Monday, April 2, 2012

Safee Sali bercerai dengan isteri Sabarina Yusof, 2 April 2012



Saffe Sali adalah penyerang utama skuad bolasepak kebangsaan Malaysia yang pasti diingati kerana menjadi penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki pada Disember 2010 yang menobatkan Malaysia selaku Juara.

Dia boleh menjaringkan gol menerusi tandukan, dribble, tandukan dan gerakan solo serta sepakan akrobatik.

Safee Sali sering namanya di titi bibir peminat bolasepak tempatan kerana beliau pemain pertama bolasepak negara yang bergelar jutawan setelah menerima tawaran lumayan bermain untuk kelab Pelita Jaya di Liga Indonesia.

Safee Sali juga pernah menjalani percubaan bersama kelab dimiliki rakyat Malaysia Tan Sri Tony Fernandez di Queens Park Rangers.

Namun berita menggemparkan hari ini pada Isnin 2 April 2012 apabila Safee Sali dilaporkan bercerai talak satu dengan isterinya Sabarina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

"Alhamdulilah semuanya sudah selesai, saya harap tiada spekulasi lagi antara kami berdua,” kata Sabarina yang ditemani peguamnya, Ezura Nashuha Abdul Hadi di perkarangan Mahkamah Syariah.

Menurut laporan Sinar Harian, Ezura Nashuha menjelaskan, Sabarina bercerai dengan Safee secara baik, selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.

“Safee dan Sabarina bercerai secara baik. Dia melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup,” katanya.

Ezura Nashuha berkata kedua-dua anak pasangan berkenaan Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2, diserahkan dalam jagaan Sabarina, manakala Safee memperoleh hak lawatan mengikut masa yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Pada November 2011, Safee memfailkan perintah supaya Sabarina kembali taat kepadanya, bagaimanapun menarik semula perintah itu minggu lalu.

Safee, 28, dan Sabarina mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika pemain kelahiran Kajang, Selangor itu beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana.

Moga Safee Sali tabah menghadapi dugaan ini dan terus menyumbat gol demi gol untuk Harimau Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs