Showing posts with label bolasepak. Show all posts
Showing posts with label bolasepak. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Perkara yang tidak harus dilakukan Ball Boy atau pemungut bola ketika perlawanan bolasepak sedang berlangsung



Penyerang Chelsea, Eden Hazard dari Belgium terpaksa menendang seorang pemungut bola atau Ball Boy berusia 17 tahun kerana sengaja melambat lambatkan permainan. Insiden berlaku ketika Chelsea sedang ketinggalan kepada Swansea pada separuh akhir Piala Liga.

Dahlah pasukannya ketinggalan, ball boy pula buat hal, oleh itu Hazard yang bermakna Bahaya atau Dangerous terpaksalah menyepak budak Ball Boy bodoh itu supaya bola diserahkan kembali padanya ketika masa kian suntuk. Bagi saya ini salah budak Ball Boy bodoh itu, siapa suruh buat begitu? Padan Muka.




Budak itu bernasib baik, jika saya yang diperlakukan sebegitu, saya akan melakukan perkara di bawah ke atas budak nakal dan jahat itu, supaya dia tidak lagi berani mengulanginya pada masa depan. Hahahaha..

Tuesday, January 1, 2013

Penyerang Malaysia, Rozaimi Abdul Rahman lebih hebat dari bekas bintang Manchester United Park Ji Sung



Siapa sangka Rozaimi Abdul Rahman, pemain Sabah yang berasal dari Bongawan ini terpilih sebagai seorang daripada 10 pemain terbaik ASIA pada 2012, oleh ESPN Soccernet, sebaris dengan bintang Manchester United dari Jepun Shinji Kagawa dan penjaga gol sensasi Wigan dari Oman, Al Hasbi.



Rozaimi dipilih 10 pemain terbaik ASIA 2012 hasil prestasi cemerlangnya menjaringkan 10 gol dalam 5 perlawanan pada kejohanan bawah 22 tahun kelayakan Piala Asia 2012.

Sayang sekali Rozaimi tidak mewakili Malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2012, jika tidak sudah pasti Malaysia muncul juara sekali lagi.

Pemilihan Rozaimi menandakan dia sebaris dengan 9 bintang ternama Asia lain termasuk penyerang Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa dan penjaga gol sensasi Wigan dari Oman, Al Habsi.





Monday, April 16, 2012

Mario Balotelli, penyerang Manchester City dan Itali yang tidak pernah senyum


Balotelli sudah terima 4 kad merah dan 20 kad kuning dalam kariernya





Mario Balotelli, penyerang Manchester City dan Itali yang tidak pernah senyum

Wajahnya serius dan garang, seakan tidak pernah senyum dan gumbira.

Meskipun menjaringkan gol, dia pasti tidak akan senyum.

Itulah keunikan Mario Balotelli, penyerang Manchester City dan Itali yang lain dari yang lain.

Pemain lain seperti Lionel Messi, Kaka, Cristiano Ronaldo, Ronaldo, Gerd Muller, Maradona, Pele, Didi, Vava dan Garrincha pasti senyum jika jaringkan gol.

Namun tidak bagi Balotelli.

Dia juga mempunyai reputasi suka layangan kad kuning dan merah.


Dikhabarkan sepanjang di Manchester City, Balotelli sudah dilayangkan 20 kad kuning dan 4 kad merah.

Namun hobinya ialah bermain bolasepak dan bersenggama dengan wanita.

Itulah Mario Balotelli.

Pemain bolasepak paling tak handsome, the ugliest football players

Pemain bolasepak paling ugly dan tak hensom

Jika ada anugerah pemain bolasepak paling tak kacak dan tak hensom pastinya milik beberapa pemain ini. Mereka tak hensom kerana pelbagai faktor yang anda sendiri boleh menilai. Namun mereka memang hebat di atas padang.




Joleon Lescott – Manchester City. Berparut kerana apa ya?



Mario Balotelli – Manchester City, sudahlah wajah garang, fesyen rambut pun semacam dan tak pandai senyum meskipun score. Anehnya, dia ada ramai girlfriends.



Sagna – Arsenal – dahlah wajahnya semacam, fesyen rambutnya juga serba tak kena



Gervinho – Arsenal – memang tak hensomlah



Titus Bonai – penyerang Indonesia, serupa dengan wajah orang Timor yang banyak terdapat di Sabah, Malaysia.

Pemain Fiji juga semuanya tidak hensom.

Begitu juga pemain2 Papua New Guinea

Pemain Cameroun juga ramai yang tak hensom

Pemain Gabon juga ramai tak menarik

Paling hendsome pastinya David Beckham, Cristiano Ronaldo, Kaka, Raul (semuanya pernah atau sedang bermain untuk Real Madrid) dan lagenda Manchester United, George Best yang digelar the 5th Beatles.

Terima kasih kerana membaca.

Indonesia 0-10 Bahrain, FIFA Mahu siasat



Indonesia 0-10 Bahrain, FIFA Mahu siasat

Persekutuan Bolasepak Dunia, FIFA tidak senang hati dan mahu menyiasat kekalahan besar Indonesia 0-10 di tangan Bahrain pada saingan kelayakan Piala Dunia 2014.

Bahrain perlu menang lebih 8 gol dalam perlawanan itu dan mereka berjaya melakukannya.

Jaringan 10-0 itu diperolehi setelah Indonesia hanya bermain 10 orang pada awal permainan setelah penjaga golnya dilayangkan kad merah.

Selepas itu Bahrain menjaringkan gol demi gol, 10 kesemuanya.

FIFA mahu menyiasat kerana ini menimbulkan syak wasangka rasuah bolasepak.

Ini kerana Indonesia dikenali antara negara paling rasuah di dunia manakala Bahrain kaya dengan minyak dan boleh membayar jutaan ringgit kepada pemain Indonesia.



Perlawanan yang menimbulkan syak wasangka itu pernah berlaku pada saingan Piala Dunia 1978 di Argentina. Tuan rumah Argentina ketika itu perlu menang besar dengan 6 jaringan ke atas Peru untuk layak ke pusingan seterusnya dan Argentina menang 6-0.

Sekaligus melayakkan Argentina sehingga muncul juara menewaskan Belanda 3-1 di final hasil jaringan Mario Kempes dan rakan rakan.

Kes itu juga menimbulkan syak wasangka kerana Peru dikatakan sengaja mahu kalah 6-0 supaya Argentina layak.

Hmm.. kepada FIFA, siasatlah.

Kita tahu bolasepak Malaysia juga pernah dicemari insiden rasuah yang menyaksikan ramai pemain ternama ditangkap dan diharamkan daripada bermain bolasepak sepanjang hayat.

Mereka termasuk 6 pemain hebat Sabah iaitu penyerang profilik kebangsaan yang pernah menjaringkan 2 gol ketika Malaysia tewas 2-4 kepada England di Stadium Merdeka, pada 1991, Matlan Marjan.

Selain Matlan, 5 lagi pemain Sabah yang digantung sepanjang hayat ialah Charles Tindi, G Raveychandran, Gerald Mojiliu, Matusin Bowie (tiada kaitan saudara dengan penyanyi pop British, David Bowie) dan 1 lagi yang saya tak berapa ingat.

Pemain ternama Malaysia lain yang ditangkap termasuk Azizol Abu Hanifah, Jelani Wilastra dan ramai lagi.

Hmmm sedih juga.

Namun apa sebabnya pemain ini terpaksa menjual perlawanan?

Kita tahu ada pemain yang sampai berbulan bulan tidak dibayar gaji di Malaysia, lantas apa mereka mahu makan? Makan batu dan rumput? Faktor ini juga perlu dilihat FAM dan FIFA. Kadang kadang pemain terpaksa menjual perlawanan untuk meneruskan kehidupan..

Ada yang terpaksa menjual kereta dan rumah dan ada juga yang dihalau keluar dari rumah sewa kerana sudah 5-6 bulan tak mampu bayar sewa kerana majikan iaitu pasukan negeri tidak membayar gaji.

Sama sama kita renungkan.

Monday, April 9, 2012

Jekerison Kilan dan Mark Hateley, gayanya sama


Mark Hateley pernah mewakili England sebanyak 31 kali, ini wajah terbarunya sekarang


Jekerison Kilan kelihatan di barisan depan 2 dari kanan di sebelah jurulatih Justin Ganai.


Mark Hateley ketika zaman kegemilangannya dulu


Jekerison Kilan dan Mark Hataley, gayanya sama

2 pemain bolasepak yang terpisah ribuan kilometer, namun gayanya bermain bolasepak sama.

Jekerison Kilan, bekas pemain bolasepak Sabah dan Mark Hateley, bekas pemain antarabangsa England mungkin belum pernah bertemu, namun mereka ada persamaan yang hanya saya seorang saja yang tahu.

Gaya larian, semangat, ciri wajah dan style bermain bolasepak adalah sama bagi Jekerison Kilan dan Mark Hateley.

Saya pernah menyaksikan Jekerison Kilan beraksi untuk Sabah di Stadium Likas mahupun di tempat lawan dan melihat gaya bermain bolasepak Mark Hateley di TV.

Kesimpulannya, 100% sama.

Sekian, terima kasih kerana membaca.

Monday, April 2, 2012

Safee Sali bercerai dengan isteri Sabarina Yusof, 2 April 2012



Saffe Sali adalah penyerang utama skuad bolasepak kebangsaan Malaysia yang pasti diingati kerana menjadi penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki pada Disember 2010 yang menobatkan Malaysia selaku Juara.

Dia boleh menjaringkan gol menerusi tandukan, dribble, tandukan dan gerakan solo serta sepakan akrobatik.

Safee Sali sering namanya di titi bibir peminat bolasepak tempatan kerana beliau pemain pertama bolasepak negara yang bergelar jutawan setelah menerima tawaran lumayan bermain untuk kelab Pelita Jaya di Liga Indonesia.

Safee Sali juga pernah menjalani percubaan bersama kelab dimiliki rakyat Malaysia Tan Sri Tony Fernandez di Queens Park Rangers.

Namun berita menggemparkan hari ini pada Isnin 2 April 2012 apabila Safee Sali dilaporkan bercerai talak satu dengan isterinya Sabarina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

"Alhamdulilah semuanya sudah selesai, saya harap tiada spekulasi lagi antara kami berdua,” kata Sabarina yang ditemani peguamnya, Ezura Nashuha Abdul Hadi di perkarangan Mahkamah Syariah.

Menurut laporan Sinar Harian, Ezura Nashuha menjelaskan, Sabarina bercerai dengan Safee secara baik, selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.

“Safee dan Sabarina bercerai secara baik. Dia melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup,” katanya.

Ezura Nashuha berkata kedua-dua anak pasangan berkenaan Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2, diserahkan dalam jagaan Sabarina, manakala Safee memperoleh hak lawatan mengikut masa yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Pada November 2011, Safee memfailkan perintah supaya Sabarina kembali taat kepadanya, bagaimanapun menarik semula perintah itu minggu lalu.

Safee, 28, dan Sabarina mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika pemain kelahiran Kajang, Selangor itu beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana.

Moga Safee Sali tabah menghadapi dugaan ini dan terus menyumbat gol demi gol untuk Harimau Malaysia.

Friday, February 24, 2012

Bolasepak, Malaysia terpaksa berhempas pulas sebelum tewaskan Sabah 1-0 di stadium Likas, 24 Februari 2012


Pemain Sabah Alto Linus (jersi merah) bersaing dengan Ashaari Shamsudin dalam perlawanan persahabatn itu.



Di atas kertas, Sabah bukan lawan skuad kebangsaan Malaysia yang gah sebagai juara bertahan Piala Suzuki AFF 2010, selain sudah berpengalaman berentap dengan pasukan kelas dunia termasuklah 3 kelab tersohor Liga Perdana Inggeris, Liverpool, Chelsea dan Manchester United.

Malahan dalam perlawanan persahabatan terakhir menentang pasukan negeri, Malaysia membelasah juara Liga Super, Kelantan 5-0 di Kota Bahru.





Sebelum perlawanan, kedua dua pasukan mengadakan sidang media di Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu dengan ketua pasukan Sabah Reithaudeen Embran (kiri) bersalaman dengan kapten kebangsaan, Safiq Rahim.


Inilah barisan pemain Sabah dan Malaysia dalam aksi persahabatan di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada malam Jumaat 24 Februari 2012. Perlawanan itu disaksikan 25 ribu penonton untuk melihat aksi pasukan kebangsaan.

Ini aksi pemanas badan sebelum Malaysia bertemu Filipina di Manila dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 29 Februari 2012 ini.

Namun harus diingat, ini bukan barisan terkuat Malaysia kerana gandingan 2 penyerang berbisa Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha tidak beraksi.

Norshahrul langsung tidak dibawa ke Kota Kinabalu kerana cedera manakala Safee Sali hanya diturunkan jurulatih Datuk K. Rajagobal di minit ke 85 kerana cedera ketika latihan di padang UMS, Kota Kinabalu petang semalam.

Pemain sayap kanan Sabah dari Labuan, Shaharudin Yakup juga mencatat sejarah tersendiri apabila menyarung jersi Malaysia buat pertama kalinya, menentang rakan sepasukan sendiri.!!!

Apapun, tanpa disangka sangka Malaysia terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Sabah 1-0, menerusi gol tunggal Amar Rohidan diminit ke 79.

Lebih 25 ribu penonton tidak menjangka Sabah memberi tentangan hebat kepada pasukan kebangsaan yang dibarisi pemain handalan.

Sebaik wisel ditiup pengadil Sani Tari, Malaysia jersi biru dan Sabah jersi merah saling membalas serangan dalam perlawanan menghiburkan ini.

Malaysia terpaksa menyerap asakan demi asakan Sabah yang menguasai perlawanan dan melakukan tidak kurang 5 percubaan merbahaya ke gawang Malaysia yang nyaris membuahkan gol.

Malaysia tampak agak lesu di bahagian serangan yang diterajui Zaquan Adha dan Manap Mamat, manakala pertahanan, kerap dibocori.

Gandingan dua impot Sabah dari Australia, Michael Baird dan Brendan Gan dibantu penyerang veteran Zainizam Marjan kerap mengkucar kacirkan pertahanan Malaysia.

Sabah bermain seperti dirasuk, bersungguh sungguh mahu menumbangkan Malaysia, ini amat berbeza dengan penampilan longlai ketika tewas 0-2 kepada Sime Darby pada aksi Piala FA baru baru ini.

Tahap permainan Sabah amat hebat sekali, seperti juara Liga Super.

Tanpa segan silu, barisan serangannya merobek dan mengkucar kacirkan pertahanan Malaysia manakala barisan pertahanan Sabah tenang menyerap asakan jentera depan Malaysia.

Di babak pertama, Brendan Gan melakukan sepakan gunting yang nyaris menerjah jaring Malaysia, manakala Shahrul Azhar bijak melakukan lob shot yang nyaris memerangkap penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias.

Matlan Marjan, abang Zainijam yang pernah menjaringkan 2 gol ketika Malaysia tewas 2-4 kepada England pada 1991 turut hadir menyaksikan perlawanan.

Malaysia turut menggasak minit termasuk menerusi percubaan jarak dekat Zaquan Adha seawal minit ke 4 dan Abdul Manaf Mamat, namun dinafikan penjaga gol, Syed Adney.

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.

2 pemain Sabah termasuk Alto Linus, diberikan kad kuning kerana terlalu menggasak pemain Malaysia.

Di minit ke 60, Stadium Likas menjadi gegak gempita apabila Malaysia dikejutkan Gol Sabah.

Gol berpunca bola lorongan Michael Baird kepada Mohd Rozaimi Abdul Rahman, berjaya membolosi gawang Malaysia, namun tidak dikira pengadil kerana terkena tangan Rozaimi.

Di sebalik asakan bertali-arus Sabah, akhirnya gol yang dicari Malaysia terhasil juga menerusi percubaan Amar Rohidan yang tertampan pertahanan Sabah sebelum menewaskan penjaga gol gantian Sabah, Irwan Jamil.

Dalam perlawanan ini Datuk K Rajagobal hanya menurunkan penyerang berbisa Saffee Sali di minit ke 85 kerana kecederaan ketika latihan semalam.

Manakala penjaga gol superstar dan glamour, Khairul Fahmi Che Mat hanya dimasukkan di minit ke 90.

Prestasi Malaysia yang agak hambar dan terpaksa bekerja keras mencapai kemenangan, menimbulkan tanda tanya kerana Sabah bukan pasukan di carta teratas liga Super.

Sehingga 14 Februari lalu, Sabah hanya mencatat 2 kemenangan, 4 seri dan 2 kalah dalam saingan Liga Super dengan menjaringkan 8 gol dan dibolosi 8 gol juga. Penjaring terbanyak Sabah ialah Michael Baird dengan 3 gol.

Apapun bagi Datuk K Rajagobal, Sabah bermain baik dan pemainnya dihimpit keletihan.

"ada sedikit keletihan pemain2 tidak bermain macam apa saya harap bergerak bola dgn pantas, kita tidak berapa agresif saya faham. ini bukan, nasib baik ini bukan perlawanan antarabangsa, ini akan jadikan selepas kita datang berkumpul utk mendapat momentum kita perlukan 1-2 perlawanan persahabatan baru boleh dpt momentum dia." katanya.

Tambahnya beliau memuji pasukan Sabah yang memberi cabaran sengit dan aksi itu menggembirakan penonton yang hadir. Katanya peminat Sabah boleh melihat kekuatan sebenar Malaysia jika gandingan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha diturunkan.

Menurut K Rajagobal lagi semua pemain Sabah bermain dengan baik dan kebiasannya pemain negeri akan bermain dengan penuh komited jika menentang pasukan kebangsaan.

Bagi jurulatih Sabah, Justin Ganai, ini perlawanan terbaik Sabah tahun ini.

"saya sungguh terharu dgn persembahan pemain2 yg telah memberi tentangan hebat kpd pasukan kebangsaan, saya tau dlm perlawanan ini pemain kebangsaan dia tidak main 100% saya tau, tetapi apa yg telah diberi pemain saya tak minta lebih dari itu sebab mereka telah bermain yg terbaik"

Menurut Justin lagi "ini saya akan tekanan kepada pemain2 sebab kita anggap semua pasukan itu adalah yg terkuat, sebab itu tak boleh pandang 1 pasukan itu lemah, kalau kita main spt ini sewaktu lawan Sime Darby, saya ingat tak kalah dgn Sime Darby." katanya merujuk kekalahan Sabah dalam saingan Piala FA kepada Sime Darby minggu lalu.

Apapun syabas Sabah dan Malaysia.

Sunday, November 27, 2011

Nazmi Faiz Mansur, penyerang muda Harimau muda, boleh menjadi sehebat Gerd Muller


Kecil kecil Cili Padi, itulah kehebatan Nazmi Faiz Mansur





Gerd Muller (Der Bomber) penyerang legenda Jerman Barat, penjaring 14 gol dalam 2 Piala Dunia.

Saya menonton perlawanan Malaysia melawan Bahrain pada malam Ahad 27 November 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang disiarkan secara langsung di kaca TV.

Perlawanan itu penting untuk kedua dua pasukan untuk merebut tempat ke Sukan Olimpik London 2012.

Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik adalah pada 1980 di Moscow, Soviet Union, namun Malaysia tidak beraksi kerana memboikot penaklukan USSR ke atas Afghanistan.

Kali pertama Malaysia layak ke Sukan Olimpik adalah di Munich, Jerman Barat pada 1972dimana Malaysia mengharungi 3 perlawanan, menentang tuan rumah Jerman Barat di mana kita tewas 0-3.

Perlawanan kedua di Munich, Malaysia tewaskan Amerika Syarikat 0-3 namun kita tewas teruk 0-6 kepada Maghribi dalam perlawanan terakhir.

Dalam perlawanan Malaysia Bahrain itu, kelibat pemain no.12, Nazmi Faiz Mansur yang baru berusia 17 tahun memang menggamit perhatian.

Ketika rakan rakan sebaya dengannya sibuk mengambil peperiksaan SPM, Nazmi pula sibuk membawa cabaran Malaysia di padang bolasepak dan pengorbanannya itu tidak sia sia dan berbaloi. Nazmi berjaya membantu Malaysia menang pingat Emas bolasepak Sukan SEA 2011 tewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Jakarta setelah kedudukan perlawanan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Dalam perlawanan menentang Bahrain itu, Nazmi Faiz Mansur menjaringkan antara gol tercantik dalam sejarah Malaysia. Dia mencuri bola dari pertahanan Bahrain sebelum melepaskan rembatan padu menggunakan kaki kiri dari jarak 25 meter menewaskan Penjaga Gol Bahrain.

Ini mengingatkan kita kepada rembatan menakjubkan seumpamanya oleh Allahyarham Mokhtar Dahari dan Dollah Salleh.

Pengulas RTM malam itu, pula menyamakan Nazmi dengan Azizol Abu Haniffah.

Sebenarnya Nazmi sudah berpengalaman beraksi untuk pasukan bawah 15, 16, 17, 18, 19 tahun dan apa saja kelas umur untuk Malaysia dalam perlawanan peringkat antarabangsa di peringkat Asia dibawah kejohanan AFC atau persekutuan Bolasepam Asia.

Biarpun Nazmi menghadapi peperiksaan SPM tahun ini, namun kelibatnya amat diperlukan demi bolasepak negara. Oleh itu FAM dan kementerian Pelajaran bersama sama Lembaga Peperiksaan sudah membuat perancangan supaya Nazmi Faiz Mansur mengambil SPM tahun depan.

Bagi saya, Nazmi Faiz Mansur mempunyai bakat amat besar dan masa depan amat cerah dalam bolasepak, dan jika digilap dan terus digilap, dia boleh menjadi sehebat penyerang legenda Jerman Barat, Gerd Muller aka Der Bomber.

Gerd Muller dan Nazmi Faiz Mansur ketinggian mereka hampir sama. Tidak tinggi tapi memiliki skill menggerunkan.

Seperti juga Gerd Muller, Nazmi Faiz tidak segan silu melepaskan rembatan ke gawang lawan untuk mendapatkan gol dalam apa juga keadaan, apa juga sudut dan apa juga senario.

Perhatikan gol hebat Gerd Muller ini ketika Jerman Barat menewaskan Belanda di final Piala Dunia 1974. Ini gol kedua dan gol kemenangan Jerman Barat tewaskan Belanda 2-1.




Gol keduanya, meskipun badannya sudah terlajak 1 meter ke depan, dia masih mampu mengundur dan melepaskan tendangan padu yang menerjah gol. Semuanya itu dilakukan dalam tempoh 1 saat.

Gerd Muller antara penyerang terbaik pernah dilahirkan Jerman, menjaringkan 68 gol dalam 62 penampilan untuk Jerman Barata. Pele dan Maradona pun tidak mampu menjaringkan lebih banyak gol berbanding penamiplan.

Gerd Muller memegang rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia dengan 14 gol iaitu 10 gol ketika Piala Dunia 1970 dan 4 gol ketika Piala Dunia 1974.

Rekodnya bertahan 32 tahun sebelum dipecahkan penyerang Brazil, Ronaldo yang menjaringkan 15 gol dalam 3 Piala Dunia.

Gerd Muller juga menjaringkan 365 gol dalam 427 penampilan di Bundesliga, liga Jerman.

Tidak mustahil Nazmi Faiz Mansur menjadi penyerang terhebat pernah dilahirkan Malaysia kelak.

Syabas Nazmi Faiz Mansur.

Monday, November 21, 2011

ONG KIM SWEE, RAKAN SAYA.. PASTIKAN HARIMAU MALAYSIA TERUS MENGAUMM DI STADIUM GELORA BUNG KARNO, JAKARTA, 21 NOVEMBER 2011


JURULATIH SKUAD OLIMPIK MALAYSIA, ONG KIM SWEE ADALAH RAKAN SAYA.

DIA PERNAH BERMAIN UNTUK SABAH DAN MENJARINGKAN GOL KETIGA SABAH KETIKA MENENTANG NEGERI SEMBILAN YANG MENJULANG SABAH SEBAGAI JUARA DUNHILL LIGA MALAYSIA 1996, KEPUTUSAN AKHIR SABAH 3-0 NEGERI SEMBILAN, ITU ADALAH PERLAWANAN TERAKHIR YANG MENENTUKAN SIAPA JUARA DUNHILL LIGA MALAYSIA 1996 DI STADIUM LIKAS.

NEGERI SEMBILAN KETIKA ITU PASUKAN DI TEMPAT KEDUA.

ONG KIM SWEE PERNAH KETIKA SABAH MENJALANI LATIHAN, ONG KIM SWEE MEMBERITAHU SAYA “SURUH DIA MAIN BOLA SENDIRILAH”!!!.

DIA MAKSUDKAN DIA SURUH SEORANG WARTAWAN SUKAN SABAH YANG MENULIS ARTIKEL MENGKRITIK PASUKAN SABAH SUPAYA BERMAIN BOLASEPAK SENDIRI!!

SEMOGA BERJAYA KIM SWEE MALAM INI DI STADIUM GELORA BUNG KARNO, JAKARTA, INDONESIA.

MALAYSIA MELAWAN INDONESIA DALAM FINAL BOLASEPAK SUKAN SEA 2011 PADA ISNIN 21 NOVEMBER 2011.

PASTIKAN HARIMAU MALAYSIA TERUS MENGAUM!!

GOD BLESS MALAYSIA. GOD BLESS KIM SWEE..

Thursday, July 28, 2011

Malaysia gagal ke Piala Dunia 2014. Adakah kekecewaan ini akan berterusan sehingga 1,000 tahun akan datang?



Mungkinkah Malaysia tidak akan layak ke Piala Dunia untuk 1,000 tahun lagi? Jika benar, maka lagu oleh BPR atau Bumiputra Rockers ini amat sesuai untuk misi skuad bolasepak Malaysia ke Piala Dunia...!!











Malaysia gagal lagi layak ke Piala Dunia. Impian melihat Malaysia beraksi di Brazil pada Piala Dunia 2014, terkubur sudah. Sampai bila penantian ini harus berakhir??

Adakah perkara mengecewakan ini akan berterusan sehingga 1,000 tahun akan datang???
Perjalanan kita untuk ke Piala Dunia 2014 di Brazil kandas seawal perlawanan kelayakan pusingan ke 2.

Pasukan Negara yang digelar Harimau Malaya ataupun lebih tepat Harimau Malaysia (kerana orang Sabah dan Sarawak marah), gagal menewaskan Singapura di hadapan 85,000 penyokong sendiri di gelanggang sendiri di stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Khamis 28 Julai 2011.

Malaysia hanya seri 1-1 dengan Singapura, sekaligus tersingkir dengan agregat 4-6 kerana kita kalah teruk 3-5 pada perlawanan pertama di Singapura pada Sabtu lalu, 23 Julai 2011.



Kalau nama skuadnya Harimau Malaya, kenapa pakai jersi biru? Pakailah jersi rasmi atau jersi tempat sendiri yang berwarna kuning. Lagipun Harimau belang warnanya kuning kan, bukannya biru.

Kita tak marah kalau Malaysia kandas atau tewas di tangan pasukan handalan Asia/Pasifik seperti Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, China, Kuwait, Iran, Iraq, Australia, New Zealand atau Arab Saudi yang kesemuanya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Dunia.

Tapi ini kita tewas dengan pasukan kerdil, Singapura yang penduduknya hanya 3 juta orang dan keluasannya 1,000 kali lebih kecil dari Malaysia.

Kita tewas kepada Singapura yang ranking FIFAnya amat rendah iaitu di kedudukan 142 daripada 199 negara pada Jun 2011 lalu dan hanya dinaikkan kepada ranking 131 pada 27 Julai 2011 lalu.

Malaysia pula berada di ranking 144 pada Jun 2011 lalu dan kini 146, dari segi ranking kita masih dibawah negara negara mundur yang nak membina stadium pun susah sebab masalah ekonomi, perang dan kebuluran seperti Rwanda (ranking 134), Nepal (ranking 136), Ethiopa (ranking 139), Burundi (ranking 143), Tajikistan (ranking 142) dan negara yang baru dilanda bencana gempa bumi dahsyat dan banyak malapetaka lain, Haiti (ranking 117).

Kita kalah pada Singapura, musuh tradisi yang sering kita tewaskan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Kita kecundang kepada sebuah pasukan kerdil yang tidak mempunyai barisan pemain tempatan berbakat mencukupi sehingga terpaksa menagih khidmat 5 pemain impot termasuk 3 dari Eropah dan 2 dari China.

Kita tewas kepada Singapura yang pastinya juga akan tewas kepada pasukan lebih kuat dalam perlawanan seterusnya selepas ini.

Malaysia dan Singapura sama, kedua duanya belum pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia. Malahan kesemua pasukan Asia Tenggara belum pernah layak ke Piala Dunia.

Bagi saya kekalahan ini bukan salah ibu mengandung, bukan silap K Rajagobal dan bukan kepincangan Safee Sali, Khairul Fahmi Che Mat atau S. Kunanlan.

4 nama diatas membantu Malaysia menjulang piala AFF Suzuki pada 2010 dan wajar diberikan pujian dan penghormatan sehingga sekarang.

Sebaliknya kesalahan keseluruhan dipikul barisan pertahanan Malaysia yang nyata amat rapuh dan mudah diratah.


Pada 23 Julai 2011 di Singapura, Malaysia tewas teruk 3-5 kerana barisan pertahanan dan penjaga gol yang begitu lemah sekali.

Penjaga gol Malaysia ketika itu Sharbinee Allawee hanya melihat saja bola masuk ke gawangnya tanpa sedikit pun inisiatif untuk menyelamatkan bola itu.

Dia sendiri tidak menyentuh bola itu.

Bagi saya 3 daripada 5 gol disumbat Singapura pada 23 Julai 2011 lalu boleh diselamatkan oleh saya sendiri dan sesiapa saja yang bukan pemain bola professional kerana ia gol yang amat mudah.

Bak kata orang, pemain sekolah rendah pun boleh menyelamatkan bola itu.

Penjaga gol Malaysia, Sharbinee perlu belajar dari Khairul Fahmi Che Mat, apa ertinya refleks, iaitu tindakan refleks yang cepat untuk menyelamatkan bola, nampak saja bola terus halakan tubuh badan ke arah bola itu dalam tempoh 0.07 saat.

Sharbinee juga perlu belajar bahawa untuk menyelamatkan bola, bukan hanya menggunakan tangan, malahan semua anggota tubuh badan boleh digunakan termasuk kepala, kaki, badan, peha, betis, perut dan siku.



Sharbinee perlu melihat save of the century oleh penjaga gol England Gordon Banks yang menyelamatkan tandukan pasti gol daripada pemain terbaik dunia sepanjang zaman, Pele pada Piala Dunia 1970. Sehingga ke hari ini Pele masih tidak percaya tandukannya itu mampu diselamatkan gerakan refleks menakjubkan oleh penjaga gol terhebat dunia, Gordon Banks.



Kita sebenarnya menagih aksi lebih baik berbanding kekalahan 3-5 itu setelah
Malaysia menampilkan aksi agak terpuji dalam 3 perlawanan persahabatan menentang 3 kelab gergasi liga perdana Inggeris iaitu Arsenal, Liverpool dan Chelsea.

Dalam Pestabola itu, Malaysia tewas ketiga tiga perlawanan, namun Berjaya menjaringkan 3 gol dan bolos 11 gol.

Kita tewas 0-4 kepada Arsenal, tewas 3-6 kepada Liverpool dan tewas tipis 0-1 di tangan Chelsea menerusi gol kontroversi Didier Drogba.

Seperkara lagi yang menjadi misteri dalam perlawanan 23 julai 2011 itu apabila K Rajagobal berkata pemain Malaysia seolah olah dipukau atau dehypnotize dan hanya membiarkan bola dimainkan pihak lawan.

Adakah ini bermakna Singapura main kotor dan menggunakan ilmu hitam dan ilmu mistik dalam usaha menewasan Malaysia?

Jika Singapura boleh berbuat begitu mengapa Malaysia tidak gunakan bomoh paling handal yang kita ada di Negara ini?

Kita ada ramai pakar dalam bidang mistik, gunakan kebolehan mereka agar Malaysia melangkah maju ke hadapan dalam arena bolasepak antarabangsa.

Dalam perlawanan tadi 28 Julai 2011, 85,000 penonton di Bukit Jalili termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jutaan lagi yang menyaksikan menerusi siaran langsung di TV termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Alor Star, melihat sendiri bagaimana benteng pertahanan Malaysia begitu rapuh sekali dan Singapura mempunyai 3 peluang mudah menjaringkan gol dalam kedudukan one by one atau hanya berhadapan dengan penjaga gol, Khairul Fahmie ketika kesemua pertahanan Malaysia sudah tewas dan hanya menjadi pemerhati.

Nasib baik penjaga gol utama Negara, Khairul Fahmi Che Mat dapat menyelamatkan bola itu, kalau tidak kita pasti tewas 4 gol. Jika Sharbinee Allawee yang menjaga gawang Malaysia ketika itu, pasti semuanya sudah bolos dan gol.

Pemain Malaysia yang hidup pada perlawanan seri 1-1 dengan Singapura itu hanyalah penyerang Safee Sali, penjaga gol Khairul Fahmi dan pemain sayap S. Kunanlan.

Hantaran Kunanlan berjaya menemui Safee di minit ke 58 dan Safee melakukan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Singapura.

Sebelum itu pada awal permainan, kombinasi Safee dan Kunanlan hampir menjaringkan gol pertama Malaysia.

Namun sorakan 85,000 penonton di Bukit Jalil tidak bertahan lama, harapan mereka agar Malaysia layak ke pusingan seterusnya dihapuskan dek kegagalan dan kebodohan benteng pertahanan Malaysia yang menyaksikan Singapura mudah menjaringkan gol penyamaan menerusi pemain impot China, Shi Jiayi di minit ke 73.

Gol penyamaan Singapura itu jelas melunturkan semangat kebangkitan Malaysia, ditambah lagi dengan taktik pemain pemain Singapura yang sengaja melambat-lambatkan perlawanan dengan berpura pura cedera untuk membazirkan masa.

Ketiadaan pemain utility iaitu ketua pasukan dan pakar tendangan percuma, Shafiq Rahim amat dirasai. Mengapa tiada pemain midfield lain di kalangan jutaan remaja dan belia Malaysia yang boleh bermain sebaik Safiq??

Untuk rekod Shafiq sudah banyak menjaringkan gol menerusi tendangan percuma termasuklah gol kelas dunia ketika Malaysia menentang Liverpool pada perlawanan persahabatan awal Julai 2011 lalu.

Shafiq Rahim sepatutnya tahu dia selaku pemain penting, utility dan ketua pasukan dan pakar free kick harus berhati hati agar tidak menerima kad merah dan dibuang padang.

Namun perkara yang tidak diingini itu berlaku juga, dia dibuang padang ketika Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura 23 Julai lalu.

Ketiadaan penyerang sensasi dari Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha juga begitu dirasai. Kombinasi Norshahrul bersama Safee Sali lah yang Berjaya membantu Malaysia menjulang piala AFF Suzuki pada 2010.

Untuk menyelamatkan bolasepak Malaysia, saya cadangkan kepada FAM langkah berikut :

1. Semua benteng pertahanan Negara termasuk penjaga gol Sharbinee, diharamkan terus dari mewakili skuad kebangsaan, pilihlah pemain lain, ramai pemain berbakat di pelusuk pedalaman dan di kampung kampung yang lebih berkaliber dan bersemangat berbanding pertahanan yang ada sekarang. Jika barisan pertahanan sekarang dikekalkan, Malaysia akan terus kecewa ke Piala Dunia, mungkin hanya jaguh serantau.


2. Kekalkan Khairul Fahmi, Safee Sali, Kunanlan dan Shafiq Rahim sebagai pemain utiliti. Malahan kekalkan sebahagian besar pemain yang beraksi menentang pasukan gergasi Inggeris, Chelsea di mana Malaysia hanya tewas tipis 0-1 menerusi gol kontroversi Didier Drogba yang tidak melepasi garisan gol tapi dikira gol. Kekalkan juga penyerang sensasi dari Kelantan Norshahrul Idlan Talaha yang boleh digelar Michael Owen dan Frank Ribery Malaysia.


3. Ikut jejak Singapura yang memiliki 5 pemain impot sah kerana diberikan taraf kerakyatan Singapura. Peraturan ini dibenarkan FIFA. Mengapa tidak Malaysia mencari 5 pemain bagus dari Brazil, Argentina, Uruguay, Chile dan Paraguay yang terkenal dengan bakat bolasepak terpendam untuk diberi kerakyatan? Sebagai contoh pemain terbaik dunia sebanyak 3 kali dari Brazil, Ronaldinho ataupun Marta (pemain terbaik wanita dunia 5 kali berturut turut) dulunya hanya kanak kanak miskin yang bermain bola di jalanan namun bakat mereka dikesan.

Kenapa tidak Malaysia mencari pemain handalan di Afrika seperti di Ghana, Cameroun, Senegal, Nigeria, Ivory Coast, Mesir, Algeria dan Afrika Selatan yang dikenali melahirkan pemain hebat sehingga kesemua Negara itu pernah beraksi di Piala Dunia untuk diberikan kerakyatan?

Kita bukan menyuruh Malaysia mencari dan menjadikan Lionel Messi, Fernando Torres, Andres Iniesta, Puyol, Iker Casillas, Pato, Bojan Kirkic, Neymar dan Kaka sebagai warganegara Malaysia.

Kita hanya mahu mencari pemain berbakat semulajadi yang belum ditemui untuk digilap menjadi sehebat Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Shafiq Rahim, James Wong, Hassan Sani, Mokhtar Dahari, Shukor Salleh, Ghani Minhat, Khalid Ali, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Soh Chin Aun, Abdullah Ali, Santokh Singh, Namat Abdullah, Rosmaini Mohd Shah, Matlan Marjan, Azizul Abu Hanifah, Radhi Mat Din dan ramai lagi lagenda bolasepak tanahair.

Tidak mustahil perkara ni dilakukan kerana cogankata kita ialah Malaysia Boleh!!!

Seperkara lagi, sebelum perlawanan bermula, perasaan tidak senang sudah boleh dirasakan apabila pengacara TV siaran langsung menyebut nama jurulatih Malaysia K Rajagobal sebagai K Rajagopal. Pengacara Itu masih muda tapi sudah nyanyuk, sebutan yang betul ialah RajaGOBAL , bukannya RajaGOPAL.

Stesen televisyen sama tahun lalu turut melakukan kesalahan ketika mengulas mengenai kelayakan Piala Dunia 2010 apabila berkata ini kali pertama Algeria layak ke Piala Dunia pada 2010 sedangkan hakikatnya pengacara itu sudah lupa Piala Dunia 1982 dimana Algeria melakukan UPSET OF THE TOURNAMENT menewaskan Jerman Barat 2-1.

Hanya 2 perkara yang menghiburkan saya sepanjang 90 minit perlawanan tadi iaitu jaringan Safee Sali dan kelibat pegawai perubatan Singapura, doktor wanita yang cantik dan seksi yang lebih 10 kali berlari masuk dan keluar padang merawat pemain Singapura yang sakit dan cedera.

Terima kasih kerana membaca.

TERUSKAN MENGAUM HARIMAU MALAYSIA!!

Wednesday, July 13, 2011

Arsenal beat Malaysia 4-0 in pre season friendly in Kuala Lumpur, 13th July 2011



Arsenal cruised to victory in the opening game of their Asia Tour on Wednesday night 13th July 2011 at the National Stadium, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

In the sweltering heat of Kuala Lumpur, a Malaysia XI found the Gunners simply too hot to handle. Arsenal won impressively 4-0.

Aaron Ramsey stroked home a penalty after 5 minutes and, 8 minutes before the break Theo Walcott clipped home a second.

Carlos Vela dinked in No 3 just after the restart in the 58th minute.

Tomas Rosicky scored Arsenal's 4th and final goal in the 90th minute after a good work by Andrei Arshavin.


Arsenal took an early lead via a penalty in the 5th minute by Ramsey.



Theo Walcott scored this beauty in the 37th minute for Arsenal's 2nd goal



Carlos Vela scored Arsenal 3rd goal in the 58th minute



Andrei Arshavin put up a good job in the left flank before his deflected cross found Tomas Rosicky for Arsenal's 4th goal in injury time.

Malaysia XI had carried a threat in the first half, mainly thanks to the pace of left winger Kunanlan Subramaniam. But they fell away as the game wore on.

This was Arsenal’s first game in Malaysia since 1999. Back then French duo, Emmanuel Petit and Nicolas Anelka had secure a solid 2-0 victory.

In 1975, Malaysia beat Arsenal 2-0, both goals scored by Malaysia's legendary striker the late Mokhtar Dahari.

Arsenal leaves for China on Thursday, 14th July 2011 on the second leg of the Tour.

Malaysia will face another 2 English giants, Liverpool and Chelsea at the same stadium in a few days time.

Liverpool is due to arrive in Malaysia on Thursday 14th July 2011.

Arsenal tewaskan Malaysia 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 13 Julai 2011




Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal menewaskan Malaysia 4-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu 13 Julai 2011.

Gol Arsenal dijaringkan Aaron Ramsey menerusi sepakan penalti sewal minit ke 5.

Gol kedua the Gunners pula dijaringkan cantik minit ke 37 oleh pemain sayap Theo Walcott menerusi sepakan lob menarik menewaskan penjaga gol Malaysia.

Kedudukan separuh masa pertama Arsenal 2-0 Malaysia.

Manakala gol ketiga Arsenal disumbat Carlos Vela minit ke 58.

Penyeang dari republik Czech, Tomas Rosicky menjaringkan gol keempat Arsenal pada minit ke 90.

Pada 1975, Arsenal tewas 0-2 kepada Malaysia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Merdeka. Kedua dua gol Malaysia dijaringkan penyerang terbaik Asia, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Kali terakhir kedua dua pasukan bertemu pada 1999 juga di Kuala Lumpur di mana Arsenal menewaskan Malaysia 2-0 menerusi jaringan 2 pemain impot Perancis yang baru menjuarai Piala Dunia 1998 iaitu Emmaneul Petit dan Nicolas Anelka.

Selepas Arsenal, Malaysia akan menentang 2 lagi pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool dan Chelsea.

Syabas Arsenal. Go Malaysia.

Tuesday, July 12, 2011

Selepas 17 tahun, Singapura kembali ke bolasepak Malaysia





Selepas 17 tahun, pasukan Singapura kembali menyertai liga bolasepak Malaysia mulai tahun depan.

Menurut laporan media hari ini 12 Julai 2011, Singapore akan menyertai Liga Super Malaysia dengan menurunkan skuad bawah 23 tahun mereka dikenali "Singapore Young Lions" yang bakal berentap dengan 14 pasukan Liga Super termasuk juara Liga Super 2011 dan Juara Piala Malaysia 2010 Kelantan serta berdepan dengan bekas musuh lamanya Selangor.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas majlis menanda tangani perjanjian dengan Persatuan Bolasepak Singapura, FAS di Wisma FAM di Kelana Jaya pada Selasa, 12 Julai 2011.

Menurut perjanjian 4 tahun antara FAM dan FAS itu, pasukan Singapore Young Lions akan bermain di Liga Super Malaysia manakala skuad Harimau Muda A dibawah kendalian jurulatih Ong Kim Swee akan beraksi di Liga Singapura atau S-League.

Skuad Singapore Young Lions bakal diwakili 5 pemain senior termasuk pemain impot asing.

Tengku Abdullah berkata beliau berharap penyertaan semula Singapura akan menjelmakan semula kegemilangan bolasepak lampau.

Singapura kali terakhir bermain di Liga Malaysia pada 1994.

Pasukan Singa itu amat digeruni lawan kerana bukan sahaja dibarisi pemain kebangsaannya malahan turut diperkuatkan pemain impot.

Singapura seringkali membelasah pasukan gergasi lain termasuk Selangor, Pahang dan Kedah ketika itu.

Antara pemain tersohor Singapura yang pernah bermain di Liga Malaysia pada 1980an hingga 1994 termasuk Samad Alipitchay, Malek Awab, penjaga gol David Lee, Mohamed Noh, dan kuartet empat pemain yang amat digeruni sehingga digelar "The Fearsome Foursome" terdiri Fandi Ahmad, V Sundramoorthy, Abbas Saad dan Alistair Edwards.

Kuartet ini boleh disamakan dengan gandingan maha hebat 4R Brazil yang menjuarai Piala Dunia 2002 iaitu Ronaldo, Ronaldinho, Rivaldo dan Roberto Carlos.

Sebagai penduduk Sabah, saya masih ingat dengan jelas bagaimana Singapura membelasah Sabah 7-3 pada 1994 di Stadium Kallang Singapura, ketika itu Henry Anjun kapten Sabah dan turut diperkuatkan Matlan Marjan, Scott Ollerenshaw dan Seslija Milomir.

Namun Sabah berjaya menewaskan Singapura 1-0 selepas itu di Stadium Penampang, dekat Kota Kinabalu.

Selamat kembali Singapura, kami sanjungi anda dan menantikan aksi anda.




Samad Alipitchay bermain dalam banyak perlawanan untuk Singapura termasuk di final Piala Malaysia menentang musuh ketatnya Selangor.



David Lee (kiri) and Fandi Ahmad (kanan) dikenali sebagai the dynamic duo. David Lee menerajui pertahanan Singapura sebagai penjaga gol manakala Fandi Ahmad yang pernah bermain untuk Gronigen FC di Belanda adalah penyerang utama Singapura.



Kita tidak akan lupa puluhan gol menarik dijaringkan pemain Singapura dari Australia, Alistair Edwards.



Kita juga tidak lupa kepada skil menakjubkan V Sundramoorthy



Gandingan Abas Saad dan Alistair Edwards menjelmakan ratusan gol untuk Singapura pada zaman kegemilangan 1990an.



Fandi Ahmad antara pemain terhebat pernah dilahirkan Singapura dan antara penyerang terbaik di Asia.



Malek Awab mempunyai skil seperti Hassan Sani di sebelah sayap.

Selamat Datang Singapura.. Viva Singapore.. we welcome you...

Tuesday, March 22, 2011

Hassan Sani... Permata Bolasepak Malaysia

Hassan Sani berasal dari Labuan dekat Sabah adalah antara lagenda bolasepak negara.

Beliau sehingga kini masih aktif bermain bolasepak dan sering dilihat di padang bolasepak di Labuan, memperagakan skil dan kemahirannya yang digeruni di Asia pada 1970an dan 1980an.


Hassan Sani (kiri) ketika zaman mudanya, selain berbakat besar, dia juga pemain yang segak, kacak, tampan dan hensom dan mempunyai ramai peminat wanita seperti lagenda bolasepak British, George Best.



Hassan Sani (kiri) bersama 3 lagenda bolasepak negara Soh Chin Aun @ Tauke (2 dari kiri), James Wong atau King James dan Santokh Singh.



Inilah gambar terbaru Hassan Sani di abad ke 21... masih tampak muda dan hensom kan??



Lagi 4 lagenda bolasepak negara duduk bersama dari kiri Soh Chin Aun, Santokh Singh, James Wong dan Hassan Sani



Selain memiliki larian amat pantas dan kemahiran mengelecek sehingga 5 pertahanan lawan, tendangan padu kaki kiri adalah antara aset dan senjata utama Hassan Sani yang menjulangnya antara pemain sayap kiri atau left wing paling di geruni di Asia ketika zaman kegemilangannya suatu ketika dulu.



Aksi Hassan Sani ketika menentang Manchester United di Malaysia dalam satu perlawanan persahabatan.


Hassan Sani dilahirkan di Labuan pada 12 Mac 1958.

Beliau memulakan karier bola sepaknya pada tahun 1974 bersama pasukan belia / remaja Sabah FA sehinggalah 1976 dan mula mewakili skuad senior Sabah pada 1977 hingga 1984.

Di peringkat kebangsaan, Hassan Sani mula menyarung jersi kebangsaan pada 1978 hingga 1986.

Hassan Sani merupakan antara penyerang terbaik yang pernah dilahirkan pasukan negeri dibawah bayu itu selain James Wong serta rakan seangkatannya termasuk Razali Zinin, Peter Rajah, Richard Barnes, Karti Tukimin, Alinjiran Nulantan, Justin Ganai dan ramai lagi.

Kelincahannya beraksi dalam kancah Liga Malaysia mendatangkan gerun kepada pasukan lawan termasuk kepada pertahanan terkenal ketika itu seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh, Khalid Ali dan ramai lagi.

Tambahan pula keserasiannya bersama James Wong yang juga penyerang kebangsaan menghasilkan banyak kejayaan hinggakan gandingan Hassan-James dikenal sebagai penyerang kembar selepas era Mokhtar Dahari dan Isa Bakar.

Pada tahun 1979, Hassan membantu Sabah untuk menjadi naib juara Liga Malaysia 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dalam Liga Malaysia ketika itu dengan 49 gol.

Ketika itu, perlawanan Sabah diadakan di stadium Likas yang belum mempunyai kemudahan lampu limpah, sekaligus perlawanan terpaksa diadakan jam 4.30 petang di bawah panas terik sinar matahari.

Namun itu tidak menghalang puluhan ribu penonton berasak asak ke stadium Likas untuk menyaksikan wira mereka membenam lawan termasuk pasukan terkuat ketika itu iaitu Selangor.

Ramai yang tidak dapat masuk ke Stadium dan juga peminat setia Sabah di kampung ulu dan terpencil, pasti mendengar radio secara beramai ramai untuk mendengar juruhebah terkenal RTM Sabah ketika itu, Allahyarham Ismail Mohd Tahir yang sering menjadi pengulas sebelum digantikan Jali Jambolt dan Awang Shaari Haji Ramli.

Hassan mewakili Malaysia buat pertama kali ketika kejohanan Piala Presiden di Seoul, Korea Selatan. Ketika itu, dia masih menjadi pemain simpanan dan idolanya allahyarham Mokhtar Dahari bergandingan bersama Isa Bakar.



Kemuncak karier Hassan Sani bersama pasukan kebangsaan Malaysia atau Harimau Malaysia ialah ketika kelayakan Sukan Olimpik 1980 apabila membantu skuad kebangsaan layak beraksi di Sukan Olimpik, menewaskan Korea Selatan 2-1 di Stadium Merdeka.

Ketika itu Korea Selatan bukan tandingan Malaysia, dan sering kalah di tangan Malaysia sebelum mereka semakin maju dan layak ke Piala Dunia sebanyak 7 kali berturut turut pada 1986, 1990, 1994, 1998, 2002, 2006 dan 2010.

Apapun, detik manis malam itu tercipta apabila tendangan percuma Korea Selatan berjaya dipintas Khalid Ali yang menghantar bola kepada Hassan.

Hassan yang digelar lipas kudung membuat larian pantas menewaskan 3 pertahanan Korea Selatan dan terus membuat hantaran kepada James Wong.

James Wong pula sempat mengelecek seorang pertahanan Korea Selatan sebelum merembat padu dengan kaki kanannya untuk menghasilkan gol kemenangan Malaysia ke Korea Selatan dengan jaringan 2-1.

Sekaligus Malaysia layak ke sukan Olimpik Moscow 1980, kali kedua dan terakhir selepas kali pertama layak ke sukan Olimpik Munich 1972.

Namun sayang seribu kali sayang, Malaysia dan negara lain diterajui Amerika Syarikat telah memboikot sukan Olimpik Moscow kerana memprotes pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Akibatnya, Malaysia tidak beraksi di Sukan Olimpik dan Hassan Sani serta pemain lain termasuk James Wong, Jamal Nasir, Soh Chin Aun, Santokh Singh pastinya amat kecewa dengan keputusan itu kerana politik dikaitkan dengan sukan.

Apapun gol James Wong hasil sumbangan bergeliga Hassan Sani pada satu malam penuh keramat pada tahun 1980 itu menjadi gol terbaik Malaysia sehingga kini.

Gol itu juga menjadi ikon iklan "Semangat Bola" oleh Maxis sempena menaikkan semangat bola di kalangan penduduk Malaysia untuk kejohanan Piala Dunia 2010.

Syabas Hassan Sani... jasamu sentiasa dikenang.. All the Best Sir.

Tuesday, February 22, 2011

Real Madrid, kelab teragung bolasepak dunia
















Jika ada menyatakan Manchester United (the Red Devils) atau Barcelona atau Independiente, Boca Juniors, Santos, Penarol atau Juventus, Inter Milan dan AC Milan sebagai kelab teragung dunia... anda silap.

Menurut Persekutuan Bolasepak Dunia, FIFA, kelab paling berjaya di abad ke 20, tidak lain dan tidak bukan ialah Real Madrid.

Real Madrid merajai arena bolasepak domestik Sepanyol sejak penubuhannya pada 6 March, 1902 yakni 108 tahun lalu.

Kelab tersohor itu menjuarai La Liga, iaitu liga domestik Sepanyol sebanyak 31 kali.

Real Madrid juga sudah 17 kali menang Piala Spanish "Copa del Rey", 8 kali Spanish Super Cups, 9 kali juara UEFA Champions Leagues, 2 kali juara UEFA Cups, 1 kejuaraan UEFA Supercup, dan 3 juara Intercontinental Cups.

Manakala pencabar terdekatnya di Sepanyol, Barcelona pula hanya menang 20 kali kejuaraan La Liga.

Dalam tempoh 108 tahun di kancah teratas bolasepak Sepanyol, Real Madrid juga tidak pernah diturunkan ke liga divisyen dua, sebaliknya kekal di Liga paling atas iaitu La Liga!!!

Gelanggang keramatnya ialah Santiago Bernabeu, dimana banyak pasukan ternama dunia seperti Barcelona, Inter Milan, AC Milan, Juventus, Liverpool, Manchester United dan banyak lagi, sudah terkulai dan tersungkur layu.



Stadium itu mengambil nama sempena nama Presiden Real Madrid, Santiago Bernabeu yang meninggal dunia pada 2 Julai 1978 ketika Piala Dunia 1978 sedang rancak dilangsungkan di Argentina yang dimenangi tuan rumah Argentina.

Santiago Bernabeu adalah orang yang bertanggung jawab di era paling gemilang Real Madrid apabila menang 5 Piala Eropah berturut turut pada 1956, 1957, 1958, 1959 dan 1960!!!



Tiada pasukan yang boleh berbuat demikian pada zaman ini... mahupun di planet Marikh, Zuhal, Musytari dan Galaxi lain..!!

Pasukan paling kuat Real Madrid pastinya pada era Alfredo D'Stefano (lagenda bolasepak Argentina) dan Ferenc Puskas (lagenda bolasepak Hungary) yang membantu Real Madrid menang 5 Piala Eropah berturut turut pada 1956 hingga 1960.

Kemenangan teragung pada final Piala Eropah 1960 dimana Real Madrid membelasah Eintracht Frankfurt 7-3. 4 gol dijaringkan Ferenc Puskas manakala 3 gol dijaringkan Alfredo D'Stefano.





Bayangkan pasukan sekuat Barcelona pun begitu mudah diratah 4-2 oleh Real Madrid paDA 2005 yang dibarisi striker Ronaldo (3 kali pemain terbaik dunia dan penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia dengan 15 gol serta pemenang 2 Piala Dunia pada 1994 dan 2002), Raul (penjaring terbanyak Real Madrid dengan 323 gol) dan Michael Owen (pemain terbaik Eropah 2001).

Manakala midfieldnya diperkuatkan oleh Zidedine Zidane (juga 3 kali pemain terbaik dunia dan menang Piala Dunia sekali bersama Perancis pada 1998), David Beckham (2 kali naib juara pemain terbaik Dunia) dan Luis Figo (Pemain terbaik Dunia 2001 dan pemain terbaik Eropah 2000) dan dibantu attacking leftback dari Brazil, Roberto Carlos (pakar sepakan lencong dan naib juara pemain terbaik dunia 1997)

Barcelona pun menangis beb...

Manchester United pun pernah menangis di tangan Real Madrid apabila tewas 5-6 secara agregate dalam UEFA Champions League musim 2002/2003.



Hidup Real Madrid.!! Selamanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs