pagi hingga 5 petang untuk bolehkan 38,055 pengundi berdaftar memilih.

Pengerusi SPR nasihatkan pemimpin parti agar kawal penyokong supaya tidak emosional hingga cetuskan provokasi ketika mengundi.

20,438 pengundi Kajang atau 53.71% daripada 38.055 pengundi biasa telah keluar mengundi sehingga 2 petang tadi.

Keseluruhannya hanya 28,314 pengundi atau 72% pengundi Kajang keluar mengundi hari ini berbanding 88.40% pada PRU 13 Mac tahun lalu.

PKR berjaya kekalkan kerusi DUN Kajang dengan majoriti 5,379 undi. Calon BN Chew Mei Fun perolehi 11,362 undi manakala calon PKR, Wan Azizah perolehi 16,741 undi. Wan Azizah dijangka angkat sumpah sebagai ADUN Kajang pada 7 April 2014 kata Speaker DUN Selangor yang cantik jelita dan seksi, Hannah Yeoh.

24 Mac 2014

ASNB umum pengagihan pendapatan untuk ASG Pendidikan sebanyak 7.10 seunit, ASG Kesihatan 7.20 sen seunit dan ASG Persaraan 7/05 sen seunit.

25 Mac 2014

Proses pengundian awal dun Balingian bermula, kehadiran 99%.

Najib bentang usul tergempar di Parlimen bahaskan tragedi MH370. Usul dipersetujui sebulat suara oleh BN dan pembangkang.

26 Mac 2014

Di sebalik suasana muram di Malaysia ekoran tragedi MH370, Kuala Lumpur menjadi tumpuan sukan dunia apabila anugerah kecemerlangan sukan Laureus 2013 diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.


27 Mac 2014



Najib mengadakan lawatan kerja sehari ke Manila untuk menyaksikan pemeteraian perjanjian komprehensif Kerajaan Manila dan Bangsamoro di Manila bersama Presiden Filipina, Beningno Aquino. Bangsamoro diwakili MILF.

Malaysia ikrar untuk terus bantu Bangsamoro dalam sosioekonomi dan herharap perjanjian kerjasama komprehensif, CAB mencapai kejayaan kata Najib.

Najib berkata Malaysia bangga kerana diberi peranan dalam menjayakan proses damai di selatan Filipina antara MILF dan Manila.

Najib dan Presiden Filipina Begnino Aquino menyaksikan pemeteraian perjanjian damai antara Manila dan MILF yang diusahakan Malaysia.

Mahkamah Sweden dapati pasangan Malaysia bersalah atas tuduhan mencederakan anak mereka , ibu dipenjara 14 bulan, bapa dipenjara 10 bulan.

Catuan Air di Selangor akan dilakukan sehingga 30 April, fasa catuan ke 4 sejak April 4, empangan masih tahap rendah meskipun hujan lebat berlaku.

29 Mac 2014



Proses pengundian pilihanraya kecil DUN Balingian berlangsung mulai 8 pagi tadi di 21 pusat pengundian untuk membolehkan 13,233 pengundi menunaikan hak mereka.

Karpal SIngh umum letak jawatan sebagai pengerusi DAP sementara menunggu keputusan rayuan hukuman denda RM4000 kerana kesalahan menghasut.

BN Menang kerusi DUN Balingian dengan majoriti 6911 undi, apabila calonnya Yossibnosh Balu mendapat 8194 undi menewaskan calon PKR, yang hanya mendapat 1283 undi.

29 Mac 2014

Praya kecil DUN Balingian, sejumlah 9688 pengundi atau 72.33% daripada 13,366 pengundi berdaftar keluar mengundi kata SPR.

30 Mac 2014

Najib lancarkan pelan induk pembangunan pusat peranginan integrasi pertama di Langkawi, Perdana Quay dengan nilai keseluruhan RM4 Billion.

31 Mac 2014

YBhg Tan Sri Bernard Dompok menyerahkan tugas selaku Presiden UPKO kepada Timbalan Presiden, YB Datuk Wilfred Madius Tangau.

Pengerusi Tenaganita, Irene Fernandez meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

PM Timor Leste Xanana Gusmao melawat Malaysia dan mengadakan kunjungan hormat ke atas Najib.

Korea Selatan dan Korea Utara berbalas bedilan artileri di Laut Kuning, penduduk Pulau Yeonpyeong dan Baenghyeong dipindahkan ke pusat perlindungan.

Rang Undang Undang Cukai barangan dan perkhidmatan, GST 2014 dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Akta pencegahan jenayah (pindaan dan pemerluasan) 2013, POCA bagi perangi jenayah dengan lebih berkesan akan dibentang di Dewan Rakyat rabu ini, 2 April 2014 kata timbalan menteri dalam negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Akta itu membolehkan suspek ditahan tanpa bicara selama selama 2 tahun, berkuat kuasa 2 April.

1 April 2014

Bank Negara nafi keluar sebarang arahan kepada bank bank supaya menaikkan kadar faedah bagi pembiayaan sewa beli kenderaan.
1 April 2014

Bank Negara nafi keluar sebarang arahan kepada bank bank supaya menaikkan kadar faedah bagi pembiayaan sewa beli kenderaan.

2 April 2014

Kerajaan Pulau Pinang setuju dengan cadangan menaikkan tarif air kerana pengunaan air di pulau itu antara yang paling tinggi di Malaysia.

Najib lancar Amanah Saham Bumiputera 2 dengan suntikan dana 10 billion unit, saham dijual pada harga RM1 seunit dengan pelaburan minimum RM10.

Pemaju yang degil berdepan tindakan senarai hitam dan denda lebih tinggi sehingga RM500,000 apabila pindaan Akta Pembangunan Perumahan berkuat kuasa Jun ini.


Seorang pelancong wanita warga China berusia 29 tahun dan seorang pekerja resort Singamata reef resort di Semporna, diculik sekumpulan 7 lelaki bersenjata dan disyaki dibawa ke selatan Filipina. Kejadian dipercayai dilakukan kumpulan KFR Kidnap for Ransom dan mangsa dipercayai sudah dibawa ke selatan filipina. Kejadian berlaku 10.30 malam di singamata resort yang terletak hanya 2.2 batu nautika dari pekan semporna disyaki membabitkan orang dalam.

3 April 2014

ESSCOM dan Polis Sabah mengesahkan kejadian culik di Simgamata resort dan usaha mengesan dan mencari kini melibatkan 3 negara, China, Malaysia dan Filipina.

Najib di Perth berkata beliau bimbang penculikan pelancong China di Semporna mungkin perbuatan pihak tertentu lagakan hubungan Malaysia China selepas kehilangan MH370.

Tribunal rayuan GST akan dibentuk bagi memberi ruang kepada mana mana pihak yang tidak puas hati dengan keputusan KP Kastam, kemukakan rayuan.

4 April 2014

ESSCOM berkata 15 pekerja asing di SIngamata resort ditahan bagi bantu siasatan kes culik manakala polis berkata 4 orang termasuk 3 wanita ditahan di sekitar semporna untuk bantu siasatan.

ESSCOM berkata kumpulan penculik disyaki turut terlibat dalam penculikan di pulau pom pom semporna november tahun lalu dan di pulau sipadan membabitkan 21 pelancong dan pekerja pada 2000.

Belum ada tuntutan wang tebusan dikemukakan penculik.

Najib melawat Vietnam dan melahirkan penghargaan kepada Vietnam kerana membantu mencari pesawat MH370.

Isteri dan anak penolong pengarah kastam Selangor yang mati ketika di soal siasat SPRM memfailkan saman RM8 juta kepada kerajaan dan 7 defendan lain.

5 April 2012

Najib berkata Air Asia tidak mempunyai pilihan selain berpindah ke KLIA2 mengikut masa ditetapkan namun kerajaan selesaikan isu berbangkit.

ESSCOM dirah beri taklimat kepada kabinet berhubung kes peculikan pelancong China dan pekerja Filipina di Singamata resort pada 2 April lalu kata TPM.

KP ESSCOM, Mohammad Mentek berkata ESSCOM akan lancarakan operasi di pulau peranginan dalam ESSZOE untuk mengesan individu berpotensi menjadi talibarut penjenayah rentas sempadan termasuk penculik.

6 April 2014

Kualiti udara di seluruh negara pulih seperti biasa dengan semua kawasan merekodkan bacaan IPU baik kata Jabatan Alam Sekitar.

Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti kerajaan pusat, badan berkanun dan kerajaan negeri 2013 siri 1 akan dibentang di Parlimen esok.

Kumpulan penculik dilaporkan sudah menghubungi keluarga pelancong China di Shangai namun tiada tuntutan wang tebusan dibuat kata KP ESSCOM, Mohammad Mentek.

7 April 2014


Malaysia dan SIngapura mengadakan program pemukiman tahunan. Najib bertemu dengan PM Singapura, Lee Hisen Leong dan antara dipersetujui :
- cadangan pembinaan jambatan Persahabatan bagi kukuhkan hubungan kedua dua negara.
- projek landasan keretapi berkelajuan tinggi memghubungkan kuala lumpur dan singapura dalam masa 90 minit sahaja akan siap pada 2020.


Isu penculikan di SIngamata Resoet akan dibincang di dewan rakyat pada sebelah petang hari ini.

Sebanyak 109 syor dikemuka dalam laporan ketua audit negara 2013 siri 1 bagi membantu 14 kementerian, jabatan dan GLC perbaiki kelemahan kewangan, pengurusan dan kecuaian kata Ketua Audit Negara. Ambrin Buang. Antara syornya :

- PTPTN tingatkan pengurusan sistem pinjaman/pembiayaan pendidikan yang secara keseluruhannya kurang memuaskan.
- kekurangan penjawat tetap di klinik 1 Malaysia punca elaun lebih masa RM1,39 dicatat untuk 2011-2013.

Kerajaan mengutip cukai petroleum RM37.56 billion setakat 11 bulan sehingga November 2013, dibantu peningkatan hasil kutipan industri hiliran.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Maximus Ongkili berkata kerajaan pusat telah bersetuju merombak Akta Industri perkhidmatan air 2006 untuk mengambil alih kawalan semua operator air di Selangor.

8 April 2014


Mahkamah tentera putuskan 5 tuduhan ke atas seorang pegawai kanan TUDM berhubung isu dakwat kekal pada PRU 13 May tahun lalu, dirujuk kepada pihak berkuasa sidang.

TPM yang melawat DUBAI, UAE berkata formula perkembangan ekonomi Malaysia adalah berasaskan perkongsian kukuh dan berkesan antara sektor awam dan swasta,

TPM berkata lagi bagi menjadi negara berpendapatan tinggi, Malaysia perlu usaha berlipat ganda bagi menarik pelaburan, memacu produktiviti dan inovasi.

9 April 2014


Kerajaan Sabah beri tempoh sebulan kepada semua pengusaha resort di negeri itu untuk serahkan senarai penuh pekerja kepada ESSCOM dan kementerian kebudayaan, alam sekitar dan pelancongan bagi membolehkan pemeriksaan latar belakang dilakukan termasuk rekod jenayah lampau dan dokumen kerja sah.

Polis menahan 22 individu termasuk 7 wanita bagi bantu siasatan kes culik di Singamata Resort. 8 daripadanya akan disiasat lanjut kerana berkepentingan, manakala bakinya akan dihantar balik ke negara asal. 19 daripada 22 yang ditahan adalah pendatang tanpa izin.

Najib berkata PLC perlu tingatkan penyertaan wanita di peringkat pengurusan atasan bagi menyokong sasaran 30% pembabitan wanita menjelang 2016.

10 April 2014


Atletico Madrid, Bayern Munich, Real Madrid dan Chelsea layak ke separuh akhir Champions League. ATletico tewaskan Barcelona agregat 2-1, Bayern tewaskan Manchester United agregat 4-2, Real Madrid tewaskan Dortmund agregat 3-2 dan Chelsea tewaskan Paris St Germain agregat 3-3, kelebihan gol tempat lawan.

Penculik di Singamata Resort menuntut wang tebusan RM36.4 juta ringgit bagi pembebasan mangsa culik kata Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.

Najib melancarkan program pembangunan bolasepak negara di Gambang, Pahang dan Akademi bolasepak negara itu dinamakan akademi Mokhtar Dahari.

11 April 2014


Mahkamah tinggi putuskan semua kakitangan awam termasuklah Peguam Negara tiada kekebalan undang undang, boleh didakwa di mahkamah jika lakukan kesalahan. Apa ni? Bukan kah ini standard practice sejak dulu?

TPM yang kini berada di Dubai berkata pasaraya halal terbesar Asia Barat, Lulu Group International akan jalin kerjasaam dengan Felda untuk membuka cawangannya di Malaysia.

14 April 2014


Sepasukan pegawai ESSCOM dihantar ke selatan Filipina berhubung usaha bebaskan 2 mangsa culik di Singamata Semporna, 2 April lalu.

15 April 2014


Kerajaan akan wajibkan setiap bas ekspress baru mempunyai tali pinggang keledar pada setiap tempat duduk.

ESSCOM melarang semua resort di perairan pantai timur Sabah untuk membuat aktiviti selepas jam 6 petang termasuk selam skuba berkuat kuasa serta merta kata ketua Pengarah ESSCOM.

Kumpulan Air Asia akan berpindah ke KLIA2 menjelang 9 May 2014, pada tarikh penutupan LCCT.

16 April 2014


8 lelaki berusia 16-25 tahun ditahan ekoran kekecohan penonton selepas perlawanan liga super Perak menentang JDT di Ipoh, malam tadi.

Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia Turki MTFTA, akan dimeterai hari ini apabila Najib memulakan lawatan kerja 2 harinya ke Turki.

Sebuah feri Sewon karam di Jindo, Korea Selatan ketika dalam perjalanan ke Pulau Jeju. 300 dilaporkan hilang kebanyakannya pelajar sekolah,

17 April 2014


Bekas Pengerusi DAP, Karpal SIngh dan pembantunya Michael Cornelius meninggal dunia, manakala anaknya Ram Karpal Singh dan pemandunya C Selvam terselamat apabila kereta Alphard dinaiki berlanggar dengan sebuah lori di km 301.6 Lebuhraya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Perak, kira kira 1 pagi tadi.

Najib dalam twiternya dari Ankara, Turki ucap takziah kepada ahli keluarga Karpal SIngh.

Suasana sedih pilu selubungi perkarangan Hospital Kampar apabila ahli keluarga Karpal tiba.

TPM antara VIP yang melawat jenazah Karpal Singh di Pulau Pinang,

Seluruh warga Parlimen Malaysia rakamkan ucapan takziah kepada keluarga Karpal Singh. DUN Sabah turut rakam ucapan takziah.

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberikan pengkebumian negeri kepada Karpal, bendera diarah dipasang separuh tiang sehingga Karpal disemadikan Ahad ini, 20 April 2014.

Tragedi feri karam di Korea, 179 orang diselamatkan setakat ini manakala 6 disahkan maut dan 290 masih hilang,

Pasukan STING Bukit Aman tumpaskan sindiket pengedarah dadah terbesar tahun ini membabitkan syabu bernilai RM18 juta.

64 Penduduk Kg Bintang Laut, Batu Pahat, Johor dikuarantin 7 hari di rumah selepas mempunyai tanda awal MERS COV atau Sindrom pernafasan Timur Tengah.

ISN sediakan fisioterapi sepenuh masa bagi bantu Lee Chong Wei agar terus beraksi hingga sukan Olimpik Brazil pada 2016.

Usahasama Salcon-MMC-AZRB diberikan kontrak bernilai RM993.88 juta untuk membina loji Air Langat 2 yang dijangka siap dalam 3 tahun.

Jualan kenderaan penumpang dan perdagangan meningkat pada Mac 2014 meningkat kepada 58,919 unit berbanding 57,622 unit tempoh sama tahun lalu.

Najib di Turki menyarankan ahli perniagaan Malaysia untuk merebut peluang kembangkan perniagaan di Turki dengan manfaatkan hubungan erat 2 hala.

18 April 2014


Pengacara terkenal 70an dan 80an, Taufik Latif, 69 tahun meninggal dunia di PPUM, Kuala Lumpur, 11.30 malam tadi.

BH rangkul anugerah Kajai dan anugerah wartawan antarabangsa dalam Malam Anugerah Wartawan Malaysia Petronas MPI sebentar tadi.

The Star pula rangkul 2 anugerah iaitu wartawan perkhidmatan rakyat dan alam sekitar.

19 April 2014


Nahas feri Korea, Kapten dan 2 krew ditahan untuk bantu siasatan, setakat ini 29 sah maut, 273 hilang dan 174 selamat.

Kerajaan Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan waris penumpang feri karam Korea.

Lim Guan Eng cadangkan IJM Promenade di Sungai Pinang dinamakan Pesiaran Karpal Singh,

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun akan dicabar bagi pemilihan Presiden FAM oleh anaknya sendiri Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Mahkota Johor.

20 April 2014


Karpal Singh disemadikan menerusi upacara pembakaran mayat di Batu Gantung Crematorium selepas perarakan yang dihadiri ribuan penyokong dan perhentian di 4 tempat iaitu Mahkamah Pulau Pinang, Dun Pulau Pinang, Sekolah Francis Xavier dan pejabat guamannya.

PNB kini mengendalikan 11.8 juta pelabur dengan jumlah saham yang diuruskan berjumlah 184.86 billion ringgit.

Pemandu Petronas Mercedes, Lewis Hamilton muncul juara Formula One GP China manakala rakan sepasukan Nico Rosberg di tempat kedua.

21 April 2014



Pesawat MAS MH192, Boeing 737-800, yang berlepas ke Bangalore, India dari KLIA terpaksa berpatah balik dan mendarat semula di KLIA jam 1.56 pagi selepas 1 daripada tayarnya pecah ketika berlepas jam 10;09 malam. Semua 159 penumpangnya dan 7 krew selamat. Hishamuddin kata pihaknya pantau tapi perkembangan penerbangan MH192 itu. Penerbangan ke Bangalore menggunakan pesawat lain, membawa penumpang dan krew sama berlepas semula ke Bangalore pada 3.55 petang dan tiba di Bangalore pada 5 petang.

MAS diberi masa hingga rabu ini bagi berikan laporan lengkap mengenai kejadian pesawat MH192 mendarat cemas awal pagi tadi kata Hishamuddin.

Kejadian itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet rabu ini kata Hishamudin, merujuk kepada MH192.

Hishamuddin minta polis siasat kemungkinan berlakunya sabotaj terhadap MAS ekoran pelbagai kejadian yang menimpa syarikat penerbangan nasional itu kebelakangan ini.

Najib rakam rasa syukur pesawat MH192 selamat mendarat di KLIA, ucap tahniah kepada Kapten Nor Adam Azmi dan penbantunya Prakash Kumar.

Pemandu bas ekspres didakwa di mahkamah majistret Betong kerana memandu dibawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian 3 penumpangnya, dia bagaimanapun tidak mengaku bersalah.

Mahkamah rayuan benarkan rayuan blogger seks, Alvin Tan dan VIvian Lee batalkan tuduhan muat naik kandungan hina Islam dalam facebook tahun lalu.

SPR akan adakan mesyuarat khas 24 April ini bagi bincangkan perkara berkaitan kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor ekoran kematian Karpal Singh,

22 April 2014


Angka Korban feri karam di Korea meningkat kepada 104 orang manakala 198 masih hilang,

Catuan air di KL, Putrajaya dan Selangor membabitkan kira kira 2.2 juta pengguna sejak awal Mac lalu dan harap akan ditamatkan minggu depan kata MB Selangor.

Pusat kecemerlangan autisme yang beroperasi tahun depan boleh membentuk kanak kanak berkenaan menjadi modal insan kepada negara kata Najib.

Anwar Ibrahim tarik diri bertanding jawatan presiden PKR menentang isterinya atas nasihat peguamnya, Bermakna Wan Azizah menang tanpa bertanding dan terus memegang jawatan itu sejak penubuhan PKR pada 1999.

Tiada perjanjian perdagangan akan dimeterai sempena kunjungan Presiden USA Barack Obama ke Malaysia minggu ini kata Mustafa Mohamad tetapi banyak isu dibincangkan untuk kukuhkan hubungan 2 hala.

David Moyes dipecat sebagai pengurus Manchester United setelah hanya 10 bulan memegang jawatan itu menggantikan Sir Alex Ferguson ekoran 11 kekalahan dalam Liga Perdana Inggeris, serta kandas piala FA, Piala Liga dan Champions League. M.United juga tidak layak ke liga juara juara eropah tahun depan kerana terperosok di tangga ke 7 liga. Ryan Giggs ambil alih tugas jurulatih sementara.

Perkhidmatan bas 2 tingkat di laluan tanah tinggi akan ditangguhkan buat sementara waktu mulai bulan depan kata Timbalan Menteri Pengangkutan,.

Semua pemandu bas ekspress juga diwajibkan menjalani ujian air kencing di terminal bas sebelum memulakan perjalanan mulai hari ini.

ESSCOM berkas lelaki mengaku dirinya utusan Sultan Sulu dalam 1 operasi di kg Long Danau Lahad Datu, 5.30 pagi tadi.

Pegawai TUDM yang ditangkap di lapangan terbang Texas kerana cuba seludup keluar senjata api akan berdepan 1 pertuduhan sahaja berbanding 4 pertuduhan sebelum ini.

23 April 2014


Angka rasmi korban feri Sewol di Korea kini mencecah 146 orang manakala 150 masih hilang.

Polis berkata perarakan anti GST pada 1 Mei ini adalah haram, tiada kebenaran gunakan Dataran Merdeka untuk tujuan itu,

24 April 2014

SPR menetapkan 12 Mei tarikh penamaan calon praya kecil Parlimen Bukit Gelugor Pulau Pinang dan hari mengundi pada 25 Mei. diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya. SPR guna daftar pemilih induk yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan 2013 yang mengandungi 82,431 pengundi berdaftar. SPR peruntukkan RM1.9 juta untuk kendalikan praya kecil ini babitkan 1095 petugas.

Semua 64 penumpang dan 4 anak kapal Firefly yang berpatah balik ke Pulau Pinang ketika dalam perjalanan ke Kota Bahru kerana masalah teknikaln iaitu gear mendarat, selamat,

Penerbangan Firely ke Bangkok dari Kota Bahru ditangguhkan ekoran situasi politik di Bangkok.

Universiti antarabanga Albukhary, AIU akan dibuka semula selepas pengurusan AIU tarik balik keputusan untuk tutup operasi.

Polis Selangor melumpuhkan sindiket pengubahan wang haram yang diketuai seorang warga Iran. wang palsu UK dan USA bernilai RM30 juta dirampas.

Berita Harian meraih anugerah emas bagi reka letak muka depan pada Anugerah Media Asia 2014 di Hong Kong.

25 April 2014

Najib ditemuramah eksklusif oleh CNN sempena lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia, Katanya kerajaan Malaysia akan keluarkan laporan awal mengenai kehilangam MH370 minggu depan, laporan sama sudah dihantar ke PBB.

Malaysia juga kata Najib belum bersedia istyharkan kematian 239 penumpang dan krew MH370.

Malaysia diletak di landasan baharu diplomatik menerusi lawatan Presiden Barack Obama di saat negara berdepan insiden MH370.

Ketua Pengarah JAKIM berkata individu beragama islam amat tidak digalakkan mengucapkan rest in peace kepada seorang yang bukan islam apabila berlaku kematian.

Sebuah pesawat Boeing 737-800 Virgin Australia mengalami saat cemas dalam perjalanan dari Brisbane ke Denpasar, Bali apabila seorang penumpang mabuk cuba memasuki kokpit pesawat, Awalnya pesawat ini dikatakan dirampas.

Najib lancar portal aduan komuniti fortherakyat.com seliaan Pemuda UMNO untuk orang ramai mengadu dan mengetengahkan permasalahan mereka.

Najib pengerusikan mesyuarat MT UMNO dan antara ketetapannya :

- BN belum memutuskan calon untuk bertanding pada raya kecil Bukit Gelugor, perlu bincang dengan komponen BN dulu sebab kerusi itu milik MCA.

- MT UMNO sokong pendirian Najib mengenai hukum Hudud.

- UMNO akan tunggu Muzakarah dengan PAS terlebih dahulu sebelum putuskan untuk laksanakan hukum Hudud.

- Najib sangkal dakawaan Anwar Ibrahim bahawa beliau telah tekan Presiden Barack Obama supaya tidak menemui Anwar ketika lawatannya ke Malaysia bermula esok.

Kerajaan akan pastikan tahap keselamatan sepenuhnya ketika lawatan 3 hari Presiden Obama ke Malaysia bermula esok kata Najib.

26 April 2014

Jangkitan MERS di Arab Saudi mencecah 313 kes, 5 lagi meninggal dunia menjadikan angka korban keseluruhan 92 kes.


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Malaysia untuk lawatan 3 hari, lawatan pertama dalam tempoh 48 tahun selepas Presiden Lyndon Baines Johnson pada 1966. Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di TUDM Sungai Besi, 4.50 petang. Disambut menteri luar, Datuk Anifah Aman dan Menteri Pengiring, Khairy Jamaluddin.

Presiden Obama diberi sambutan rasmi di dataran Parlimen bersama Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri dan menteri kabinet lain dan diberi sambutan permaidani merah dan tembakan meriam 21 das jam 5.40 petang sambil memerika perbarisan kehormat RAMD.

Agong sampaikan ucapan terima kasih Malaysia kepada Obama di majlis jamuan negara di istana negara KL atas bantuan diberikan ketika membantu mencari pesawat MH370.

27 April 2014

PM Korea Selatan, Chung Hong won meletak jawatan ekoran tragedi feri karam yang meragut kira kira 300 nyawa.

Presiden USA, Barack Obama tiba di masjid negara Kuala Lumpur bagi lawatan peribadi 9.40 pagi tadi dan diberi taklimat oleh imam besar masjid negara.

Presiden Obama tiba di Seri Perdana Putrajaya bagi mengadakan mesyuarat empat mata selama 1 jam dengan PM Najib Razak diikuti sesi mesyuarat 2 hala delegasi Amerika Syarikat dan Malaysia.

Najib dan Obama mengadakan sidang media bersama di Seri Perdana Putrajaya, memulakan kata kata dengan ucapan Selamat Datang Sahabatku, Malaysia hargai hubungan lama dan akrab bersama Amerika Syarikat.

Obama beri jaminan Amerika Syarikat akan terus beri bantuan dalam operasi mencari MH370.

Najib sifatkan lawatan Obama sebagai menandakan fasa baharu hubungan 2 hala KL - Washington.

Obama tegaskan TPPA beri manfaat kepada Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

USA kekal penyumbang terbesar pelaburan asing Malaysia tahun lalu dengan nilai pelaburan RM1.9 Billion menyediakan 8000 peluang pekerjaan.

28 April 2014

Pelakon veteran Sidek Hussin, 63 meninggal dunia di HKL akibat kanser 11.55 malam tadi.

Najib dan Obama dijadual menyaksikan MOU antara firma USA dengan Sime Darby, kumpulan Arab Malaysian dan Air Asia di KL, 9 pagi ini. 3 MOU dimeterai antara syarikat Malaysia dan USA babitkan pelaburan 2 Billion dolar Amerika.

MOU itu antara Sime Darby-Verdezyne dalam sektor biotek buka 300 peluang pekerjaan, GE-Air Asia dalam bidang selenggara 25 pesawat baharu Air Asiax A330 serta antara MetLife dari USA dan Kumpulan Ambank babitkan belian 50 + 1 peratus saham dalam Amlife dan 29% dalam Am Takaful.

Obama gembria dengan lawatan ke Malaysia dan bangga kerana akhirnya dengan 1 majlis berkaitan buka peluang pekerjaan.

Obama akhiri lawatan 3 hari ke Malaysia, Pesawat Air Force One berlepas ke Manila jam 10.20 pagi tadi dari Subang.

Maestro terkenal Indonesia, Idris Sardi, 75 tahun meninggal dunia di Hospital Mellia Jakarta 7.25 pagi.

9 individu berusia 22 hingga 55 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti militan di dalam dan luar negara ditahan di beberapa lokasi di Kedah dan Selangor.

Ekuinas catat pulangan potfolio kasar sebanyak RM665.9 juta bagi dana Ekuinas Direct Tranche 1 tahun lalu.

ESSCOM berjaya kesan dan gagalkan cubaan terbaharu kumpulan penculik selatan Filipina untuk menceroboh perairan Semporna minggu lalu.

Selepas tertangguh sejak sekian lama, pembinaan loji rawatan air Langat 2, LRAL 2 akan bermula lusa.

29 April 2014

Seorang wanita disyaki terbabit dengan kumpulan militan ditahan di KL siang tadi menjadikan 10 individu ditahan setakat ini.

Pesawat Cobham Aviation BAE146 berpatah balik ke lapangan terbang Perth selepas 1 daripada enginnya terbakar.

Pelawat yang memasuki negara ini melalui KLIA akan diimbas untuk sindrom pernafasan Timur Tengah, MERS Virus Korona.

Jabatan Latihan Khidmat Negara belum mencadangkan mewajibkan semua lepasan SPM jalani program latihan khidmat negara.

Khairy Jamaludin tegur sikap setengah pegawai persatuan bolasepak yang gagal kawal emosi hingga cetuskan keganasan di padang.

30 April 2014

Real Madrid dan Atletico Madrid mara ke final Juara Juara Eropah, Real menewaskan Bayern Munich dengan agregat 5-0 manakala Atletico menewaskan Chelsea agregat 3-1.

SPRM Sarawak menahan pengusaha bot Kawan MAS yang tenggelam di Belaga tahun lalu kerana disyaki terbabit pengubahan wang haram dan penyeludupan diesel.

Catuan Air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditarik balik mulai esok kata pengerusi SPAN.

Kastam KLIA gagalkan cubaan seludup dadah terbesar jenis methampethamine dengan rampasan 107.2 kg menerusi kargo udara dari Lagos, Nigeria.

14 anggota Abu Sayaf dan seorang tentera marin Filipina maut dalam pertempuran sengit di Patikul, Jolo.

DRB Hicom Bhd umum perlantikan Datuk Abdul Harith Abdullah sebagai CEO Proton Holdings Bhd, berkuat kuasa hari ini.

Semua teksi bajet dan eksekutif yang permitnya berakhir 31 Oktober tahun ini mesti menggunakan proton Exora warna perang.

Najib dalam perutusan hari pekerja berkata kerajaan komited tingkatkan kualiti tempat kerja bagi semua rakyat tanpa mengira pangkat, bangsa, kedudukan dan pegangan politik.

1 May 2014

Rakyat Sabah menyambut tadau kaamatan selama sebulan mulai hari ini, pelancarannya diadakan di Kota Marudu.

Ahli Parlimen DAP dari Teluk Intan, Seah Leong Peng meninggal dunia akibat kanser di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Hari Pekerja di sambut di Malaysia. Najib dalam ucapannya berkata :

- luluskan 20 mesin hemodialisis untuk hospital sultanah Bahiyah Alor Setar seperti dipohon CUEPACS untuk kegunaan penjawat awam.

- Kerajaan tiada cadangan kurangkan penjawat awam yang melebihi 1.5 juta orang ketika ini walaupun nisbahnya besar berbanding jumlah penduduk.

- Najib lulus permohonan kerajaan Kedah untuk membina 1000 unit rumah bagi penjawat awam di Bukit Pinang Pokok Sena.

- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dinobat penerima anugerah Khas CUEPACS sempena hari pekerja 2014.

IGP sahkan polis masih kesan saki baki anggota militan yang disyaki masih bersembunyi di negara ini.

MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata 2 penggal menjadi MB Selangor sudah mencukupi, tidak mahu lagi menjadi MB pada penggal akan datang.

Penjawat awam yang terbabit dalam perhimpunan membantah GST di Dataran Merdeka adalah pengkhianat kata Presiden CUEPACS. Bantahan itu berakhir 5.30 petang tadi, tiada tangkapan meskipun ada beberapa kekecohan dilaporkan.

Kes Denggi di Malaysia meningkat 277 % apabila 29,788 kes dilaporkan dalam 4 bulan pertama tahun ini berbanding 7912 kes tempoh sama tahun lalu.

2 May 2014



ESSCOM tahan 12 individu dipercayai PATI di perkampungan Pulau Mabul, Semporna, semalam.

Seorang lagi suspek yang terbabit dalam aktiviti militan ditahan di KL petang semalam, menjadikan 11 ditahan setakat ini.

3 May 2014

Najib hadir di perhimpunan perpaduan MCA menekankan keamanan sebagai kunci utama kepada kestabilan politik dan ekonomi negara.

Najib hari ini turut jemput MCA untuk sertai semula kabinet, berkembang kukuh dalam BN dan sama sama merangka masa depan negara.

MCA akan tunggu kata putus Najib sebelum membuat keputusan berhubung penyertaan semula MCA dalam kabinet.

TPM berkata tanggapan kerajaan tidak melaksanakan langkah sewajarnya bagi meningkatkan jumlah usahawan Bumiputera adalah tidak tepat.

TPM juga berkata BN akan membuat penilaian terperinci PRaya Kecil Bukit Gelugor dan Teluk Intan sebelum mengambil langkah seterusnya.

4 May 2014

TPM Muhyiddin berkata Pegawai Bomba Bantuan akan menerima bayaran elaun sama seperti pasukan bantuan sedia ada di jabatan lain.TPM Muhyiddin melawat Uzbekistan selama 4 hari.5 May 2014 Najib berkata kerajaan masih memperincikan senarai barangan dan perkhidmatan yang akan dicukai mengtikut GST, lebih banyak barangan dan perkhidmatan akan dikecualikan daripada GST untuk tidak membebankan orang ramai.

4 Nelayan dirompak empat lelaki bersenjata dan berpakaian celoreng di perairan Tanjung Labian, Lahad Datu dipercayai lanun.

6 May 2014

Pelakon veteran Datuk Aziz Sattar, 89 tahun meninggal dunia akibat sakit jantung di hospital Kajang, 2 pagi tadi.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas tuduhan menghasut berhubung penerbitan klip video Onderful Malaysia sempena CNY 2014 lalu.

ESSCOM sahkan pengurus ternakan ikan warga China, Yang Zai Lin, 34 tahun dilarikan 5 lelaki bersenjata di Pulau Baik, Lahad Datu, awal pagi tadi.

TPM mahu lebih banyak usaha sama dimeterai antara Malaysia - Asia Tengah terutama Uzbekistan dalam bidang pengajian tinggi.

Kerajaan Sabah putuskan perintah berkurung di kawasan berisiko sebagai antara 9 langkah drastik susulan beberapa kes penculikan.

Seorang wanita ditahan polis selepas cetuskan kekecohan dalam penerbangan OD1622 Malindo Air KL-Kuching petang tadi.

7 May 2014

PM Thailand, Yingluck Shinawatra dipaksa lucut jawatan selepas Mahkamah Perlembagaan dapati beliau bersalah atas salah guna kuasa.

TPM Thailand Niwatthamrong Boonsongpaisan diumum PM sementara Thailand, gantikan Yingluck.

TPM melahirkan rasa kecewa dengan insiden penculikan terbaharu di pulau baik, lahad datu, sabah babitkan seorang warga China.

Kabinet memutuskan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan kata Menteri di JPM Joseph Entulu Belaun.

Zahid Hamidi berkata semua kapal dan bot asing yang masuk dan keluar perairan Timur Sabah perlu melalui laluan ditetapkan, berkuat kuasa serta merta.

8 May 2014

PM nafi kabinet ada buat keputusan gugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan, sebaliknya amalam sedia ada dikekalkan. Ini untuk membolehkan kerajaan mengetahui penyertaan semua kaum dalam pelbagai sektor di negara ini. Katanya Belaun akan buat kenyataan membetulkan kenyataannya sebelum ini.

Najib kesal kes penculikan terbaharu di pantai timur Sabah, mahu kawalan lebih ketat di semua kawasan.

Kerajaan ambil langkah segera tambah aset pertahanan di zon Selamat Timur Sabah, ESSZONE termasuk helikopter tempur dan bot laju kata Zahid Hamidi.

Praya kecil Parlimen Teluk Intan ditetapkan pada 31 Mei manakala penamaan calon pada 19 Mei ini.

CO Syarikat feri Sewoi yang karam di Korea April lalu sehingga mengorbankan lebih 300 orang ditahan atas tuduhan membunuh dan melanggar peraturan maritim.

Tarikh perhimpunan agung UMNO tahun ini dipinda kepada 25 hingga 29 November 2014.

ABPBH 2013 akan diadakan pada 24 Mei ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Menteri di JPM, Joseph Entulu Belaun tegaskan laporan media berhubung penguguran ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan adalah tidak tepat.

Polis menahan lelaki Afrika Timur kerana ada kaitan dengan pengganas Al Shabab, turut dkehendaki Interpol.

9 May 2014

TPM berkata mengejar ranking bukan asas utama untuk memacu asas pengajian tinggi ke arah kecemerlangan, kriteria sebahagian besar berasas persepsi.

KDN dan Polis sedang menjejaki saki baki ahli kumpulan militan AL Shabab yang disyaki bersembunyi di negara ini kata Zahid Hamidi.

Najib berkata Malaysia akan mencadangkan Hutan Hujan Royal Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

10 May 2014

Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan, PDIP pimpinan bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri disahkan pemenang pemilihan umum Indonesia 2014.

DAP umumkan anak mendiang Karpal Singh, Ram Karpal Singh DEO sebagai calon pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor Pulau Pinang, 25 Mei ini.

MCA pula memutuskan tidak bertanding pilihanraya kecil Bukit Gelugor kerana mahu menumpukan kepada isu semasa berkaitan memperkasa parti itu.

Kerajaan tidak akan mengurangkan penghantaran jemaah haji negara ke Arab Saudi biarpun berlaku penularan wabak MERS di negara itu.

Najib tiba di Nay Pyi Taw Myanmar untuk hadiri sidang kemuncak ASEAN ke 24.

11 May 2014

Kementerian kesihatan sahkan kematian jemaah umrah dalam pesawat Air Asia X dari Jeddah ke Kuala Lumpur bukan berpunca virus MERS-CoV.

PAS umum tangguh bentang rang undang undang persendirian HUDUD di Dewan Rakyat yang dijadual bulan depan.

Pemilihan PKR di 9 cabang di Selangor terpaksa dibatalkan berikutan pelbagai masalah termasuk tidak telus.

PM terima keputusan MCA tidak bertanding Pr kecil Bukit Gelugor, namun tak bermakna beri laluan mudah kepada DAP.

Malaysia cadang dana sekretariat ASEAN diperkukuh seiring dengan pengistyharan institusi itu sebagai sebuah komniti tahun depan kata PM di Myanmar.

Malaysia tegaskan negara yang terbabit isu pertikaian maritim di Laut Cina Selatan mengurangkan ketegangan demi mencari penyelesaian.

12 May 2014

PKR batalkan keputusan pemilihan parti itu di 10 cabang di Selangor atas sebab teknikal, petugas dan lojistik.

MB Terengganu Ahmad Said meletak jawatan dan penggantinya akan angkat sumpah malam ini.

Najib akan umumkan laporan tahunan program Transformasi kerajaan GTP dan program Transformasi Ekonomi, ETP malam ini secara langsung di Angkasapuri.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sudah beri perkenan perletakan jawatan Ahmad Said sebagai MB Terengganu.

ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik MB Terengganu yang baru, mengangkat sumpah di istana Terengganu malam ini kata Najib.

MB Terengganu yang baru bersyukur peralihan kuasa di Terengganu berjalan lancar, beri jaminan teruskan perancangan Ahmad Said.

Najib mengumumkan laporan ETP/GTP secara langsung di Angkasapuri. Intipatinya :

- Kerajaan letakkan sasaran pendapatan per kapita rakyat Malaysia pada 2020 sebanyak US15,000.00 atau RM49.000.00

- GST Bertujuan untuk memperteguhkan ketahanan ekonomi negara bagi jangka masa panjang.

- Keupayaan inovasi lonjak 7% dari tahun 2011 ke 2013 yang melonjakkan Malaysia pada kedudukan 32 daripada 142 negara.

- GTP berjaya mencapai kejayaan 104 % daripada sasaran keseluruhan kerajaan pada 2013.

- NKRA menangani kos sara hidup rakyat berjaya memberikan manfaat kepada lebih 4.8 juta isi rumah Malaysia.

- Pada 2013, BB1M sudah diperluas kepada 1.2 juta pelajar IPT awam dan swasta.

- Kerajaan peruntukkan RM2.1 Billion pada 2014 untuk membina 133,000 unit rumah mampu milik.

- Ops Cantas khas berjaya turunkan kes jenayah keganasan 30% dalam 52 hari pertama dilancarkan pada 2013.

- SPRM buka 17 kertas siasatan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang di bentang pada Oktober 2013.

- Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman angkat sumpah sebagai MB Terengganu yang baru di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin.

- KPI 30 Menteri yang terbabir dalam GTP tunjukkan peningkatan 83.6 % pada 2011, 86.55% pada 2012 dan 87.4% pada 2013.

13 May 2014

ADUN Bukit Besi Roslee Daud umum keluar UMNO dan pilih jadi ADUN Bebas.

Adun Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafie dan Adun Kemasik, Rosli Othman nafi keluar UMNO.

PAS Terenggau adakan mesyuarat khas pagi ini berhubung kedudukan kerajaan negeri itu susulan 3 ADUN keluar UMNO. PAS negeri mahu MB serah kepada rakyat pilih semula kepimpinan negeri kerana pembangkang kini mempunyai 15 kerusi dan BN hanya 14 kerusi manakala Bebas 3 kerusi. PAS deaak DUN Terengganu dibubarkan dan proses pemilihan dikembalikan kepada rakyat, PAS Terengganu tidak berhasrat lamar 3 bekas ADUN UMNO untuk menyertai PAS.

Penasihat undang undang Terengganu, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata BN kekal perintah kerajaan negeri kerana ia merujuk kepada kerajaan dari parti mana yang perintah negeri selepas PRU 13.

SPR tidak terbabit dalam tentukan kedudukan MB Terengganu yang baru ekoran tindakan 3 ADUN UMNO keluar parti.

Rakyat dan ahli UMNO Terenggau diminta rapatkan saf dan bertenang susulan perkembangan politik negeri itu kata Naib Presiden UMNO Hishamuddin Tun Hussein.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad nafi keluar parti, sebaliknya masih setia kepada UMNO.

ADUN Bukit Besi Roslee Daud menarik kembali surat keluar daripada UMNO dan kembali menjadi wakil rakyat BN.

Yang dipertua DUN Terengganu Mohd Zubir Embong nafikan khabar angin yang disebar di laman sosial kononnya DUN Terengganu dibubarkan.

Ketua Polis Terengganu berkata keadaan keselamatan di Terenggau terkawal dan orang ramai masih menjalankan aktiviti seperti biasa.

TPM harap rakyat Terengganu bersabar dan bertenang, akan dapat jalan terbaik selesaikan kemeluti ini.

3 DUN Terengganu dari Jertih, Permaisuri dan Bukit Rakit dilapor bertemu Najib di Putrajaya 4 petang ini.

MB Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dijadual ke KL tengahari esok untuk bertemu PM bincang kemelut politik Terengganu.

Sehingga 9.30 malam kedudukan kerusi DUN Terengganu ialah BN 16 termasuk kerusi Speaker, PAS 14, PKR 1, BEBAS 2.

Speaker DUN Terengganu Zubir EMbong dan beberapa ADUN BN akan jumpa PM di Kuala Lumpur esok.

Air Asia Berhad bakal rintis guna I_Checkit sistem pemeriksaan polis antarabangsa bagi pantau dan tingkatkan keselamatan penerbangan antarabangsa.


14 May 2014

MB Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman ketip kad perakam waktu 7.45 pagi ini dan secara rasmi memulakan tugas sebagai MB Terengganu yang baharu.

MB Terengganu berkata beliau dan ADUN BN lain akan jumpa PM di Putrajaya dan TPM 1 Tengahari ini, yakin kemelut politik di negeri itu dapat diselesaikan.

Sidang media khas akan dibuat selepas pertemuan di Putrajaya itu.

Beliau turut sahkan Speaker DUN Terengganu Zubir Embong tidak menerima surat rasmi maklumkan 3 ADUN UMNO Keluar parti.

Beliau turut sahkan tiada pembubaran DUN dan kerajaan BN masih kekal perintah negeri Terengganu.

Beliau sahkan belum jumpa 3 ADUN termasuk bekas MB Ahmad Said yang keluar parti.

Tiada perubahan potfolio dalam barisan EXCO Terengganu,

PAS tuntut MB Terengganu buat sidang DUN Khas bagi buktikan BN masih mendapat sokongan penuh sebagai kerajaan termasuk daripada ADUN Keluar UMNO.

Bekas MB Terengganu Ahmad Said maklumkan kepada PM Najib beliau akan kembali sertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku. Sudah maklumkan perkara itu kepada PM menerusi panggilan telepon dan akan buat sidang media khas tidak lama lagi.

PM berkata krisis politik Terengganu sudah hampir menemui penyelesaian.

MB Terengganu berkata kemelut politik di negeri itu tidak seperti apa yang digambarkan, ada pihak sengaja gembar gemburkan untuk agenda peribadi.

Adun Bukit Besi, Roslee Daud sahkan kembali sertai UMNO, akui keputusan sebelum ini dibuat secara terburu buru.

Ahmad Said sahkan beliau dan Ghazali Taib sudah tarik balik keputusan keluar UMNO dan kekal sebagai ADUN Terengganu selepas berbincang dengan PM tengahari tadi. Beliau sudah mohon maaf kepada PM kerana tergesa gesa keluar parti, 2 hari lalu. Beliau tiada masalah beri sokongan kepada MB Terengganu yang baru, ikrar kerja keras pastikan kemenangan BN pada PRU 14.

Sekaligus kedudukan kerusi DUN Terengganu kini kembali kepada asal iaitu 17 BN, 14 PAS dan 1 PKR

15 Mei 2014

Penyanyi dan komposer Adam Ahmad meninggal dunia 12 tengah malam tadi di Hospital Ampang kerana komplikasi penyakit.

Najib berkata kemelut politik di Terengganu berlaku kerana sedikit salah faham komunikasi antaranya dan Ahmad Said yang telah selesai dengan baik.

Najib ucap penghargaan kepada Ahmad Said kerana meletakkan kepentingan parti melebihi segala galanya.

Najib berjanji akan hadir pada majlis perkahwinan anak Ahmad Said pada 17 Mei ini di Kemaman.

Tiada tindakan akan diambil terhadap Ahmad Said dan 2 ADUN UMNO lain yang keluar parti baru baru ini.

Muhyiddin yakin kerana kemelut politik di Terengganu dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

MB Terengganu serah kepada PM untuk menentukan siapa pengerusi baharu badan perhubungan UMNO Negeri.

Dasar Automatif negara yang dikaji semula diberi nafas baharu dengan suntik beberapa perincian pastikan ia jadi dasar lebih pragmatik kata Najib.

PUNB peruntukkan RM75 juta bagi tempoh 2014-2019 untuk terus menyokong usahawan Bumiputera dalam industri automatif.

SUK Terengganu nafi dakwaan laman blog kononnya Sabtu ini cuti peristiwa meraikan perlantikan MB Terengganu.

PAS Terengganu nafi tiada pemimpin parti itu temui bekas MB Ahmad Said atau ADUN BN dan memujuk mereka sertai PAS.

PAS tidak tolak kemungkinan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya di DUN negeri.









































Monday, April 2, 2012

Peristiwa bersejarah di Malaysia dan Kenyataan signifikan Najib sejak dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 6 (Bahagaian Pertama)







Kenyataan bersejarah dan kata kata hikmat YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sejak dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 6 pada 3 April 2009.

Disertakan juga peristiwa penting dan bersejarah yang berlaku sepanjang Najib menjadi Perdana Menteri untuk pengetahuan rakyat Malaysia semua dari generasi sekarang 2012 sehinggalah ke generasi akan datang.

Sebaik diumum sebagai PM, Najib mengumumkan motonya 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Beliau juga mengumumkan bahawa beberapa tahanan ISA dibebaskan dan permit akhbar bahasa Cina diberikan semula menerusi pindaan Akta Mesin Cetak.

Ketika mengumumkan kabinet baru, Najib umumkan 8 menteri Kabinet sedia ada digugurkan.

Mereka ialah Regional and Rural Development Minister, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Tourism Minister - Datuk Azalina Othman Said, Federal Territory Minister - Datuk Zulhasnan Rafique, Works Minister - Datuk Mohamed Zin Mohamed, Home Minister - Datuk Seri Syed Hamid Albar, Local Government and Housing Minister - Datuk Ong Ka Chuan, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad (one of the longest serving Member of Parliament)and Minister in the Prime Minister Department, Datuk Amirsham Abdul Aziz.

Najib umumkan program Transformasi Kerajaan GTP, Program Transformasi Ekonomi ETP dan Program Transformasi Politik, PTP.

Antaranya merangkumi 6 teras NKRA, termasuk mengurangkan indeks jenayah, menaikkan taraf hidup rakyat, membenteras rasuah, melonjakkan prasarana dan modal insan luar bandar serta memperkukuh dan memartabat sektor pendidikan negara.

Perkara yang diberi fokus oleh Najib sebaik bergelar PM ialah seperti berikut :


Motto 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian DiUtamakan.

Memberi fokus untuk mendekati rakyat dengan lebih rapat dan mudah menerusi siri tinjauan mesra atau Walkabout dan bersarapan pagi di kedai kopi di pekan dan bandar sebelum menghadiri majlis rasmi atau majlis yang sudah ditetapkan termasuk Juara Rakyat.

Fokus kepada pakej rangsangan ekonomi

Program Transformasi Kerajaan GTP merangkumi 6 teras NKRA. Mekanisme pelaksanaan ditentukan menerusi pengenalan Makmal NKRA.

Program Transformasi Ekonomi ETP

Program Transformasi Politik, PTP termasuk memansuhkan I.S.A dan menamatkan 3 proklamasi darurat. Memperkenalkan akta perhimpunan aman dan meminda Akta Kolej Universiti AUKU agar pelajar boleh berpolitik.

Model baru ekonomi.

Penekanan kepada pengurangan jurang pembangunan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia menerusi lonjakan NKRA Luar bandar termasuk memberi bekalan air dan elektrik serta jalan luar bandar kepada lebih banyak kampung di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menyelesaikan masalah penduduk Sabah yang tiada sijil lahir dan kad pengenalan.

Mengitiraf 16 Septembr sebagai cuti umum sempena hari Pembentukan Malaysia.

Pengenalan inisiatif Jalur Lebar menerusi pemberian komputer riba 1 Malaysia secara percuma kepada rakyat berpendapatan rendah serta juga kepada pelajar sekolah

membuat lawatan tidak berjadual ke institusi pengajian tinggi awam seperti ke UKM

Menu Rakyat 1 Malaysia

Klinik 1 Malaysia

Klinik bergerak 1 Malaysia

Ekuinas

Skim rumah pertamaku

Liberalisasi sektor perdagangan

Dalam parti, Najib juga memperkenalkan proses pemilihan parti yang lebih menyeluruh, jawatan tertinggi parti bukan lagi ditentukan 3,000 perwakilan dalam Dewan, malahan turut melibatkan cawangan UMNO di seluruh negara melibatkan kira kira 60,000 pengundi dari cawangan

Memperkenalkan keahlian terus kepada BN selaku badan bersekutu atau NGO.

Elaun Guru dan Gaji Guru dinaikkan lagi

Menaikkan Gaji kakitangan awam termasuk Guru, Polis dan Tentera.

Meningkatkan rondaan polis di jalanan termasuk mengarahkan pegawai berpangkat ASP Asisten Superitenden supaya turut meronda bersama anggota pangkat rendah.

Menambah baik proses pilihanraya di Malaysia menerusi 22 syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambah baikan proses pilihanraya. Antara cadangan sudah dipersetujui, pengunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih sedia ada, pendaftaran pengundi bagi rakyat Malaysia di luar negara.

Membenteras kebanjiran pendatang tanpa izin menerusi program 6P dan sistem biometrik di Sabah.

Memperkenalkan konsep Aku Janji untuk tender projek bagi mengelak rasuah

Serta banyak lagi yang akan saya updatekan kelak.

2010

12 Julai 2010 – Najib bersama jutaan peminat bolasepak di dunia pastinya tidak tidur sehingga jam 5 pagi pada hari ini kerana berlangsungnya final bolasepak Piala Dunia FIFA di Afrika Selatan yang menyaksikan Sepanyol menjuarainya selepas menewaskan Holland atau Belanda di final, 1-0 menerusi jaringan pemain tengah Sepanyol dan Barcelona, Anders Iniesta di minit ke 116.

2011

3 Mei 2011 – Penyair tanah air Kemala atau nama sebenarnya Datuk Dr Ahmad Kamal diumumkan sebagai sasterawan negara ke 11. Kemala berbeza dengan Kamala, pengusti ganas WWE atau World Wrestling Entertainment.

13 May 2011 – Najib mengilhamkan projek Kompleks Petronas di Johor yang menelan kos RM60 Billion dan bakal mewujudkan sekurang kurangnya 20,000 peluang pekerjaan dan menyediakan kemudahan refinery dengan kapasiti 300,000 tong sehari. Projek ini satu lagi komitmen Najib untuk membangunkan industri petro-kimia negara dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia khususnya generasi muda.

18 Julai 2011 – Najib menemui Pope Benedict di Rome, Itali, dan mengumumkan bahawa Malaysia akan mewujudkan hubungan diplomatik dengan Vatican untuk membantu mempromosi nilai kesederhanaan dan harmoni.

22 Julai 2011 – Malaysia diranking pertama negara paling selamat dan aman di Asia Tenggara, ke 4 paling selamat di Asia Pasifik dan ke 19 paling selamat di dunia menurut Global Peace Index.

25 Julai 2011 – Selaku peminat bolasepak, Najib pastinya gembira dengan kejayaan Uruguay menjuarai Copa America untuk kali ke 15 selepas menewaskan Paraguay 3-0 di Estadio Monumental, Buenos Aires, Argentina, awal pagi tadi. Uruguay memang hebat, negara kecil yang menjadi kuasa bolasepak dunia, pernah 2 kali juara Piala Dunia pada 1930an.

Uruguay juga muncul pemenang tempat ke 4 Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.

Uruguay diperkuatkan pemain bintang seperti Diego Forlan dan Luis Suarez yang kini bermain untuk Liverpool.

25 Julai 2011 – Qatar Gas menanda tangani perjanjian dengan Petronas untuk membekalkan LNG, Gas Cecair Asli kepada Malaysia selama 20 tahun dari 2013. Jumlah bekalan itu menyamai 5% keperluan tahunan LNG di Malaysia.

26 Julai 2011 – 1,500 kereta Honda Stream MPV ditarik balik dari pasaran kerana komponen engin bermasalah. Arahan itu melibatkan kereta Honda Stream MPV yang dibina pada 2008 hingga 2010.

27 Julai 2011 – Kes wanita melayu Malaysia yang disangka wanita Cina dari China yang dipaksa ketuk ketampi dalam keadaan bogel oleh seorang polis wanita Malaysia, di lokap polis, selesai apabila pihak yang bersalah bersetuju membayar pampasan.

2 Ogos 2011 – Malaysia dan Australia dijangka bersetuju mengadakan pertukaran pelarian. Dan pihak berkuasa Australia hari ini setuju memuat turun video ke dalam YouTube mengenai pelarian yang mahukan suaka politik sedang menaiki kapal terbang
untuk mengelak pencari suaka politik ini daripada datang ke Australia menaiki bot.

4 Ogos 2011 – Mahkamah Perancis mengarahkan siasatan dibuat ke atas Pengarah urusan IMF Christine Lagarde untuk mengetahui peranannya dalam urusan arbitrasi UD400 Juta yang menyebelahi seorang jutawan kontroversi pada 2008.

6 Ogos 2011 – Buat pertama kalinya Rating Kredit Amerika Syarikat dikurangkan oleh firma Standard, Moddy & Poor daripada triple negative A kepada AA + kerana hutan dan defisit dan negative outlook.

6 Ogos 2011 – China condemned atau mengkritik Amerika Syarikat kerana pengurusan hutangnya tidak wajar dan ketagihan kepada hutang sambil menyatakan dunia memerlukan matawang simpanan global baru yang lebih stabil.

19 Ogos 2011 – Indonesia meluluskan rang undang undang untuk menambah pengawasan pengambilan garam mulai tahun depan dengan tumpuan ke premis makanan segera. Selepas garam, tumpuan selepas ini adalah gula dan lemak.

20 Ogos 2011 – Najib berkata RIDSA membayar dividen berjumlah RM 179.6 juta kepada 42,206 peserta 2 skim penaman semulanya. Berita baik kepada peneroka dan peserta RISDA.

24 Ogos 2011 – PM Najib lancarkan program Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M untuk membantu golongan isi rumah berpendapatan kurang RM3000 sebulan. Setiap isirumah yang layak mendapat RM500.

24 Ogos 2011 – Kerajaan Arab Saudi juga mengiktiraf kepimpinan Najib apabila meluluskan kuota jemaah Haji dari Malaysia untuk dinaikkan menjadikan 28,000 kuota pada 2011 berbanding 26,000 sebelum ini. Ini juga sejajar pertambahan penduduk negara.

26 Ogos 2011 – Bekas pengarah Urusan MAS, Tan Sri Tajuddin Ramli memfailkan saman RM200 juta ke atas Malaysian Insider kerana siarkan kata kata fitnah pada 31 Mei 2011 lalu.

28 Ogos 2011 – bekas TPM Singapura, Dr Tony Tan dipilih sebagai Presiden Singapura ke 7 selepas undi di kira semula, menewaskan pencabarnya Tan Cheng Bock dengan majoriti 7,269 undi. Malaysia juga mengikuti rapat perkembangan di Singapura ini.

29 Ogos 2011 – Menteri kewangan Jepun Yoshihiko Noda bakal menjadi PM Jepun selepas dipilih ketua parti Demokrat.

30 Ogos 2011 – Australia menawarkan pencari suaka politik yang dalam perjalanan ke Malaysia sebanyak RM13,000 seorang untuk mereka balik, ratusan pencari suaka politik dijangka menerima tawaran pakej balik kampung ini.

31 Ogos 2011 – rancangan Malaysia dan Australia untuk bertukar pelarian dan pencari suaka politik, disentak dengan keputusan mahkamah Tinggi Australia yang memutuskan Canberra tidak boleh menghantar pelarian ke Malaysia sebagai sebahagian perjanjian pertukaran pelarian.

2 September 2011 Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN akan menukar 800,000 pinjaman pendidikan yang diluluskan selepas 2008 kepada pinjaman Islam bagi kadar pembayaran balik pinjaman lebih rendah bagi mengurangkan beban peminjam PTPTN.


4 September 2011 – Malaysia mempunyai seorang lagi atlit yang berpotensi menyumbang emas di Olimpik dan kejohanan utama lain seperti sukan Asia dan Komanwel dalam Bowling selain Shalin Zulkifli, Zanda Aziela Ibrahim Hakimi dan Esther Cheah.

Hari ini penerjun dari Sarawak Jacqueline Jenelee Sijore memenangi pingat Emas kategori singles wanita dalam kejohanan Bowling dunia di Hong Kong. Syabas diucapkan. Kejayaan yang tidak terduga.

Ini juga bermakna Sarawak ada ramai atlit kelas dunia seperti Bryan Nickson Lomas dan Pandelela Rinong (Sukan Terjun) serta Sapok Biki (emas tinju Sukan Komanwel 1998).

5 September 2011 – Najib umumkan perlantikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria sebagai Ketua Hakim Negara yang baru menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang bersara wajib.


7 September 2011 – Najib mahu pertumbuhan ekonomi negara terus melonjak maju menerusi pelbagai inisiatif dibawah ETP serta juga mahu Malaysia terus muncul negara selamat menerusi pelbagai tindakan dalam NKRA termasuk rondaan bersama PDRM dan Tentera, strategi lautan Biru atau Ocean Blue, High profile Policing dan pengukuhan konsep bandar selamat.

Hari ini Malaysia naik 5 anak tangga ke kedudukan ke 21 daripada 183 negara sebagai negara paling kompetitif di dunia. Laporan itu dikeluarkan Forum Ekonomi Dunia Persaingan Global.

Malaysia juga kini dikategorikan negara paling selamat di Asia Tenggara di belakang Singapura.

7 September 2011 – Yahoo Incorporated melucutkan jawatan CEO nya Carol Bartz, mengakhiri 2 tahun perkhidmatannya di Yahoo. Jawatan CEO Yahoo diambil alih secara interim oleh CFO atau Ketua Pegawai Kewangan Yahoo, Tim Morse.


08 September 2011 – Najib mengumumkan 8 projek pelaburan baru bernilai RM1.4 Billion dalam pelbagai sektor termasuk pertanian, aero-angkasa dan pembuatan. Ini sebahagian daripada kejayaan program ETP atau Program Transformasi Ekonomi yang diilhamkan beliau. Syabas Najib, anda memang hebat.

09 September 2011 – Lynas menjelaskan, ia berhasrat membuka kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia iaitu di Gebeng, Pahang kerana kos di Australia tinggi, kata Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia Barat,

10 September 2011 – China memberi komitmen untuk melabur RM900 juta dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur, ECER yang boleh mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri pantai Timur Malaysia, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

15 September 2011 - Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV, Najib berkata kerajaan akan memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri, I-S-A 1960 dan Akta Hukuman Buang Daerah 1959 serta mengkaji semula lain-lain Akta termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Perkara ini sudahpun dilaksanakan menerusi pembentangan di Parlimen, Bukan Omong Kosong.

29 September 2011 – Najib prihatin dengan kesihatan rakyat Malaysia. Selain melancarkan Klinik Rakyat 1 Malaysia dan Klinik bergerak di pedalaman menggunakan bot, Najib hari ini melancarkan program Vitamin 1 Malaysia selama 2 tahun yang disasarkan kepada 516, 520 pelajar miskin mulai Oktober 2011, melibatkan peruntukan RM19.6 juta. Dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran bertujuan melahirkan pelajar yang sihat tubuh badan.

6 Oktober 2011 – Najib turut menyampaikan rasa sedih di atas pemergiaan pengasas syarikat gergasi komputer, Apple, Steve Jobs. Jobs, 56 tahun meninggal dunia hari ini akibat kanser Pankreas.

13 Oktober 2011 – Gergasi IT, Apple memfailkan injuksi untuk menghalang pesaingnya, Samsung daripada menjual produk Samsung Galaxy Tab 10.1 di Australia. Apple sebelum ini menyaman Samsung kerana dikatakan meniru produk tersohor Apple, iPad.

14 Oktober 2011 – Kemboja melarang rakyatnya daripada bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia ekoran laporan ada pembantu rumah asing yang dipukul, dicederakan dan dirogol.


14 Oktober 2011 – Malaysia dan Najib sudah berusaha keras bersama kerajaan Republik Indonesia untuk merapatkan hubungan yang akhir akhir ini dicemari tunjuk perasaan melampau rakyat Indonesia ke atas kedutaan Malaysia di Jakarta sehingga dilempar najis manusia dan ancaman Ganyang ke atas rakyat Malaysia di Indonesia oleh tentera Merah dan golongan ekstremis lain.

Kali ini timbul pula dakwaan Malaysia merampas wilayah Indonesia di Camar Bulan dan Tanjung Datu di Kalimantan Barat. Namun perkara itu dinafikan pemimpin Indonesia termasuk Panglima TNI, Laksamana Agus Suhartono.

23 Oktober 2011 – Dunia dimeriahkan dengan kejohanan ragbi Piala Dunia di New Zealand yang dimenangi All Blacks selepas menewaskan Les Blues, Perancis 8-7 di final. Dalam menuju ke final, All Blacks tidak pernah tewas termasuk menewaskan Perancis di pusingan awal seterusnya menumpaskan Australia di separuh akhir. Ini kali kedua All Blacks juara ragbi Piala Dunia selepas kali pertama menjuarainya pada 1987, juga di tempat sendiri. Sekaligus menjadi pasukan ketiga memenangi Piala Dunia Ragbi buat kali kedua selain Australia dan Afrika Selatan. New Zealand dilatih jurulatih lagendanya Graham Henry.

Seorang pemain Ragbi New Zealand juga mencatat sejarah sebagai juara tinju Oceania. Hebat, dia boleh bermain ragbi dan bertinju.

Seorang lagi pemain Ragbi New Zealand mempunyai nama yg unik iaitu Lock dan posisinya ialah Lock..!!

Ada juga pemain di posisi Hooker yang bernama Whore. Untuk rekod Hooker dan Whore adalah perkataan slang bagi Prostitute atau pekerja seks.!!

23 Oktober 2011 – Hari sedih buat arena sukan permotoran dunia. Kemalangan tragis berlaku di Litar Sepang. Pelumba motosikal Itali, Marco Simoncelli, 24 tahun meninggal dunia selepas terlibat kemalangan ketika perlumbaan Moto GP di litar Sepang. Najib sering ke litar Sepang untuk menyaksikan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Formula One Grand Prix Malaysia.

27 Oktober 2011 – Najib pasti mengikuti perkembangan hutang Greek. Hari ini pemimpin Eropah bersetuju meningkatkan dana jaminan kepada 1 Trillion Euro bersamaan 4 Trillion Ringgit untuk menangani krisis hutang setelah bank bank bersetuju menerima kerugian 50% berhubung krisis hutan Greek.

27 Oktober 2011 – Najib melawat Australia. Katanya Australia masih berminat dengan mekanisme pertukaran pelarian dengan Malaysia bagi menangani pemerdagangan manusia dan migran. Ketika ini pelaksanaannya ditangguhkan buat sementara sehingga kerajaan Australia mendapat sokongan Parlimen.

Sebelum ini pada 13 Oktober 2011, Australia membatalkan rancangan pertukaran pelarian itu, sebaliknya urusan dokumentasi pelarian dilakukan di Australia.

28 Oktober 2011 – Saudi Arabia adalah negara yang rapat hubungan diplomatiknya dengan Malaysia, lebih lebih lagi ia rakan kongsi dalam perniagaan serta juga destinasi menunaikan Fardhu Haji dan Umrah di Mekah.

Hari ini Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Nayef Abdel Aziz Al Saud, 78 tahun dilantik Perdana Menteri dan Putera Mahkota Arab Saudi yang baru.

29 Oktober 2011 – Najib dan kerajaan Malaysia pastinya terkejut dengan tindakan syarikat penerbangan nasional Australia, Qantas mengarahkan semua penerbangannya di seluruh dunia dihentikan bagi menyelesaikan masalah syarikat Spirit of Australia itu dengan kesatuan sekerjanya yang mogok. Tindakan ini menyebabkan jutaan penumpang Qantas di seluruh dunia terkandas dan ia juga memaksa campur tangan kerajaan Australia dibawah PM Julia Gillard yang akhirnya berjaya menyelesaikan kemelut itu.

Penghujung 2011 – Najib bersetuju supaya Parlimen menubuhkan sebuah jawatankuasa pilihan khas Parlimen, PSC, bagi penambah baikan proses pilihanraya di Malaysia. Laporan Jawatankuasa itu diserahkan kepada semua 191 Ahli Parlimen di Malaysia pada Isnin 2 April 2012 dan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa 3 April 2012.

5 November 2011 – seorang rakyat Malaysia, Lin Mun Poo, 32 tahun dipenjara maksimum 10 tahun kerana menggodam komputer US Federal Reserve atau Rizab Simpanan Persekutuan Amerika dan bank lain di Amerika Syarikat. Hmm Lin Mun Poo memang hebat dan pakar dalam IT, namun kehebatannya disalah-gunakan.

6 November 2011 – Juara Skuasy Dunia, Nicol Ann David dari Pulau Pinang terus mencatat sejarah tersendiri sebagai pemain squash terbaik dunia apabila muncul juara kejohanan terbuka Dunia, World Open buat kali ke 6, menewaskan dengan mucah Jenny Dunclaf dari England, 11-2, 11-5, 11-0. Ini kali pertama seorang pemain wanita Squash muncul juara kejohanan terbuka Dunia sebanyak 6 kali. Malangnya Squash tidak dipertandingkan di sebarang sukan Olimpik termasuk Beijing 2008 dan London 2012. Kalau tidak, pasti Malaysia menang emas pertamanya menerusi Nicol Ann David. Syabas kepada anak jati Pulau Pinang anak Desmond David dan isterinya ini. Najib pastinya mengikuti perkembangan ini, sama seperti beliau dan isteri Rosmah Mansor meraikan kejayaan seorang lagi anak Pulau Pinang, Datuk Lee Chong Wei yang juga pemain no.1 badminton dunia.

Pasti tercatat sejarah tersendiri apabila ditakdirkan pemain lelaki no. 1 badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei berkahwin dengan pemain no.1 skuash wanita dunia, Datuk Nicol Ann David. Kedua duanya masih bujang dan kedua duanya berasal dari Pulau Pinang dan kedua duanya jaguh sukan raket. Pasti Wedding of the Year kan. Juga boleh dibuat gimik Lee Chong Wei melawan Nicol David dalam skuash dan badminton. Pasti hebat kan??

8 November 2011 – Dunia mengucapkan selamat tinggal kepada jaguh heavyweight dunia, Joe Frazier, 67 tahun yang meninggal dunia hari ini di Philadelphia. Sebulan sebelum itu Smokin Joe Frazier didiagnos mengidap kanser liver atau kanser hati. Joe Frazier dikenali kerana persaingan hebatnya dengan seorang lagi jaguh tinju dunia, Muhammad Ali dengan kemuncaknya pertarungan 15 pusingan di Manila, Filipina dikenali Thrilla in Manila dimenangi Ali selepas Frazier tidak lagi berupaya melepaskan tumbukan pada pusingan terakhir. Frazier anda memang hebat.

12 November 2011 – Selaku pencinta dan peminat Sukan, Najib pastinya dimaklumkan mengenai kejayaan Gold Coast, Australia menjadi tuan rumah sukan Komanwel 2018, menewaskan pencabarnya bandar Hambantota Sri Lanka. Malaysia adalah anggota Komanwel dan tidak ketinggalan menyertai sukan Komanwel yang diadakan 4 tahun sekali. Malahan Malaysia juga hos sukan Komanwel 1998. Komanwel dianggotai antara lain England, Australia, New Zealand, Kenya, Malaysia, Singapura, Scotland, Wales, Barbados, St Kitts & Nevis, Solomon, Fiji, India dan banyak lagi.


15 November 2011 – Najib terus melakukan penambah baikan dalam aspek pengangkutan, kali ini dalam bentuk mempermudahkan pemandu mengingati tarikh luput lesen memandu. Ini kerana tarikh luput itu dipadankan dengan tarikh lahir pemandu supaya mereka tidak lupa memperbaharui lesen memandu mereka. Kemudahan terbaru untuk pemandu Malaysia ini berkuat kuasa 21 November 2011.


17 November 2011 - Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sahkan beliau tidak akan tanding dalam PRU ke 13. Tsu Koon sebelum ini tewas di kerusi Parlimen di Pulau Pinang pada PRU ke 12.

17 November 2011 – selaku peminat peralatan IT dan Internet, Najib pasti mengetahui berita terbaru dimana Google melancarkan store online muzik menampilkan jutaan lagu dari jenama terkenal dunia seperti EMI, Sony Music dan Universal Music.

30 November 2011 – Selaku peminat muzik, Najib juga pasti mengikuti perkembangan kematian Raja Pop Michael Jackson yang meninggal dunia pada Jun 2009. Hari ini doktor peribadi Jackson, Dr Conrad Murray, 58 tahun, dijatuhi hukuman penjara maksimum 4 tahun kerana menyebabkan kematian Raja Pop yang amat terkenal dengan lagu Billie Jean, Beat It, Black or White dan gerakan Moon Walk itu.

1 Disember 2011 - Najib hadiri perhimpunan agung UMNO 2011. Najib beri bayangan pilihanraya umum PRU ke 13 makin dekat, akan diadakan tidak lama lagi. Ingatkan ahli UMNO rapatkan saf dan tingkatkan perjuangan.

1 Disember 2011 - Najib berkata UMNO perlu hayati peneraju cara gaya baru lanskap politik nasional iaitu memahami realiti baru, media baru dan pemikiran baru.

1 Disember 2011 - UMNO kecam sekera kerasnya pihak tertentu cuba tulis dan meriwayat semula sejarah dengan perlekeh jasa pahlawan negara. Kenyataan ini jelas merujuk kepada kenyataan kontoversi Mat Sabu yang berkata polis yang gugur menentang komunis di Bukit Kepong, bukan wira.

1 Disember 2011 - Najib hurai beza Ahli UMNO dengan Orang UMNO dengan tegaskan UMNO perlu orang UMNO sebagai insan yang taat dan setia kepada parti.

3 Disember 2011 - Najib hadiri perhimpunan agung UMNO di KL. Najib berkata ada beberapa wakil rakyat UMNO yang berhasrat memberi laluan kepada muka baru bertanding pada PRU 13. Najib juga ajak seluruh ahli UMNO berjuang bersamanya di medan pilihanraya bagi mengekalkan kuasa Melayu, agama Islam dan institusi di Raja. Najib juga bergurau apabila berkata UMNO ada macam2 ahli, lanun pun ada (gurau merujuk kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dari Semporna, Sabah)

3 Disember 2011 - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketuai ikrar taat setia perwakilan UMNO di akhir ucapan pengguluingan pada perhimpunan agung UMNO 2011. Muhyiddin juga gaiskan 5 ramuan perjuangan UMNO.

3 Disember 2011 - Naib Presiden UMNO Dato Hishammuddin Tun Hussein berkata prinsip perjuangan membela bangsa, agama dan negara tidak akan digadai dalam melaksana agenda transformasi.

3 Disember 2011 - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Hanya kemenangan selesa UMNO pada PRU 13 berupaya menjamin kerajaan yang kuat memerintah negaa.

3 Disember 2011 - Ketua Wanita UMNO, Datuk Shahrizat Abdul Jalil berkata wanita UMNO zahir kesetiaan padu kepada kepemimpinan parti, ganding bahu bersama Pemuda dan Puteri hadapi pilihanaya umum.

3 Disember 2011 - Pemuda UMNO diketuai Khairy Jamaluddin ikrar sokong siapa juga calon boleh menang yang dipilih Presiden Parti bagi pastikan kemenangan BN pada PRU 13.


13 Disember 2011 - Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melafaz sumpah sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 14, ini perlantikan kedua Tuanku selaku Yang Di Pertuan Agong.

15 Disember 2011 – Najib pastinya dimaklumkan tragedi di India dimana 80 maut manakala 72 lagi dimasukkan ke Hospital setelah meminum arak dipercayai mengandungi methanol di sebuah perkampungan di timur Calcutta. Ini menyerlahkan kemiskinan hidup di India yang mempunyai 1 billion penduduk. Penduduk yang tidak ada wang itu terpaksa meminum arak buatan sendiri yang lebih murah kerana tidak mampu membeli arak mahal sebab miskin. Di Malaysia, tidak begitu kesnya. Arak buatan sendiripun yang selamat seperti Tapai, Bahar, Todi, Lihing, Montoku dan Sikat serta Linutau.

Ini tragedi kedua dalam tempoh kurang seminggu di Calcutta, India.

6 hari sebelum itu pada 9 Disember 2011, Calcutta turut dilanda musibah apabila kebakaran di sebuah Hospital di kota Calcutta mengorbankan 61 orang, kebanyakannya pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital itu. Siasatan dilakukan mengenai dakwaan kakitangan Hospital melarikan diri meninggalkan pesakit, sekaligus menyebabkan ramai pesakit maut. Perkara seperti ini tidak berlaku di Malaysia kerana kerajaan dibawah Najib senantiasa menitik beratkan aspek keselamatan di Hospital. Tiada Hospital di Malaysia yang uzur.


15 Disember 2011 – Hubungan diplomatik erat yang terjalin sejak dulu antara Malaysia dan Britain dijangka diperkukuhkan lagi menerusi lawatan pewaris tahkta Britain, Putera William dan isterinya Kate Middleton ke Malaysia pada 2012. Lawatan ini sebahagian kunjungan pasangan diraja itu ke seluruh dunia termasuk negara Komanwel sempena ulang tahun 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth II selaku Raja dan Ratu England. Putera William adalah cucu Ratu Elizabeth II, anak Putera Charles. Dia pewaris tahkta England selepas bapanya, Putera Charles yang berkahwin dengan Camilla Parker Bowles.


23 Dis 2011 - FELDA sentiasa dekat di hati Najib. FELDA akan bayar bonus insentif poduktiviti berjumlah RM102.6 juta kepada 95,949 peneroka FELDA di seluruh negara kata PM hari ini.

24 Dis 2011 - Pemimpin DAP bertelingkah sesama sendiri ekoran isu Godfather dan Warlord melibatkan pemimpin veteran Karpal Singh yang juga pengerusi DAP dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Profesor Ramasamy. Karpal minta Ramasamy letak jawatan dari DAP. Perkembangan ini pasti menggembirakan BN dibawah Najib.

26 Dis 2011 - mungkin goyang kerana populariti Najib makin meningkat, pakatan pembangkang terdiri PKR, PAS & DAP umum akan bentang manifesto PRU 13 dan keluakan deklarasi Alor Setar pada konvensyen pakatan pembangkang di Kedah pada 14 Januari 2012.

27 Dis 2011 - Najib prihatin dengan kebajikan pesara di hari tua. Oleh itu KWSP diarah menaikkan kadar caruman berkanun bahagian majikan untuk pencatum dengan gaji bulanan sehgingga RM5,000, dinaikkan 13% berkuat kuasa Januari 2012. Najib memang penyayang kepada pesara tak kira pesara kerajaan atau swasta. KWSP juga meminta pencarumnya untuk daftar i-Akaun untuk mudahkan semakan dan transaksi terpilih secara online melalui laman web myEPF mulai Januari 2012.

28 Dis 2011 - Najib turut bimbang dengan kemasukan dadah menerusi KLIA & LCCT oleh keldai dadah dari Timur Tengah dan Amerika Latin yg kian berleluasa. Lantas arahan dikeluarkan supaya semua laluan udara di Malaysia diisythar laluan berisiko bagi kemungkinan penyeludupan masuk dadah. Penumpang akan diperiksa lebih rapi oleh Kastam dan Polis di lapangan terbang.


2012


1 Januari 2012 – Malaysia menyambut tahun baru dengan 2 perkara baru untuk 28 juta penduduknya iaitu wang kertas baru dan syiling baru serta Kad Pengenalan Mykad berciri baru yang lebih hebat ciri keselamatannya.

7 Januari 2012 - Najib umum bayaran khas RM3000 seorang kepada lebih 70,000 bekas polis yang berkhidmat ketika darurat ekoran ancaman komunis pada 1948 hingga 1962 di Semenanjung dan sehingga 1974 di Sabah dan Sarawak.

9 Januari 2012 – Pelajar UPSI Adam Adli Abdul Halim digantung dihukum gantung pengajian 3 semester kerana mencemar nama baik universiti dan memudaratkan ketenteraman awam. Isu ini ada kaitan dengan penurunan bendera PM.

12 Januari 2012 – Najib umumkan Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia kepada isirumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk meringankan beban dan menggalakkan rakyat Malaysia menabung untuk masa depan.

15 Januari 2012 – Ketua Hakim Negara berkata Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman akan dikehendaki wajib mengistyharkan harta dan aset masing masing. Ini 1 lagi bukti bahawa Najib mahu semua sistem di negara kita bebas dari salah guna dan penyelewengan termasuklah institusi Kehakiman itu sendiri.

16 Januari 2012 – SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mewujudkan pasukan petugas khas untuk memantau dan menasihat pelaksanaan pengistyharan aset dan harta Hakim Mahkamah.

16 Januari 2012 – Najib berkata Petronas akan memperolehi hasil pendapatan RM37.7 Billion dalam tempoh 30 tahun hasil daripada perjanjian Petronas dan Shell untuk memperkukuhkan projek petroleum di pesisiran pantai Sabah dan Sarawak.

16 Januari 2012 – Khazanah Nasional akan jual 42.74 % pegangan saham dalam Proton Holdings kepada DRB-Hicom pada harga RM 1.291 Billion atau RM5.50 Sesaham.

20 Januari 2012 – Kementerian kesihatan arahkan pasukan khas Hospital Kuala Lumpur siasat punca kematian 2 bayi yang tersedak susu pada 19 Januari 2012. Orang ramai juga diminta tidak buat spekulasi.

20 Januari 2012 – Mahkamah Rayuan perintahkan Pengerusi DAP Karpal Singh bela diri atas dakwaan mengeluarkan kenyataan menghasut ke atas Sultan Perak pada 2009.

25 Januari 2012 – Laporan Ketua Audit Negara tidak pernah melabelkan projek NFC sebagai dalam keadaan tidak teratur, sebaliknya audit hanya menemui kelemahan dalam pelaksanaan dan objektif meningkatkan bekalan daging lembu negara dan mengurangkan impot bahan makanan itu, tidak dipenuhi.

29 Januari 2012 – Naib Presiden parti PPP Datuk Nik Sapeia Yusoff, 57 tahun dibebas dan dilepaskan dari tuduhan mencederakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad 6 tahun lalu di lapangan terbang Kota Bahru menggunakan penyembur mata.

29 Januari 2012 – Selaku peminat Tennis, Najib juga pastinya gembira dan teruja apabila jaguh Serbia, Novak Djokovic menang tennis Grand Slam pertama pada kalendar 2012 iaitu Terbuka Australia. Djokovid menewaskan Rafael Nadal 5-7, 6-4, 6-2, 6-7 dan 7-5 pada final di Melbourne. Perlawanan itu amat sengit dan berlanjutan 5 jam, antara perlawanan paling lama dalam sejarah Grand Slam.

Syabas Djokovic, dia kini sudah menang 5 kejuaraan Grand Slam iaitu 3 kejuaraan Terbuka Australia pada 2008, 2011 dan 2012, Wimbledon 2011 dan Terbuka Amerika Syarikat 2011, hampir melakukan Grand Slam pada 2011 namun tewas di separuh akhir Terbuka Perancis 2011 kepada Roger Federer yang akhirnya tumpas kepada Nadal di final.

Syabas Djokovic. Hidup Najib!!

9 Februari 2012 – Najib berkata Permodalan Nasional Berhad, PNB dan Khazanah Nasional akan mempelbagaikan 10 perniagaan bukan teras kepada firma Bumiputra terpilih menerusi tender terbuka dalam usaha meningkatkan ekuiti Bumiputra.

16 Februari 2012 – Menurut Majalah Forbes, individu terkaya di Malaysia masih didominasi muka lama iaitu Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri the Hong Piow dari Public Bank, Lee Shin Cheng dari IOI dan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

17 Februari 2012 - Najib ketika merasmikan program bantuan rumah di Tungku, Lahad Datu, Sabah mengingatkan rakyat Malaysia bahawa tiada kerajaan di dunia yang memberikan rumah percuma kepada rakyat berpendapatan rendah. Beliau merujuk kepada PBR, Program Bantuan rumah dimana setiap unit rumah dibina dengan kos RM42,000 hingga RM45,000 oleh kerajaan dan diberikan percuma kepada rakyat miskin yang berdaftar dengan e-kasih, ibu tunggal, golongan kelainan upaya dan warga emas.

Setiap rumah dilengkapi kemudahan bekalan air dan letrik dan juga kemudahan awam seperti balairaya, dewan, jalanraya.

Inisiatif ini terkandung dalam NKRA Luar Bandar dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diketuai menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Tiada kerajaan di dunia yang melakukan sedemikian, rumah percuma kepada rakyat. Pembangkang hanya pandai berjanji bulan dan bintang, namun tidak mampu atau tidak mempunyai idea dan ilham seperti ini untuk membantu rakyat.

21 Februari 2012 – Kementerian Dalam Negeri haramkan penjualan buku kanak kanak bertajuk “Where Did I Come From” tulisan Peter Mayle kerana didakwa mengandungi grafik lucah yang tidak sesuai untuk kanak kanak. Persoalannya bagaimana buku ini boleh melepasi pemeriksaan kastam dan KDN sehingga boleh dijual secara terbuka di kedai buku di Malaysia sebelum disedari pihak berkuasa? Pasti banyak lagi bahan bacaan larangan termasuk pornografi yang sudah terjual di Malaysia, namun tidak disedari pihak berkuasa.

21 Februari 2012 – Pelaburan Langsung Asing, FDI Malaysia meningkat 12.3% kepada RM32.9 Billion pada 2011 berbanding RM39.2 Billion pada 2010. Satu lagi bukti keyakinan pelabur asing ke atas pentadbiran kerajaan dibawah Najib.

21 Februari 2012 – Najib selaku PM pasti dimaklumkan mengenai kejayaan Polis menumpaskan sindiket mencuri kereta terbesar di Malaysia. 12 orang ditahan manakala pelbagai kenderaan serta komponen kenderaan bernilai jutaan ringgit ditemui Polis di pelbagai lokasi di Malaysia.

23 Februari 2012 – pengasas Berjaya Corporation, Tan Sri Vincent Tan yang juga antara 10 individu paling kaya di Malaysia, bersara dari peranan korporat. Tempat beliau sebagai Pengerusi dan CEO Berjaya Corporation, diambil alih anaknya, Robin Tan.

24 Februari 2012 – Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 11 pada 11 April 2012. Hari cuti am untuk seluruh Malaysia bagi memperingati tarikh bersejarah itu. Ini kali kedua Ke Bawah Duli Tuanku, dilantik Yang Di Pertuan Agong.

28 Februari 2012 – Najib mengumumkan 12 pelaburan baru bernilai RM 9 Billion yang boleh wujudkan 20,000 peluang pekerjaan di Wilayah pembangunan Ekonomi Pantai Timur, ECER.

2 Mac 2012 - Rusuhan di London turut mendapat perhatian Najib khususnya apabila ada pelajar Malaysia yang menjadi mangsa rusuhan. Antara kes senasai ialah Mohammed Asyraf Haziq yang patah rahang dibelasah remaja London yang tidak bertamadun di Barking. Mahkamah London hari ini mendapati 2 remaja bersalah menyerang Asyraf dan mencuri barangan peribadinya. Najib pasti gembira, justice has been served.

3 Mac 2012 – Najib memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas kesilapan BN pada pilihanraya umum ke 12 pada Mac 2008 lalu sambil berjanji BN tidak akan mengulangi kesilapan sama pada Pilihanraya Umum ke 13. Rakyat juga akan diberi perkhidmatan lebih baik oleh kerajaan BN.

4 Mac 2012 - Najib selaku peminat setia Manchester United pastinya gembira kerana Andres Villas Boas telah dihentikan khidmat sebagai pengurus Chelsea. The Blues sebelum ini adalah pencabar hebat Red Devils dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Selamat Tinggal Villas Boas. Hidup Liverpool! (saya penyokong setia The Reds)

9 Mac 2012 – Najib umum 59 projek di Johor yang mampu membawa pelaburan RM 139.3 Billion menjelang 2020, mewujudkan 68,000 peluang pekerjaan.

10 Mac 2012 – Najib umum peruntukan RM150 juta bagi menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang, Johor, menjadi 6 lorong berbanding 4 lorong ketika ini.

12 Mac 2012 – Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation, NFC, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 4 tuduhan pecah amanah bernilai RM49 Juta. NFC diselubungi kontroversi kerana didakwa menyalah guna dana RM250 untuk program ternakan lembu nasional di Gemas, Negeri Sembilan untuk membeli 2 lot kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura. Akibat skandal itu, isteri Datuk Seri Mohd Salleh iaitu Ketua Wanita UMNO Datuk Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat berkuat kuasa 8 April 2012.

13 Mac 2012 – BR1M, Bantuan Rakyat 1 Malaysia, hasil cetusan idea Najib yang memperuntukkan bantuan RM500 kepada isirumah berpendapatan kurang RM3000 sebulan kini sudah diagihkan kepada 3.8 juta isi rumah melibatkan peruntukan RM1.92 Billion Ringgit sehingga 1 Mac 2012 lalu, kata Najib di sidang dewan rakyat. BR1M dilancarkan pada 24 Ogos 2011.

19 Mac 2012 – Pengarah Urusan DRB Hicom Datuk Seri Mohd Khamil Jamil dilantik Pengerusi dan Pengarah EDksekutif Proton, berkuat kuasa hari ini 19 Mac 2012.

21 Mac 2012 – Najib berkata beliau akan mengumumkan berita gembira mengenai gaji minimum pekerja pada sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2012.

22 Mac 2012 – Ketika memperkatakan mengenai projek Nadir Bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang, Najib berkata kerajaan tidak akan benarkan Lynas beroperasi jika ada bukti saintifik projek Lynas menjejaskan kesihatan dan alam sekitar. Sebelum ini pada 6 Mac lalu, Mustafa Mohamad, Menteri perdagangan antarabangsa & industri Malaysia berkata Lynas setuju hantar bahan buangan loji itu ke luar negara.

24 Mac 2012 – Najib membayangkan Pilihanraya Umum, PRU ke 13 semakin hampir apabila katanya dalam sehari dua ni, keyakinan rakyat ke atas BN semakin meningkat baik.

29 Mac 2012 – Ketika melakukan kunjungan rasmi ke Myanmar, Najib berkata Malaysia sedia pertimbang kemungkinan mengambil rakyat Myanmar berkhidmat sebagai pembantu rumah, namun perbincangan lanjut perlu dibuat kedua dua negara untuk memperhalusi cadangan itu. Ini kerana Malaysia berdepan masalah mengambil pembantu rumah dari negara tradisional iaitu Indonesia kerana syarat ketat dikenakan iaitu pembantu rumah Indonesia hanya perlu melakukan 1 kerja dan dibayar gaji bulanan RM700.00


2 April 2012 – Kerajaan Thailand memberi sumbangan 459,000 Baht atau RM 45,900 kepada ahli keluarga rakyat Malaysia yang terbunuh dalam letupan bom di Hatyai, Thailand pada Ahad 1 April 2012. 2 rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh setelah puak pemisah meletupkan bom kereta di Plaza Lee Garden. Ini bukti Thailand menghargai hubungan diplomatik erat dengan Malaysia. Najib juga buat kenyataan di Naning, China bahawa hanya penyelesaian politik dapat hentikan konflik di selatan Thailand.


2 April 2012 – Najib umum prestasi program transformasi Kerajaan, GTP secara langsung di TV3 dan TV kerajaan 8.30 malam dari Angkasapuri.

Antara intipati kenyataannya :

RM 3 Billion sudah disalurkan kerajaan setakat ini untuk program bantuan BR1M, Bacuar Buku pelajar universiti dan Bantuan pelajar sekolah.

Kerajaaan juga sudah melaksanakan kenaikan gaji kepada 1.4 juta kakitangan awam, penghapusan tol, penubuhan Klinik 1 Malaysia, Menu Rakyat 1 Malaysia, program NKRA telah memanfaatkan rakyat Malaysia yang terbanyak.

Begitu juga subsidi RM30 billion kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi subsidi petrol, barangan kawalan dan juga bil elektrik kerana Malaysia katanya adalah negara berkebajikan yang komited mahu ringankan bebanan hidup rakyat.

Begitu juga strategi Ocean Blue atau Lautan Biru untuk tingkatkan rondaan polis telah berjaya kurangkan 39 % jenayah jalanan manakala jenayah keseluruhan kurang 11% semenjak 2009.

Polis dan Tentera juga tingkatkan kerjasama menerusi rondaan bersama, RELA dan JPAM dan latihan bersama untuk lahirkan lebih ramai pegawai dan anggota polis dengan kos minimum. Pemasangan CCTV turut ditingkatkan.

NKRA untuk pencapaian pelajar, pendidikan peringkat rendah dan menengah di Malaysia adalah percuma. Kini 77 % anak anak Malaysia dapat peluang ikuti pelajaran pra sekolah berbanding 67% pada 2010. Kerajaan menyedari anak anak adalah permata negara.

Peranan guru bagi memastikan sistem pendidikan berkualiti turut dititik beratkan dan sistem kenaikan pangkat Guru IBRIS diumumkan dalam bajet 2012.

NKRA pertingkat infrastruktur asas luar bandar, kerajaan tak pernah lupakan penduduk luar bandar, keprihatinan terbukti apabila sejak 3 tahun lalu usaha tingkatkan kemudahan luar bandar diberi nafas baru, setakat ini hampir 1,000 km jalan luar bandar telah dibina, ini jumlah km jalan terpanjang pernah dibina dalam tempoh 2 tahun. Melebihi panjang lebuhraya utara selatan sedia ada, menggunakan strategi lautan biru ATM Menerusi projek jiwa murni bagi pembinaan jalanraya luar bandar spt Long Gopeng ke Ba Kelalan di pedalaman Sarawak.

27,000 isi rumah luar bandar mendapat nikmat bekalan letrik dan lebih 70,000 mendapat bekalan air bersih, hasil langkah ini telah tingkatkan.

Sabah libatkan 8% babitkan lebih 150,000 penduduk manakala peningkatakan 5.3% babitkan lebih 100,000 penduduk manakala negeri di Semenanjung peningkatan 3.6 % babitkan lebih 250,000 penduduk.

Letrik Sabah peningkatan 6.8% dan 6.2% di Sarawak, manfaatkan lebih 230,000 penduduk.

Untuk rancakkan lagi pembangunan luar bandar kerajaan lancarkan program transformasi luar bandar menerusi RTC yang diwujudkan telah dilancarkan pertama di Gopeng, Perak manakala RTC berikutnya di Kota Bahru, Kelantan. (meskipun ditadbir pembangkang)

NKRA tingkatkan pengangkutan awam, kerajaan laksanakan beberapa projek besar pengnagkutan awam iaitu LRT paling komprehensif, fasa 1 projek ini dijangka siap dalam 5 tahun akan datang sementara itu kerajaaan ambil tindakan tingkatkan sistem pengangkutan LRT dari gerabak 2 koc kepada gerabak 4 koc dan pemanjangan laluan di lokasi kritikal libatkan 500,000 pengguna sehari ketika waktu puncak.

Komuter KTM koc baru diberi dan diperolehi secara berperingkat untuk tingkatkan keselesaan perkhidmatan komuter dengan sediakan laluan berkembar termasuk dari Ipoh ke padang Besar.

NKRA tingkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah dah berjaya basmi kemiskinan tegar keluarkan lebih 44,000 isirumah dari kategori miskin tegar, namun kita waspada kes baru kemiskinan. Kerajaan juga telah laksana elbagai inisiatif dibawah 1Azam beri nikmat 47,000 isirumah libatkan perbelanjaan 500 juta.

NKRA benteras rasuah, kerajaan komited benteras rasuah kerana ia ibarat barah dalam kelangsungan pembangunan negara dan kerajaan tak pilih kasih dalam benteras rasuah, tidak timbul soal ikan bilis dikenakan tindakan manakala ikan jerung dibiarkan terlepas.

900 pesalah rasuah telah disabit kesalahan sehingga hujung 2011, mahkamah khas rasuah juga telah diwujudkan.

Selain GTP, kerajaan juga perkenal program transformasi Ekonomi dengan matlamat mengeluarkan Malaysia dari status negara berpendapatan sederhana ke status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Daya saing ekonomi dunia, Malaysia juga telah naik 5 anak tangga dan Malaysia antara 21 negara paling kompetitif ekonominya di dunia manakala bank Dunia dalam laporannya 2012 mengiktiraf Malaysia negara ke 18 paling mudah menjalankan urus niaga.

Dalam konteks itu, Malaysia telah memintas negara lebih maju seperti Jerman, Jepun dan Perancis.

Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing juga meletakkan Malaysia di 10 tangga teratas dunia.

Dulu pendapatan per kapita Malaysia ialah 6,700 dolar Amerika, namun hari ini per kapita telah naik kepada 9720 dolar Amerika.

Pencapaian tertinggi KDNK Malaysia sejak merdeka telah cecah 852.7 billion ringgit pada 2011, membolehkan kerajaan kutip jumlah hasil tertinggi dalam sejarah pasca merdeka 185.54 billion ringgit, bolehkan pelbagai inisiatif dijalankan demi kesejahteraan rakyat dan perbaiki kedudukan fiskal kerajaan.

Apa yang dicapai dalam kerangka waktu ini menunjukkan Malaysia di trajektori betul capai pendapatan per kapita USD15,000 pada 2020.

Pelaburan Asing kini 33 Billion Ringgit manakala pelaburan swasta 94 Billion ringgit wujudkan 313,000 peluang pekerjaan baru hasil 197 billion pelaburan dibawah ETP.

Segala yang telah dibentangkan itu bukti jelas sikap keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan yang telah berterus terang dengan rakyat Malaysia mengenai masalah dan cabaran yang telah dihadapi negara.

Segala ini dirangka dengan sebab dan matlamat dengan pucuk pangkal kerajaan jelas ke arah mana hala tuju yang ingin dibawa negara iaitu menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, iaitu hanya 8 tahun dari sekarang.

Kerajaan tak takut bersaing dalam gelanggang demokrasi, sudah membatalkan 3 peristiharan darurat, gubah akta perhimpunan aman untuk jamin hak berhimpun rakyat, mansuhkan ISA dan pinda AUKU dan pinda Akta Perlesenan dan Mesin Cetak.

Kerajaan penuh keyakinan ke atas kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan menilai mana intan dan yang mana kaca, kita percaya rakyat bijak memilih kerajaan yang meletakkan kepentingan rakyat atas segala galanya, kerajaan bukan populis dan semborono yang tak bertanggung jawab.

Kerajaan tidak akan sekali kali akan ranap dan bankrapkan negara, kerajaan akan sentiasa terus terang dengan rakyat tentang apa yg kita mampu dan tak mampu lakukan.

Namun ada pihak mudah janjikan bulan bintang dan cakrawala. Oleh itu janganlah kita berkesperiman dengan menukar pemandu di tengah tengah yang sudah terbukti kebolehannya dan ditukar dengan pemandu yang diragui dan merbahaya.

Jangan silap buat keputusan, berhati2 dengan tukar karut penglipur lara yang tak konsisten dan hanya tahu janji (pembangkang). Waspadalah dengan alunan muzik peniup seluring yang penoh dengan pesona dan perdaya.

Kesimpulannya kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bertanggung jawab, amanah dan sentiasa tepati janji.

3 April 2012 - Sebagaimana diketahui umum, harga petrol dunia sudah naik ekoran kenaikan jarga petroleum dunia oleh pengeluarnya. Malaysia juga tidak terkecuali daripada mendapat tempiasnya, namun Najib tidak mahu membebankan rakyat Malaysia. Oleh itu kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 10 sen hari ini kepada RM 2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam 4 April 2012, adalah minimal. harga petrol di Malaysia masih yang paling rendah berbanding negara lain di dunia. Namun harga petrol RON 95 dan Diesel, tidak berubah, kekal.


4 April 2012 - Isu ketelusan dan pelaksanaan proses pilihanraya yang lebih baik di Malaysia turut menjadi agenda utama Najib sebagai PM. Ini membawa kepada penubuhan jawatankuasa pilihan khas Parlimen, PSC bagi penambah baikan proses pilihanraya di Malsyaia. Hari ini Najib berkata kesemua syor jawatankuasa berkenaan akan diteliti kerajaan kerana kerajaan mahu mengadakan pilihanraya yang adil, bersih dan telus. Antara Syor PSC, mendaftar pemilih di luar negara supaya boleh mengundi awal menerusi pejabat Kedutaan atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara atau mengundi secara pos, liputan adil media kepada semua parti bertanding, pengunaan dakwat kekal kepada pengundi, pembubaran Parlimen dibuat selepas 4 tahun pilihanraya terdahulu, tempoh berkempen sekurang kurangnya 10 hari, pendaftaran automatik rakyat Malaysia berusia 21 tahun sebagai pengundi.


4 April 2012 - pembangunan indistri automotif tempatan turut diberi perhatian utama oleh Najib dan kabinetnya termasuk Proton dan DRB HICOM. Hari ini model baru Proton dengan nama kod P3-21A, dikenali sebagai PROTON PREVE yang bermaksud Proven, bukti dan terbukti.

4 April 2012 - selaku peminat sukan bolasepak, Najib pasti mengikuti rapat perkembangan di dalam FAM, Persatuan Bolasepak Malaysia apabila Timbalan Presidennya Tan Sri Annuar Musa digantung 2 tahun 6 bulan oleh jawatankuasa tata-tertib FAM hari ini, kerana didapati bersalah mengkritik pasukan Kebangsaan dibawah kendalian jurulatih Datuk K. Rajagobal.

5 April 2012 - isu kebanjiran pendatang asing, pekerja asing dan pendatang tanpa izin di Malaysia juga amat diberi perhatian oleh Najib dan kabinetnya. Program 6P dilancarkan untuk program pemutihan rakyat asing di Malaysia. Dan Hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata program 6P tidak akan dilanjutkan lagi kerana sudah dilanjutkan 3 kali sebelum ini. Mulai 10 April, kerajaan akan melaksanakan fasa Penguat Kuasaan untuk mengesan, tangkap dan hantar balik pekerja asing tidak sah di Malaysia.

5 April 2012 - Kemelut politik kerajaan PAS Kedah turut berlaku dibawah pentadbiran Najib selaku PM. Hari ini, Phahrolrazi dan Ismail angkat sumpah sebagai Exco Kedah dan diberikan potfolio lebih kecil tugasnya berbanding potfolio sebelum ini. Beberapa Exco turut bertukar potfolio. 2 Exco itu sebelum ini enggan angkat sumpah jawatan sebagai protes kepada MB Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak. Ini memaksa sebuah jawatankuasa pemantau diwujudkan PAS Pusat untuk pantau pentadbiran kerajaan negeri PAS Kedah.

7 April 2012 - Golongan wanita di Malaysia sentiasa dekat di hati Najib. Hari ini di Temerloh, Pahang, Najib berkata beliau akan memangku tugas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila penyandangny Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya berkuat kuasa 8 April 2012. Shahrizat terpaksa berbuat demikian setelah suaminya didakwa atas tuduhan pecah amanah melibatkan dana National Feedlot Corporation atau Perbadanan Fidlot Nasional, NFC.

7 April 2012 - Batu Pahat, Johor, Najib melancarkan karnival Janji ditepati. Karnival ini diadakan di seluruh negara bermula di Batu Pahat Johor hari ini bagi memberi maklumbalas kepada rakyat bahawa kerajaan pusat dan negeri dibawah Barisan Nasional, BN mengotakan segala janjinya termasuk BR1M, KR1M dan pelbagai bantuan lagi, berbanding kerajaan negeri dibawah Pakatan Pembangkang seperti Selangor yang hanya pandai berjanji tapi tidak ditepati seperti janji bantuan kepada setiap anak dilahirkan dan bantuan prasekolah. Tegasnya pembangkang hanya pandai menjanjikan bulan dan bintang namun tidak ditepati. Sedangkan BN menepati janjinya untuk rakyat.
Janji pembangkang juga mustahil boleh ditunaikan antaranya untuk mansuhkan pinjaman perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional atau PTPTN kerana ini jika dibuat melibatkan perbelanjaan RM43 Billion. Tegas Najib tiada kerajaan di dunia yang memberikan pembiayaan pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya.

7 April 2012 - Najib umumkan peruntukan RM6 juta untuk pembinaan pasar baru Batu Pahat dan RM3 juta untuk pembinaan Pasar Borong Batu Pahat.

8 April 2012 - Najib mahu belia Felda terus boleh bersaing dan berdiri sama tinggi dengan belia dari negara maju di dunia. Najib mengumumkan 30 belia Felda akan menyertai latihan di kelab bolasepak Cardiff City di United Kingdom. Kelab ini dimiliki rakya Malaysia. Najib adalah menteri bertanggung jawab ke atas hal ehwal FELDA dan pelbagai pendekatan dilakukan untuk melonjakkan martabat FELDA.


8 April 2012 - bantuan khas RM3000 seorang kepada 72,000 bekas anggota polis yang berkhidmat ketika Darurat dijangka selesai diagihkan menjelang Jun 2012 kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Bantuan melibatkan peruntukan RM216 juta ini adalah ilham Najib yang mahu jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan di masa lampau, terus diingati.


8 April 2012 – selaku peminat setia Manchester United, Najib pasti tersenyum lebar apa bila Man Utd menang 2-0 ke atas QPR di Old Trafford manakala Manchester City tewas 0-1 kepada Arsenal di tempat lawan di Emirates. Malahan penyerang utiliti Manchester City, Mario Balotelli turut dibuang padang kerana kekasaran. Keputusan itu bermakna Manchester United kini 8 mata di depan Manchester City di liga EPL di saat persaingan menentukan siapa juara EPL 2011/2012 menuju ke kemuncaknya. Apapun Manchester City pasti meledak apabila berdepan Manchester United di tempat sendiri. Ingat Manchester United pernah dibelasah 1-6 oleh Manchester City di Old Trafford sebelum ini.


9 April 2012 – kesungguhan Najib membenteras rasuah menerusi NKRA menampakkan hasil apabila ramai orang berpangkat tinggi diheret ke mahkamah oleh SPRM. Hari ini kita dimaklumkan seorang Timbalan Pengarah di SKMM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan isterinya dituduh bersuhabat dengan seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta menerima suapan wang tunai RM250,000.00, bukti bukan setakat ikan bilis ditangkap, malahan juga ikan jerung, tuna, yu dan juga ikan besar lain.

Syabas dan tahniah Najib, SPRM & Kerajaan Malaysia.


9 April 2012 – Najib memutuskan perkhidmatan selaku Senator untuk 4 menteri kabinet dilanjutkan 3 tahun lagi. Mereka ialah Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.


9 April 2012 – Najib muncul di NTV7 selama 1 setengah jam secara langsung mulai 8.30 malam hingga 10 malam dalam rancangan Chat with... Najib atau Ah Jib Gor, 1 rancangan bual bicara dalam bahasa Mandarin. Dalam program itu Najib memberi penjelasan mengenai pelbagai isu termasuk bila pilihanraya umum diadakan, status terkini kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, BR1M, sistem pendidikan sekolah Cina, NKRA, program GTP, ETP dan pelbagai isu lain yang disoal 2 hos penyampai serta menerusi visual temuramah orang ramai dari kalangan masyarakat Cina.


10 April 2012 – pendidikan sememangnya dekat di hati Najib, maka itu Pendidikan terkandung dalam 6 teras NKRA yang diumumkan Najib dalam GTP. Hari ini, diumumkan bahawa 1,609 pelajar SPM 2011 yang mendapat keputusan cemerlang 9A+ dan ke atas, secara automatik ditawarkan bursari atau dermasiswa kementerian Pelajaran untuk kursus pra universiti di Institusi pengajian tinggi tempatan.

Pada masa sama, kerajaan akan belanjakan RM2.12 billion untuk membiayai kos keseluruhan pengajian pelajar di universiti dalam dan luar negara untuk sesi pengajian tahun ini. Kerajaan Malaysia dibawah Najib benar benar prihatin. Pembangkang belum tau dapat melakukan semua ini ataupun mempunyai idea untuk melakukan semua ini. Oleh itu jangan silap pilih pada PRU 13 kelak.


10 April 2012 – Kerajaan dibawah Najib juga membawa transformasi bagi hak mengadakan perhimpunan aman oleh rakyat, ertinya mereka boleh berhimpun asalkan aman, tidak memudaratkan keselamatan awam, tidak membawa kepada kacau bilau dan rusuhan. Menteri dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata perhimpunan Bersih 3.0 boleh dibenarkan selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.


10 April 2012 – Najib juga mendengar suara hati rakyat mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Sehubungan itu, Rang Undang Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah Langkah Khas) dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat Parlimen, hari ini bagi menggantikan ISA yang sudah dimansuhkan.

Pergerakan Puteri UMNO menyifatkan pembentangan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi mengganti Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sebagai transformasi besar-besar perundangan keselamatan negara. ISA yang telah 42 tahun dilaksanakan dan Perintah Darurat sememangnya tidak lagi relevan dengan suasana semasa terutamanya dalam menangani ancaman keganasan dan sabotaj dari dalam dan luar negara.

Puteri UMNO percaya rang undang-undang yang akan dibentangkan pada bacaan kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Isnin ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap usaha-usaha untuk membendung kegiatan terorisme tanpa mengaitkannya dengan pandangan politik semata-mata. Penggubalan rang undang-undang tersebut juga jelas memperuntukkan mekanisme undang-undang yang terbaik untuk menjaga keselamatan negara selain mengelak daripada sebarang penyalahgunaan kuasa pihak tertentu.

Peruntukan seperti penahanan tidak melebihi 28 hari, selain hak orang yang disyaki untuk memohon ikat jamin serta hak untuk mendapat semakan kehakiman termasuk habeas corpus menjadikan rang undang-undang tersebut menepati matlamat untuk menegakkan undang-undang pada masa yang sama tidak mengetepikan faktor hak asasi manusia.

Cadangan penubuhan sebuah jawatankuasa untuk mengawalselia pelaksanaan rang undang-undang tersebut juga sebagai jaminan bahawa akta yang baru itu digubal tanpa motif peribadi mahupun politik sebaliknya untuk memastikan keselamatan negara dan rakyat terpelihara.   

11 April 2012 – Detik Bersejarah kepada rakyat Malaysia. Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah ditabalkan secara rasmi sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 14 di Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Ini kali kedua Sultan Kedah ditabalkan Yang Di Pertuan Agong selepas kali pertama pada 1970 hingga 1975. Majlis bersejarah itu dihadiri semua Sultan dan Raja Raja Melayu, Yang Di Pertua Negeri, Najib, TPM dan juga Putera Mahkota Brunei Darusallam dan isteri.


11 April 2012 – Dalam titah taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong, Najib berkata Kerajaan membatalkan 3 proklamasi Darurat kerana yakin rakyat kini sudah memasuki era baru.

11 April 2012 - 4 jam selepas pertabalan rasmi Yang Di Pertuan Agong, Najib dan kerajaan Malaysia dalam keadaan berjaga jaga ekoran kejadian Gempa Bumi Kuat 8.9 Ritcher mengegar Aceh kira kira 4.38 petang waktu Indonesia atau 5.38 petang waktu Malaysia. Amaran Tsunami dikeluarkan di seluruh Asia, Oceania dan Afrika. Gegaran turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan amaran Tsunami turut dikeluarkan di negeri Barat Semenanjung seperti Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Pusat Gempa berhampiran Aceh yang teruk dilanda Tsunami pada Disember 2004. Saiz gempa diturunkan kepada 8.5 atau 8.6 Ritcher.

Amaran Tsunami turut dikeluarkan di Thailand, India, Maldives, Sri Lanka, Kenya, Afrika Selatan.

Pusat Gempa terletak 465 kilometer Barat Daya Aceh. Tsunami berpotensi melanda 5 wilayah di Indonesia iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung menurut Agensi Meterologi dan Geofizik Indonesia.

Bekalan elektrik di beberapa wilayah di Sumatera terputus dan orang ramai melarikan diri ke kawasan tinggi.

Gegaran kedua dirasai di Barat Semenanjung sebentar tadi kira kira 7 petang susulan Gempa Bumi di Aceh. Gegaran kedua itu dilaporkan lebih besar dari Gempa Bumi asal iaitu 8.8 Ritcher. Ini agak ganjil kerana lazimnya gegaran susulan, tidak sekuat atau lebih kecil berbanding gempa bumi asal.

Agensi mitigasi bencana Indonesia menghantar pasukan penyelamat ke Aceh.

Majlis Keselamatan Negara, MKN arah semua penduduk di pesisiran pantai Kedah terutama Langkawi dan Kota Kuala Muda, siap sedia tinggalkan kediaman masing masing.

1,000 penduduk kampung di persisiran pantai Kota Kuala Muda Kedah meninggalkan rumah masing masing dan berpindah ke dewan serbaguna Tunku Intan Shafinaz sebagai langkah berjaga jaga.

1,774 pelajar dan rakyat Malaysia di Sumatera selamat termasuk di Aceh dan Padang iaitu 2 kawasan paling terjejas oleh gempa bumi itu.

Malaysia membuka bilik Gerakan di Pejabat Konsulat Jenderal Indonesia di Medan yang beroperasi 24 jam dan boleh dihubungi di talian +62 614 5313 42 / +62 614 5352 71 dan +62 614 523992. Bilik Gerakan ini membantu pelajar dan rakyat Malaysia selain memantau keadaan terkini.

Amaran Tsunami di Lautan Hindi ini ditarik balik pada 10.48 malam oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik dan kerajaan Indonesia serta Agensi Meterologi, Klimatologi Indonesia. Jabatan Meterologi Malaysia tarik balik amaran Tsunami itu jam 10 malam tadi.

Syukur kepada Tuhan.

11 April 2012 – Sabah dilanda black out di kebanyakan kawasan di seluruh negeri kerana kapasiti penjanaan yang belum dapat memenuhi permintaan jika berlaku kehilangan kuasa. Isu tenaga ini perlu diberi perhatian oleh Najib kerana Sabah adalah fixed Deposit atau simpanan tetap BN. Dulu Najib pernah membatalkan cadangan membina loji janakuasa elektrik 300MW di Tungku, Lahad Datu mengunakan arang batu kerana dibantah keras rakyat jelata di Sabah yang bimbang berlaku pencemaran.

12 April 2012 – Kuala Dipang, Kampar, Perak dilanda banjir. 1,145 orang dari 254 keluarga dipindahkan ke 2 pusat pemindahan.

12 April 2012 – selaku peminat setia Manchester United, Najib pasti kurang selesa dan tidak keruan apabila Manchester United tewas 0-1 kepada Wigan di tempat lawan dalam saingan EPL malam tadi, manakala pencabar terdekat United, Manchester City pula melakar kemenangan 4-0 ke atas West Bromwich Albion di tempat sendiri, meskipun tanpa striker utamanya Mario Balotelli yang dibuang padang ketika perlawanan menentang Arsenal yang menyaksikan City tewas 0-1 di Emirates.

Jurang United dan City kini hanya 5 mata dan kedua dua pasukan teratas itu akan bertemu di gelanggang Manchester City dalam perlawanan yang amat ditunggu tunggu tidak lama lagi.

Kini ada baki 5 perlawanan lagi di EPL.

Apapun selaku peminat Liverpool, saya amat teruja melihat Liverpool menewaskan Blackburn Rovers 3-2 di tempat lawan 2 hari lalu meskipun hanya bermain dengan 10 pemain setelah penjaga gol Andoni dibuang padang kerana menerima kad merah. Liverpool beraksi dengan penjaga gol ketiga, Jones yang berjaya menyelamatkan 1 penalti namun tidak berjaya menyelamatkan penalti kedua yang dianugerahkan kepada Rovers. Gol Liverpool dijaringkan oleh pemain Argentina Maxi Rodriguez – 2 gol dan gol kemenangan di minit kecederaan dijaringkan penyerang kontroversi bernilai 35 juta pound sterling, Andy Caroll. Ini baru gol kedua Caroll dalam 22 perlawanan!!

12 April 2012 – Di tengah kehangatan puncak persaingan Liga Perdana Inggeris, PM British tiba di KL.

Najib menyambut ketibaan PM British, David Cameron di kompleks Bunga Raya, KLIA jam 12.45 tengahari. Delegasi British termasuk 87 ahli perniagaan dalam lawatan rasmi 2 hari ke Malaysia, sekaligus mengeratkan hubungan Malaysia-Britain. Malaysia dan Britain antara rakan dagang terbesar antara satu sama lain.

12 April 2012 – susulan gempa Bumi kuat 8.7 Ritcher yang mengegar Aceh semalam, wilayah itu sekali lagi digegarkan 25 gegaran susulan termasuk skala 5.3 ritcher jam 7.29 pagi tadi.

12 April 2012 – Najib merasmikan menara 1 PDRM di Bukit Aman pada sebelah pagi. Najib menggariskan 2 cabaran kepada PDRM iaitu memastikan keselamatan awam sentiasa terjaga dan memastikan setiap individu mendapat hak asasi manusia.

12 April 2012 – Najib pasti dimaklumkan mengenai kejayaan Polis menyelamatkan 3 bayi dipercayai diperdagangkan dengan dijual sindiket antarabangsa yang didalangi wanita Singapura di Bukit Tinggi, Klang, Selangor yang dikesan pada Jumaat 6 April 2012 lalu.

13 April 2012 - Najib maklum mengenai pelancaran roket satelit Korea Utara yang menimbulkan ketegangan di Semenanjung Korea, China dan Jepun. Namun pelancaran satelit Kwangmyongsong-3 awal pagi ini yang juga Friday the 13th, menemui kegagalan, selepas roket Unha-3 gagal memasuki orbit, sekaligus membuatkan pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un, marah dan berang.

13 April 2012 - Usaha polis memerangi jenayah dikejutkan dengan berita kematian seorang anggota polis yang maut digilis lori selepas motorsikalnya digesel kenderaan penjenayah yang dikejarnya di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam.

14 April 2012 – Festival Mersing, Johor, diadakan, serentak itu pelancaran projek pelancongan kelas dunia Mersing Laguna yang merangkumi 22 hotel, taman tema, pusat komersial, jeti, padang golf dan pusat konvensyen menelan belanja RM22 Billion. Sekaligus menjadi 1 lagi bukti, keyakinan pelabur ke atas kerajaan BN.

Festival Mersing turut dijayakan celebriti TV3, konsert Otai Rock Lefthanded dan ramai lagi.

14 April 2012 - usaha polis membenteras jenayah di Malaysia, mendapat kejayaan apabila 3 penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak di bulatan Billion, Cheras, tengahari tadi. Penjenayah ganas itu dipercayai terbabit merompak sebuah kedai emas di Shah Alam menyebabkan kerugian RM600,000 pada awal bulan ini.

14 April 2012 - selaku peminat setia Manchester United, Najib pasti tersentak apabila pencebar terdekat United, Manchester City menang besar 6-1 ke atas Norwich di tempat lawan, menuju kemuncak saingan EPL. Carlos Tevez menjaringkan 3 gol hatrick manakala rakan seArgentina, Sergio Aguero menyumbang 2 gol termasuk 1 gerakan solo. Sekaligus merapatkan jurang mata dengan United kepada hanya 2 mata saja iaitu United 79 mata dan Manchester City 77 mata, namun United ada perlawanan Ahad ini. Kejayaan Manchester City dicapai tanpa penyerang bermasalah, Mario Balotelli yang digantung 3 atau 4 perlawanan.

14 April 2012 - Liverpool turut mara ke final Piala Fa pada 5 Mei ini bertemu samada Chelsea atau Tottenham selepas tewaskan Everton 2-1 di Wembley. 2 gol Liverpool dijaringkan Luis Suarez dan Andy Caroll.

14 April 2012 - Najib amat prihatin dengan sektor kesihatan negara dan mengarahkan Kementerian Kesihatan memberi perintah sesi pertemuan seminggu sekali antara Pengarah Hospital dan pekerja bagi hospital kerajaan bagi mengelak insiden membuli, kerja berlebihan dan depresi atau tekanan di tempat kerja.

15 April 2012 - Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti komponen BN mempunyai tempoh masa 2 minggu untuk serahkan senarai nama calon parti masing masing untuk Praya Umum ke 13.

15 April 2012 - Najib pasti berbangga kerana pasukan Formula One Malaysia, Mercedes Petronas, muncul juara Grand Prix China di Litar Shanghai menerusi pemandunya Nico Rosberg yang seiras dengan bintang Hollywood, Leornado De Caprio. Kedua Jenson Button dan ketiga Lewis Hamilton.

15 April 2012 - Najib pasti mengikuti perkembangan Golf terbuka Malaysia yang dimenangi Louis Oosthuizen dengan mencatat 271 pukulan, 17 dibawah Par.

15 April 2012 - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masanya tepat untuk mengadakan pilihanraya umum ke 13 dalam masa terdekat kerana sokongan rakyat kepada Kerajaan pada tahap terbaik.


16 April 2012 - Najib berkata kerajaan akan kaji semula Akta Hasutan, namun akan memastikan keharmonian negara terus terjamin daripada ketegangan kaum dan kacau bilau.

16 April 2012 - Bekas CEO Yayasan Pelajaran MARA, Datuk Dr Abdul Shariff Hamid dan seorang pengurus ditahan SPRM dan seterusnya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 18 tuduhan palsukan dokumen melibatkan nilai RM 609,300.00

16 April 2012 - Najib bentangkan rang undang undang memansuhkan ISA di Parlimen. Najib juga berkata mahkamah Tinggi khas diwujudkan bagi membicarakan kes di bawah rang undang undang keselamatan baru yang menggantikan ISA yang dimansuhkan.


16 April 2012 – penerbangan MH2 MAS dari KLIA ke London menggunakan pesawat Boeing 747-400 yang membawa 351 penumpang dan 20 anak kapal, dibatalkan setelah 1 daripada 4 enjinnya menghadapi masalah teknikal, kira kira 10 dan 15 saat sejurus berlepas dari KLIA jam 11.40 malam.

Pesawat terpaksa membuat pusingan selama 2 jam di ruang udara KL untuk membuang minyak, sebelum berpatah balik dan mendarat dengan selamat di KLIA pada 2.05 minit pagi.

Selepas menunggu 11 jam, Pesawat gantian membawa penumpang ke London, berlepas jam 10.34 pagi Selasa 17 April 2012.

Antara penumpangnya Editor Malay Mail dan blogger terkenal Malaysia, Rocky Bru atau Dato Ahiruddin Atan yang dalam perjalanan menghadiri 1 majlis di Portugal, menerusi London. Ekoran kejadian itu, Rocky Bru membatalkan penerbangannya ke London.

Syukur semuanya selamat. Kejadian ini perlu disiasat oleh Boeing, pembuat pesawat serta juga syarikat Rolls Royce yang membina enjin Boeing.


16 April 2012 – Proton melancarkan model kereta terbarunya, Proton PREVE, disempurnakan Najib dan turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad yang keesokan harinya menjalani pembedahan membuang Nasal Polyps di PPUKM.

17 April 2012 – Wigan mengejutkan Arsenal 2-1 di Emirates untuk keluar dari zon penyingkiran, sekaligus merancakkan saingan EPL. Wigan ini susah nak difahami kerana jika berdepan pasukan lemah, Wigan kalah atau seri. Namun jika berdepan pasukan kuat, Wigan menang. Untuk rekod, Wigan sebelum ini mengejutkan Manchester United 1-0 dan Liverpool 2-1 di Anfield. Tapi menentang pasukan bawahan EPL, Wigan seri atau kalah!!! Ganjil kan?? Malahan Wigan seringkali di tangga tercorot saingan EPL 2011/2012.


17 April 2012 – Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang Undang Kesalahan Keselamatan (langkah langkah khas) yang menggantikan ISA. Rang Undang Undang itu dibentangkan Najib di Parlimen pada Isnin 16 April 2012 lalu.


17 April 2012 – pemain badminton no.1 dunia Datuk Lee Chong Wei diumumkan Olahragawan Kebangsaan 2011 di 1 majlis gilang gemilang di Kuala Lumpur malam ini. Manakala penerjun Sarawak dari kaum Bidayuh, Pandelela Rinong diumumkan Olahragawati Kebangsaan 2011, buat pertama kalinya, selepas mengetepikan cabaran sengit juara skuash terbuka dunia 6 kali dan pemain no.1 dunia, Datuk Nicol Ann David.

Hadiah disampaikan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang baru ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 14 pada 11 April lalu.

Malangnya Lee Chong Wei tidak hadir, hanya diwakili abangnya atas alasan masalah kesihatan, sekaligus mengurangkan seri majlis.

Pandelela pula dapat datang meskipun ketika itu berlatih di Moscow dan keesokan harinya terpaksa pula berlatih di Mexico untuk persiapan sukan Olimpik 2012.


17 April 2012 – bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan kecil di Pusat perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk membuang “Nasal Polyps” atau ketumbuhan di hidung. Tun Dr Mahathir berehat beberapa hari di hospital itu, ditemani kaum keluarga. Semoga cepat sembuh Tun, beliau dibenarkan keluar hospital pada 19 April 2012, jam 10.30 pagi selepas 2 hari berada di PPUKM.


18 April 2012 – Usaha polis membenteras jenayah di Malaysia menemui 1 lagi kejayaan bermakna dan cemerlang apabila 2 penjenayah anggota Geng Buyong yang amat berbahaya dan amat dikehendaki polis, berjaya ditembak mati Polis dalam serbuan di sebuah Hotel Bajet di Jalan Cemerlang, Kota Bahru, Kelantan, malam tadi. Syabas kepada Polis Malaysia. Selepas ni Geng Buyong tidak lagi mengancam keselamatan penduduk Malaysia sebab mereka sudah dihantar ke alam lain.


18 April 2012 – Pengerusi MIC Pulau Pinang, Senator Datuk P K Subaiyah meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Butterworth, jam 5 pagi. Takziah kepada keluarga mendiang.


18 April 2012 – Menteri Komunikasi, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim memberi khabar gembira kepada stesen TV lain apabila mengumumkan tiada lagi stesen TV yang boleh memonopoli hak penyiaran kejohanan sukan terbesar dan berprestij dunia spt Olimpik, Piala Dunia dan Temasya Lain. Umum tahu bukan rahsia Astro tamak dalam hal ini.

18 April 2012 - Real Madrid dikejutkan Bayern Munich 1-2 di Allianz Arena, Jerman pada pusingan pertama separuh akhir Liga Juara Juara Eropah. Manakala satu lagi pasukan Sepanyol, juara bertahan Barcelona tewas 0-1 kepada Chelsea di Stamford Bridge meskipun mendominasi perlawanan dan meskipun Chelsea hanya ada 1 percubaan tepat yang menghasilkan gol jaringan Didier Drogba.

Apapun Real Madrid dan Barcelona dijangka mengganas pada aksi pusingan kedua di tempat sendiri minggu depan.

19 April 2012 – Najib memang prihatin dengan usaha menambah baik sektor kesihatan negara apabila mengecualikan warga emas daripada bayaran RM5 bagi pendaftaran rawatan pakar di Jabatan Pesakit Luar serta menikmati diskaun 50% caj wad kelas ketiga.


19 April 2012 – Rang Undang Undang untuk memperkasa Majlis Perubatan Malaysia dan memperkukuhkan profesyen perubatan dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali pertama.

20 April 2012 - Parlimen luluskan Rang Undang Undang Mesin Cetak dan Percetakan (Pindaan) 2012 selepas berbahas sehingga jam 2.20 pagi.

20 April 2012 – Najib lawat Sabah, negeri yang dilabelkannya selaku Fixed Deposit untuk BN atau simpanan tetap BN, Najib memulakan lawatan dengan merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia di Kompleks Sukan Likas dan terus terbang ke Sandakan untuk majlis bersama rakyat di Parlimen Sandakan dan Batu Sapi di dewan Hakka Sandakan.


20 April 2012 – Najib memulakan acara lawatan hari kedua di Sabah dengan melakukan perkara yang amat digemarinya untuk mendekati rakyat biasa menerusi program walkabout atau tinjauan mesra di Taman Mawar dan Bandar Kim Fung, Sandakan sebelum berlepas balik ke Kuantan menggunakan pesawat khas. Ramai peniaga Cina di Sandakan berkata mereka tidak mahu membasuh tangan selepas bersalam dengan Najib sebab terlalu teruja.


20 April 2012 - Penyakit Misteri landa Vietnam. 19 maut, 171 mengalami masalah kesihatan, memaksa Vietnam mendapatkan bantuan WHO atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk menyiasat dan mencari puncanya dan penawarnya. Adakah penyakit ini ada kaitan dengan agen Orange yang digunakan tentera USA menyembur hutan Vietnam ketika perang Vietnam pada 1960an-1970an dulu?

21 April 2012 – Najib lancar projek Pekan Heritage Waterfront yg akan jadikan bandar Pekan sebagai tarikan pelancongan utama dalam wilayah ekonomi pantai Timur, ECER.

22 April 2012 – Najib meluluskan peruntukan RM8.5 juta bagi pembangunan projek serta bina dan naik taraf kemudahan baru di Nibong Tebal, Pulau Pinang.22 April 2012 – Najib menamakan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang, menggantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

22 April 2012 – Menteri pembangunan masyarakat dan hal ehwal pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun cedera ringan apabila kenderaan dinaiki hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di km 6 Jalan Kepayan, Kota Kinabalu ketika hujan 7.45 pagi. Pemandu dan pengawal peribadinya cedera agak teruk. Kejadian berlaku ketika Azizah dalam perjalanan hadiri 3 acara rasmi di Beaufort.Hidup Najib!!!

24 April 2012 - berkuatkuasa serta merta semua aktiviti air di pusat latihan khidmat negara dihentikan kerana ada kes pelatih maut akibat lemas atau terkena virus kencing tikus ketika mengikuti aktiviti itu. Najib prihatin dengan kem PLKN dan pesertanya.

26 April 2012 - Najib lawat Sarawak termasuk Sibu.

27 April 2012 - usaha Najib benteras jenayah membuahkan hasil apabila 2 penjenayah ditembak mati polis dalam kejadian berbalas tembak dekat stesen LRT Ampang, 10.30 malam tadi.

27 April 2012 – Masalah di TLDM ini perlu diberi perhatian oleh Najib selaku PM, ia berkenaan arahan TLDM kepada pegawai dan anggotanya untuk melaporkan dalam tempoh sebulan, kemelut kewangan sehingga terpaksa meminjam daripada Along ekoran masalah along yang semakin menular dalam TLDM. Kita pun terkejut dengan berita ini, kita tahu Along mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi sehingga sukar dibayar oleh peminjam. Along mudah memberikan pinjaman namun pihak Bank susah memberi pinjaman, kesalahan pihak Bank juga.


27 April 2012 – Mahkamah Majistret KL keluarkan perintah larang BERSIH 3.0 dan orang awam daripada memasuki dataran Merdeka, KL mulai esok 28 April 2012 hingga 1 Mei 2012. Ia ekoran BERSIH 3.0 yang dipengerusikan seorang wanita yang degil bernama Ambiga mahu mengadakan demonstrasi di KL pada 28 April 2012 dan berkeras mahukan ia dilakukan di Dataran Merdeka meskipun DBKL menawarkan 4 venue iaitu stadium Merdeka, Titiwangsa, Bukit Jalil dan 1 stadium lagi.



27 April 2012 – selepas 4 tahun dan menggondol 13 piala kejuaraan termasuk 2 trofi Liga Juara Juara Eropah, Piala Kelab Dunia, La Liga dan Piala Raja Sepanyol, pengurus Barcelona, Pep Guardiola, 41 tahun membuat kejutan apabila mengumumkan akan tinggalkan kelab itu selepas kontraknya tamat Jun ini. Barcelona sebelum itu hanya di tempat ke 2 La Liga dibelakang Barcelona dan tewas di separuh akhir Liga Juara2 Eropah 2-3 secara agregat kepada Chelsea.

Apapun musim 2011/12 amat menakjubkan bagi Lionel Messi penyerang tersohor Barcelona yang sudah jaringkan 63 gol ketika ini dalam semua perlawanan liga, piala Raja Sepanyol atau Liga Juara Eropah, termasuk 41 gol dalam La Liga.


28 April 2012 – Najib pasti dimaklumkan mengenai kedegilan penganjur perhimpunan haram Bersih 3.0 dan Ambiga yang degil. Bersih 3.0 dilapor diteruskan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan beberapa lokasi lain di Malaysia. Akibatnya orang ramai yang tiada kaitan dengan Bersih Kotor 3.0 berdepan kesulitan. Antaranya penutupan stesen LRT Masjid Jamek memaksa penumpang turun di stesen Central Market dan Pasar Seni.

Polis juga terpaksa lepaskan meriam air dan gas pemedih mata kerana penyokong Bersih Kotor 3.0 ingkar arahan polis untuk bersurai dan merempuh hadangan Polis pada jam 3 petang.

Penyokong Bersih Kotor 3.0 berkumpul di beberapa lokasi sebelum ke Dataran Merdeka, antaranya di Central Market, Dataran Maybank, Masjid Jamek dan Masjid Negara sejak pagi untuk perhimpunan haram jam 2 petang itu.

Sebuah kereta peronda polis turut diserang perusuh dan pistol anggota polis dirampas dalam kejadian dekat Sogo.

Keseluruhannya 222 orang ditahan.

28 April 2012 – Najib yang melawat Sarawak berkata struktur Maswings, anak syarikat MAS, dikaji semula agar kepentingan syarikat penerbangan itu dimiliki kerajaan Sabah dan Sarawak.


29 April 2012 – pemain badminton no. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tewas mengejut kepada pemain no 19 dunia dari Korea Selatan, Shon Wan-ho 21-18, 14-21 dan 21-19 pada final badminton terbuka India.


30 April 2012 – kalau Bersih ni saya sokong sebab ini untuk memBERSIHkan Malaysia daripada penjenayah kejam dan ganas yang sanggup melakukan apa saja termasuk membunuh untuk mencapai cita cita dan agenda mereka. Bekas Peguam N Pathmanabhan dan 3 pekerja ladangnya diarah bela diri oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 yang lain.



30 April 2012 – Najib memang prihatin dengan kakitangan swasta dan hari ini umumkan gaji minimum pekerja swasta ditetapkan RM900 bagi pekerja di Semenanjung Malaysia dan RM800 bagi pekerja di Sabah dan Sarawak serta Labuan.


1 Mei 2012 – rakyat Sabah merayakan Pesta Kaamatan dengan Kuala Penyu menjadi hos tuan rumah, dirasmikan ketua Menteri Sabah. Najib sering mengatakan Sabah adalah fixed deposit atau simpanan tetap atau kubu kuat BN.


1 Mei 2012 – Sabah menjadi tuan rumah kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa dikenali Tour of Borneo dengan pasukan Geneysys dari Australia juara berpasukan manakala Michael Torckler dari New Zealand juara individu. Perlumbaan berlangsung di Semporna sebelum berakhir di Kota Kinabalu hari ini dengan turut dihadiri TYT Yang di Pertua Negeri Sabah dan bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penaung.

1 Mei 2012 – Najib sememangnya prihatin dengan pelatih PLKN dan hari ini buat keputusan agar pelajar boleh lapor diri ke PLKN selepas menamatkan pengajian dengan had umur 35 tahun, bukan lagi 18 tahun sebelum ini.

1 Mei 2012 - Najib pasti sugul kerana pasukan kesukannya Manchester Unietd tewas 0-1 kepada Manchester City dalam derby jam 2 pagi tadi. Kini hanya ada baki 2 perlawanan untuk tentukan juara EPL 2011/12. MU dan Manchester City terikat 83 mata tapi Man City di tangga teratas menerusi perbezaan jaringan.

1 Mei - menteri Kesihatan Liow Tiong Lai berkata graduan perubatan dari universiti luar negara yang tidak diiktiraf kerajaan dibenarkan mengambil peperiksaan kelayakan di 16 universiti tempatan Malaysia, sebanyak mana yang diperlukan.

2 Mei 2012 - hari sedih untuk wartawan di Malaysia apabila 2 wartawan tempatan Sarawak maut setelah kereta dinaiki bertembung sebuah bas ketika dalam perjalanan balik ke Mukah dari sebuah majlis di rumah panjang Selangau. Wartawan yang maut dikenali Gaing anak Kunding (Borneo Post) dari Sibu dan Patricia Yiu yang bertugas untuk See Hua, berasal dari Kuching.

2 Mei 2012 - Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan dakwaan pembangkang bahawa dia ahli UMNO.

2 Mei 2012 - 2 penyokong parti pembangkang cedera dalam pergaduhan antara ahli MIC dan PKR di pejabat Perdana Menteri. Najib pasti dimaklumkan insiden ini.

2 Mei 2012 - Polis akan tangkap perusuh Bersih 3.0 pada 28 April 2012 menerusi bantuan bukti gambar dan video yang dirakamkan.



2 Mei 2012 - MAS umum Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamaruddin Meranun dari Air Asia Berhad letak jawatan sebagai ahli lembaga pengarahnya berkuat kuasa serta merta. Ini ekoran pengumuman Khazanah Nasional Berhad membatalkan pertukaran saham antara MAS dan Air Asia dalam usaha memulihkan semula MAS yang tahun lalu mencatat kerugian RM2.5 Billion.

Pemerolehan semula saham MAS ekoran pembatalan perjanjian pertukaran saham itu tidak membabitkan sebarang pertukaran wang tunai.


2 Mei 2012 – MAS dan Air Asia batalkan pertukaran saham yang dimeterai Oktober 2011
Datuk Tony Fernandes dan Datuk Kamaruddin Meranun letak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah MAS.

3 Mei 2012 – selepas 6 hari diculik, pelajar 12 tahun Nayati Moodliar ditemui selamat ditinggalkan penculiknya di stesen rehat dan rawat di Rawang, Selangor, 19 jam selepas ibu bapanya membayar wang tebusan. Najib turut menyertai ribuan rakyat Malaysia merayu penculik membebaskan Nayati.


3 Mei 2012 – Polis edar 49 gambar perusuh Bersih 3.0 28 April 2012 lalu untuk ditangkap kerana berperangai samseng. 42 lagi gambar perusuh diedar sehari selepas itu.


3 Mei 2012 – Najib umum penubuhan Majlis penerbangan Kebangsaan selepas Air Asia dan MAS batalkan pertukaran saham.


3 Mei 2012 – Ketua pegawai Operasi, COO TNB, Datuk Ir Azman Mohd, 55, menggantikan Datuk Seri Che Khalib sebagai Presiden dan CEO TNB mulai 1 Julai 2012.


4 Mei 2012 – Najib ketika di Gua Musang, Kelantan berkata perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong pembangkang pada 28 April 2012 lalu adalah percubaan yang bertujuan menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat.


6 Mei 2012 – Najib berkata hak semua kaum di negara ini termasuk pembangkang dilindungi selagi mereka menghormati undang undang negara.


6 Mei 2012 – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata siasatan menyeluruh untuk kenal pasti dalang yang didakwa cuba gulingkan kerajaan menerusi perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April lalu, sudahpun bermula.


6 Mei 2012 – Kementerian Perumahan Sarawak melalui perbadanan pembangunan perumahan merancang bina sebuah bandar 1 Malaysia di Kuching.


6 Mei 2012 – Muzakarah jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan, memutuskan HARAM bagi umat Islam untuk menyertai perhimpunan yang berniat tidak baik.


6 Mei 2012 – Najib berkata kerajaan sedang kaji jadikan Kuantan bandar berkembar dengan Naning, China sebagai timbal balas kesediaan Naning sediakan tapak perindustrian Malaysia di China.


7 Mei 2012 – Berita gembira untuk rakyat beragama Sikh. Mulai tahun depan, Najib umum penganut agama Sikh diberi cuti tanpa rekod bagi bolehkan mereka raikan Vaisakhi.


7 Mei 2012 – Najib pasti mengikuti perkembangan di Perancis dimana Presiden Nicolas Sarkozy dari Parti Konseravtif tewas kepada peimpin Sosialis, Francois Hollande. Ini bermakna Hollande dipilih Presiden Perancis yang baru.


8 Mei 2012 – Najib umum durian runtuh dan durian gugur kepada peneroka Felda dan pengurusan Felda. Kesemua 112,635 peneroka Felda di seluruh negara terima RM15,000 setiap isi rumah, dibayar dalam 3 peringkat dengan RM5000 dibayar hari ini juga, membabitkan peruntukan keseluruhan RM 1.68 Billion.

Pengurusan Felda juga akan dapat bonus 2.5 bulan gaji. Hidup Najib.


9 Mei 2012 – Susulan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, Polis beri tempoh 1 minggu kepada 129 perusuh yang dikehendaki untuk menyerah diri, jika tidak pemeriksaan rumah ke rumah akan dibuat.

Pada masa sama, kerajaan umum 6 ahli panel penasihat bebas diketuai bekas IGP, Tun Hanif Omar bagi siasat perhimpunan BERSIH KOTOR 3.0

9 Mei 2012 – Polis tahan 6 suspek termasuk 1 wanita yang disyaki terlibat kes culik kanak kanak 12 tahun, Nayati Shamelin Modliar, 2 lagi suspek diburu termasuk dalang yang melarikan diri ke Eropah.

9 Mei 2012 Kerajaan akan tarik balik Rang Undang Undang kesalahan pilihanraya (Pindaan 2012) dari Dewan Negara esok kerana banyak bantahan kata Menteri di JPM, Nazri Aziz.

9 Mei 2012 – TPM, timbalan kepada Najib, Muhyiddin melawat Dubai, UAE bagi kerjasama sektor pendidikan.

10 Mei 2012 – Pesawat MAS Boeing 777 MH 0017 dari Amsterdam ke KLIA, mendarat selamat di KLIA jam 6.20 pagi tadi, meskipun penumpang dakwa tercium bau seperti bahan kimia dalam pesawat.


10 Mei 2012 – Dewan Negara terima penarikan balik rang undang undang Kesalahan Pilihanraya (Pindaan) 2012 yg sebelum ini diluluskan Dewan Rakyat 19 April 2012 lalu.


10 Mei 2012 – 10 pekerja cedera setelah Loji Pemprosesan Gas Petronas di Paka, Dungun, Terengganu, meletup 3 petang tadi.

11 Mei 2012 - Sambutan 66 tahun UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil. 100,000 ahli UMNO dari seluruh Malaysia datang dan dengar ucapan Najib.

12 Mei 2012 - Kedai Rakyat 1Malaysia, dikendalikan MTUC dan CUEPACS bagi iktiraf sumbangan pekerja dalam pembangunan ekonomi negara kata Najib, sempena perhimpunan Hari Pekerja 2012 di Kuala Lumpur.

13 Mei 2012 - Najib berkata projek pembangunan bersepadu penapisan minyak dan petrokimia, RAPID, di selatan Johor -- dijangka mampu menarik pelaburan bernilai 120 billion ringgit dalam tempoh 6 tahun akan datang.

Jumlah itu termasuk pelaburan terkini syarikat Taiwan berjumlah 12 bilion dolar Amerika, bagi mewujudkan sebuah lagi kompleks bersepadu minyak dan petrokimia berhampiran projek RAPID.

13 Mei 2012 - Najib ucapkan selamat Hari Ibu kepada seluruh ibu di Malaysia.

13 Mei 2012 - Najib berlepas ke London untuk lawatan rasmi sebelum ke Washington DC, Amerika Syarikat.

13 Mei 2012 - Najib selaku peminat setia Manchester United pasti kecewa kerana juara Liga Perdana Inggeris sah milik Manchester City yang menewaskan QPR 3-2 di The Emirates. Namun City nyaris kehilangan juara apabila ketinggalan 1-2 dengan perlawanan memasuki minit ke 90. Namun 2 jaringan menakjubkan Edin Dzeko dan Sergio Aguero mengesahkan status juara untuk City, yang pertama dalam tempoh 44 tahun.

14 May 2012 - SPR tubuhkan pasukan pemantau dan penguatkuasa di kesemua 56 kawasan DUN Selangor pada PRU 13 kerana kempen kali ini dijangka sengit dan panas.

14 Mei 2012 - Seorang lelaki disyaki terlibat kes culik pelajar berusia 12 tahun, Nayati Moodliar dicekup polis. Kini polis dan Interpol memburu dalang utama penculikan, seorang lelaki yang sudah larikan diri ke Eropah.

14 Mei 2012 - pasukan penguatkuasa DBKL akan diberi latihan khas bagi menangani rusuhan jalanan pada masa akan datang ekoran demonstrasi ganas BERSIH 3.0 di KL pada 28 April 2012.

14 Mei 2012 - lagi kejayaan NKRA kurangkan indeks jenayah. Polis Bukit Aman tumpaskan sindiket edar pil Eramin 5 bernilai RM43 juta dalam serbuan serentak di KL, Klang dan Penang pada 12 Mei lalu.

14 Mei 2012 - rakyat Malaysia yg diculik di selatan Filipina tahun lalu, Mohd Nasarudin berjaya diselamatkan dan kini dalam perjalanan balik ke Malaysia.

15 Mei 2012 - hanya 26 daripada 141 perusuh yang diburu polis ketika perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu sudah menyerah diri, gerakan buru bakinya bermula pada 16 Mei 2012

16 Mei 2012 - berita gembira kepada Guru di seluruh Malaysia, TPM Muhyiddin kenaikan pangkat dan gaji kepada 24,000 Guru di seluruh negara sempena sambutan Hari Guru 2012 babitkan peruntukan RM934 juta. Guru yang dinaik pangkat ini termasuk 8,222 pemegang ijazah dan 15,831 pemegang diploma.

17 Mei 2012 - gara gara edar dadah Methamphetamine seberfat 29 kg bernilai RM44 juta, 5 orang termasuk 3 adik beradik dari Mexico dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi.

17 Mei 2012 - UMNO sedia bermuzakarah dengan PAS asalkan tujuannya demi untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara kata TPM Muhyiddin.

17 Mei 2012 - Perkembangan terbaru politik Sarawak, ADUN Pelagus, George Lagong umum sudah sertai Parti Pekerja Sarawak, SWP dan tidak lagi menjadi ADUN Bebas.

17 Mei 2012 - KDN umumkan rakyat asing yang tiba di Malaysia tidak lagi pi erlu mengisi borang ketibaan mulai 1 Jun 2012 kerana sistem rekod Biometrik sudah berkuat kuasa yang mengandungi data ketibaan rakyat asing di Malaysia.

18 Mei 2012 - Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez yang didakwa berterusan memfitnah dan memburukkan negara mungkin disiasat mengikut Akta Hasutan kata Polis.

19 Mei 2012 - Ketua Polis KL berkata polis masih buru 113 individu yg terlibat dalam rusuhan ketika perhimpunan haram Bersih 3.0 di KL pada 28 April lalu

20 Mei 2012 - Hari bersejarah untuk peminat Chelsea apabila kelab London itu muncul juara Champions League buat pertama kalinya, tewaskan Bayern Munich menerusi sepakan penalti 4-3 di final di Munich selepas terikat 1-1 selepas masa tambahan. Gol Bayern dijaringkan Thomas Mueller minit ke 83 manakala Drogba menyamakan kedudukan pada minit ke 88.

22 Mei 2012 - TPM Muhyiddin kata kerajaan akan belanja sehingga RM3 Billion untuk memperluaskan penanaman balak kepada 375,000 hektar menjelang 2020 bagi memastikan industri berasaskan kayu di Malaysia, kekal mencatat pertumbuhan.

22 Mei 2012 - Najib pasti mengikut rapat perkembangan MAS, penerbangan kebangsaan yang rugi RM2.5 Billion tahun lalu. MAS hari ini cadang perkenal program Sukuk untuk mendapatkan dana RM2.5 Billion bagi modalnya serta untuk biayai pesawat Airbus A380 yang bakal memulakan operasinya tahun ini.

23 Mei 2012 - Warga Pakistan kemuka saman RM40 juta ke atas Agensi Dadah Kebangsaan dan sebuah firma pengangkutan kerana didakwa menjadikan mereka pengedar dadah tanpa diketahui.

25 Mei 2012 - Najib memang prihatin dengan pengguna jalanraya. Hari ini Lembaga lebuhraya Malaysia akan kaji semula alignment di km 31.8, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang Expressway ekoran bantahan daripada penduduk setempat.

26 Mei 2012 - China merampas semula Piala Uber dari Korea apabila tewaskan Korea 3-0 di Wuhan. Sekaligus mengubat kekecewaan 2010 dimana China tewas kepada Korea di KL.

27 Mei 2012 - China muncul lagi juara Piala Thomas 2012, mudah tewaskan pasukan lelaki Korea 3-0, di Wuhan, China, mengulangi kejayaan skuad Piala Ubernya. Ini kejuaraan buat kesekian kalinya bagi China, entah pasukan mana yang boleh tewaskan China? Indonesia, Malaysia? Hmmm sukar sekali. Pada Piala Thomas 2012, Indonesia pulang awal selepas tewas 2-3 di tangan Jepun manakala Malaysia tewas 0-3 kepada China, juga di suku akhir selepas Lee Chong Wei pulang awal kerana cedera tendon kaki kanan koyak ketika melawan Peter Gade pada perlawanan kumpulan.


28 Mei 2012 – Kem PLKN Tangkas Kendiri di Sauk, terpaksa ditutup kerana ada perintah mahkamah sita asetnya kerana hutang. Akibatnya 258 pelatih PLKN kem itu dipindahkan ke kem PLKN lain di 3 negeri. Najib pasti dimaklumkan perkembangan ini kerana ketika beliau Menteri Pertahanan dulu, beliau antara menyumbang idea kepada pengenalan PLKN.


28 Mei 2012 - JPJ mengumumkan PLAT NOMBOR KENDERAAN WWW 1 Paling Mahal dalam sejarah Malaysia, dan pemiliknya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail setelah dibida dengan jumlah RM520,000.00

Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pula pemilik plat nombor WWW 5.


28 Mei 2012 – panel bebas mengenai perhimpunan haram Bersih 3.0 menetapkan 10 terma rujukan untuk siasatan pengunaan kekerasan melampau Polis ketika perhimpunan haram pada 28 April 2012 itu.


28 Mei 2012 – Najib umumkan 21 projek baru bernilai lebih RM 20 Billion dalam bentuk pelaburan dibawah 7 NKEA, melonjakkan KDNK negara sebanyak RM4.59 Billion mewujudkan 39,918 peluang pekerjaan.


29 Mei 2012 – Najib kata Had hutang Malaysia tidak akan melebihi 55% KDNK sebagai sebahagian strategi pengurusan kewangan negara secara berhemah.


29 Mei 2012 – Juara tinju heavyweight dunia 5 kali, Johnny Tapia, 45 tahun ditemui mati di rumahnya di Alburqueque, New Mexico, Amerika Syarikat.


29 Mei 2012 – Najib umum mulai 1 June, syarikat yang menyertai skim latihan 1Malaysia akan mendapat insentif potongan cukai berganda bagi elaun dan perbelanjaan latihan.

Najib juga umum mulai 2013, potongan cukai berganda bagi perbelanjaan latihan syarikat yang menggajikan semula pekerja wanita selepas karier mereka berakhir.


29 Mei 2012 – Najib umum Belanjawan Negara 2013 akan dibentang lebih awal iaitu pada 28 September 2012, bukannya Oktober sebagaimana kebiasaan. Ini bermakna pilihanraya umum ke 13 diadakan selepas pembentangan Belanjawan 2013, bukannya Jun 2012. Bajet itu juga memberi tumpuan pertumbuhan berkualiti dan seimbang.


29 Mei 2012 – Najib pasti mengikuti perkembangan dalam syarikat kenderaan nasional, PROTON. Proton Holdings hari ini sahkan perletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkuat kuasa 4 Julai 2012.


29 Mei 2012 – 2 rockers terkenal Malaysia, Amy Search dan Mus May serta penyanyi veteran Ibnor Riza, sertai UMNO.



30 Mei 2012 – Universiti Malaya kekal IPT terunggul Malaysia buat 4 tahun berturut turut apabila duduki tempat ke 35 dalam QS Asian University ranking 2012. Universiti Malaysia Sabah, UMS ditangga ke berapa?


31 Mei 2012 – Felda Global Venture Holdings, FGVH akan mendapat dana RM4.46 Billion daripada I-P-O. RM2.9 Billion daripada dana itu dibelanjakan untuk membeli ladang baru, RM780 juta untuk refineri dan RM840 juta untuk pembuatan.



31 Mei 2012 – Mahkamah Tinggi KL kekalkan keputusan pembebasan bekas Ketua Pengarah Immigresen, Datuk Wahid Don daripada tuduhan terima rasuah RM60,000.00

31 Mei 2012 – Permodalan Nasional Berhad, PNB akan umumkan pada bila bila masa nama 5 syarikat bukan terasnya untuk dilupuskan.


31 Mei 2012 – SPRM tutup siasatan ke atas bekas menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung kelulusan pinjaman kerajaan RM250 juta kepada NFC Corp selepas didapati Shahrizat tidak terlibat.


31 Mei 2012 - Video perhimpunan haram Bersih 3.0 akan diedarkan dalam tempoh 2 hari bagi memberi gambaran sebenar mengenai kejadian itu kata Hishamuddin Tun Hussein.


1 Jun 2012 – Najib umum berita gembira untuk rakyat Sabah sempena Pesta Kaamatan, iaitu kerajaan setuju menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Di Raja, R-C-I bagi menyiasat kebanjiran pendatang tanpa izin, PATI di Sabah. Permohonan RCI ini sudah lebih 1 dekad diminta penduduk Sabah dan parti komponen BN khususnya PBS dan UPKO bagi menangani pelbagai masalah sosio-ekonomi termasuk keselamatan akibat kebanjiran kira kira 500,000 PATI di Sabah sejak 1970an.


1 Jun 2012 – SPRM mencadangkan sesiapa yang bersaudara rapat dengan Menteri untuk memberitahu pertalian saudara mereka apabila memohon projek atau pinjaman kerajaan, ia bagi mengatasi kelemahan ekoran isu Perbadanan Fidlot Nasional, NFC.


2 Jun 2012 – Najib pasti mengikuti rapat perkembangan di Mesir dimana bekas Presiden Mesir, Hosni Mobarak hari ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas pembunuhan ke atas penunjuk perasaan yang menjatuhkan kepimpinan beliau, tahun 2011.


2 Jun 2012 – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya khas mengkaji Transformasi Perkhidmatan awam. Pengumuman perlantikan itu dibuat ketua Setiausaha Negara.

2 Jun 2012 – Harijadi Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

4 Jun 2012 - Pengerusi Panel siasatan mengenai salah laku Polis menangani Bersih 3.0 Tun Hannif Omar berkata 2 ahli panel telah meletakkan jawatan selaku ahli panel iaitu Bekas Hakim Steve Shim dan Pengurus Besar Syarikat Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah kerana masalah kesihatan dan kesibukan kerja.


4 Jun 2012 - SPR berkata Selangor mempunyai bilangan pengundi tertinggi yang belum mendaftar iaitu 600,000 orang daripada jumlah 2 juta orang yang layak mengundi tapi belum mendaftar sebagai pengundi di negeri itu.


4 Jun 2012 - SPR menjangka proses penamaan calon pada PRU 13 akan selesai menjelang 10.30 pagi susulan pemansuhan proses pamer dan bantah.


4 Jun 2012 - Gempa Bumi lemah magnitud 3.7 skala Ritcher melanda Kunak, Sabah pada jam 2.36 petang dan gegaran turut dirasai di beberapa lokasi di pantai Timur Sabah di Tawau dan Semporna.


6 Jun 2012 – Kerajaan turunkan harga petrol RON 97 sebanyak 10 sen berkuat kuasa tengah malam ini, menjadikan harganya RM 2.80 Seliter.


6 Jun 2012 – Amerika Syarikat sahkan pemimpin no 2 Al Qaeda Abu Yahya Al-Libi maut dalam serangan udara di Waziristan, sempadan Pakistan-Afghanistan.


7 Jun 2012 – Bekas menteri kabinet yang sudah berpaling tadah, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir tubuhkan parti baru dinamakan parti Ikatan Bangsa Malaysia atau Ikatan dan dia jadi presidennya.


7 Jun 2012 – TPM mencadangkan kepada kabinet supaya bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M, diberikan semula. Ia meliputi bantuan RM500 setiap keluarga berpendapatan kurang RM3000 sebulan di Malaysia.


8 JUN 2012 – PTPTN menarik balik pembekuan kemudahan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor, UNISEL berkuat kuasa serta merta kata Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said.


8 JUN 2012 – Lotus sahkan khidmat Danny Bahar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ditamatkan serta merta, dia digantikan Aslam Farikullah sebagai Ketua Pegawai Operasi.


8 Jun 2012 – Usaha polis mencegah jenayah dibawah NKRA, menerima tamparan apabila seorang anggota Polis, Koperal Mustaghni Tahir, 48 tahun meninggal dunia selepas koma ketika menyertai ops Mat Rempit. Namun 5 polis rakan mangsa, ditahan reman kerana dikatakan menyebabkan kematian mangsa, bukan Mat Rempit.


10 Jun 2012 – kakitangan Felda layak terima saham 2.5% hasil penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia


11 Jun 2012 – Polis tidak tolak kemungkinan sindiket perjudian haram EURO 2012 didalangi sindiket sama pada Piala Dunia 2010


11 Jun 2012 – Najib pasti mengikuti perkembangan dimana China akan meminjamkan 2 Panda kepada Malaysia untuk menandakan 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China. Panda akan diletakkan di Wetlands, Putrajaya


12 Jun 2012 – PM kata kerajaan belum buat keputusan muktamad mengenai pelaksanaan kilang Nadir Bumi Lynas di Gebeng, Pahang



12 Jun 2012 - Bekas Ketua Narkotik Singapura, Ng Boon Gay didakwa mendapatkan rasuah seks daripada 2 pengedar IT wanita di Singapura


12 Jun 2012 – kerajaan akan putuskan tidak lama lagi samada pusingan kedua BR1M akan dilaksanakan atau tidak, selepas nilai kemampuan kewangan negara kata Najib


12 Jun 2012 – Nazri Aziz berkata RCI Suruhanjaya siasatan diraja bagi siasat kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah hanya rangkumi Sabah dan tidak ke negeri lain di Malaysia




13 Jun 2012 – Gaji minimum RM900 Sebulan kepada pekerja swasta mula diwartakan 1 Julai ini dan diguna pakai pada Januari 2012


13 Jun 2012 – Rang Undang Undang untuk meningkatkan umur persaraan minimum pekerja swasta kepada 60 tahun dibentangkan di Parlimen. Majikan yang engkar akan didenda RM10,000.00, satu lagi keprihatinan kerajaan ke atas pekerja swasta



14 Jun 2012 – KDN wartakan perintah larangan penerbitan terhadap buku “Allah, Liberty and Love” dan “Allah, Kebebasan dan Cinta” karya Irshad Manji.


14 Jun 2012 – Najib pasti mengikuti perkembangan di Tunisia dimana bekas Presidennya Zine El Abidine Ben Ali dihukum penjara seumur hidup kerana bertindak kejam ke atas penunjuk perasaan di negara itu.


16 & 17 Jun 2012 - Najib meluangkan masa 2 hari melawat pedalaman Sabah di Keningau, Sook, Bingkor dan Tambunan dengan bermalam di Keningau. Antara aturcara lawatannya merasmikan Kolej Komuniti Kadazan Dusun Murut di Tambunan, merasmikan pusat kraftangan Sabah bernilai 30 juta ringgit di Keningau, merasmikan pusat bersepadu ternakan haiwan di Sook, merasmikan sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2012 di padang pekan Keningau, tinjauan mesra di tamu pekan Keningau dan Bingkor serta melawat Rumah Besar OKK SEDOMON OKK GUNSANAD. Hidup NAJIB!!!


18 Jun 2012 – Najib pasti mengikuti perkembangan di Mesir apabila parti Muslim Brotherhood mengistyharkan pemimpinnya Mohammed Morsi menang praya presiden Mesir selepas kuasai 52% undi.


19 Jun 2012 – bekas pertahanan Malaysia, Serbegeth Singh dilantik sebagai pengarah bolasepak kelab Liga Inggeris, Blackburn Rovers. Gajinya tidak diketahui namun memang lumayan.


19 Jun 2012 – ketua pengarah unit kerjasama awam-swasta JPM, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57 tahun diumum sebagai KSN baru mulai 24 Jun 2012 gantikan Tan Sri Sidek Hassan.


19 Jun 2012 – Jawatankuasa khas parlimen syorkan Lynas diberi lesen operasi sementara utk mengilang bahan mentah & dikawal selia agensi penguatkuasa sebelum diberikan lesen selanjutnya.


19 Jun 2012 – EXCO Pahang Datuk Tan Aminudin meninggal dunia di hospital Sultan Haji Ahmad Shah akibat komplikasi keracunan makanan.


19 Jun 2012 – berita gembira untuk NKRA kurangkan indeks jenayah, polis tembak mati 3 lagi penjenayah yang cuba memecah masuk sebuah rumah di Batu 2, Rawang, Selangor.


20 Jun 2012 – wartawan veteran, R Nadeswaran minta maaf kepada kumpulan Gapurna dan pengarah urusannya, Datuk Mohd Salim Fateh Din atas tweetnya yang mengandungi tuduhan defamatori.


20 Jun 2012 – bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah Mesir, kini dalam keadaan koma di penjara selepas alami strok.


20 Jun 2012 – 3 juta orang yang belum daftar sebagai pemilih di Negara ini masih boleh mengundi pada PRU 13 jika mendaftar bulan ini dan jika PRU 13 diadakan selepas Ogos 2012.


21 Jun 2012 – pesawat tentera Indonesia terhempas di kawasan perumahan Jakarta ketika latihan, 6 maut.


21 Jun 2012 – 2 pekerja binaan parah, manakala 6 hilang apabila tapak pembinaan astaka di Jertih, Terengganu, runtuh


21 Jun 2012 – Mahkamah tinggi tolak permohonan bekas presiden MCA dan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik untuk tukar hakim bagi perbicaraan kes beliau dituduh menipu kerajaan berhubung projek zon bebas pelabuhan Kelang, PKFZ.


21 Jun 2012 – PNB umum agihan pendapatan 6.6 sen seunit untuk Amanah Saham Didik, ASD berbanding 6.5 sen seunit sesaham tahun lalu.

21 jun 2012 – pengarah strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli umumkan perletakan jawatan sebagai ketua eksekutif pejabat penasihat ekonomi Selangor.

21 Jun 2012 – 2 pekerja binaan parah, manakala 6 hilang apabila tapak pembinaan astaka di Jertih, Terengganu, runtuh

21 Jun 2012 – Mahkamah tinggi tolak permohonan bekas presiden MCA dan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik untuk tukar hakim bagi perbicaraan kes beliau dituduh menipu kerajaan berhubung projek zon bebas pelabuhan Kelang, PKFZ.

22 JUN 2012 – Najib umum perlantikan bekas KSN Tan Sri Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas yang baru

24 jun 2012 – PM umumkan baucar RM520 subsidi tayar untuk pemandu teksi di seluruh Negara serta dana 1 juta ringgit utk tabung insuran pemandu teksi.


22 JUN 2012 – Najib umum perlantikan bekas KSN Tan Sri Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas yang baru


25 Jun 2012 - bagi memperkukuhkan lagi institusi kekeluargaan di Malaysia, Najib umum November sebagai bulan keluarga dan syarikat swasta yg anjurkan hari Keluarga diberi pengecualian 100% rebat cukai bagi segala kos dan perbelanjaan.


25 Jun 2012 - Najib prihatin dengan keselamatan jalanraya, oleh itu rang undang undang pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, dibentangkan di dewan rakyat hari ini bagi memberi hukuman lebih berat ke atas pesalah lalu lintas termasuk denda hingga RM2000 bagi mereka yang pandu kenderaan tanpa lesen berbandintg denda maksimum RM1000 sekarang.


25 Jun 2012 - Janji ditepati dipilih tema sambutan hari kebangsaan ke 55 di KL pada 31 Ogos 2012, sambutan hari Malaysia pada 16 sept 2012 pula diadakan di Kuching


25 Jun 2012 - KSU Kementerian wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib dilantik sebagai datuk bandar KL yang baru.

26 JUN 2012 – Najib ucap tahniah kepada Mohammed Morsi, Presiden Mesir yang baru memenangi praya presiden Mesir, pasca Hosni Mobarak.


26 Jun 2012 – Suruhanjaya bebas diraja bagi siasat pembelian kapal selam Scorpence KD TUNKU ABDUL RAHMAN DAN KD TUN ABDUL RAZAK, YANG BERPENGKALAN DI TLDM SEPANGGAR, SABAH, tidak perlu ditubuhkan kerana tidak babitkan penyelwengan kata menteri pertahanan, Zahid Hamidi.

28 Jun 2012 - penyenaraian FGVH di bursa saham menyaksikan harganya naik kepada RM5.39 seunit berbanding harga institusi RM4.55 seunit.


2 July 2012 - Sepanyol muncul juara EURO 2012 menewaskan Itali 4-0 di final di Kiev menerusi jaringan David Villa, Jordi Alba, Fernando Torres dan Juan Matta. Najib menonton perlawanan itu bersama ribuan peminat di sebuah venue di KL.


2 Julai 2012 - Timbalan Ketua Pengarah JPA, Datuk Faridah Mohd Ali dilantik pemangku Ketua Pengarah JPA sehingga kedudukan bekas Ketua Pengarah JPA dimuktamadkan.


2 July 2012 - Lapangan terbang Pulau Pinang dilanda masalah terputus bekalan elektrik akibat kerja penyelenggaran di terminal. Antara penerbangan terjejas, pesawat Air Asia seramai 139 orang.

2 July 2012 - Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Chegu bard didakwa di mahkamah sesyen KL atas tuduhan bersubahat mengarahkan perusuh merempuh sekatan polis ketika perhimpunan haram BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 lalu

1 July 2012 - UNESCO mengumumkan Hutan Lenggong Perak tempat dimana Perak Man ditemui dijadikan tapak warisan dunia atau world heritage site


2 julai 2012 – TPM lancarkan kad diskaun kepada pelajar universiti yg menawarkan potongan harga sehingga 60% barangan dan perkhidmatan termasuk pengangkutan awam.


3 Julai 2012 – Najib umum dana strategik pelaburan domestik sebanyak RM1 billion berkuat kuasa serta merta bagi tingkatkan penyertaan syarikat dalam bekalan global


3 Julai 2012 – sidang DUN Melaka diwarnai tindakan 5 ADUN DAP keluar dewan kerana bantah tindakan media siarkan gambar wanita dengan CM Pulau Pinang, Lim Guan Eng


3 Julai 2012 – MCA cabar MB Selangor, Tan Sri Khalid untuk menjelaskan kontroversi urus niaga RM1 billion dengan Talam corporation.

4 Julai 2012 – penyakit misteri membunuh 61 kanak kanak berusia 7 tahun ke bawah di Kemboja dalam tempoh 3 bulan. Simptom termasuk demam teruk dan kesukaran bernafas.

4 Julai 2012 – rang undang undang kini dirangka bagi tenaga efisien dan boleh diperbaharui untuk digunakan industri menjelang 2014 kata kementerian tenaga hijau dan alam sekitar

4 Julai 2012 – Sidang DUN Melaka gantung 5 Adun DAP selama 6 bulan kerana buat kecoh dalam sidang dan menjejaskan perjalanan sidang DUN

4 julai 2012 – MB Selangor nafikan dakwaan berhubung RM1 billion untuk Talam corporation dan ancam akan ambil tindakan mahkamah ke atas pihak yang sebarkan dakwaan itu.

4 Julai 2012 – polis tubuhkan pasukan khas siasat pendedahan dokumen tender kontrak sambungan projek LRT Ampang yang dikelaskan sebagai rahsia rasmi.

4 Julai 2012 – Najib prihatin dengan keluhan orang ramai mengenai harga petrol dan dia ambil keputusan turunkan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen kepada RM2.60 seliter

5 Julai 2012 – pengamal paranormal Uncle Seekers direman 4 hari bagi bantu siasatan penyiaran artikel menghina Sultan Johor dalam blognya. Sehari kemudian, Uncle Seekers didapati positif dadah Morfin ketika dalam tahanan polis.

6 Julai 2012 – Senjata makan Tuan, penolong Penguasa SPRM Selangor, M. Mohan, 39 tahun dihukum penjara 13 tahun dan denda RM 2.275 juta atas kesalahan rasuah pada 2009

7 Julai 2012 – kerajaan perkenal skim pembiayaan Hafiz, SPH dengan dana RM5 juta utk bantu mereka yang hafal Al Quran untuk lanjutkan pelajaran di IPT

7 Julai 2012 – Filipina ketatkan saringan kemasukan pengunjung ke negara itu ekoran wabak penyakit misteri di Kemboja yang sudah membunuh 61 kanak kanak.

8 Julai 2012 - Najib berkata Kedai Buku 1Malaysia dan Kedai Kain 1Malaysia akan diwujudkan dalam tempoh terdekat, satu lagi good gesture PM untuk rakyat Malaysia. Hidup Najib!!!

9 Julai 2012 - Najib pasti dimaklumkan mengenai insiden di kompleks JPM Putrajaya dimana seorang lelaki dan wanita mengamuk gunakan sebilah pedang samurai. Kedua duanya ditembak dan lelaki itu akhirnya mati di hospital.

9 Julai 2012 - Kastam rekodkan rampasan dadah terbesar Malaysia apabila rampas 3 juta pil Eremin Five bernilai RM58 juta dari kontena kapal dari Hong Kong

9 Julai 2012 - Ketua Hakim Negara berkata semua pihak boleh beri pandangan terhadap badan kehakiman negara atau keputusan penghakiman, tapi bukan sehingga menghina mahkamah.

13 july 2012 – 38,549 calon STPM Berjaya dapat tempat di 20 IPTA bagi sesi 2012/13

13 July 2012 – TPM kata audit pengunaan bahasa Malaysia dalam 6 sektor, akan dibuat tahun depan, melibatkan sector perbankan, penyiaran, perkhidmatan awam, perdagangan, pendidikan dan tempat awam

13 july 2012 – tuntutan bonus aidil fitri untuk 1.4 juta penjawat awam akan dibincangkan pada mesyuarat CUEPACS pada isnin 16 july 2012

13 july 2012 - 1,473 banduan yang ditahan dibawah Ordinan darurat, akta kediaman terhad, 1933 dan rang undang2 buang negeri (pemansuhan) 2011 dibebaskan kata IGP

14 july 2012 – rakyat yg kritik kerajaan dan kepimpinannya tidak akan dikenakan sebarang tindakan apabila akta keharmonian nasional dikuat kuasakan kata menteri di JPM, Nazri Aziz

14 july 2012 – PM hari ini lancarkan kedai kain rakyat 1Malaysia sebagai usaha berterusan kerajaan bantu ringankan beban rakyat

14 july 2012 – CEO Syabas, Ruslan Hassan berkata Syabas akan memohon kepada Suruhanjaya Air Negara untuk menjalankan catuan bekalan air segera untuk kawasan KL, Hulu Langat dan Kelang

14 July 2012 – system pendidikan Negara dijangka alami rombakan dan transformasi mulai 2013 dengan ambil kira hasil maklumbalas dialog nasional pendidikan Negara kata TPM

14 Julai 2012 – MB Johor Datuk Abdul Ghani Othman dimasukkan ke hospital pakar Johor bagi rawatan penyakit Sinus

14 July 2012 – pengkaji paranormal, Uncle Seekers atau Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dibebaskan dengan ikat jamin polis di IPD Nusajaya, JB. Beliau sebelum itu ditahan kerana kenyataan burukkan Sultan Johor dalam laman blog uncle seekersnya

15 july 2012 – PM umum dana sukarelawan 1Malaysia berjumlah RM100 juta untuk aktiviti kesukarelawan di seluruh Negara

15 julai 2012 – kerajaan beri jaminan bekalan barangan keperluan mencukupi di bulan Ramadhan seperti minyak masak, tepung dan gula

16 julai 2012 – 50 pelajar sekolah kebangsaan Sungai Rapat,Medan Gopeng , Ipoh Perak alami ceret beret dan muntah dipercayai keracunan makanan selepas makan nasi goreng

16 july 2012 – wanita yang mengamuk bersama seorang lelaki di Putrajaya pada 9 Julai lalu, mengaku tidak bersalah atas 2 tuduhan di mahkamah sesyen Putrajaya

16 july 2012 – kerajaan Selangor putuskan akan ambil alih pengurusan syatikat bekalan air Selangor, SYABAS dalam tempoh 14 hari kerana dakwa SYABAS gagal dalam tanggung jawabnya salurkan air kepada pengguna. Namun pada 17 July 2012, TPM kata kerajaan Selangor tidak boleh buat keputusan sebelah pihak tanpa merujuk dan mendapatkan persetujuan kerajaan pusat

16 julai 2012 – Polis sedang memuktamadkan modul baru melatih pengawal keselamatan untuk berkhidmat di tempat letak kereta dan pusat beli belah kata menteri dlm negeri, Hishamuddin Tun Hussein

16 july 2012 – tarikh lihat anak bulan Ramadhan ditetapkan pada petang Khamis 19 Julai 2012 di 30 lokasi seluruh Negara

16 july 2012 – bekas ketua pengarang NSTP, Datuk A Kadir Jasin dinobatkan tokoh wartawan Negara 2011

16 july 2012 – pelajar boleh membawa handphone dan alat IT ke sekolah mulai tahun depan setelah akta Pendidikan dipinda

17 July 2012 – Bekas Presiden dan CEO Sime Darby Datuk Seri Ahmad Zubair Murshid meminta dibicarakan bagi tuduhan pecah amanah RM100 juta membabitkan tanah adat di Sarawak

17 july 2012 – PM gariskan 4 aspek utama dalam soal pengurusan ekonomi dan kewangan bagi pastikan Malaysia tidak berdepan krisis kewangan

17 July 2012 – Terenggau isythar cuti peristiwa sehari pada Ahad ini 22 July 2012 sempena kejayaan Terengganu juara keseluruhan SUKMA ke 15 2012 di Pahang. Syabas Terengganu

17 july 2012 – Malaysia akan jadi tuan rumah SUKAN SEA edisi ke 29 pada 2017 selepas kali terakhir jadi tuan rumah pada temasya 2001.

18 july 2012 - PM lancar komponen akhir skim persaraan swasta menerusi penubuhan pentadbir pencen swasta. Ini bermakna Najib prihatin dengan kebajikan pekerja swasta selepas pencen

19 July 2012 - jawatankuasa khas kabinet ditubuhkan untuk bincang krisis bekalan air Selangor, dipengerusikan TPM

19 july 2012 - SPR beri jaminan dakwat kekal ketika PRU 13 tetap digunakan

19 July 2012 - PM umum 19 Julai setiap tahun sebagai Hari pesara bagi hargai sokongan dan sumbangan bekas pekerja di Malaysia, satu lagi keprihatinan PM ke atas kebajikan pesara di Malaysia. Hidup Najib

20 july 2012 - PM umum peruntukan RM60 juta baiki 12,000 unit rumah yang berjiran dengan kawasan FELDA menerusi program Kasih Felda. Hidup Najib. Beliau memang amat prihatin kepada rakyat.

20 July 2012 - CUEPACS cadang pekerja diberi pilihan keluarkan KWSP selepas cecah umur 55 tahun atau 60 tahun.

21 July 2012 - Umat Islam mula berpuasa hari ini 21 Julai 2012 - Sabtu. Selamat berpuasa

21 July 2012 - Najib berkata pemberian imbuhan kepada penjawat awam sempena Aidil Fitri seperti dituntut CUEPACS bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.

21 July 2012 - kerajaan memutuskan untuk memulakan penghantaran pulang pelajar dan rakyat Malaysia dari Syria ekoran pergolakan di negara itu semakin meruncing, kumpulan pertama pelajar Malaysia dijangka tiba di Malaysia pada Selasa 24 Julai 2012 kata PM, Anifah Aman dan Wisma Putra

23 July 2012 - kerajaan pusat tolak permohonan kerajaan Selangor bagi ambil alih Syabas, arah peguam negara kaji undang undang. Pada masa sama, kerajaan pusat teruskan projek bekalan air Loji langat 2, kata TPM.

24 jULY 2012 - Mahkamah Tinggi KL batal perintah Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai lalu yg mengistyharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram.

25 July 2012 - PM umum bonus setengah bulan gaji atau sekurang kurangnya RM500 kepada 1.2 juta penjawat awam di Malaysia sempena Aidil Fitri serta RM500 kepada pesara. Bayaran akan dikreditkan pada 9 Ogos 2012.

28 July 2012 - Ahli parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin umum letak jawatan sebagai ahli majlis tertinggi UMNO, Ketua UMNO Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort.

29 July 2012 - AHLI PARLIMEN TUARAN MERANGKAP TIMBALAN PRESIDEN UPKO, DATUK WILFRED BUMBURING HARI INI MENGUMUMKAN KELUAR BARISAN NASIONAL, B-N DAN MELANCARKAN PERGERAKAN REFORMASI SABAH YANG AKAN BEKERJASAMA DENGAN PAKATAN PEMBANGKANG.

29 July 2012 - Najib MENGUMUMKAN PEMBERIAN DUIT RAYA BERJUMLAH 43 PERPULUHAN DUA JUTA RINGGIT KEPADA 112 RIBU 635 PENEROKA FELDA DI SELURUH NEGARA. satu lagi keprihatinan PM ke atas peneroka FELDA.

4 Ogos 2012 - kerajaan setuju tubuh jawatankuasa khas yg akan kaji secara adil dan telus bayaran tunai daripada hasil petroleum di negeri pantai timur kata Najib

4 Ogos 2012 - Najib mahu seluruh rakyat Malaysia berikan sokongan kepada Lee Chong Wei dalam final badminton lelaki di sukan Olimpik London pada Ahad 5 ogos 2012 dalam usaha raih pingat Emas Olimpik pertama negara

4 Ogos 2012 - kerajaan tidak akan berganjak dari tema 55 tahun Merdeka janji ditepati pada sambutan Kemerdekaan tahun ini kata Rais Yatim.

4 Ogos 2012 - Menteri kewangan Husni Hanadzlah berkata usia pengeluaran KWSP untuk sektor swasta kekal 55 tahun.

4 ogos 2012 - pasangan bergu badminton lelaki negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tewas kepada pasangan Cina Cai Yun - Fu Haifeng dalam separuh akhir Olimpik London, harapan gangsa juga berkecai apabila Koo dan Tan turut tewas kepada pasangan Korea Selatan, 9-21, 19-21.

5 Ogos 2012 - harapan Emas Olimpik pertama negara Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan 21-15, 10-21 dan 19-21 dalam final Olimpik london di Wembley Arena, sekaligus perak kedua Olimpik untuk Chong Wei dan emas kedua untuk Lin Dan dalam 2 Olimpik.

6 Ogos 2012 - Usain Bolt kekalkan emas 100meter pecut pada Olimpik London dengan masa 9.63 saat, kedua Yohan Blake dari Jamaica 9.75 saat dan ketiga Justin Gatlin dari USA, 9.79 saat

6 ogos 2012 - lagenda golf, Tiger Qoods mengesahkan penyertaan kejohanan golf di Malaysia, CIMB Classic tawarkan hadiah wang tunai USD 6.1 juta di the Mines mulai 25 Oktober 2012

6 Ogos 2012 - pengasas MCA, Tan Sri Tan Cheng Swee, 92 meninggal dunia akibat sakit tua

7 Ogos 2012 - Lee Chong Wei balik KLIA disambut ratusan penyokong, terima ganjaran RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000

7 Ogos 2012 - ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan mohon maaf atas kenyataan twiternya berhubung kekalahan Lee Chong Wei yang beliau labelkan sebagai Lee Chong Away.

7 Ogos 2012 - Sultan perak selamat jalani pembedahan bahu di London pada 30 Julai lalu

8 Ogos 2012 - TPM serah geran permulaan kepada 70 prasekolah swasta di seluruh negara dengan masing masing terima RM10,000 dibawah GTP Pendidikan.

10 Ogos 2012 - Pandelela Rinong, gadis Bidayuh dari Sarawak catat sejarah menang gangsa di Olimpik London 2012 dalam acara kegemarannya terjun platform 10 meter. Pandelela boleh menang perak namun terjunan pertamanya hanya catat 58 mata sedangkan ourata dia boleh membuat 70 mata. Emas dimenangi peserta China manakala perak dari Australia.

10 Ogos 2012 - PM Najib yang kebetulan berada melawat Sarawak ucap tahniah kepada penerjun negara dari Sarawak Pandelela Rinong kerana meraih Gangsa Olimpik London 2012, terjun 10 meter platform.

10 Ogos 2012 - tarikh lihat anak bulan Syawal bagi tentukan tarikh hari raya Puasa 2012 pada 18 Ogos 2012 bewrsamaan Sabtu.

11 Ogos 2012 - Najib lawat Sabah dan umumkan terma rujukan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat masalah kebanjiran pendatang asing di Sabah. RCI itu dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan dibantu 4 anggota dan seorang setiausaha. Hidup Najib keraana mendengar denyut nadi rakyat Sabah.

30 Julai 2012 – PM lancar hab kewangan dan ekonomi baru dikenali Tun Razak Exchange, seluas 28.33 hektar di tengah tengah ibu Negara dengan nilai pembangunan kasar RM26 billion, yang boleh menarik pelaburan terus asing bernilai RM3.5 Billion pada fasa pertama pelaksanaannya

31 July 2012 – Yang Di Pertuan Agong beri perkenan membatalkan perlantikan Datuk Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri perumahan dan kerajaan tempatan selepas Lajim umum keluar BN pada 28 Julai lalu

31 Julai 2012 – Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan beri arahan berhenti kerja ke atas projek pembinaan kontroversi di Bukit Kiara, sehingga notis lanjut

31 july 2012 – perkhidmatan feri pertama antara Malaysia dan Singapura akan diperkenalkan hujung 2013 menghubungkan Tanjung Belungkur, Johor dan Changi

1 Ogos 2012 – PM umum penubuhan GENOVASI, inisiatif terbaru jadikan anak muda sebagai duta inovasi Negara dengan sasaran 5000 individu dalam tempoh 5 tahun yang akan dilatih menjadi generasi inovasi Malaysia.

1 Ogos 2012 – pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mengaku tidak bersalah di mahkamah Shah Alam atas tuduhan akta institusi perbankan dan kewangan 1989, BAFIA

2 Ogos 2012 – usaha polis benteras jenayah dalam NKRA buahkan hasil apabila polis tumpaskan sindiket beli ijazah palsu berpengkalan di Subang Jaya yang babitkan orang kenamaan termasuk Tan Sri dan Datuk, serta ahli politik, setakat ini 40 orang sudah di soal siasat.

3 ogos 2012 – NAJIB pasti gembira kerana pemain badminton Negara, Dato Lee Chong Wei mara ke final Olimpik London menewaskan pemain China, Chen Long 21-13, 21-14 untuk mara ke final menentang Lin Dan yang menewaskan Lee Hyung Il, 21-12, 21-10. Adakah Chong Wei mampu ubati kekecewaan tewas kepada Lin Dan pada final sukan olimpik Beijing 2008?

3 Ogos 2012 – Pemanah Negara, Khairul Anwar Mohamed catat sejarah tersendiri apabila mara ke suku akhir memanah Olimpik London dan seterusnya menduduki tempat ke 6 keseluruhan yang bermakna dia pemanah ke 6 terbaik dunia dari kalangan 7 billion penduduk dunia.

3 ogos 2012 – Najib pengerusikan mesyuarat MT UMNO dan katakana perletakan jawatan Datuk Lajim Ukin selaku ahli MT Umno dan pengerusi BN Beaufort tidak jejaskan kekuatan UMNO Sabah dan kepimpinan UMNO Beaufort dipangku Timbalannya, Isnin Alianseh.

3 Ogos 2012 – lagi keprihatinan Najib untuk rakyat, Menteri kerjaraya dijangka umum berita gembira rebat tol menarik sempena aidil fitri 2012


8 OGOS 2012 – Najib prihatin dengan kebajikan Bomba sukarela dan mulai Januari 2012, anggota bomba sukarela akan dilindungi insuran peribadi sehingga RM40,000

9 OGOS 2012 – Polis menerusi pengarah JSJ, Datuk Bakri Zinin untuk memperbaiki kadar pendakwaan kes daripada 20 % kepada 25% atau mereka akan ditukar ke tempat lain, satu lagi inisiatif polis menyelesaikan kes jenayah di Malaysia

10 Ogos 2012 – sempena Aidil fitri, Najib sekali lagi umum berita gembira utk pengguna jalanraya apabila 24 lebuhraya beri diskaun tol antara 10% hingga 37.5% selama 4 hari mulai 15 hingga 23 Ogos.

10 ogos 2012 – cabinet setuju 16 dan 17 ogos 2012 ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena Aidil fitri yang dijangka disambut 19 ogos 2012 ini

10 ogos 2012 – Penerjun Negara, Pandelela Rinong catat sejarah sebagai atlit terjun pertama sumbang pingat Olimpik. Pandelela mengutip Gangsa di belakang peserta Australia dan China dalam 10 meter papan anjal di London, jam 3 pagi waktu tempatan, sekaligus pingat kedua Malaysia di sukan Olimpik London 2012 selepas pingat Perak Lee Chong Wei dalam badminton singles lelaki. Pandelela sepatutnya menang PERAK namun dipintas di terjunan terakhir oleh peserta Australia dan hanya tewas kurang 10 mata. Jika Pandelela mendapat 70 markah di terjunan pertama dimana dia hanya lakukan 58 mata, PERAK pasti milik Malaysia.

11 Ogos 2012 – Pandelela Rinong mengucapkan ribuan terima kasih atas ganjaran RM100,000 yang diterimanya dari akhbar The Star, tekad gunakannya untuk biayai pengajian dan terus maju dalam sukan terjun

11 Ogos 2012 - Najib lawat Sabah dan umum perlantikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong sebagai pengerusi suruhanjaya siasatan diraja siasat kehadiran pendatang asing di Sabah. Turut diumumkan beliau, 8 terma rujukan RCI

14 Ogos 2012 PM berada di Mekah Arab Saudi sempena mesyuarat agung luar biasa OIC dan sempat mengerjakan Umrah, PM kata Malaysia akan desak OIC mengambil langkah serius untuk mengelak Syria daripada terus hancur oleh konflik perang saudara.

14 Ogos 2012 sempena aidil fitri, PLUS beri rebat tol 30% kepada pengguna yg bayar tol menggunakan system elektronik sempena aidil fitri dan kemerdekaan

14 Ogos 2012 PM dalam twitternya mahu cabinet membincangkan semula seksyen 114A Akta Bukti ekoran banyak protes secara online oleh pengguna internet

15 Ogos 2012 Lagenda Badminton Negara Datuk Punch Gunalan meninggal dunia akibat kanser hempedu ketika berusia 68 tahun. Mendiang sempat menyaksikan perlawanan akhir badminton Olimpik London antara Lee Chong Wei dan Lin Dan dari katil hospitalnya.

15 ogos 2012 – Nik Aziz Nik Mat berkata tidak hairan jika bekas Timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa keluar parti ekoran pertemuan Nasharudin dan Najib di Mekah sempena siding tergempar OIC

15 Ogos 2012 – Gabenor Bank Negara umum 837 sub daerah di Malaysia akan menikmati perkhidmatan perbankan menerusi premis seperti Pejabat pos, stesen minyak dan pejabat Telco

16 ogos 2012 – siding kemuncak luar biasa OIC menggantung keanggotan Syria berikutan keganasan berterusan di Negara itu.

16 Ogos 2012 – Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa kata beliau tidak berhasrat tinggalkan PAS atau masuk UMNO, dan katanya perjumpaan beliau dengan PM di Mekah atas jemputan Ulama.

16 Ogos 2012 – PM dan menteri Kabinet akan buat rumah terbuka aidil fitri pada hari raya pertama di Sri Perdana, Putrajaya mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.


17 Ogos 2012 – Najib memang prihatin, hari ini 12 lagi tahanan ISA dibebaskan untuk membolehkan mereka menyambut Hari Raya bersama keluarga masing masing. Pada masa sama Hishamuddin berkata kajian semula inisiatif cegah jenayah dilakukan bulan depan bagi mantapkan lagi usaha benteras jenayah mengikut NKRA.

19 OGOS 2012 – AIFIL FITRI 1 SYAWAL. PM, TPM dan Menteri Kabinet adakan rumah terbuka Aidil Fitri di Sri Perdana, Putrajaya, dihadiri lebih 100 ribu orang. PM turut adakan siding televideo bersama rakyat Malaysia di Beijing, London dan pelbagai Negara lain.

19 Ogos 2012 – Selepas 2 wira Olimpik, Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong, seorang lagi wira sukan Negara, jaguh skuasy dunia, Nicol Ann David menjuarai skuash terbuka Australia kali kedua berturut2 selepas tewaskan Laura Massaro

20 Ogos – PM akan lancar pelan induk reformasi pendidikan Negara pada 11 September kata TPM

23 Ogos 2012 - Pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan yang dibentang di parlimen, April 2012 lalu akan kekal bagi lindungi keselamatan rakyat kata Nazri Aziz

25 Ogos 2012 - Apple menang saman lebih US1 billion ke atas Samsung kerana ciplak idea telepon pintarnya.

25 Ogos 2012 - Manusia pertama jejakkan kaki ke bulan, Neil Armstrong, meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat komplikasi jantung.

27 Ogos 2012 - Chong Wei, pemain badminton no.1 Malaysia umum akan kahwin Wong Mew Choo, pada 2013

28 Ogos 2012 - Najib umum lagi dividen untuk peneroka FELDA, FGVH bayar dividen interim 5.5 sen seunit bersaman RM400 kepada setiap peneroka FELDA di Malaysia. Hidup Najib.

30 Ogos 2012 - himpunan Janji Bersih di dataran Merdeka, KL dicemari tindakan pesertanya memijak gambar Najib dan isteri serta mengibar bendera baru serta tunjuk bontot.

1 Sept 2012 - Najib kata anggota BN perlu bersatu hati membentuk sekatan politik bagi halang hasrat pembangkang kuasai Putrajaya pada PRU 13.

2 Sept 2012 - Najib melawat Sabah di Sandakan dan Kota Belud dan setiap venue mendapat sambutan 35 ribu orang!!! Di Sandakan, Najib mengungkapkan angka sebelas yang membawa soalan adakah praya umum ke 13 diadakan bulan sebelas atau November?

3 Sept 2012 - Sun Myung Moon, 92 tahun, pengasas unification Church, meninggal dunia.

3 Sept 2012 - Tenaga Nasional Berhad, TNB muncul GLC pertama di Malaysia lanjutkan had umur persaraan wajib dari 56 ke 60 tahun.

3 Sept 2012 - Malaysia meraih pingat perak dalam Paralimpik 2012 di London menerusi acara memanah - Hasihin Sanawi.

4 Sept 2012 - seorang pelajar kolej swasta ditahan susulan kejadian peserta himpunan janji bersih pijak gambar Najib, kibar bendera baru dan tunjuk bontot.

4 Sept 2012 - Ketua Pengarah Jabatan perkhidmatan Awam, Tan Sri Mahmood Adam berkata ada peningkatan 300% pengambilan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam di Malaysia sejak 3 bulan lalu.

4 Sept 2012 - Presiden seumur hidup Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Hamzah Abu Samah meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 88 tahun.

6 Sept 2012 - Najib sedia terima permohonan maaf daripada Ayah seorang remaja yang dikaitkan dengan insiden mendedahkan bontot pada gambar PM pada himpunan janji Bersih Merdeka, 30 Ogos 2012 lalu. Bagi saya remaja itu patut disebat di punggungnya menggunakan ekor ikan pari.

7 Sept 2012 - Najib tiba di Vladivostok, Russia untuk mesyuarat pemimpin kerjasama Asia pacific, APEC.

7 Sept 2012 - ratu terjun negara, Pandelela Rinong akan lanjutkan pelajaran dalam sains sukan di Universiti Malaya dan tidak ke Australia sepertimana yang ditawarkan banyak pihak.

8 sept 2012 - Malaysia raih pingat kedua dalam sukan Paralimpik London 2012 menerusi atlit lontar peluru yang menang gangsa, Muhammad Ziyad Zolkepli, sebelum ini Malaysia menang perak memanah. Ini bermakna kontinjen Malaysia membawa pulang 1 perak dan 1 gangsa, sama seperti Olimpik London 2012.

8 sept 2012 - status Ahli parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal yang muflis, sudah dimaklumkan kepada Jabatan Insolvensi dan keputusan akan dibuat samada dia boleh hadiri sidang dewan rakyat atau tidak kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

8 Sept 2012 - TPM kata mana mana ahli UMNO yg sabotaj parti ketika PRU 13, akan disingkir dari parti dan harap komponen BN ikut serta bertindak tegas ke atas ahli parti masing masing yang sabotaj parti.

9 Sept 2012 - berita gembira dari Vladivostok Russia, Najib kata Malaysia akan jadi tuanrumah persidangan sidang kerjasama ekonomi Asia Pacific, APEC pada 2020.



11 sept 2012 - Najib lancarkan pelan pembangunan baru 2013 - 2025 selama 12 tahun, dilaksanakan berasaskan 11 anjakan utama agar transformasi pendidikan bersifat futuristik dan jangka panjang. Antara reformasinya, memastikan perguruan menjadi profesyen pilihan dan hanya lulusan 30 % tertinggi dala perguruan akan diambil bekerja.

70,000 guru Bahasa Inggeris pula akan menduduki ujian Cambridge Placement dan diberi latihan untuk memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris.

Kurikulum sekolah rendah dan menengah akan dikaji semula pada 2017 dengan pilihan membolehkan pelajar cemerlang menamatkan pelajaran dalam tempoh lebih awal.

11 Sept 2012 - tema sambutan hari Malaysia ke 49 di Bintulu, Sarawak pada 16 September 2012 "Janji ditepati, rakyat sejahtera"

11 Sept 2012 - polis sedang mengesan individu yang menghina gambar pemimpin pakatan pembangkang yang disiarkan dalam portal berita.

12 Sept 2012 - Najib pasti gembira dengan usaha membenteras jenayah dadah di Malaysia apabila polis Johor rampas dadah RM68 juta dalam 5 serbuan berasingan di Muar, Johor.

12 Sept 2012 - Najib pasti sedih dengan kematian penolong pengarah Kastam Johor, Ahmad Hassan, 54 tahun yang masih bujang yang maut apabila menyelamatkan keretanya yang terbakar dipercayai perbuatan khianat, 4 pagi tadi.

12 Sept 2012 - TPM Muhyiddin berkata orang ramai boleh memberi pandangan dan mendapatkan penjelasan Pelan pembangunan baru pendidikan dalam sesi rumah terbuka kementeriannya pada oktober ini

13 Sept 2012 - pasangan diraja Britain, putera William dan Kate Middleton tiba di Kuala Lumpur untuk lawatan rasmi 4 hari. pasangan ini dijangka melawat Sabah termasuk Lembah Danum pada Sabtu 15 September 2012

13 Sept 2012 - Najib umum 7 projek berimpak tinggi program transformasi ekonomi babitkan nilai pelaburan keseluruhan RM5.607 Billion, wujudkan 18,522 peluang pekerjaan

14 Sept 2012 - Mahkamah koroner KL putuskan pemandu teksi, Baharudin Ahmad yg mati ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 2011, mati kerana sebab semulajadi

14 Sept 2012 - TPM kecam tayangan filem Innocence of Islams yang dikatakan menghina Nabi Muhammad dan arahkan filem itu diharamkan di Malaysia

14 Sept 2012 - pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton tiba di Kota Kinabalu jam 7.57 petang dan terus menginap di Shangri-La Tanjung Aru Resort



15 Sept 2012 - Putera William dan Kate melawat Hutan Lembah Danum menaiki helikopter dan balik ke KK menaiki pesawat Maswings ATR 72-500

15 Sept 2012 - pembangkang turut mangadakan sambutan hari Malaysia di restoran singgah Singgarung, Tuaran hari ini.

15 Sept 2012 - fakta mengejutkan kata Shafie Apdal, kira kira 31,000 daripada 2 juta penerima BR1M, adalah ahli UMNO yang belum daftar sebagai pemilih, macamana ni?

15 Sept - kementerian kesihatan akan tingkatkan bilangan klinik 1Malaysia kepada 175 menjelang akhir tahun ini berbanding 119 sekarang

16 Sept 2012 - hari Malaysia disambut di Bintulu, Sarawak dihadiri PM, TPM dan dif kenamaan lain

16 Sept 2012 - Putera William dan Kate berlepas ke kepulauan Solomon dari Kota Kinabalu. All the best William and Kate, God bless you.

18 sept 2012 - najib berkata seksyen 114A akta Keterangan masih memerlukan penyiasatan penuh pihak pendakwaan dan seseorang itu tidak boleh disabitkan hanya kerana namanya dikaitkan dengan artikel tertentu

20 sept 2012 - YB Ngeh Koo Ham, antara YB paling bodoh di Malaysia akhirnya mohon maaf atas twitternya yang mempersoalkan bantahan umat Islam di Malaysia mengenai filem hina Nabi.

20 Sept 2012 - Najib pengerusikan Mesyuarat MT UMNO antara ketetapannya :
- MT UMNO kutuk sekerasnya penyiaran filem hina Nabi Muhammad dan karikatur majalah Perancis yang hina Nabi Muhammad
- PM nafi keluarkan surat kepada UIAM mengenai pilihanraya kampus
- Perhimpunan agung UMNO akan diadakan 27 November 2012 hingga 1 Disember 2012, ini bermakna tiada pilihanraya diadakan dalam tempoh itu?

22 Sept 2012 - Najib berkata Pudu Sentral kini dikenali bangunan pusat transformasi bandar kuala lumpur, menawarkan kemudahan perkhidmatan setempat dibawah satu bumbung. Pada masa sama kerajaan mencari bangunan sesuai di bandar utama seluruh Malaysia untuk ditukarkan menjadi pusat transformasi bandar, UTC.

22 Sept 2012 - Najib serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat dakwaan penyaluran dana awam ke atas Suaram

24 Sept 2012 - teka teki mengenai tarikh pilihanraya umum semakin memuncak dan membara setelah Najib memanggil Ahli parlimen BN dan jemaah menteri di bangunan Parlimen, mulai 8.45 pagi tadi. Taklimat berlangsung 45 minit.

24 Sept 2012 - Anwar Ibrahim jelaskan jet pesawat khas dinaikinya bersama beberapa pemimpin pembangkang ke Labuan dan Kota Kinabalu sempena sambutan hari Malaysia lalu, adalah tajaan seorang kenalan.

24 Sept 2012 - Najib berkata kerajaan beri jaminan tiada tol dikenakan di Leburaya Eastern Disposal Link di Johor Bahru.

24 Sept 2012 - ketua pemuda UMNO Kepong parah ditikam 2 lelaki dekat pintu masuk rumahnya, selepas balik menonton bolasepak jam 4 pagi.

24 Sept 2012 - bekas timbalan ketua pengarah Immigresen, Yusof Abu Bakar dibebaskan oleh mahkamah Rayuan daripada 14 tuduhan rasuah babitkan RM 121,500.00

25 Sept 2012 - pilihanraya IPT, calon pro-aspirasi menang besar di 7 IPTA menewaskan calon pro Mahasiswa

27 Sept 2012 - Proton melabur RM500 juta dalam R & D Teknologi Hijau dan akan memperkenalkan kenderaan elektrik hybrid komersial mulai 2014, kata Mustafa Mohd, Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

25 sept 2012 - dewan rakyat bahaskan usul khas berkaitan filem "Innocences of Islam" mulai 4.30 petang ini


28 Sept 2012 - Malaysia dikejutkan pemergian lagenda bolasepak Malaysia, Tan Sri Ghani Minhat, 76 tahun, akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara, IJN pada Isnin 24 September 2012 lalu. Ini kehilangan ikon kedua sukan negara selepas pemergian lagenda badminton negara, Datuk Punch Gunalan pada 15 Ogos 2012.




28 Sept 2012 - Najib bentangkan BAJET 2013 bertema MEMAKMUR NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT, SEBUAH JANJI DITEPATI di parlimen tepat jam 4 petang dengan peruntukan RM251.6 Billion melibatkan RM201.9 Billion perbelanjaan mengurus, manakala peruntukan pembangunan RM49.7 Billion. Intipatinya :

- BR1M 2.0 pusingan kedua akan diberikan tahun depan, dengan peruntukan 3 Billion ringgit, mereka yang layak mendapat BR1M pusingan pertama automatik layak mendapat kemudahan bantuan itu manakala pemohon baru boleh membuat permohonan mulai November 2012. BR1M 2.0 juga diberikan kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan, bayarannya RM250.00.

- Bonus 1 setengah bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam.

- peruntukan tambahan RM1 Billion kepada tabung khas pembinaan, penambah baikan dan peyelenggaran sekolah.

- kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yg berkhidmat sekurang kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820

- Ekonomi Negara diunjur berkembang kukuh pada 4.5% hingga 5.5% pada 2013 didorong pelaburan dan pengunaan swasta.

- RM9 Billion nilai kos infrastruktur projek MRT ditawarkan kepada syarikat Bumiputera

- RM1.9 Billion diperuntukkan bina 123,000 unit rumah mampu milikdi lokasi strategik seperti KL, Shah Alam, Serembah, Johor Bahru dan Kuantan

-Pakej khas telepon pintar 3G bagi golongan belia berpendapatan RM3,000 ke bawah, sebulan diberikan rebat RM200 secara one-off

- diskaun 50% tambang komuter KTM kepada rakyat Malaysia berpendapatan RM3000 ke bawah

- cukai pendapatan individu dikurangkan 1 % mata bagi RM50,000 yang dikenakan cukai

- kos proses paspot kepada warga Emas dikurangkan 50%.

- peruntukan RM320 juta kepada SPNB untuk bina 22,885 unit kediaman pangsapuri kos rendah dan sederhana, rumah mesra rakyat dan rumah mampu milik.

- program baucar buku 1Malaysia diteruskan kepada pelajar IPT dan pra-Universiti dengan nilai baucar dinaikkan kepada RM250 daripada RM200

- Tun Razak Exchange dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa, menawarkan 40,000 peluang pekerjaan

- insentif cukai ke atas usahawan swasta dalam industri minyak dan gas, termasuk pengecualian cukai 100% selama 10 tahun

- peruntukan RM500 juta disediakan bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek teras

- 125,708 pegawai dan anggota tentera akan terima bayaran insentif khas RM200 sebulan mulai Januari 2013

- Selepas pembentangan Bajet 2013, harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi

29 Sept 2012 - Najib berkata pembentangan belanjawan 2013 bukan langkah membeli undi rakyat tetapi adalah komitmen kerajaan membangunkan negara

29 Sept 2012 - 1,900 pegawai penguat kuasa dan 1,300 pegawai pemantau akan tinjau restoran seluruh negara bagi elak kenaikan harga minuman dan makanan kata Tan Lian Hoe

29 Sept 2012 - Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dilantik Tunku Mahkota Johor kerana Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor berada di luar negara

22 Sept 2012 - Najib berkata Pudu Sentral kini dikenali bangunan pusat transformasi bandar kuala lumpur, menawarkan kemudahan perkhidmatan setempat dibawah satu bumbung. Pada masa sama kerajaan mencari bangunan sesuai di bandar utama seluruh Malaysia untuk ditukarkan menjadi pusat transformasi bandar, UTC.

22 Sept 2012 - Najib serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat dakwaan penyaluran dana awam ke atas Suaram

24 Sept 2012 - teka teki mengenai tarikh pilihanraya umum semakin memuncak dan membara setelah Najib memanggil Ahli parlimen BN dan jemaah menteri di bangunan Parlimen, mulai 8.45 pagi tadi. Taklimat berlangsung 45 minit.

24 Sept 2012 - Anwar Ibrahim jelaskan jet pesawat khas dinaikinya bersama beberapa pemimpin pembangkang ke Labuan dan Kota Kinabalu sempena sambutan hari Malaysia lalu, adalah tajaan seorang kenalan.

24 Sept 2012 - Najib berkata kerajaan beri jaminan tiada tol dikenakan di Leburaya Eastern Disposal Link di Johor Bahru.

24 Sept 2012 - ketua pemuda UMNO Kepong parah ditikam 2 lelaki dekat pintu masuk rumahnya, selepas balik menonton bolasepak jam 4 pagi.

24 Sept 2012 - bekas timbalan ketua pengarah Immigresen, Yusof Abu Bakar dibebaskan oleh mahkamah Rayuan daripada 14 tuduhan rasuah babitkan RM 121,500.00

25 sept 2012 - dewan rakyat bahaskan usul khas berkaitan filem "Innocences of Islam" mulai 4.30 petang ini

6 Okt 2012 - Najib berharap mendapat mandat lebih besar pada PRU ke 13 bagi terus berkhidmat kpd rakyat dan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

18 Okt 2012 - Najib lancarkan Gagasan NAJIB lanjutan pendekatan Gagasan Aman Jaya yg dipraktikkan dalam kerajaan negeri Perak.

21 Okt 2012 - Presiden MCA Chua Soi Lek berkata berkata MCA dengan battle cry "BATTLE WITHOUR FEAR" kini sudah siap sedia dan bersatu padu menentang DAP dalam pilihanraya umum ke 13.

21 Okt 2012 - Najib umumkan geran RM30 juta untuk pembangunan sekolah menengah Cina, untuk faedah 78 sekolah dan 125,000 pelajar.

24 Okt 2012 - kerajaan jangka pengagihan bahagian pertama BR1M 2.0 pada Januari 2013.

25 okt 2012 - ejen penghantaran, Mohd Azri Mohd Kassin, 31, didakwa di mahkamah majistret KL atas tuduhan curi kereta Porsche Panamera 4 berharga RM870,000.00, sekaligus membuktikan dia pencuri professional yang amat hebat di Malaysia umpama filem Hollywood namun tak hebat larikan diri macam The Transporter.

31 Okt 2012 - 35,000 pelabur dengan pelaburan mencecah RM10 Billion dikesan terbabit dlm syarikat pelaburan jongkong emas Genneva Malaysia kata Dr Awang Adek Hussein.

4 Nov 2012 - PM berlepas ke Laos untuk hadiri ASEM 2012.

7 Nov 2012 - kerajaan peruntukkan RM3 Billion bagi BRIM 2.0, pembayaran dibuat mulai 15 Januari 2013

7 Nov 2012 Barack Obama disahkan menang pilihanraya Presiden AS dan kekalkan jawatan untuk penggal kedua di White House selepas tewaskan Mitt Romney.

7 Nov 2012 PM ucap tahniah atas pemilihan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat buat penggal kedua, harap Obama terus tingkat persefahaman antara Amerika dan masyarakat Islam.

8 Nov 2012 Pandelela Rinong dan Lee Chong Wei dianugerahkan Gold Medal of Excellence oleh Majlis Raja Raja, kali pertama anugerah itu disampaikan kepada personaliti sukan.

8 Nov 2012 Najib berkata soal akidah Islam mesti dipertahankan tanpa kompromi walaupun negara berkongsi nilai sejagat dengan pelbagai bangsa dan masyarakat.

8 Nov 2012 Tun Musa Hitam bersara sebagai Pengerusi Sime Darby Berhad dan Tan Sri Samsudin Osman menjadi pengerusi sementara lembaga pengarah.

8 Nov 2012 Lynas Malaysia dibenarkan beroperasi selepas Mahkamah Tinggi Kuantan tolak permohonan injuksi ke atas Lesen Operasi Sementara difailkan penduduk.

10 Nov 2012 Najib lancar dan sempurnakan bayaran durian runtuh fasa ketiga lebih RM563 juta bagi generasi belia Felda pada Himpunan Generasi baru di Shah Alam.

11 Nov 2012 One Malaysia call centre, sebuah nombor untuk orang ramai membuat pertanyaan, aduan dan cadangan mengenai agensi kerajaan dilancarkan pada 12 November ini.

13 Nov 2012 PM umum berita gembira untuk kaum India di Labuan apabila mengumumkan cuti umum Deepavali di pulau bebas cukai itu mulai 2013.

13 Nov 2012 PM beri jaminan kerajaan akan hentikan projek bina kondomonium di Batu Caves jika menang di Selangor pada pilihanraya umum akan datang.

14 Nov 2012 Najib melancarkan laman web untuk golongan muda bagi membolehkan mereka mencurahkan idea untuk kebaikan negara.

16 Nov 2012 - Najib umum 11 projek ETP babitkan nilai pelaburan RM6.68 Billion, wujudkan 40,021 pekerjaan baru menjelang 2020. Projek PJ Sentral garden City saja membabitkan kos RM5.23 Billion

16 Nov 2012 - Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 % pada suku ketiga 2012 berbanding 5.8 % pada suku sama tahun lalu kata Gabenor Bank Negara

18 Nov 2012 - Najib menanda-tangani Perisytharan Hak Asasi Manusia ASEAN yang menggariskan sesiapa juga mempunyai hak tanpa mengira keturunan, jantina, bahasa dan sebagainya.

19 Nov 2012 - Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumum negara ke 8 paling bahagia di dunia daripada senarai 100 negara mengikut Indeks Kebahagian kata Ketua Polis Negara di Kota Kinabalu.

19 Nov 2012 - Malaysia terus dapat pengiktirafan antarabangsa apabila disenaraikan di tempat ke 8 Indeks Kebahagiaan dunia kata IGP.

20 Nov 2012 - Najib menyatakan hasrat bertemu pengikut Twitternya yang ke sejuta selepas jumlah pengikut Twitternya mencecah angka sejuta hari ini.

21 Nov 2012 - Penjaga Gol Kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat akan bernikah dengan gadis pilihannya Leuniey Natasha pada 28 Disember 2012, di pasir Pekan, Tumpat, Kelantan demikian umum Apek.

23 Nov 2012 - Perhimpunan Agung UMNO 2012 dijangka beri fokus terhadap bagaimana perwakilan bahaskan perkara berhubung kait dengan PRU 13 kata TPM.

23 Nov 2012 - pengurus QPR, Mark Hughes disingkirkan dari kelab itu ekoran prestasi buruk hanya seri 4 kali dan tewas 8 kali dalam 12 perlawanan Liga Perdana Inggeris. Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo turut menerima nasib sama ekoran persembahan hambar Chelsea dalam Champions League.

24 Nov 2012 - pelakon popular Larry Hagman yang memegang watak JR Ewing dalam siri TV popular AS, Dallas, meninggal dunia pada usia 81 tahun akibat kanser

24 Nov 2012 - Harry Redknapp dilantik pengurus baru QPR gantikan Mark Hughes yang disingkirkan. Perlawanan pertama Redknapp adalah QPR vs Manchester United.

25 Nov 2012 - Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Singapura dalam perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2012 di tempat sendiri, mengundang kekecewaan jutaan peminatnya di seluruh negara.

26 Nov 2012 - Najib mahu skuad bolasepak Harimau Malaya bangkit dari kekalahan 0-3 kepada Singapura dalam perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2012 dan mencatat kemenangan dalam saingan seterusnya, menentang Laos dan Indonesia di peringkat kumpulan.

26 Nov 2012 - Petronas mengumumkan penemuan dua sumber gas utama di pesisir pantai Sarawak - Kuang North dan Tukau Timur.

27 Nov 2012 - SPR berkata pemerhati dari ASEAN dan 18 NGO dijemput memantau PRU 13.

27 Nov 2012 - Perhimpunan Agung UMNO 2012 bermula, Muhyiddin dalalm ucapannya berkata kebijaksanaan pemimpin terdahulu memilih acuan politik perkongsian politik terdiri UMNO, MCA dan MIC menjadikan negara kekal aman dan sejahtera. Muhyiddin juga berkata sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sebagai pasukan tahan lasak parti perlu gerakkan jentera sebaik semboyan PRU 13 dibunyikan. Katanya lagi ada kumpulan yang perjuangkan ideologi songsang berteras pemikiran sekular liberal bertentangan dengan Islam yg didalangi pembangkang.

28 Nov 2012 - Perhimpunan Agung UMNO 2012, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata projek dan kontrak hanya seharusnya diberikan kepada syarikat yang menawarkan latihan industri kepada belia.

29 Nov 2012 - Perhimpunan Agung UMNO 2012, Najib dalam ucapan dasarnya berkata calon boleh menang hendaklah mampu berikan nilai tambah, bukan sekadar diterima lingkungan parti, malahan disenangi pengundi.

Teori politik konvensional bahawa perubahan dan pembaharuan akan hanya berjaya jika rakyat menukar kerajaan, tidak boleh diterima di Malaysia.

Najib seru ahli parti rapatkan saf,laungkan semboyan pilihanraya dengan memberi jaminan rakyat Malaysia berhak dapat kerajaan terbaik.

Najib berkata Malaysia di tempat ke 5 teratas dalam pematuhan indeks Syariah yang dikendali sekumpulan ulama antarabangsa.

Najib beri amaran kepada pembangkang agar henti guna agama untuk memperdaya rakyat dan berjanji UMNO akan terus perjuangkan Islam di Malaysia.

30 Nov 2012 - Senat Australia luluskan rang undang undang utk mewujudkan hubungan perdagangan lebih kukuh dengan Malaysia melalui perjanjian perdagangan bebas baru.

30 Nov 2012 - perhimpunan agung PBB hari ini lulus pengiktirafan defacto negara berdaulat kepada Palestin dengan 138 undi sokong, 9 menentang dan 41 berkecuali, adakah ini memberi laluan awal kepada kemerdekaan mutlak Palestin agar tidak diganggu Israel lagi?

1 Dec 2012 - Najib menggulung ucapan di akhir perhimpunan agung UMNO 2012, antara intipati ucapannya :

- Najib sifatkan Menteri dan Timbalan Menteri yang keluar UMNO sebagai pengkhianat kerana gila jawatan dan dirasuk orang tertentu.

- Najib ketuai ikrar dan doa untuk cetuskan semangat juang ahli UMNO hadapi PRU 13 dan pertahankan kerajaan sekarang.

- Najib berkata kerajaan akan mengkaji semula undang undang muflis di Malaysia kerana undang undang sedia ada terlalu ketat dan ramai diistyharkan muflis hanya kerana menjadi penjamin.

Other highlights :

- Datuk Jamil Khir Baharom ketika menggulung isu Tabung Haji berkata 1 juta rakyat Malaysia dalam senarai menunggu untuk menunaikan haji.

- Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tegaskan selepas pindaan AUKU, lebih ramai golongan muda menyokong UMNO dan BN.

- Wanita UMNO akan perjuang Dasar Ibu Tunggal apabila perangkaan menunjukkan lebih 800,000 wanita mendaftar sebagai ibu tunggal bagi mendapat pembelaan kata Ketuanya Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

- Naib Presiden UMNO, Datuk Zahid Hamidi dedahkan hasrat pembangkang membubarkan RAMD jika menang pilihanraya kelak.

- Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin gariskan 7 rukun, antaranya patuhi pemimpin, atur strategi, fahami peranan, kenali musuh dan rapatkan perpaduan bagi menangi PRU 13.

1 Dec 2012 - Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 selepas menewaskan Indonesia 2-0 di stadium nasional Bukit Jalil. Singapura turut layak selepas tewaskan Laos 4-3. Malaysia sebelum itu tewas kepada Singapura 0-3 sebelum kalahkan Laos 4-1. Lawan Malaysia di separuh akhir kelak ialah Thailand.


2 Dec 2012 - Najib ketika rasmikan perhimpunan agung PPP berkata semua parti komponen BN perlu sifar daripada sebarang masalah untuk hadapi pilihanraya umum akan datang. Najib juga minta rakyat beri mandat pemerintahan 5 tahun lagi kepada BN.

2 Dec 2012 - pemain bowling negara, Syafiq Ridhwan beraksi cemerlang untuk muncul juara Bowling Piala Dunia AMF Qubica. Syabas dan tahniah.


4 dec 2012 - tambahan 1.5 juta unit komputer notebook 1Malaysia diedarkan kepada umum yg memerlukan. setakat ini fasa pertama pembahagian notebook percuma itu sudah 80% diserahkan daripada 1 juta unit yg diedar.

5 Dec 2012 - FIFA yang sememangnya bodoh dari dulu akan perkenalkan buat pertama kalinya teknologi garisan gol pada piala kelab dunia di Jepun mulai 6 disember bagi elak kontroversi gol tak tepat.

8 Dec 2012 - Najib ketika melancarkan karnival jelajah janji ditepati di Pulau Pinang berjanji kerajaan pusat akan bina 20,000 rumah mampu milik di Pulau Pinang serta projek Monorel. Pada majlis itu juga, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyerahkan borang menyertai UMNO bersama 346 bekas ahli PKR.

10 Dec 2012 - Lembaga hasil dalam negeri berjaya catat kutipan cukai RM115 billion sehingga awal disember 2012 lalu, iaitu jumlah kutipan tertinggi pernah dicatatkan LHDN

11 Dec 2012 - Najib umumkan wilayah pembangunan Iskandar Malaysia di Johor berjaya menarik pelaburan RM105 billion termasuk RM20.4 Billion pelaburan sepanjang Januari-November 2012, melebihi sasaran ditetapkan.

11 Dec 2012 - Proton memiliki kesemua teknologi pembuatan engin oleh Petronas dengan kos RM63 juta termasuk enjin 2.0 dan 2.0: untuk kereta Campro.

12 Dec 2012 - hari bersejarah untuk dunia kerana 12.12.12 jam 12.12.12 Rabu

12 Dec 2012 - Korea Utara lancarkan roket Unha yg didakwa bawa satelit ke orbit.

12 Dec 2012 - Pemain sitar legenda dunia dari India, Ravi Shankar meninggal dunia pada usia 92 tahun di San Diego, USA

13 Dec 2012 - Malaysia tewas 0-2 kepada Thailand dalam separuh akhir Piala AFF Suzuki di Bangkok sekaligus tersingkir dengan agregat 1-3.

13 Dec 2012 KWSP umum mendapat hasil RM7.02 billion menerusi pelaburan, meningkat 3.2 % berbanding RM6.8 Billion perolehan tahun lalu

14 Dec 2012 Najib berkata koridor ekonomi Pantai Timur mencatat pelaburan RM37 billion dan mewujudkankan 30,000 peluang pekerjaan sejak 2007 hingga November 2012.. All the best Najib, PM.

15 Dec 2012 ketika melawat Perak, Najib mengumumkan 7 inisiatif baru bantu veteran tentera baiki taraf hidup termasuk baiki rumah. Hidup Najib.

16 Dec 2012 - Ahad, Najib melawat Sandakan Sabah dengan program pecah tanah masjid di Lupak Meluas, Batu Sapi dan rasmikan persidangan tahunan LDP di 4 points Sheraton Hotel, Sandakan serta makan tengahari bersama jawatankuasa antara gereja dan NGO di hotel sama. Najib berkata kerajaan akan pertimbangkan BR1M pusingan ke 3 untuk rakyat Malaysia selepas BR1M 1.0 dan 2.0

18 Dec 2012 MAS umum membeli 36 pesawat turboprop, 16 untuk kegunaan Maswings dan 20 untuk Firefly

18 Dec 2012 90% perkhidmatan oleh kakitangan awam kini menggunakan sistem online sepenuhnya menjelang 2015 kata ketua setiausaha negara

18 Dec 2012 Bekas MB Perak yang juga ADUN Pengkalan Hulu, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali umum tidak bertanding pada PRU 13

18 Dec 2012 Peguam Negara putuskan kajian semula pelaksanaan AES dan arahkan semua prosiding AES dimahkamah ditangguhkan serta merta

18 Dec 2012 rakyat pakistan, Amir Khan didakwa di mahkamah KK menyebabkan kematian gadis 16 tahun di Kota Marudu, Norikoh Saliwa, kes ini menarik perhatian ramai.

19 Dec 2012 Keputusan PMR diumum, calon PMR yang dapat Gred A bagi semua subjek pada tahun ini seramai 30,474, menurun 0.85% berbanding 34,271 pada 2011.


19 Dec 2012 - berita baik kepada penganut Kristian di Malaysia menjelang Krismas. Malaysia setuju mengugurkan kuota dan halangan lain kepada penganut Kristian dari Malaysia yang ingin membuat pilgrimage ke Jerusalem, kata pegawai kerajaan dan pegawai rasmi gereja.

19 Dec 2012 - Bekas pengarah eksekutif perumahan dan hartanah Selangor, Datin Paduka Alinah Ahmad bakal dilantik mayor baru Petaling Jaya mulai 1 Januari 2013, satu pengiktirafan kepada wanita.

19 Dec 2012 - Final pertama Piala AFF Suzuki, Singapura tewaskan Thailand 3-1 di Singapura, perlawanan final pusingan kedua bakal diadakan di Bangkok pada Sabtu 22 Dec 2012.

20 dec 2012 - PM lawat India dan antara kejayan dicapai hasrat India menawarkan 2 projek bina lebuhraya di Tamil Nadu kepada firma Malaysia menerusi persetujuan kerajaan dengan kerajaan.

22 dec 2012 - Nicol David catat sejarah juarai terbuka dunia buat kali ketujuh di Cayman Islands, tewaskan Laura Massaro dari England, 11-6, 11-8, 11-6.

22 dec 2012 - bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik, 73 tahun meninggal dunia di rumahnya di Tropicana, Petaling Jaya, 4.45 petang. Jenazah mendiang dijangka dikebumikan pada Rabu 26 dec 2012 dengan penghormatan negara.

23 dec 2012 - Pengerusi DAP, Karpal Singh tegur Ngeh Koo Ham dan Teng Chang Khim kerana menerima anugerah Datuk ketika masih berkhidmat, kerana ini bercanggah dengan prinsip parti.

25 Dec 2012 - Rakyat Malaysia menyambut krismas dengan meriah tapi sederhana di seluruh negara. Najib dan Muhyiddin turut mengucapkan Merry Christmass kepada penganut Kristian di Malaysia.

26 Dec 2012 - Banjir di Terengganu, TPM turun padang dan umumkan sumbangan RM500 kepada setiap mangsa banjir.

27 dec 2012 - 3,640 stesen minyak di seluruh negara akan laksana peraturan gaji minimum mulai 1 Januari 2013 iaitu RM900 di semenanjung dan RM800 di Sabah dan sarawak

28 dec 2012 - dengan sekali lafaz, penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23 sah menjadi suami kepada Nur Eilunie Natasha Nazri, 21 pada majlis akad nikah di Tumpat, Kelantan.

29 Dec 2012 - TPM, Muhyiddin melawat Keningau, daerah pedalaman Sabah, merasmikan kongres ke 15 PBRS pimpinan Tan Sri Joseph Kurup.


31 dec 2012 pembinaan jambatan kedua pulau pinang sudah 90.02 peratus siap dan dijangka dibuka kepada orang ramai pada 8 September 2013

31 dec 2012 pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M 2.0 dibuat mulai Februari 2013 kata Ahmad Husni Hanadzlah

31 dec 2012 dalam mesej tahun barunya, Perdana Menteri menggesa rakyat Malaysia terus menyokong BN dan pimpinan sekarang, memantapkan integrasi nasional dan merintis masa depan lebih baik bersamanya.

2013

3 Januari 2013 Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang anak Langkau meninggal dunia di Hospital Unmum, Kuching, Sarawak awal pagi tadi, mendiang akan diberikan penghormatan negara masa pengkebumiannya.

5 Januari 2013 - Najib umum Program Integrasi 1Malaysia bersama Air Asia dengan tawaran penerbangan percuma laluan, Sabah, Sarawak dan Smenenajung bagi tempoh tertentu. Sebagai permulaan, Air Asia tawarkan 1,000 tiket percuma. Untuk galakkan integrasi nasional.

5 Januari 2013 - Najib berkata KLIA2 yang dibina dengan kos RM3.9 billion akan disiapkan menjelang May 2013, pembukaan rasmi 28 Jun 2013, sama dengan tarikh pembukaan KLIA pada 1998.

6 Januari 2013 Pahlawan Negara Kanang anak Langkau selamat dikebumikan dengan penuh adat istiadat ketenteraan di perkuburan Pahlawan, Kuching, 3.30 petang. Jemaah Menteri Malaysia ucap takziah kepada balu mendiang, Datin Brawang Chunggat.

6 januari 2013 - Yuna juarai Anugerah juara lagu 2012, AJL 27 di stadium bukit jalil, siaran tv3

8 Januari Najib sangkal dakwaan laman blog mengatakan beliau diserang strok ringan, minta rakyat jangan dengar khabar angin.

12 Januari 2013 - pembangkang sekali lagi melancarkan perhimpunan jalanan, 100,000 orang berhimpun di stadium merdeka, himpunan kebangkitan rakyat katanya atau KL112

17 Januari 2013 Najib memanggil mesyuarat dewan tertinggi BN dan Najib ingatkan semua komponen BN siap siaga hadapi PRU 13 yang bakal diumum tidak lama lagi. Kata Najib isu pembahagian kerusi dan calon, hampir selesai.

17 Januari 2013 Najib berkata suruhanjaya siasatan diraja mengenai pendatang asing di Sabah RCI harus diberi peluang melengkapkan prosidingnya dan ada 176 saksi yang dipanggil, oleh itu jangan terus terburu buru membuat kesimpulan mengenai isu pendatang tanpa izin, PTI di Sabah.

18 Januari 2013 - Petronas saman Perwaja steel kerana gagal bayar hutang RM 156.45 juta bagi pembekalan gas ke loji Kemaman. Saman difailkan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur.

18 Januari 2013 - daftar pemilih 243,751 pengundi baru yg mendaftar pada 3 bulan terakhir 2012, kini dipamerkan di 949 lokasi di seluruh negara selama 21 hari.

18 Januari 2013 Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam sahkan sedia bertanding kerusi parlimen, bukannya DUN pada PRU 13. Hasrat sudah dimaklumkan kepada PM.

18 Januari 2013 Petronas umum penemuan minyak dan gas pertama dalam tempoh 24 tahun di perairan Malaysia di telaga Adong kecil WEST-1 di Laut Sarawak.

20 Jan 2013 Najib melawat Kelantan dan umum 7 projek besar yang bakal dilaksanakan di Kelantan jika BN menang termasuk projek Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bahru

21 Jan 2013 Najib berlepas ke Mesir untuk lawatan 3 hari sebelum ke Forum Ekonomi Dunia di Davos. Namun Najib sebenarnya turut melawat Gaza, Palestin untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan. Atas sebab keselamatan, perjalanan ini dirahsiakan.

21 Jan 2013 Najib akan gunakan forum ekonomi dunia di Davos, Switzerland untuk bina keyakinan kukuh bagi Malaysia sebagai destinasi pelaburan, perdagangan, pendidikan dan pelancongan di Asia.

22 Jan 2013 Najib akan melawat Gaza, Palestin, 10 pagi ini waktu tempatan untuk temui pemimpin dan sampaikan bantuan di wilayah bergolak itu.

22 Januari 2013 TPM berkata BR1M akan diteruskan dalam jangka panjang sekiranya rakyat terus memberikan mandat kepada kerajaan BN pada PRU 13.

22 Januari 2013 PM tiba di Gaza, Palestin menerusi jalan darat 55 km dari Mesir dan beliau menjadi PM Malaysia pertama dan pemimpin bukan Arab pertama menjejakkan kaki di bumi bergolak itu. PM diberi sambutan rasmi dan turut menerima ijazah kehormat dari Universiti Al Aqsa. Malaysia juga turut tawarkan bantuan bagi menjayakan pelan perdamaian Hamas dan Fatah ke arah penyatuan rakyat Palestin kata PM.

23 Januari 2013 7 juta isirumah dan individu bujang telah memohon BR1M 2.0 yang pembayarannya akan dibuat Februari depan.

23 Januari 2013 Najib ucap takziah dan simpati kepada keluarga tebusan rakyat Malaysia yang maut akibat serangan pengganas di loji petroleum dan gas di Algeria. Pada masa sama, jurutera binaan dari Pulau Pinang, Ravi Kappusamy yang terselamat dalam insiden itu, selamat tiba di Lapangan terbang Pulau Pinang, jam 5.20 petang.

23 Januari 2013 Jambatan kedua Pulau Pinang sepanjang 24 km dengan kos RM3 billion dijangka siap September tahun ini, 2 bulan lebih awal dari jadual asal.

23 Januari 2013 Sindiket tipu pelabur Malaysia, Genneva menerima tamparan hebat apabila 3 pengarah dan seorang bekas pengarah didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas 224 tuduhan money laundering yang didakwa dilakukan pada 2008 dan 2009.

24 Januari 2013 Korea Utara beri amaran sedang siap sedia jalankan ujian nuklear dan lancar lebih banyak roket jarak jauh.

25 Januari 2013 Najib berada di Davos, Switzerland untuk forum ekonomi dunia, WEF dan berkata 3 syarikat asing mahu melakukan pelaburan RM5.5 billion di Malaysia,.

25 Januari 2013 Berita sedih untuk rakyat Malaysia apabila kanak kanak lelaki berusia 6 tahun, William Yau Zhen Zhong disahkan meninggal dunia selepas hilang sejak lebih seminggu lalu, mayat kanak kanak malang ini ditemui di Pelabuhan Klang, 30 km dari lokasinya dilaporkan hilang. Rest In Peace. God Bless You William Yau Zhen Zhong.

26 Jan 2013 Tan Sri Tony Fernandes dan Michelle Yeoh dinamakan duta jenama Malaysia pada malam Malaysia di forum ekonomi dunia di Davos, Switzerland.

26 Jan 2013 12,500 kakitangan Kastam diraja Malaysia akan terima elaun khas setengah bulan gaji, tahun ini.

26 Jan 2013 TPM kata Kerajaan pusat tetap teruskan projek pembinaan loji rawatan air Langat 2 dalam masa terdekat meskipun tanpa persetujuan kerajaan Selangor.

27 Jan 2013 Novak Djokovic pertahankan kejuaraan tenis terbuka Australia dan kemenangan ke 3 berturut, tewaskan Andy Murray di final, 6-7, 7-6, 6-3, 6-2. Gelaran perseorangan wanita pula dimenangi Victoria Azarenka dari Belarus, untuk gelaran kedua berturut turut, tewaskan Li Na, 4-6, 6-4, 6-3.

28 jan 2013 Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata semua pihak harus meletakkan kepercayaan kepada RCI untuk menyelesaikan siasatan dan laporannya dan tindakan boleh diambil ke atas pihak yang bersalah serta perkara salah dibetulkan, berdasarkan laporan dan resolusi RCI itu kelak. Patail ditemui selepas pembukaan tahun perundangan Sabah dan Sarawak di Mahkamah Tawau, Sabah, majlis disempurnakan ketua hakim negara, Tun Arifin Zakaria.

28 Jan 2013 Najib dan Muhyiddin berkata pemecatan Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS, tidak sepatutnya berlaku.

28 Jan 2013 Polis mengesahkan ujian DNA mayat kanak kanak yang di temui di pelabuhan Kelang adalah sepadan dengan kanak kanak lelaki berusia 6 tahun, William yang dilaporkan hilang sejak 16 Januari lalu.

28 Jan 2013 Lagenda badminton negara Datuk Eddy Chong yang pernah juarai All England 4 kali, meninggal dunia 3 petang tadi di sebuah hospital di Pulau Pinang pada usia 82 tahun. Rest in Peace Sir.


29 jan 2013 Najib umum peruntukan RM50 juta untuk kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat untuk laksana program hati mulia, untuk ibu tunggal dan golongan memerlukan, bulan depan, mulianya hati Najib.

29 Jan 2013 Rais Yatim berkata SKMM akan lihat pengiriman SMS termasuk mengandungi unsur seks.

30 Jan 2013 Dewan Senat USA sahkan Senator John Kerry, 69 tahun sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat yg baru ganti Hillary Clinton.

30 Jan 2013 PM Australia, Julia Gillard membuat kejutan apabila mengumumkan pilihanraya pada Sepember 14, sekaligus kempen paling lama dalam sejarah Australia.

31 Jan 2013 Hishamuddin Tun Hussein kata laporan JPN hantar mykid dan sijil lahir ke Keningau, Sabah, jika tidak dituntut adalah palsu. Ketua Pengarah JPN buat laporan polis.

1 Feb 2012 Polis Sabah buka kertas siasatan kes 14 gajah Pygmy mati dipercayai diracun di hutan simpan Gunung Rara, Tawau, Sabah

1 Feb 2012 Kerajaan luluskan 34,700 atau 66% daripada 52,415 permohonan BRIM 2.0 bagi masyarakat orang Asli, babitkan peruntukan RM14.8 juta

2 Feb 2013 Najib umum peruntukan tambahan RM120 juta kepada Syabas untuk bantu ringankan beban bekalan air di Selangor


3 Feb 2013 Claudia Theopilus, 42 wartawan Al Jazeera dari Seremban, Negeri Sembilan maut tertembak di Baakleen, kawasan pergunungan Lubnan.

3 Feb 2013 Najib lancar Mybeautiful Malaysia serentak di 300 lokasi seluruh negara, babitkan 1 juta generasi muda

4 Feb 2013 Kerajaan umum perlantikan semula Tan Sri Ambrin Buang selaku ketua audit negara untuk tempoh 2 tahun mulai 23 Februari 2013 kata KSN

5 Feb 2013 Najib lancarkan Taman Perindustrian Malaysia - China yang menarik pelaburan RM10.5 Billion dan mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan.

5 Feb 2013 Perogol bersiri Rambo Bentong atau Rabidin Satir dari Tambunan, Sabah dipenjara 115 tahun dan sebat 50 kali oleh Mahkamah Sesyen Raub, Pajang atas 4 kesalahan rogol. Dia mendapat jolokan Rambo kerana bersenjatakan pisau Rambo untuk menyerang mangsa. Jika saya hakim, saya hukum penjara 1,150 tahun dan sebat 5,000 kali atau penjara 3 bulan sahaja tanpa makan dan minum.


6 Feb 2013 Najib lancar skim prihatin pendidikan 1Malaysia berupa pinjaman bagi pendidikan tinggi antara RM100,000 hingga RM150,000 bagi membolehkan pelajar menghabiskan pengajian universiti, peruntukan pinjaman ini berjumlah RM1 billion.

6 Feb 2013 Polis siasat 300 pekerja syarikat pembalakan ekoran kes 14 gajah Pygmy mati di hutan simpan gunung Rara, Tawau, Sabah

6 Feb 2013 Pelakon veteran Datuk Yahya Sulong, 85 tahun meninggal dunia jam 6.45 petang di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua.

6 Feb 2013 SPR beri jaminan daftar pemilih sedia ada mengandungi 13.3 juta pemilih, bersih meskipun ada dakwaan pendatang asing yang memiliki mykad berada dalam daftar pemilih khususnya di Sabah. SPR juga berkata 1,574 rakyat Malaysia di luar negara sudah daftar untuk mengundi di pejabat kedutaan Malaysia di luar negara.

7 feb 2013 - perogol bersiri Rambo Bentong atau Rabidin Satir dari Sabah didakwa membunuh gadis berusia 17 tahun yang dirogolnya di Ketari Pahang. Kejam sungguh orang gila ni

7 Feb 2013 - bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat dan 2 yang lain ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Langkah Khas) 2012 kerana disyaki jalankan aktiviti keganasan. Tegar sungguh orang ni, kenapa tak ditamatkan saja riwayatnya?

7 Feb 2013 Tabung Haji umum pembayaran bonus Jubli Emas 2012 dan bonus khas 8 % bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2012, bernilai RM2.46 billion, dibayar 10 Februari 2013, ini bonus tertinggi dalam 50 tahun.

7 Feb 2013 Malaysia mulakan kempen kelayakan bolasepak Piala Asia dengan langkah sumbang apabila tewas 0-2 kepada Qatar di Doha, gol kedua hasil kesilapan munafik pertahanan Malaysia, Rueben.

7 Feb 2013 BR1M 2.0, permohonan dilanjutkan lagi daripada 10 Feb kepada 15 Mac, setakat ini 7 juta orang sudah memohon bantuan RM500 itu

8 Feb 2013 Najib lancarkan gelombang biru jentera pilihanraya Wanita BN di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur

8 Feb 2013 Najib berkata UMNO akan tubuhkan wakil jawatankuasa disiplin di setiap bahagian supaya aduan sabotaj ketika pilihanraya disalurkan lebih cepat kepada Ibupejabat parti.

10 Feb 2013 Masyarakat Tionghua di Malaysia sambut Tahun Baru Cina, tahun Ular Air. Najib berharap kehadiran tahun ular air bakal membawa banyak rahmat kepada rakyat dan negara.

10 Feb 2013 Najib sertai 100,000 rakyat pelbagai kaum meriahkan rumah terbuka tahun bari Cina MCA di Flat Sri Johor di Cheras, bukannya diibupejabat MCA seperti kelazimannya.

10 Feb 2013 Megastar Korea PSY yang popular dengan Gangnam style dijangka buat persembahan di sambutan tahun baru Cina BN di Penang, esok. Najib berkata rumah terbuka itu tiada unsur politik dan bertujuan rapatkan hubungan kaum Cina di Pulau Pinang.

10 Feb 2013 Polis akan bertindak jika terdapat campurtangan asing pada PRU 13 yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

10 Feb 2013 Najib tiba di Pulau Pinang dan meluangkan masa sejam mengadakan tinjauan mesra di pesiaran Gurney.

11 Feb 2013 PSY yang popular dengan Gangnam style tiba di lapangan terbang Pulau Pinang, 7 pagi tadi untuk persembahan tahun baru Cina.

11 Feb 2013 Najib diberi sambutan meriah sebaik tiba di sambutan Tahun Baru Cina Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di Masjid Kapitan Keling, 9.25 pagi tadi.

11 Feb 2013 Najib tiba di rumah terbuka tahun baru Cina 1Malaysia bersama PM di padang kolej Han Chiang yang dipenuhi 100,000 orang. Di Majlis ini, PM beri jaminan akan atasi masalah kesesakan lalu lintas di Penang, bina 20,000 rumah mampu milik dan wujudkan sistem monorel. PSY, superstar Korea membuat persembahan Gangnam style di majlis ini kira kira jam 1 petang dan mendapat sorakan 100,000 hadirin.

11 Feb 2013 Pope Benedict XVI mengumumkan akan letak jawatan pada 28 Februari 2013, kata jurucakap Vatican, menjadi Pope pertama berbuat demikian dalam tempoh berkurun lamanya. Menurut Vatican, Pope akan bersara di sebuah monastery di dalam Holy See. Pengganti Pope akan diundi sebelum perayaan Easter.

12 Feb 2013 Najib tiba di Johor bagi lawatan sehari, nampaknya Pilihanraya semakin hampir, esok PM akan ke Sabah pula dan selepas itu ke Sarawak. di Johor, Najib hadiri rumah terbuka tahun baru Cina peringkat negeri Johor di Senai, Kulai Jaya dihadiri 20 ribu orang. Najib juga umumkan BR1M 3.0 DAN 4.0 akan diberikan kepada kumpulan penerima sama ditambah mereka berusia bawah 21 tahun dan bujang yang berpendapatan RM2,000 ke bawah. Najib turut umum pemohon yang layak untuk projek perumahan PR1MA di sekitar Johor bakal mendapat potongan harga daripada RM250,000 kepada RM199,000 seunit.

12 Feb 2013 Korea Selatan dakwa 1 ujian nuklear yg mengakibatkan gempa bumi telah dilakukan oleh Korea Utara dan negara Korea Utara mengesahkan menjalankan ujian peranti mini nuklear tetapi menerusi kaedah selamat. Ekoran perkembangan ini Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan mesyuarat tergempar.

13 Feb 2013 Najib lawat Sabah, tiba di KK jam 6.30 petang dan esoknya akan lawat Beaufort, Papar dan Tuaran

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.

Sampai di sini sahaja untuk Bahagian PERTAMA, BAHAGIAN KEDUA ada dalam Blog ini di alamat http://easycomeseasygoes.blogspot.com/search?q=kenyataan+najib&updated-max=2012-04-02T09:31:00-07:00&max-results=20&start=1&by-date=false




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs