
Pada Mac 2009, saya pernah menulis artikel dalam bahasa Inggeris mengenai pemeriksaan yang dilakukan ke atas gadis Afrika untuk menentukan samada mereka masih dara atau perawan ataupun sudah ditebuk tupai atau sudah tidak suci lagi.
Posting saya itu mendapat sambutan pembaca dari seluruh dunia. Maka di sini saya ingin membuat posting itu dalam bahasa Malaysia pula.

Pelik tapi benar. Inilah keadaannya. Ia berlaku di bumi nyata di zaman moden di abad ke 21. Setiap tahun ramai wanita dan gadis sunti Afrika khususnya dari puak Zulu dikatakan perlu menjalani pemeriksaan untuk menentukan samada mereka masih dara atau tidak.
Perkara ini dilaporkan berlaku di beberapa negara Afrika termasuk di Afrika Selatan.

Pemeriksaan ini dilakukan warga emas di tempat terbuka!! Gadis sunti itu diminta menanggalkan pakaian hingga menampakkan payu dara yang masih sunti dan belum terusik serta alat sulit mereka yang belum juga diusik mana mana lelaki.

Gadis gadis ini diminta berbaring dan warga emas yang dikatakan pakar menentukan siapa dara dan siapa tidak itu akan melakukan pemeriksaan fizikal ke atas alat kelamin kaum perawan ini.
Namun, ia diadakan di tempat terbuka di mana orang ramai boleh melihat!!! Jika dilakukan secara tertutup di bilik rahsia, kan bagus.
Tanpa menggunakan alat moden seperti electronic virginity tests dan sebagainya, wanita warga emas Zulu dan Afrika ini dikatakan boleh mengetahui samada si Gadis masih perawan, suci dan dara ataupun sudah mengadakan hubungan seks.
Kebiasaannya amalan pelik ini dilakukan jika gadis terbabit mahu melangsungkan perkahwinan bagi memastikan berapa nilai hantaran perkahwinan dan mas kahwin dan sebagainya. Ini kerana anak dara pasti mahal hantarannya berbanding yang sudah tidak perawan.

Gadis yang lulus ujian itu, diberi tanda khas pada dahinya.

Dan mereka juga diberikan sijil!!!!!!! Sijil Sah Perawan atau S.S.P!!!
Terima kasih kerana membaca. Elakkan perkara ini berlaku di Malaysia atau di mana mana tempat di dunia kerana ia pastinya menjatuhkan imej dan maruah Wanita.
Ada siapa siapa wanita Malaysia sanggup menjalani ujian seperti ini?
