Tuesday, March 4, 2014

Peristiwa bersejarah di Malaysia dan Kenyataan bersejarah Najib mulai 1 Mac 2014 (Bahagian Ketiga)



Blog ini menyiarkan peristiwa bersejarah di Malaysia dan kenyataan penting Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sejak dilantik Perdana Menteri pada April 2009 dan juga peristiwa peristiwa penting yang berlaku di Malaysia dan dunia sejak 2009. Ini bahagian ketiga peristiwa dan kenyataan PM, bahagian pertama dan kedua turut dimuatkan dalam blog ini.

Terima kasih kerana Membaca.

1 Mac 2014

Bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud angkat sumpah sebagai TYT Sarawak yang baru menggantikan Tun Abang Salahudin.

TPM Muhyiddin lawat Sabah. Melawat Kolej Vokasional Sandakan dan merasmikan rumah PPR Jalan Labuk, Sibuga sebelum ke kota kinabalu dan balik KL esok.


Najib merasmikan jambatan kedua pulau pinang, sejauh 24 kilometer terpanjang di Asia Tenggara. Menamakan jambatan itu sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sempena yang di pertuan Agong dan dibuka mulai tengah malam ini dan tidak dikenakan sebarang tol selama sebulan. Jambatan ini tahan gempa bumi 7.5 skala richter, dilengkapi penyerap getah dan dironda dengan kereta elektrik.

Najib lancar projek perumahan PR1MA yang pertama di Kedah menyediakan 3,700 kediaman di Sungai Petani.

Muhyiddin lancar projek perumahan rakyat, PPR menyediakan 1000 unit rumah di sungai manila, jalan labuk sandakan.

Kos tunai haji tahun ini kekal RM9980 walaupun kos sebenar naik kepada RM16,115 berbandig RM15,575 tahun lalu.

Mulai 1 Mei warga asing hanya dibenarkan membeli hartanah bernilai RM1 juta ke atas di Johor kata MB Johor.

Najib ucap tahniah kepada Tan Sri Taib Mahmud atas perlantikannya sebagai TYT Sarawak ke 7 yang baharu.

Taib Mahmud angkat sumpah sebagai TYT Sarawak di dewan lapau bangunan dun sarawak di depan hakim besar sabah dan sarawak, Richard Malanjun.

2 mac 2014

NATO gesa Russia hentikan aktiviti ketenteraan dan ancaman terhadap Ukraine kerana tindakan Moscow mengancam keselamatan dan keamanan di Eropah.

Kementerian Pertahanan Ukraine dikerah mengarahkan tentera simpanan selepas Parlimen Russia mengarahkan penghantaran tenteranya ke Ukraine.

3 kementerian iaitu Kementerian Pertahanan, Kerjaraya, Kesejahteraan Bandar, perumahan dan kerajaan tempatan dikerah akan bantu hantar air ke kawasan dilanda krisis air.

Hishamuddin tun Hussein berkata anggota PLKN juga akan membantu usaha menghantar air khususnya mengangkat air untuk warga emas.

Khairy Jamaludin berkata FAM dan Polis perlu tingkatkan kawalan keselamatan untuk elak penonton membawa masuk bahan terlarang seperti suar, mercun dan bom asap ke dalam stadium sebagaimana berlaku dalam perlawanan persahabatan Malaysia Filipina di stadium selayang baru2 ini yang berakhir 0-0.

3 Mac 2014

2 sekolah rendah terbakar sekaligus di sabah iaitu sk pekan kiulu berusia 56 tahun dan sk gadong beaufort. tiada kecederaan.

Muhyiddin berkata MOU air tertumpu kepada usaha memastikan projek loji rawatan air langat 2 dapat dilaksanakan bukan berkenaan kenaikan tarif air.

Muhyiddin berkata BN akan juga pendekatan offensif atau menyerang apabila diserang pihak lawan pada kempen PRU kecil Kajang pada 11 Mac ini.

KM Sarawak yang baru Adenan Satem memasuki pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia Kuching buat pertama kalinya bagi memulakan tugas sebagai KM Sarawak yang baru,.

ANugerah Akademi Award atau Oscar di Los Angeles, USA. Cate Blanchett menang aktres terbaik menerusi filem Blue Jasmin manakala Matthew McConnaughey menang aktor terbaik filem Dallas Buyers Club. Filem terbaik dimenangi 12 Years a Slave manakala filem Gravity menang 7 anugerah akademi termasuk pengarah terbaik.

Najib berkata peruntukan subsidi boleh diguna bagi membina lebih banyak sekolah, tambah baik kemudahan air dan sistem jalanraya bandar dan luar bandar.

Najib berkata kerajaan membuat tindakan tepat mengenai rasionalisasi subsidi apabila ia membantu lonjak ekonomi negara dan menambah peruntukan RMK11.


4 Mac 2014

Petronas meraih keuntungan sebelum cukai RM94.3 billion tahun lalu, naik 5 % berbanding RM89.7 Billipn pada 2012.

Muhyiddin berkata guru besar dan pengetua mempunyai kuasa untuk menutup sekolah jika bacaan IPU melebihi 200.

Sistem taksiran berasaskan sekolah PBS yang lebih mesra guru serta tidak membebankan akan diumumkan pada 29 Mac ini kata menteri pendidikan II.

Muhyiddin berkata eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit yang menyumbang RM63.2 billion kepada ekonomi negara tahun lalu diramal naik tahun ini.

Seorang polis maut manakala 1 lagi polis cedera parah diserang dengan pisau dan parang oleh 5 penjenayah warga asing di Taman Sentosa, Kelang, awal pagi tadi. KPN ucap takziah kepada keluarga mangsa. Dalam insiden itu 2 warga asing ditembak mati.

5 Mac 2014

Tan Sri Bernard Dompok letak jawatan PRESIDEN UPKO yang disandangnya sejak 14 tahun lalu,

6 Mac 2014

Media Prima serahkan bantuan banjir kepada mangsa banjir di Tenom dan Beaufort.


8 Mac 2014

Malaysia dan dunia digemparkan kehilangan pesawat MH370 dari KL ke Beijing yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal di laut cina selatan.

Najib melawat keluarga mangsa dan berikrar Malaysia melakukan sedaya mungkin untuk mencari dan menyelamat pesawat hilang.

14 Mac 2014

Jabatan Pendidikan arah semua 71 sekolah di Kuala Langat ditutup ekoran IPU kibat jerebu melebihi 300 iaitu merbahaya.

Banting dan Pelabuhan Kelang catat IPU merbahaya melebihi 300 iaitu 316 dan 352 6 pagi tadi.

3 kem PLKN di Selangor ditutup kerana indeks pencemaran udara, IPU melebihi 300 iaitu merbahaya.

Kerajaan belum bercadang istyhar darurat bencana Jerebu kerana bacaan IPU tidak melebihi 500 iaitu tahap kecemasan kata G Palanivel.

15 Mac 2014

5 maut termasuk 2 wanita akibat pengambilan dadah ketika konsert future music festival di bukit jalil malam tadi.

Bekas pegawai Daerah Dalat, Yussibnosh Balo, 47 diumumkan calon BN praya kecil dun Balingian.

Kerajaan belanja RM3.6 Billion untuk 25 bentuk bantuan pendidikan di sekolah kebangsaan dan menengah tahun ini kata Muhyiddin Yassin.


16 Mac 2014

14 individu kini di rawat di hospital akibat pengambilan dadah ketika konsert future music festival di bukit jalil. 6 maut dalam kejadian itu.

TPM kata guru tidka perlu masukkan data pencapaian pelajar secara dalam talian, antara penambah baikan PBS yang diumumkan 18 Mac ini.

Hujan Lebat sekitar lembah Kelang semalam hingga pagi ini disebabkan perubahan cuaca menjelang akhir monsun timur laut.

PKR umum Abdul Jalil Bujang, 55 sebagai calon PKR praya kecil DUN Balingian.



17 Mac 2014

Penamaan calon pilihanraya kecil DUN Balingian, Mukah Sarawak menyaksikan pertandingan 1 lawan satu antara calon BN Yussibnosh Balo, 47 dan dan calon PKR ABdul Jalil Bujang, 55. Penamaan calon diadakan di dewan suarah Mukah dibuka 9 pagi tadi.


Siasatan awal polis mendapati 6 pengunjung konsert future music festival asia di stadium bukit jalil, meninggal dunia dalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadah ecstasy jenis baru.



18 Mac 2014

TPM Muhyiddin mengumumkan mengenai pentaksiran berasaskan sekolah, PBS.

- Pentaksiran berasaskan sekolah, PBS masih diteruskan dengan 3 penambah baikan mulai 1 April.

- Guru tidak perlu isi data penguasaan murid guna sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah seperti sebelum ini.

- Guru tidak perlu sedia fail perkembangan murid dan isi rekod transit yang tidak jelas hingga ganggu tugas mengajar.

- Guru tidak perlu isi data penguasaan murid guna sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah seperti sebelum ini.

- Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, PMR bagi pelajar tingkatan 3 akan diganti dengan pentaksiran tingkatan 3 (PT3).

- kEMENTERIAN Pendidikan menetapkan dokumen standard prestasi digantikan dengan panduan perkembangan pembelajaran murid,

19 Mac 2014

100 ahli PKR Cabang Tuaran diketuai pengarah strateginya Mohd Fairuz Bandar keluar parti dan sertai BN melalui UPKO.

Proses pengundian awal PRK Kajang bermula 8 pagi tadi babitkan 1,197 anggota polis dan pasangan mereka.

SPR menjangka keputusan PRK Kajang diumumkan seawal 9 malam Ahad ini, 23 Mac 2014.

402 pelajar daripada 55,214 calon dapat CGPA 4.0, 8 raih 5A dan 460 dapat 4A dalam STPM 2013. Purata lulus kebangsaan meningkat dari 92.67% kepada 96.75% Kolej Islam SUltan Alam Shah, Kelang diistyhar sekolah terbaik bagi 6 tahun berturut turut.

4 ADUN SPDP yang dipecat sebelum ini diterima masuk semula BN di Sarawak secara rasmi dan proses serah borang disaksikan KM Sarawak Adenan Satem di wisma Bapa Malaysia di Kuching.

Penerima BR1M bakal terima tambahan RM300 seorang pada 2015 bagi menampung kenaikan IHP sebanyak 18% akibat GST mulai 1 April 2015.

AManah Saham Nasional umum agihan pendapatan 6.60 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.5% dan 5.5% tahun ini berbanding 4.7% pada 2013 kata laporan tahunan Bank Negara. EKonomi negara juga terus berada pada landasan pertumbuhan stabil pada 2014 dan 2015 dengan sektor swasta menjadi pemacu.

Bank Negara akan pastikan pinjaman daripada institusi kewangan untuk pembangunan dan pembelian harta, tidak menggalakkan aktiviti spekulasi.

Kadar rujukan baharu, kadar asas yang tentukan kos pinjaman kadar terapung oleh bank akan diperkenal pada 2015 menggantikan kadar pinjaman asas, BLR kata Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz.

Pembayaran balik lebih RM13 juta kepada pelanggan yang terjejas pada tahun lalu apabila penyedia perkhidmatan kewangan gagal patuhi panduan.

Bank Negara menangguhkan pelaksanaan caj pemprosesan 50 sen bagi chek kepada 1 Janauri 2015 kerana beberapa agensi belum bersedia dari segi e-transaksi.


20 Mac 2014

Kerajaan menjelaskan 9.75 juta daripada 13 juta pencarum KWSP belum menamakan penama penerima KWSP jika mereka meninggal dunia,

Seramai 11,892 calon mencapai Gred A dalam semua subjek yang diambil dalam SPM 2013, ia peningkatan 244 orang.

366 calon sekolah KPM dan 39 calon bukan KPLM rasih semua Gred A+ cemerlang tertinggi bagi semua subjek.

Pencapaian keseluruhan SPM 2013 meningkat berbanding 2012 dengan gred purata kebangsaan 4.93 berbanding 5.08 pada 2012.

Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik dengan hanya 12 kawasan mencatatkan IPU sederhana jam 7 pagi tadi.

Sejumlah 8.1 juta permohonan BR1M diterima hingga 3 Mac lalu dengan 6 juta sudah diluluskan membabitkan FRM3 billion peruntukan manakala baki 2.1 juta permohonan sedang diproses.


22 Mac 2014

Najib berharap pengundi Kajang beri sokongan kepada calon BN sekaligus semarak semangat kerjasama antara kaum dan pembangunan negara.

23 Mac 2014 - Ahad

Proses pengundian praya kecil dun Kajang bermula 8 pagi tadi. Orang ramai diminta datang awal ke pusat mengundi kerana ribut petir dijangka berlaku waktu petang. 16 pusat mengundi dibuka babitkan 84 saluran mengundi mulai 8 pagi hingga 5 petang untuk bolehkan 38,055 pengundi berdaftar memilih.

Pengerusi SPR nasihatkan pemimpin parti agar kawal penyokong supaya tidak emosional hingga cetuskan provokasi ketika mengundi.

20,438 pengundi Kajang atau 53.71% daripada 38.055 pengundi biasa telah keluar mengundi sehingga 2 petang tadi.

Keseluruhannya hanya 28,314 pengundi atau 72% pengundi Kajang keluar mengundi hari ini berbanding 88.40% pada PRU 13 Mac tahun lalu.

PKR berjaya kekalkan kerusi DUN Kajang dengan majoriti 5,379 undi. Calon BN Chew Mei Fun perolehi 11,362 undi manakala calon PKR, Wan Azizah perolehi 16,741 undi. Wan Azizah dijangka angkat sumpah sebagai ADUN Kajang pada 7 April 2014 kata Speaker DUN Selangor yang cantik jelita dan seksi, Hannah Yeoh.

24 Mac 2014

ASNB umum pengagihan pendapatan untuk ASG Pendidikan sebanyak 7.10 seunit, ASG Kesihatan 7.20 sen seunit dan ASG Persaraan 7/05 sen seunit.

25 Mac 2014

Proses pengundian awal dun Balingian bermula, kehadiran 99%.

Najib bentang usul tergempar di Parlimen bahaskan tragedi MH370. Usul dipersetujui sebulat suara oleh BN dan pembangkang.

26 Mac 2014

Di sebalik suasana muram di Malaysia ekoran tragedi MH370, Kuala Lumpur menjadi tumpuan sukan dunia apabila anugerah kecemerlangan sukan Laureus 2013 diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.


27 Mac 2014



Najib mengadakan lawatan kerja sehari ke Manila untuk menyaksikan pemeteraian perjanjian komprehensif Kerajaan Manila dan Bangsamoro di Manila bersama Presiden Filipina, Beningno Aquino. Bangsamoro diwakili MILF.

Malaysia ikrar untuk terus bantu Bangsamoro dalam sosioekonomi dan herharap perjanjian kerjasama komprehensif, CAB mencapai kejayaan kata Najib.

Najib berkata Malaysia bangga kerana diberi peranan dalam menjayakan proses damai di selatan Filipina antara MILF dan Manila.

Najib dan Presiden Filipina Begnino Aquino menyaksikan pemeteraian perjanjian damai antara Manila dan MILF yang diusahakan Malaysia.

Mahkamah Sweden dapati pasangan Malaysia bersalah atas tuduhan mencederakan anak mereka , ibu dipenjara 14 bulan, bapa dipenjara 10 bulan.

Catuan Air di Selangor akan dilakukan sehingga 30 April, fasa catuan ke 4 sejak April 4, empangan masih tahap rendah meskipun hujan lebat berlaku.

29 Mac 2014



Proses pengundian pilihanraya kecil DUN Balingian berlangsung mulai 8 pagi tadi di 21 pusat pengundian untuk membolehkan 13,233 pengundi menunaikan hak mereka.

Karpal SIngh umum letak jawatan sebagai pengerusi DAP sementara menunggu keputusan rayuan hukuman denda RM4000 kerana kesalahan menghasut.

BN Menang kerusi DUN Balingian dengan majoriti 6911 undi, apabila calonnya Yossibnosh Balu mendapat 8194 undi menewaskan calon PKR, yang hanya mendapat 1283 undi.

29 Mac 2014

Praya kecil DUN Balingian, sejumlah 9688 pengundi atau 72.33% daripada 13,366 pengundi berdaftar keluar mengundi kata SPR.

30 Mac 2014

Najib lancarkan pelan induk pembangunan pusat peranginan integrasi pertama di Langkawi, Perdana Quay dengan nilai keseluruhan RM4 Billion.

31 Mac 2014

YBhg Tan Sri Bernard Dompok menyerahkan tugas selaku Presiden UPKO kepada Timbalan Presiden, YB Datuk Wilfred Madius Tangau.

Pengerusi Tenaganita, Irene Fernandez meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

PM Timor Leste Xanana Gusmao melawat Malaysia dan mengadakan kunjungan hormat ke atas Najib.

Korea Selatan dan Korea Utara berbalas bedilan artileri di Laut Kuning, penduduk Pulau Yeonpyeong dan Baenghyeong dipindahkan ke pusat perlindungan.

Rang Undang Undang Cukai barangan dan perkhidmatan, GST 2014 dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Akta pencegahan jenayah (pindaan dan pemerluasan) 2013, POCA bagi perangi jenayah dengan lebih berkesan akan dibentang di Dewan Rakyat rabu ini, 2 April 2014 kata timbalan menteri dalam negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Akta itu membolehkan suspek ditahan tanpa bicara selama selama 2 tahun, berkuat kuasa 2 April.

1 April 2014

Bank Negara nafi keluar sebarang arahan kepada bank bank supaya menaikkan kadar faedah bagi pembiayaan sewa beli kenderaan.
1 April 2014

Bank Negara nafi keluar sebarang arahan kepada bank bank supaya menaikkan kadar faedah bagi pembiayaan sewa beli kenderaan.

2 April 2014

Kerajaan Pulau Pinang setuju dengan cadangan menaikkan tarif air kerana pengunaan air di pulau itu antara yang paling tinggi di Malaysia.

Najib lancar Amanah Saham Bumiputera 2 dengan suntikan dana 10 billion unit, saham dijual pada harga RM1 seunit dengan pelaburan minimum RM10.

Pemaju yang degil berdepan tindakan senarai hitam dan denda lebih tinggi sehingga RM500,000 apabila pindaan Akta Pembangunan Perumahan berkuat kuasa Jun ini.


Seorang pelancong wanita warga China berusia 29 tahun dan seorang pekerja resort Singamata reef resort di Semporna, diculik sekumpulan 7 lelaki bersenjata dan disyaki dibawa ke selatan Filipina. Kejadian dipercayai dilakukan kumpulan KFR Kidnap for Ransom dan mangsa dipercayai sudah dibawa ke selatan filipina. Kejadian berlaku 10.30 malam di singamata resort yang terletak hanya 2.2 batu nautika dari pekan semporna disyaki membabitkan orang dalam.

3 April 2014

ESSCOM dan Polis Sabah mengesahkan kejadian culik di Simgamata resort dan usaha mengesan dan mencari kini melibatkan 3 negara, China, Malaysia dan Filipina.

Najib di Perth berkata beliau bimbang penculikan pelancong China di Semporna mungkin perbuatan pihak tertentu lagakan hubungan Malaysia China selepas kehilangan MH370.

Tribunal rayuan GST akan dibentuk bagi memberi ruang kepada mana mana pihak yang tidak puas hati dengan keputusan KP Kastam, kemukakan rayuan.

4 April 2014

ESSCOM berkata 15 pekerja asing di SIngamata resort ditahan bagi bantu siasatan kes culik manakala polis berkata 4 orang termasuk 3 wanita ditahan di sekitar semporna untuk bantu siasatan.

ESSCOM berkata kumpulan penculik disyaki turut terlibat dalam penculikan di pulau pom pom semporna november tahun lalu dan di pulau sipadan membabitkan 21 pelancong dan pekerja pada 2000.

Belum ada tuntutan wang tebusan dikemukakan penculik.

Najib melawat Vietnam dan melahirkan penghargaan kepada Vietnam kerana membantu mencari pesawat MH370.

Isteri dan anak penolong pengarah kastam Selangor yang mati ketika di soal siasat SPRM memfailkan saman RM8 juta kepada kerajaan dan 7 defendan lain.

5 April 2012

Najib berkata Air Asia tidak mempunyai pilihan selain berpindah ke KLIA2 mengikut masa ditetapkan namun kerajaan selesaikan isu berbangkit.

ESSCOM dirah beri taklimat kepada kabinet berhubung kes peculikan pelancong China dan pekerja Filipina di Singamata resort pada 2 April lalu kata TPM.

KP ESSCOM, Mohammad Mentek berkata ESSCOM akan lancarakan operasi di pulau peranginan dalam ESSZOE untuk mengesan individu berpotensi menjadi talibarut penjenayah rentas sempadan termasuk penculik.

6 April 2014

Kualiti udara di seluruh negara pulih seperti biasa dengan semua kawasan merekodkan bacaan IPU baik kata Jabatan Alam Sekitar.

Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti kerajaan pusat, badan berkanun dan kerajaan negeri 2013 siri 1 akan dibentang di Parlimen esok.

Kumpulan penculik dilaporkan sudah menghubungi keluarga pelancong China di Shangai namun tiada tuntutan wang tebusan dibuat kata KP ESSCOM, Mohammad Mentek.

7 April 2014


Malaysia dan SIngapura mengadakan program pemukiman tahunan. Najib bertemu dengan PM Singapura, Lee Hisen Leong dan antara dipersetujui :
- cadangan pembinaan jambatan Persahabatan bagi kukuhkan hubungan kedua dua negara.
- projek landasan keretapi berkelajuan tinggi memghubungkan kuala lumpur dan singapura dalam masa 90 minit sahaja akan siap pada 2020.


Isu penculikan di SIngamata Resoet akan dibincang di dewan rakyat pada sebelah petang hari ini.

Sebanyak 109 syor dikemuka dalam laporan ketua audit negara 2013 siri 1 bagi membantu 14 kementerian, jabatan dan GLC perbaiki kelemahan kewangan, pengurusan dan kecuaian kata Ketua Audit Negara. Ambrin Buang. Antara syornya :

- PTPTN tingatkan pengurusan sistem pinjaman/pembiayaan pendidikan yang secara keseluruhannya kurang memuaskan.
- kekurangan penjawat tetap di klinik 1 Malaysia punca elaun lebih masa RM1,39 dicatat untuk 2011-2013.

Kerajaan mengutip cukai petroleum RM37.56 billion setakat 11 bulan sehingga November 2013, dibantu peningkatan hasil kutipan industri hiliran.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Maximus Ongkili berkata kerajaan pusat telah bersetuju merombak Akta Industri perkhidmatan air 2006 untuk mengambil alih kawalan semua operator air di Selangor.

8 April 2014


Mahkamah tentera putuskan 5 tuduhan ke atas seorang pegawai kanan TUDM berhubung isu dakwat kekal pada PRU 13 May tahun lalu, dirujuk kepada pihak berkuasa sidang.

TPM yang melawat DUBAI, UAE berkata formula perkembangan ekonomi Malaysia adalah berasaskan perkongsian kukuh dan berkesan antara sektor awam dan swasta,

TPM berkata lagi bagi menjadi negara berpendapatan tinggi, Malaysia perlu usaha berlipat ganda bagi menarik pelaburan, memacu produktiviti dan inovasi.

9 April 2014


Kerajaan Sabah beri tempoh sebulan kepada semua pengusaha resort di negeri itu untuk serahkan senarai penuh pekerja kepada ESSCOM dan kementerian kebudayaan, alam sekitar dan pelancongan bagi membolehkan pemeriksaan latar belakang dilakukan termasuk rekod jenayah lampau dan dokumen kerja sah.

Polis menahan 22 individu termasuk 7 wanita bagi bantu siasatan kes culik di Singamata Resort. 8 daripadanya akan disiasat lanjut kerana berkepentingan, manakala bakinya akan dihantar balik ke negara asal. 19 daripada 22 yang ditahan adalah pendatang tanpa izin.

Najib berkata PLC perlu tingatkan penyertaan wanita di peringkat pengurusan atasan bagi menyokong sasaran 30% pembabitan wanita menjelang 2016.

10 April 2014


Atletico Madrid, Bayern Munich, Real Madrid dan Chelsea layak ke separuh akhir Champions League. ATletico tewaskan Barcelona agregat 2-1, Bayern tewaskan Manchester United agregat 4-2, Real Madrid tewaskan Dortmund agregat 3-2 dan Chelsea tewaskan Paris St Germain agregat 3-3, kelebihan gol tempat lawan.

Penculik di Singamata Resort menuntut wang tebusan RM36.4 juta ringgit bagi pembebasan mangsa culik kata Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.

Najib melancarkan program pembangunan bolasepak negara di Gambang, Pahang dan Akademi bolasepak negara itu dinamakan akademi Mokhtar Dahari.

11 April 2014


Mahkamah tinggi putuskan semua kakitangan awam termasuklah Peguam Negara tiada kekebalan undang undang, boleh didakwa di mahkamah jika lakukan kesalahan. Apa ni? Bukan kah ini standard practice sejak dulu?

TPM yang kini berada di Dubai berkata pasaraya halal terbesar Asia Barat, Lulu Group International akan jalin kerjasaam dengan Felda untuk membuka cawangannya di Malaysia.

14 April 2014


Sepasukan pegawai ESSCOM dihantar ke selatan Filipina berhubung usaha bebaskan 2 mangsa culik di Singamata Semporna, 2 April lalu.

15 April 2014


Kerajaan akan wajibkan setiap bas ekspress baru mempunyai tali pinggang keledar pada setiap tempat duduk.

ESSCOM melarang semua resort di perairan pantai timur Sabah untuk membuat aktiviti selepas jam 6 petang termasuk selam skuba berkuat kuasa serta merta kata ketua Pengarah ESSCOM.

Kumpulan Air Asia akan berpindah ke KLIA2 menjelang 9 May 2014, pada tarikh penutupan LCCT.

16 April 2014


8 lelaki berusia 16-25 tahun ditahan ekoran kekecohan penonton selepas perlawanan liga super Perak menentang JDT di Ipoh, malam tadi.

Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia Turki MTFTA, akan dimeterai hari ini apabila Najib memulakan lawatan kerja 2 harinya ke Turki.

Sebuah feri Sewon karam di Jindo, Korea Selatan ketika dalam perjalanan ke Pulau Jeju. 300 dilaporkan hilang kebanyakannya pelajar sekolah,

17 April 2014


Bekas Pengerusi DAP, Karpal SIngh dan pembantunya Michael Cornelius meninggal dunia, manakala anaknya Ram Karpal Singh dan pemandunya C Selvam terselamat apabila kereta Alphard dinaiki berlanggar dengan sebuah lori di km 301.6 Lebuhraya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Perak, kira kira 1 pagi tadi.

Najib dalam twiternya dari Ankara, Turki ucap takziah kepada ahli keluarga Karpal SIngh.

Suasana sedih pilu selubungi perkarangan Hospital Kampar apabila ahli keluarga Karpal tiba.

TPM antara VIP yang melawat jenazah Karpal Singh di Pulau Pinang,

Seluruh warga Parlimen Malaysia rakamkan ucapan takziah kepada keluarga Karpal Singh. DUN Sabah turut rakam ucapan takziah.

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberikan pengkebumian negeri kepada Karpal, bendera diarah dipasang separuh tiang sehingga Karpal disemadikan Ahad ini, 20 April 2014.

Tragedi feri karam di Korea, 179 orang diselamatkan setakat ini manakala 6 disahkan maut dan 290 masih hilang,

Pasukan STING Bukit Aman tumpaskan sindiket pengedarah dadah terbesar tahun ini membabitkan syabu bernilai RM18 juta.

64 Penduduk Kg Bintang Laut, Batu Pahat, Johor dikuarantin 7 hari di rumah selepas mempunyai tanda awal MERS COV atau Sindrom pernafasan Timur Tengah.

ISN sediakan fisioterapi sepenuh masa bagi bantu Lee Chong Wei agar terus beraksi hingga sukan Olimpik Brazil pada 2016.

Usahasama Salcon-MMC-AZRB diberikan kontrak bernilai RM993.88 juta untuk membina loji Air Langat 2 yang dijangka siap dalam 3 tahun.

Jualan kenderaan penumpang dan perdagangan meningkat pada Mac 2014 meningkat kepada 58,919 unit berbanding 57,622 unit tempoh sama tahun lalu.

Najib di Turki menyarankan ahli perniagaan Malaysia untuk merebut peluang kembangkan perniagaan di Turki dengan manfaatkan hubungan erat 2 hala.

18 April 2014


Pengacara terkenal 70an dan 80an, Taufik Latif, 69 tahun meninggal dunia di PPUM, Kuala Lumpur, 11.30 malam tadi.

BH rangkul anugerah Kajai dan anugerah wartawan antarabangsa dalam Malam Anugerah Wartawan Malaysia Petronas MPI sebentar tadi.

The Star pula rangkul 2 anugerah iaitu wartawan perkhidmatan rakyat dan alam sekitar.

19 April 2014


Nahas feri Korea, Kapten dan 2 krew ditahan untuk bantu siasatan, setakat ini 29 sah maut, 273 hilang dan 174 selamat.

Kerajaan Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan waris penumpang feri karam Korea.

Lim Guan Eng cadangkan IJM Promenade di Sungai Pinang dinamakan Pesiaran Karpal Singh,

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun akan dicabar bagi pemilihan Presiden FAM oleh anaknya sendiri Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Mahkota Johor.

20 April 2014


Karpal Singh disemadikan menerusi upacara pembakaran mayat di Batu Gantung Crematorium selepas perarakan yang dihadiri ribuan penyokong dan perhentian di 4 tempat iaitu Mahkamah Pulau Pinang, Dun Pulau Pinang, Sekolah Francis Xavier dan pejabat guamannya.

PNB kini mengendalikan 11.8 juta pelabur dengan jumlah saham yang diuruskan berjumlah 184.86 billion ringgit.

Pemandu Petronas Mercedes, Lewis Hamilton muncul juara Formula One GP China manakala rakan sepasukan Nico Rosberg di tempat kedua.

21 April 2014



Pesawat MAS MH192, Boeing 737-800, yang berlepas ke Bangalore, India dari KLIA terpaksa berpatah balik dan mendarat semula di KLIA jam 1.56 pagi selepas 1 daripada tayarnya pecah ketika berlepas jam 10;09 malam. Semua 159 penumpangnya dan 7 krew selamat. Hishamuddin kata pihaknya pantau tapi perkembangan penerbangan MH192 itu. Penerbangan ke Bangalore menggunakan pesawat lain, membawa penumpang dan krew sama berlepas semula ke Bangalore pada 3.55 petang dan tiba di Bangalore pada 5 petang.

MAS diberi masa hingga rabu ini bagi berikan laporan lengkap mengenai kejadian pesawat MH192 mendarat cemas awal pagi tadi kata Hishamuddin.

Kejadian itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet rabu ini kata Hishamudin, merujuk kepada MH192.

Hishamuddin minta polis siasat kemungkinan berlakunya sabotaj terhadap MAS ekoran pelbagai kejadian yang menimpa syarikat penerbangan nasional itu kebelakangan ini.

Najib rakam rasa syukur pesawat MH192 selamat mendarat di KLIA, ucap tahniah kepada Kapten Nor Adam Azmi dan penbantunya Prakash Kumar.

Pemandu bas ekspres didakwa di mahkamah majistret Betong kerana memandu dibawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian 3 penumpangnya, dia bagaimanapun tidak mengaku bersalah.

Mahkamah rayuan benarkan rayuan blogger seks, Alvin Tan dan VIvian Lee batalkan tuduhan muat naik kandungan hina Islam dalam facebook tahun lalu.

SPR akan adakan mesyuarat khas 24 April ini bagi bincangkan perkara berkaitan kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor ekoran kematian Karpal Singh,

22 April 2014


Angka Korban feri karam di Korea meningkat kepada 104 orang manakala 198 masih hilang,

Catuan air di KL, Putrajaya dan Selangor membabitkan kira kira 2.2 juta pengguna sejak awal Mac lalu dan harap akan ditamatkan minggu depan kata MB Selangor.

Pusat kecemerlangan autisme yang beroperasi tahun depan boleh membentuk kanak kanak berkenaan menjadi modal insan kepada negara kata Najib.

Anwar Ibrahim tarik diri bertanding jawatan presiden PKR menentang isterinya atas nasihat peguamnya, Bermakna Wan Azizah menang tanpa bertanding dan terus memegang jawatan itu sejak penubuhan PKR pada 1999.

Tiada perjanjian perdagangan akan dimeterai sempena kunjungan Presiden USA Barack Obama ke Malaysia minggu ini kata Mustafa Mohamad tetapi banyak isu dibincangkan untuk kukuhkan hubungan 2 hala.

David Moyes dipecat sebagai pengurus Manchester United setelah hanya 10 bulan memegang jawatan itu menggantikan Sir Alex Ferguson ekoran 11 kekalahan dalam Liga Perdana Inggeris, serta kandas piala FA, Piala Liga dan Champions League. M.United juga tidak layak ke liga juara juara eropah tahun depan kerana terperosok di tangga ke 7 liga. Ryan Giggs ambil alih tugas jurulatih sementara.

Perkhidmatan bas 2 tingkat di laluan tanah tinggi akan ditangguhkan buat sementara waktu mulai bulan depan kata Timbalan Menteri Pengangkutan,.

Semua pemandu bas ekspress juga diwajibkan menjalani ujian air kencing di terminal bas sebelum memulakan perjalanan mulai hari ini.

ESSCOM berkas lelaki mengaku dirinya utusan Sultan Sulu dalam 1 operasi di kg Long Danau Lahad Datu, 5.30 pagi tadi.

Pegawai TUDM yang ditangkap di lapangan terbang Texas kerana cuba seludup keluar senjata api akan berdepan 1 pertuduhan sahaja berbanding 4 pertuduhan sebelum ini.

23 April 2014


Angka rasmi korban feri Sewol di Korea kini mencecah 146 orang manakala 150 masih hilang.

Polis berkata perarakan anti GST pada 1 Mei ini adalah haram, tiada kebenaran gunakan Dataran Merdeka untuk tujuan itu,

24 April 2014

SPR menetapkan 12 Mei tarikh penamaan calon praya kecil Parlimen Bukit Gelugor Pulau Pinang dan hari mengundi pada 25 Mei. diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya. SPR guna daftar pemilih induk yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan 2013 yang mengandungi 82,431 pengundi berdaftar. SPR peruntukkan RM1.9 juta untuk kendalikan praya kecil ini babitkan 1095 petugas.

Semua 64 penumpang dan 4 anak kapal Firefly yang berpatah balik ke Pulau Pinang ketika dalam perjalanan ke Kota Bahru kerana masalah teknikaln iaitu gear mendarat, selamat,

Penerbangan Firely ke Bangkok dari Kota Bahru ditangguhkan ekoran situasi politik di Bangkok.

Universiti antarabanga Albukhary, AIU akan dibuka semula selepas pengurusan AIU tarik balik keputusan untuk tutup operasi.

Polis Selangor melumpuhkan sindiket pengubahan wang haram yang diketuai seorang warga Iran. wang palsu UK dan USA bernilai RM30 juta dirampas.

Berita Harian meraih anugerah emas bagi reka letak muka depan pada Anugerah Media Asia 2014 di Hong Kong.

25 April 2014

Najib ditemuramah eksklusif oleh CNN sempena lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia, Katanya kerajaan Malaysia akan keluarkan laporan awal mengenai kehilangam MH370 minggu depan, laporan sama sudah dihantar ke PBB.

Malaysia juga kata Najib belum bersedia istyharkan kematian 239 penumpang dan krew MH370.

Malaysia diletak di landasan baharu diplomatik menerusi lawatan Presiden Barack Obama di saat negara berdepan insiden MH370.

Ketua Pengarah JAKIM berkata individu beragama islam amat tidak digalakkan mengucapkan rest in peace kepada seorang yang bukan islam apabila berlaku kematian.

Sebuah pesawat Boeing 737-800 Virgin Australia mengalami saat cemas dalam perjalanan dari Brisbane ke Denpasar, Bali apabila seorang penumpang mabuk cuba memasuki kokpit pesawat, Awalnya pesawat ini dikatakan dirampas.

Najib lancar portal aduan komuniti fortherakyat.com seliaan Pemuda UMNO untuk orang ramai mengadu dan mengetengahkan permasalahan mereka.

Najib pengerusikan mesyuarat MT UMNO dan antara ketetapannya :

- BN belum memutuskan calon untuk bertanding pada raya kecil Bukit Gelugor, perlu bincang dengan komponen BN dulu sebab kerusi itu milik MCA.

- MT UMNO sokong pendirian Najib mengenai hukum Hudud.

- UMNO akan tunggu Muzakarah dengan PAS terlebih dahulu sebelum putuskan untuk laksanakan hukum Hudud.

- Najib sangkal dakawaan Anwar Ibrahim bahawa beliau telah tekan Presiden Barack Obama supaya tidak menemui Anwar ketika lawatannya ke Malaysia bermula esok.

Kerajaan akan pastikan tahap keselamatan sepenuhnya ketika lawatan 3 hari Presiden Obama ke Malaysia bermula esok kata Najib.

26 April 2014

Jangkitan MERS di Arab Saudi mencecah 313 kes, 5 lagi meninggal dunia menjadikan angka korban keseluruhan 92 kes.


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Malaysia untuk lawatan 3 hari, lawatan pertama dalam tempoh 48 tahun selepas Presiden Lyndon Baines Johnson pada 1966. Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di TUDM Sungai Besi, 4.50 petang. Disambut menteri luar, Datuk Anifah Aman dan Menteri Pengiring, Khairy Jamaluddin.

Presiden Obama diberi sambutan rasmi di dataran Parlimen bersama Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri dan menteri kabinet lain dan diberi sambutan permaidani merah dan tembakan meriam 21 das jam 5.40 petang sambil memerika perbarisan kehormat RAMD.

Agong sampaikan ucapan terima kasih Malaysia kepada Obama di majlis jamuan negara di istana negara KL atas bantuan diberikan ketika membantu mencari pesawat MH370.

27 April 2014

PM Korea Selatan, Chung Hong won meletak jawatan ekoran tragedi feri karam yang meragut kira kira 300 nyawa.

Presiden USA, Barack Obama tiba di masjid negara Kuala Lumpur bagi lawatan peribadi 9.40 pagi tadi dan diberi taklimat oleh imam besar masjid negara.

Presiden Obama tiba di Seri Perdana Putrajaya bagi mengadakan mesyuarat empat mata selama 1 jam dengan PM Najib Razak diikuti sesi mesyuarat 2 hala delegasi Amerika Syarikat dan Malaysia.

Najib dan Obama mengadakan sidang media bersama di Seri Perdana Putrajaya, memulakan kata kata dengan ucapan Selamat Datang Sahabatku, Malaysia hargai hubungan lama dan akrab bersama Amerika Syarikat.

Obama beri jaminan Amerika Syarikat akan terus beri bantuan dalam operasi mencari MH370.

Najib sifatkan lawatan Obama sebagai menandakan fasa baharu hubungan 2 hala KL - Washington.

Obama tegaskan TPPA beri manfaat kepada Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

USA kekal penyumbang terbesar pelaburan asing Malaysia tahun lalu dengan nilai pelaburan RM1.9 Billion menyediakan 8000 peluang pekerjaan.

28 April 2014

Pelakon veteran Sidek Hussin, 63 meninggal dunia di HKL akibat kanser 11.55 malam tadi.

Najib dan Obama dijadual menyaksikan MOU antara firma USA dengan Sime Darby, kumpulan Arab Malaysian dan Air Asia di KL, 9 pagi ini. 3 MOU dimeterai antara syarikat Malaysia dan USA babitkan pelaburan 2 Billion dolar Amerika.

MOU itu antara Sime Darby-Verdezyne dalam sektor biotek buka 300 peluang pekerjaan, GE-Air Asia dalam bidang selenggara 25 pesawat baharu Air Asiax A330 serta antara MetLife dari USA dan Kumpulan Ambank babitkan belian 50 + 1 peratus saham dalam Amlife dan 29% dalam Am Takaful.

Obama gembria dengan lawatan ke Malaysia dan bangga kerana akhirnya dengan 1 majlis berkaitan buka peluang pekerjaan.

Obama akhiri lawatan 3 hari ke Malaysia, Pesawat Air Force One berlepas ke Manila jam 10.20 pagi tadi dari Subang.

Maestro terkenal Indonesia, Idris Sardi, 75 tahun meninggal dunia di Hospital Mellia Jakarta 7.25 pagi.

9 individu berusia 22 hingga 55 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti militan di dalam dan luar negara ditahan di beberapa lokasi di Kedah dan Selangor.

Ekuinas catat pulangan potfolio kasar sebanyak RM665.9 juta bagi dana Ekuinas Direct Tranche 1 tahun lalu.

ESSCOM berjaya kesan dan gagalkan cubaan terbaharu kumpulan penculik selatan Filipina untuk menceroboh perairan Semporna minggu lalu.

Selepas tertangguh sejak sekian lama, pembinaan loji rawatan air Langat 2, LRAL 2 akan bermula lusa.

29 April 2014

Seorang wanita disyaki terbabit dengan kumpulan militan ditahan di KL siang tadi menjadikan 10 individu ditahan setakat ini.

Pesawat Cobham Aviation BAE146 berpatah balik ke lapangan terbang Perth selepas 1 daripada enginnya terbakar.

Pelawat yang memasuki negara ini melalui KLIA akan diimbas untuk sindrom pernafasan Timur Tengah, MERS Virus Korona.

Jabatan Latihan Khidmat Negara belum mencadangkan mewajibkan semua lepasan SPM jalani program latihan khidmat negara.

Khairy Jamaludin tegur sikap setengah pegawai persatuan bolasepak yang gagal kawal emosi hingga cetuskan keganasan di padang.

30 April 2014

Real Madrid dan Atletico Madrid mara ke final Juara Juara Eropah, Real menewaskan Bayern Munich dengan agregat 5-0 manakala Atletico menewaskan Chelsea agregat 3-1.

SPRM Sarawak menahan pengusaha bot Kawan MAS yang tenggelam di Belaga tahun lalu kerana disyaki terbabit pengubahan wang haram dan penyeludupan diesel.

Catuan Air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditarik balik mulai esok kata pengerusi SPAN.

Kastam KLIA gagalkan cubaan seludup dadah terbesar jenis methampethamine dengan rampasan 107.2 kg menerusi kargo udara dari Lagos, Nigeria.

14 anggota Abu Sayaf dan seorang tentera marin Filipina maut dalam pertempuran sengit di Patikul, Jolo.

DRB Hicom Bhd umum perlantikan Datuk Abdul Harith Abdullah sebagai CEO Proton Holdings Bhd, berkuat kuasa hari ini.

Semua teksi bajet dan eksekutif yang permitnya berakhir 31 Oktober tahun ini mesti menggunakan proton Exora warna perang.

Najib dalam perutusan hari pekerja berkata kerajaan komited tingkatkan kualiti tempat kerja bagi semua rakyat tanpa mengira pangkat, bangsa, kedudukan dan pegangan politik.

1 May 2014

Rakyat Sabah menyambut tadau kaamatan selama sebulan mulai hari ini, pelancarannya diadakan di Kota Marudu.

Ahli Parlimen DAP dari Teluk Intan, Seah Leong Peng meninggal dunia akibat kanser di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Hari Pekerja di sambut di Malaysia. Najib dalam ucapannya berkata :

- luluskan 20 mesin hemodialisis untuk hospital sultanah Bahiyah Alor Setar seperti dipohon CUEPACS untuk kegunaan penjawat awam.

- Kerajaan tiada cadangan kurangkan penjawat awam yang melebihi 1.5 juta orang ketika ini walaupun nisbahnya besar berbanding jumlah penduduk.

- Najib lulus permohonan kerajaan Kedah untuk membina 1000 unit rumah bagi penjawat awam di Bukit Pinang Pokok Sena.

- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dinobat penerima anugerah Khas CUEPACS sempena hari pekerja 2014.

IGP sahkan polis masih kesan saki baki anggota militan yang disyaki masih bersembunyi di negara ini.

MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata 2 penggal menjadi MB Selangor sudah mencukupi, tidak mahu lagi menjadi MB pada penggal akan datang.

Penjawat awam yang terbabit dalam perhimpunan membantah GST di Dataran Merdeka adalah pengkhianat kata Presiden CUEPACS. Bantahan itu berakhir 5.30 petang tadi, tiada tangkapan meskipun ada beberapa kekecohan dilaporkan.

Kes Denggi di Malaysia meningkat 277 % apabila 29,788 kes dilaporkan dalam 4 bulan pertama tahun ini berbanding 7912 kes tempoh sama tahun lalu.

2 May 2014



ESSCOM tahan 12 individu dipercayai PATI di perkampungan Pulau Mabul, Semporna, semalam.

Seorang lagi suspek yang terbabit dalam aktiviti militan ditahan di KL petang semalam, menjadikan 11 ditahan setakat ini.

3 May 2014

Najib hadir di perhimpunan perpaduan MCA menekankan keamanan sebagai kunci utama kepada kestabilan politik dan ekonomi negara.

Najib hari ini turut jemput MCA untuk sertai semula kabinet, berkembang kukuh dalam BN dan sama sama merangka masa depan negara.

MCA akan tunggu kata putus Najib sebelum membuat keputusan berhubung penyertaan semula MCA dalam kabinet.

TPM berkata tanggapan kerajaan tidak melaksanakan langkah sewajarnya bagi meningkatkan jumlah usahawan Bumiputera adalah tidak tepat.

TPM juga berkata BN akan membuat penilaian terperinci PRaya Kecil Bukit Gelugor dan Teluk Intan sebelum mengambil langkah seterusnya.

4 May 2014

TPM Muhyiddin berkata Pegawai Bomba Bantuan akan menerima bayaran elaun sama seperti pasukan bantuan sedia ada di jabatan lain.TPM Muhyiddin melawat Uzbekistan selama 4 hari.5 May 2014 Najib berkata kerajaan masih memperincikan senarai barangan dan perkhidmatan yang akan dicukai mengtikut GST, lebih banyak barangan dan perkhidmatan akan dikecualikan daripada GST untuk tidak membebankan orang ramai.

4 Nelayan dirompak empat lelaki bersenjata dan berpakaian celoreng di perairan Tanjung Labian, Lahad Datu dipercayai lanun.

6 May 2014

Pelakon veteran Datuk Aziz Sattar, 89 tahun meninggal dunia akibat sakit jantung di hospital Kajang, 2 pagi tadi.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas tuduhan menghasut berhubung penerbitan klip video Onderful Malaysia sempena CNY 2014 lalu.

ESSCOM sahkan pengurus ternakan ikan warga China, Yang Zai Lin, 34 tahun dilarikan 5 lelaki bersenjata di Pulau Baik, Lahad Datu, awal pagi tadi.

TPM mahu lebih banyak usaha sama dimeterai antara Malaysia - Asia Tengah terutama Uzbekistan dalam bidang pengajian tinggi.

Kerajaan Sabah putuskan perintah berkurung di kawasan berisiko sebagai antara 9 langkah drastik susulan beberapa kes penculikan.

Seorang wanita ditahan polis selepas cetuskan kekecohan dalam penerbangan OD1622 Malindo Air KL-Kuching petang tadi.

7 May 2014

PM Thailand, Yingluck Shinawatra dipaksa lucut jawatan selepas Mahkamah Perlembagaan dapati beliau bersalah atas salah guna kuasa.

TPM Thailand Niwatthamrong Boonsongpaisan diumum PM sementara Thailand, gantikan Yingluck.

TPM melahirkan rasa kecewa dengan insiden penculikan terbaharu di pulau baik, lahad datu, sabah babitkan seorang warga China.

Kabinet memutuskan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan kata Menteri di JPM Joseph Entulu Belaun.

Zahid Hamidi berkata semua kapal dan bot asing yang masuk dan keluar perairan Timur Sabah perlu melalui laluan ditetapkan, berkuat kuasa serta merta.

8 May 2014

PM nafi kabinet ada buat keputusan gugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan, sebaliknya amalam sedia ada dikekalkan. Ini untuk membolehkan kerajaan mengetahui penyertaan semua kaum dalam pelbagai sektor di negara ini. Katanya Belaun akan buat kenyataan membetulkan kenyataannya sebelum ini.

Najib kesal kes penculikan terbaharu di pantai timur Sabah, mahu kawalan lebih ketat di semua kawasan.

Kerajaan ambil langkah segera tambah aset pertahanan di zon Selamat Timur Sabah, ESSZONE termasuk helikopter tempur dan bot laju kata Zahid Hamidi.

Praya kecil Parlimen Teluk Intan ditetapkan pada 31 Mei manakala penamaan calon pada 19 Mei ini.

CO Syarikat feri Sewoi yang karam di Korea April lalu sehingga mengorbankan lebih 300 orang ditahan atas tuduhan membunuh dan melanggar peraturan maritim.

Tarikh perhimpunan agung UMNO tahun ini dipinda kepada 25 hingga 29 November 2014.

ABPBH 2013 akan diadakan pada 24 Mei ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Menteri di JPM, Joseph Entulu Belaun tegaskan laporan media berhubung penguguran ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan adalah tidak tepat.

Polis menahan lelaki Afrika Timur kerana ada kaitan dengan pengganas Al Shabab, turut dkehendaki Interpol.

9 May 2014

TPM berkata mengejar ranking bukan asas utama untuk memacu asas pengajian tinggi ke arah kecemerlangan, kriteria sebahagian besar berasas persepsi.

KDN dan Polis sedang menjejaki saki baki ahli kumpulan militan AL Shabab yang disyaki bersembunyi di negara ini kata Zahid Hamidi.

Najib berkata Malaysia akan mencadangkan Hutan Hujan Royal Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

10 May 2014

Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan, PDIP pimpinan bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri disahkan pemenang pemilihan umum Indonesia 2014.

DAP umumkan anak mendiang Karpal Singh, Ram Karpal Singh DEO sebagai calon pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor Pulau Pinang, 25 Mei ini.

MCA pula memutuskan tidak bertanding pilihanraya kecil Bukit Gelugor kerana mahu menumpukan kepada isu semasa berkaitan memperkasa parti itu.

Kerajaan tidak akan mengurangkan penghantaran jemaah haji negara ke Arab Saudi biarpun berlaku penularan wabak MERS di negara itu.

Najib tiba di Nay Pyi Taw Myanmar untuk hadiri sidang kemuncak ASEAN ke 24.

11 May 2014

Kementerian kesihatan sahkan kematian jemaah umrah dalam pesawat Air Asia X dari Jeddah ke Kuala Lumpur bukan berpunca virus MERS-CoV.

PAS umum tangguh bentang rang undang undang persendirian HUDUD di Dewan Rakyat yang dijadual bulan depan.

Pemilihan PKR di 9 cabang di Selangor terpaksa dibatalkan berikutan pelbagai masalah termasuk tidak telus.

PM terima keputusan MCA tidak bertanding Pr kecil Bukit Gelugor, namun tak bermakna beri laluan mudah kepada DAP.

Malaysia cadang dana sekretariat ASEAN diperkukuh seiring dengan pengistyharan institusi itu sebagai sebuah komniti tahun depan kata PM di Myanmar.

Malaysia tegaskan negara yang terbabit isu pertikaian maritim di Laut Cina Selatan mengurangkan ketegangan demi mencari penyelesaian.

12 May 2014

PKR batalkan keputusan pemilihan parti itu di 10 cabang di Selangor atas sebab teknikal, petugas dan lojistik.

MB Terengganu Ahmad Said meletak jawatan dan penggantinya akan angkat sumpah malam ini.

Najib akan umumkan laporan tahunan program Transformasi kerajaan GTP dan program Transformasi Ekonomi, ETP malam ini secara langsung di Angkasapuri.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sudah beri perkenan perletakan jawatan Ahmad Said sebagai MB Terengganu.

ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik MB Terengganu yang baru, mengangkat sumpah di istana Terengganu malam ini kata Najib.

MB Terengganu yang baru bersyukur peralihan kuasa di Terengganu berjalan lancar, beri jaminan teruskan perancangan Ahmad Said.

Najib mengumumkan laporan ETP/GTP secara langsung di Angkasapuri. Intipatinya :

- Kerajaan letakkan sasaran pendapatan per kapita rakyat Malaysia pada 2020 sebanyak US15,000.00 atau RM49.000.00

- GST Bertujuan untuk memperteguhkan ketahanan ekonomi negara bagi jangka masa panjang.

- Keupayaan inovasi lonjak 7% dari tahun 2011 ke 2013 yang melonjakkan Malaysia pada kedudukan 32 daripada 142 negara.

- GTP berjaya mencapai kejayaan 104 % daripada sasaran keseluruhan kerajaan pada 2013.

- NKRA menangani kos sara hidup rakyat berjaya memberikan manfaat kepada lebih 4.8 juta isi rumah Malaysia.

- Pada 2013, BB1M sudah diperluas kepada 1.2 juta pelajar IPT awam dan swasta.

- Kerajaan peruntukkan RM2.1 Billion pada 2014 untuk membina 133,000 unit rumah mampu milik.

- Ops Cantas khas berjaya turunkan kes jenayah keganasan 30% dalam 52 hari pertama dilancarkan pada 2013.

- SPRM buka 17 kertas siasatan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang di bentang pada Oktober 2013.

- Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman angkat sumpah sebagai MB Terengganu yang baru di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin.

- KPI 30 Menteri yang terbabir dalam GTP tunjukkan peningkatan 83.6 % pada 2011, 86.55% pada 2012 dan 87.4% pada 2013.

13 May 2014

ADUN Bukit Besi Roslee Daud umum keluar UMNO dan pilih jadi ADUN Bebas.

Adun Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafie dan Adun Kemasik, Rosli Othman nafi keluar UMNO.

PAS Terenggau adakan mesyuarat khas pagi ini berhubung kedudukan kerajaan negeri itu susulan 3 ADUN keluar UMNO. PAS negeri mahu MB serah kepada rakyat pilih semula kepimpinan negeri kerana pembangkang kini mempunyai 15 kerusi dan BN hanya 14 kerusi manakala Bebas 3 kerusi. PAS deaak DUN Terengganu dibubarkan dan proses pemilihan dikembalikan kepada rakyat, PAS Terengganu tidak berhasrat lamar 3 bekas ADUN UMNO untuk menyertai PAS.

Penasihat undang undang Terengganu, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata BN kekal perintah kerajaan negeri kerana ia merujuk kepada kerajaan dari parti mana yang perintah negeri selepas PRU 13.

SPR tidak terbabit dalam tentukan kedudukan MB Terengganu yang baru ekoran tindakan 3 ADUN UMNO keluar parti.

Rakyat dan ahli UMNO Terenggau diminta rapatkan saf dan bertenang susulan perkembangan politik negeri itu kata Naib Presiden UMNO Hishamuddin Tun Hussein.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad nafi keluar parti, sebaliknya masih setia kepada UMNO.

ADUN Bukit Besi Roslee Daud menarik kembali surat keluar daripada UMNO dan kembali menjadi wakil rakyat BN.

Yang dipertua DUN Terengganu Mohd Zubir Embong nafikan khabar angin yang disebar di laman sosial kononnya DUN Terengganu dibubarkan.

Ketua Polis Terengganu berkata keadaan keselamatan di Terenggau terkawal dan orang ramai masih menjalankan aktiviti seperti biasa.

TPM harap rakyat Terengganu bersabar dan bertenang, akan dapat jalan terbaik selesaikan kemeluti ini.

3 DUN Terengganu dari Jertih, Permaisuri dan Bukit Rakit dilapor bertemu Najib di Putrajaya 4 petang ini.

MB Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dijadual ke KL tengahari esok untuk bertemu PM bincang kemelut politik Terengganu.

Sehingga 9.30 malam kedudukan kerusi DUN Terengganu ialah BN 16 termasuk kerusi Speaker, PAS 14, PKR 1, BEBAS 2.

Speaker DUN Terengganu Zubir EMbong dan beberapa ADUN BN akan jumpa PM di Kuala Lumpur esok.

Air Asia Berhad bakal rintis guna I_Checkit sistem pemeriksaan polis antarabangsa bagi pantau dan tingkatkan keselamatan penerbangan antarabangsa.


14 May 2014

MB Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman ketip kad perakam waktu 7.45 pagi ini dan secara rasmi memulakan tugas sebagai MB Terengganu yang baharu.

MB Terengganu berkata beliau dan ADUN BN lain akan jumpa PM di Putrajaya dan TPM 1 Tengahari ini, yakin kemelut politik di negeri itu dapat diselesaikan.

Sidang media khas akan dibuat selepas pertemuan di Putrajaya itu.

Beliau turut sahkan Speaker DUN Terengganu Zubir Embong tidak menerima surat rasmi maklumkan 3 ADUN UMNO Keluar parti.

Beliau turut sahkan tiada pembubaran DUN dan kerajaan BN masih kekal perintah negeri Terengganu.

Beliau sahkan belum jumpa 3 ADUN termasuk bekas MB Ahmad Said yang keluar parti.

Tiada perubahan potfolio dalam barisan EXCO Terengganu,

PAS tuntut MB Terengganu buat sidang DUN Khas bagi buktikan BN masih mendapat sokongan penuh sebagai kerajaan termasuk daripada ADUN Keluar UMNO.

Bekas MB Terengganu Ahmad Said maklumkan kepada PM Najib beliau akan kembali sertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku. Sudah maklumkan perkara itu kepada PM menerusi panggilan telepon dan akan buat sidang media khas tidak lama lagi.

PM berkata krisis politik Terengganu sudah hampir menemui penyelesaian.

MB Terengganu berkata kemelut politik di negeri itu tidak seperti apa yang digambarkan, ada pihak sengaja gembar gemburkan untuk agenda peribadi.

Adun Bukit Besi, Roslee Daud sahkan kembali sertai UMNO, akui keputusan sebelum ini dibuat secara terburu buru.

Ahmad Said sahkan beliau dan Ghazali Taib sudah tarik balik keputusan keluar UMNO dan kekal sebagai ADUN Terengganu selepas berbincang dengan PM tengahari tadi. Beliau sudah mohon maaf kepada PM kerana tergesa gesa keluar parti, 2 hari lalu. Beliau tiada masalah beri sokongan kepada MB Terengganu yang baru, ikrar kerja keras pastikan kemenangan BN pada PRU 14.

Sekaligus kedudukan kerusi DUN Terengganu kini kembali kepada asal iaitu 17 BN, 14 PAS dan 1 PKR

15 Mei 2014

Penyanyi dan komposer Adam Ahmad meninggal dunia 12 tengah malam tadi di Hospital Ampang kerana komplikasi penyakit.

Najib berkata kemelut politik di Terengganu berlaku kerana sedikit salah faham komunikasi antaranya dan Ahmad Said yang telah selesai dengan baik.

Najib ucap penghargaan kepada Ahmad Said kerana meletakkan kepentingan parti melebihi segala galanya.

Najib berjanji akan hadir pada majlis perkahwinan anak Ahmad Said pada 17 Mei ini di Kemaman.

Tiada tindakan akan diambil terhadap Ahmad Said dan 2 ADUN UMNO lain yang keluar parti baru baru ini.

Muhyiddin yakin kerana kemelut politik di Terengganu dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

MB Terengganu serah kepada PM untuk menentukan siapa pengerusi baharu badan perhubungan UMNO Negeri.

Dasar Automatif negara yang dikaji semula diberi nafas baharu dengan suntik beberapa perincian pastikan ia jadi dasar lebih pragmatik kata Najib.

PUNB peruntukkan RM75 juta bagi tempoh 2014-2019 untuk terus menyokong usahawan Bumiputera dalam industri automatif.

SUK Terengganu nafi dakwaan laman blog kononnya Sabtu ini cuti peristiwa meraikan perlantikan MB Terengganu.

PAS Terengganu nafi tiada pemimpin parti itu temui bekas MB Ahmad Said atau ADUN BN dan memujuk mereka sertai PAS.

PAS tidak tolak kemungkinan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya di DUN negeri.









































No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs