Showing posts with label seks. Show all posts
Showing posts with label seks. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Jonah Falcon, lelaki memiliki zakar terpanjang dunia - saiznya boleh mencecah 13 inci!!!



Jonah Falcon (gambar atas) yang dilahirkan di New York, Amerika Syarikat pada 1970 dikatakan lelaki yang memiliki zakar paling panjang di dunia.

Alat kelaminnya sepanjang 9 inci ketika normal dan mencecah ukuran panjang gergasi 13.5 inci jika dalam keadaan terangsang!!

Tidak diketahui, adakah Jonah Falcon sudah berkahwin atau ada teman wanita.

Oleh kerana saiz alat kelakiannya yang sebegitu rupa, Jonah menerima banyak tawaran berlakon filem porno, namun dia menolak.

Hmmm.. macham macham...

Thursday, March 22, 2012

Gadis Indonesia berusia 19 tahun dipaksa jadi pekerja seks di Kota Kinabalu


Gadis berusia 19 tahun dari Indonesia ini dipaksa menjadi pelacur oleh sindiket pemerdagangan manusia di Kota Kinabalu dan terpaksa melayan sehingga 10 lelaki setiap hari meskipun dalam keadaan haid. Namun dia diselamatkan Polis Sabah pada 21 Februari 2012 lalu.

Laporan berita ini dipetik dari Borneo Post Online, 22 Februari 2012.

KOTA KINABALU: “Saya pernah cuba lari dari melakukan kerja ini tetapi gagal kerana dihalang bos saya, oleh itu saya terpaksa melakukannya untuk meneruskan kehidupan,” demikian kata seorang daripada empat wanita yang berjaya diselamatkan selepas dipercayai dipaksa menjadi pelacur oleh empat bapa ayam di sebuah premis tidak bernombor di tingkat satu, Jalan Haji Seman, di Kota Kinabalu, Sabah pada 21 Februari 2012.

Menurut gadis berumur 19 tahun yang berasal dari Indonesia itu, pada mulanya dia telah dijanjikan pekerjaan sebagai pelayan restoran oleh seorang lelaki yang dikenalinya di Tawau.

Bagaimanapun, setibanya mangsa di sini bulan lepas, lelaki terbabit dikatakan telah memaksa mangsa menjadi pelacur manakala janji untuk memberikan pekerjaan sebagai pelayan restoran hanya janji kosong.

“Pada mulanya, saya tidak mahu buat (memberi khidmat seks) tetapi selepas dipaksa oleh bos, saya terpaksa buat juga dan sehingga sekarang (semalam) itulah cara saya mendapatkan duit,” katanya sebak ketika ditemui pemberita selepas pasukan polis membuat serbuan di bilik sewa terbabit pada 21 Februari 2012.

Dalam serbuan kira-kira jam 10 pagi oleh cawangan D7 (Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang diketuai Inspektor Er Sheau Jia berkenaan, 4 bapa ayam termasuk ketua mereka diberkas manakala 4 lagi wanita yang dipaksa menjadi pelacur diselamatkan.

Menurutnya, setiap hari dia terpaksa melayan 3 hingga 4 pelanggan tetapi pernah sekali dia juga melayan 10 lelaki dalam masa 1 hari.

Tambahnya, bayaran yang diterima dari setiap pelanggan adalah antara RM100 dan RM150 tetapi wang yang diterimanya itu akan diserahkan terus kepada bapa ayam sebelum dia diberikan sedikit ‘tips’.

“Saya betul-betul rasa terseksa sepanjang melakukan kerja ini, malah pernah ketika saya datang bulan (haid) saya dipaksa juga melakukannya,” katanya.

Gadis itu juga berharap pihak berkuasa memahami masalah yang dihadapinya kerana dia mendakwa pekerjaan sebagai pelacur bukan kehendaknya tetapi dipaksa selepas ditipu.

Kasihan Gadis itu. Dia antara ratusan ataupun ribuan gadis yang pernah menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Malaysia. Modus operandi sindiket ini adalah menjanjikan pekerjaan dengan gaji bagus di Malaysia, namun apabila tiba di Malaysia, mereka dipaksa menjadi pekerja seks.

Jika enggan berbuat demikian, gadis gadis ini akan dipukul dan dicederakan serta juga tidak diberi makan dan minuman.

Kejam sungguh sindiket itu.

Malaysia sudah memperkenalkan akta Anti Penyeludupan Migran dan Penyeludupan Manusia 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga 1 juta ringgit kepada pesalah.

Tuesday, November 22, 2011

Iklan seks provokatif Dakota Fanning diharamkan



Inilah iklan seks provokatif atau disifatkan iklan seks melampau yang digayakan oleh aktres berusia 17 tahun Amerika Syarikat, Dakota Fanning.

Iklan untuk perfume atau minyak wangi jenama Lola itu dikatakan kurang sesuai untuk model semudanya dan tidak baik untuk kanak kanak dan remaja seusianya.

Iklan itu menunjukkan Dakota dalam keadaan mengghairahkan dan memberahikan sedang duduk dengan sebotol minyak wangi Lola di celah kakinya.

Iklan seks provokatif ini diharamkan di United Kingdom.






Dakota Fanning adalah aktres kanak kanak yang mula berlakon ketika usianya 5 tahun.

Antara filem lakonannya ialah Sweet Home Alabama, Hide and Seek, The Motel Life, Uptown Girls dan Now is Good.

Monday, November 14, 2011

Tiara Lestari, wanita pertama Indonesia yang beraksi bogel di majalah Playboy



Berani sungguh model Indonesia dari Malang ini, Tiara Lestari, beraksi bogel untuk majalah Playboy edisi Sepanyol.

Tiara tidak gusar dan takut ataupun bimbang untuk mendedahkan tubuh mungil dan seksinya untuk tatapan umum khususnya kaum Lelaki yang dahagakan seks dan bernafsu serakah.

Tiara tidak gusar dan takut meskipun aksinya itu pasti mengundang kontroversi dan bantahan daripada pelbagai pihak di Indonesia. Almaklum, Indonesia dengan 240 juta penduduk adalah negara yang mempunyai paling ramai penduduk beragama Islam di dunia ini.

Model seksi ini sudah mempunyai seorang anak perempuan dinamakan Princess Rania dilahirkan pada Julai 2007.

Tiara Lestari amat menyayangi Princess Rania sepertimana dimaklumkan dalam laman blognya di sini : http://tiara4women.blogspot.com/





















Terima kasih kerana membaca dong...

Thursday, November 10, 2011

Jika Hukum Hudud dilaksana, adakah Anwar Ibrahim akan didakwa mengikut Hudud??



Dewasa ini banyak debat di media dan alam siber mengenai kewajaran pelaksanaan hukum Hudud di negara ini.

Namun jika hukum Hudud dilaksanakan, adakah individu pertama yang bakal dikenakan tindakan mengikut Hukum Hudud ialah individu di atas?

Bukti bergambar dia melakukan seks dengan seorang wanita Cina sudah ditayangkan dan disebarkan di internet.

Jadi adakah lelaki berkenaan yang dikatakan mirip dan menyerupai ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, akan turut dikenakan tindakan mengikut Hukum Hudud??

Malahan Anwar juga ketika ini sedang berdepan tuduhan meliwat seorang lelaki, Saiful Bukhari Azlan.



Beberapa parti politik dan pemimpinnya seperti Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat (gambar atas), antara yang menyokong penuh pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia.

Malahan pada 2 November 2011 lalu, Mesyuarat Exco kerajaan Pas Kelantan, mengesahkan pelantikan 20 ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud yang akan dimaklumkan dengan surat pelantikan masing-masing dalam masa terdekat.

Jawatankuasa itu dianggotai 19 ahli dalam kalangan profesionaldan sekiranya perlu keahlian mungkin ditambah.

Peranan jawatankuasa berkenaan antara lain mengkaji kemungkinan pelaksanaan enakmen itu berikutan wujud pandangan mengatakan ia boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Tuesday, October 25, 2011

Cheerleaders, siapa mereka ini?



Jika menonton di TV, beberapa acara sukan di Amerika Syarikat, kita pasti ternampak kelibat gadis gadis seksi yang menari dengan seksi setiap kali perlawanan bermula, perlawanan dihentikan atau ketika gol dan jaringan dilakukan.

Kita pasti disajikan aksi seksi ini dalam aksi American Football, Basketball, Besbol, Indy Car Race dan banyak lagi acara sukan Amerika.



Persoalannya, siapakah gadis gadis ini? Adakah menjadi penyeri sukan atau Cheerleaders, kerjaya sepenuh masa atau sampingan??

Berapa gaji dibayar kepada mereka?

Adakah bintang bintang sukan Amerika menjadikan gadis gadis ini sebagai teman wanita masing masing?

Hmmmm.... Hanya Cheerleaders itu saja yang tahu.

Cheers.

Tuesday, October 4, 2011

Gambar MRI, Magnetic Resonance Imaging, hubungan seks lelaki dan wanita



Wanita dan lelaki saling memerlukan dan hubungan cinta itu berakhir dengan kedua dua pasangan mengikat tali perkahwinan sebagai suami isteri yang sah. Seks memainkan peranan penting dalam hubungan suami isteri, untuk mendapatkan zuriat dan juga untuk kebahagiaan rumah tangga.



Namun secara grafiknya atau imej bergambar, tidak ramai tahu kedudukan dalaman alat kelamin lelaki dan wanita ketika melakukan hubungan seks atau Making Love dalam bahasa Inggeris.



Mungkin di sekolah atau kolej atau Universiti, kita ada dihidangkan dengan imej rekaan atau grafik mengenai organ dalaman kaum Adam dan Hawa ketika melakukan hubungan kelamin.






Namun pakar sains di Amerika Syarikat melakukan satu eksperimen menerusi kaedah M-R-I atau Magnetic Resonance Imaging untuk merekodkan secara benar, jelas dan terperinci alat seksual wanita dan lelaki ketika hubungan intim itu sedang berlangsung. Dan hasilnya adalah gambar di atas. Perhatikan di kanan itu adalah Lelaki dan di Kiri itu Wanita. Imej ini benar dan nyata.

M.R.I adalah sebuah mesin perubatan menakjubkan yang diasaskan dan dicipta bersama 2 pakar dari Amerika Syarikat dan United Kingdom. Mereka ialah Paul Lauterbur dari the University of Illinois, Amerika Syarikat dan Sir Peter Mansfield dari the University of Nottingham, England.

Hasil kejayaan mencipta MRI untuk tujuan perubatan, Lauterbur dan Sir Mansfield dianugerahkan Hadiah Nobel bagi Physiology dan Perubatan pada 2003.

Kini MRI yang boleh melakukan proses XRAY secara dalaman di seluruh badan manusia, digunakan dengan meluas di hospital dan pusat perubatan seluruh dunia bagi mengesan penyakit dan melakukan complete overhaul atau pemeriksaan kesihatan menyeluruh pesakit.

Tuesday, September 20, 2011

Tips mengelak rakaman aksi seks di bilik Hotel



Video di atas diperolehi dari rakaman tersembunyi kamera yang disorokkan dekat meja di sebuah bilik Hotel di Kuala Lumpur yang kononnya melibatkan aksi seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang wanita Cina yang sememangnya seksi.

Kamera video ini terdiri daripada pelbagai versi, model dan jenis.



Fungsi setiap kamera video adalah sama, merakamkan visual dihadapan lensanya.

Namun musuh kamera hanya ada 2 iaitu air dan lampu/cahaya.



Jika terkena air, kamera akan rosak, kecuali kamera di dasar laut yang mempunyai kelengkapan pelindung khas.

Dan jika terdedah kepada cahaya yang terlalu kuat, maka imej yang dirakam menjadi over-exposed atau "burn" atau rosak.

Dan jika tidak cukup cahaya, visual yang dirakam pasti tak kelihatan dan tak jelas langsung.

Nah, jika anda dan pasangan anda tidak mahu aksi anda di ranjang bilik hotel menjadi tontonan seantero dunia di Youtube atau Internet, maka malapkanlah lampu.

Mana tahu, rakan anda mahu sabotaj anda ataupun ada pihak mahu menganiaya dan menjatuhkan anda kan?

Kamera secanggih manapun pasti tidak dapat merakamkan imej dengan jelas jika tidak mempunyai sumber pencahayaan yang cukup, seperti contoh imej dibawah :







Jika kamera itu canggih sekalipun seperti mempunyai ciri Infrared, maka imej/visual yang dirakamkan, tetap tidak jelas dan mengaburi identiti sebenar individu dalam rakaman itu, sepertimana imej Infrared di atas.

Tapi ingat, tips ini bukan mengalakkan anda semua melakukan maksiat yaa....

Sebaik baiknya, bagi pasangan yang sudah kahwin, maka nikmati hubungan suami isteri anda di ranjang rumah, itupun periksa dulu, mana tahu ada tangan tangan nakal yang mahu berkongsi saat saat intim anda dengan dunia luar.

Terima kasih kerana membaca...

Thursday, July 28, 2011

Hanya 14.5 % Ibu menyusukan bayi dengan susu ibu, selebihnya susu formula. Namun peratusan bapa menyusu isteri masing masing pastinya 100%





Namun pada pendapat saya, peratusan bapa yang masih "menyusu" isteri masing masing ialah 101.55%!!!! hehehe

KOTA KINABALU 23 Julai 2011 (Utusan Malaysia)

Kerajaan mensasarkan purata ibu yang memberi susu badan secara ekslusif kepada bayi di negara ini meningkat sekurang-kurangnya 10 peratus menjelang 2016.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sasaran berkenaan mampu dicapai berdasarkan perkembangan semasa serta peranan yang dimainkan pihak swasta dan kerajaan.

"Sudah tentu daripada purata bayi yang disusu ibu secara ekslusif iaitu 14.5 peratus pada 2006 kita ingin melihat supaya jumlah ini dapat dipertingkatkan.
"Cuma kita merayu kepada majikan khususnya dalam sektor swasta supaya memberikan ruang yang kondisif kepada para ibu kerana ibu yang memberikan penyusuan secara ekslusif ini perlu disokong dari segi tempat, masa dan keizinan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Timbalan Menteri Kesihatan Bersama Komuniti Media di Kota Kinabalu pada 23 Julai 2011.

Menurut Rosnah berdasarkan tinjauan Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan menunjukkan purata ibu yang pernah menyusukan bayi meningkat daripada 88.6 peratus pada 1996 kepada 94.7 peratus pada 2006.

"Selain itu purata bayi yang diberi susu ibu dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran juga telah meningkat daripada 41.4 peratus pada 1996 kepada 63.7 peratus pada 2006," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, semua pihak harus sedar bahawa penyusuan bayi secara ekslusif bukan sahaja memberi kebaikan kepada bayi tetapi juga kepada para ibu.

Katanya, berdasarkan fakta, wanita yang menyusukan bayi kurang berisiko mendapat penyakit kanser berbanding wanita yang tidak menyusukan bayi mereka.

Selain itu katanya, penyusuan bayi juga boleh menjarakkan kehamilan dan mengurangkan risiko masalah pendarahan di kalangan wanita.

Sementara itu beliau memberitahu, minggu penyusuan ibu sedunia yang akan disambut pada minggu pertama bulan depan akan menekankan kepada kepentingan komunikasi dalam usaha menggalakkan penyusuan ibu.

Namun pada pendapat saya, peratusan golongan bapa yang masih "menyusu" isteri masing masing ialah 101.55%!!!! hehehe

Tuesday, March 30, 2010

Petua seks Malaysia - khas untuk yang sudah berumah tangga sahaja!!



Artikel ini saya dapat ketika melayari internet menerusi google dengan tajuk seks melayu. Salah satu artikel ini didapati daripada http://permataseks.blogspot.com

Saya tidak tahu siapa penulisnya, namun apa yang ditulis memang amat benar sekali iaitu berkaitan petua seks bagi pasangan suami isteri.

Sebahagian ayat dan perkataan dalam artikel asal telah saya ubah supaya bunyinya lebih sopan dan lebih mudah difahami. Ada juga bait bait ayat yang saya tulis sendiri, untuk menyedapkan lagi artikel ini.

Artikel itu ditulis kerana masih ada suami dan isteri di luar sana yang belum mencapai tahap cemerlang dalam subjek asmara dan hubungan seksual suami isteri. Ada yang setakat lulus ngam ngam sahaja. Oleh itu bacalah artikel ini jika ada masa terluang.




Menerusi pembacaan artikel petua seks di internet, saya dapati bahawa hmmm.. menarik juga cara cara dan petua bercumbu rayu yang ditulis... Pendek kata.. Kita perlu mencumbui pasangan kita ketika berasmara sebelum melakukan hubungan suami isteri.

Ikuti petua ini. Tapi ingat dan awassss!! Tips seks orang Melayu dan orang Malaysia ini hanyalah kepada pasangan yang sudah menjalin ikatan sah dari segi agama sebagai Suami Isteri.

Gambar gambar wanita dalam artikel ini pula hanyalah gambar hiasan dan tiada kaitan dengan sesiapa samada yang masih hidup atau telah meninggalkan dunia ini.

Artikel ini juga tiada kaitan dengan sesiapa, sekadar bacaan sahaja.

Cumbuan sebelum seks adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan melakukan hubungan seksual.



Hendaklah ingat bahawa keinginan seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan titik ghairah iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Jadi titik-titik ghairah yakni bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan pada tubuh wanita sangat luas tersebar di seluruh anggota badannya. Antaranya bibir, tengkuk, cuping telinga, buah dada atau payu dara, leher dan perut, semuanya mudah untuk dirangsang.

Oleh kerana lokasinya yang tersebar luas di merata badan dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum seks atau persetubuhan itu dilakukan.



Berbeza dengan lelaki, maka titik ghairahnya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya.



Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila mata lelaki melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan alat kelamin lelaki mengeras dan tegang serta siap sedia untuk melakukan hubungan seksual.

Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbuan dahulu. Pertama, lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya, keseksian tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan.



Setelah rohaninya terangsang kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti bercium-ciuman, beraba-rabaan pada bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosok-gosok badannya.

Malahan, dalam ajaran agama pun, umat diajar mengenai aspek bercumbuan di kalangan pasangan suami isteri, yakni kita tidak boleh menggauli isteri kita secara terus atau secara tiba tiba sahaja, ataupun main terkam sahaja, tanpa melakukan proses cumbu rayu terlebih dahulu.



Seorang suami haruslah mengetahui titik ghairah isterinya, seperti berikut:

Kening
Bahagian pelupuk mata
Hidung
Pipi dan sekitarnya
Tengkuk
Leher
Cuping dan belakang telinga
Payudara
Bibir dan lidah
Bahagian dalam mulut
Peha dan sekitarnya
Bahagian perut terutama sekitar pusat
Bahagian alat kelamin
Bahagian tumit



Sayugia diingatkan, wanita mempunyai titik ghairah paling sensitif di lokasi berbeza. Sebagai contoh mudah, wanita A mungkin amat ghairah apabila payu daranya dicumbui, namun wanita B pula cukup berahi apabila tengkuknya dicium pasangannya. Sebaliknya wanita C pula akan merengek dengan penuh kenikmatan apabila bahagian pehanya dicium dan dibelai oleh suaminya.

Bahagian-bahagian ini merupakan titik-titik ghairah yang harus dijadikan perhatian semasa merangsang, sama ada diraba, dibelai, dicium atau digosok-gosokkan secara lembut dan mesra. Di sinilah sangat diperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa berahi isteri sehingga klimaks yang diingini.



Ada lelaki yang mencumbui isterinya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, ada dari hujung rambut sampai ke perut sahaja, ada dari tumit sehingga ke peha sahaja, ada mengusap usap di tengkuk dan mengucup bibir sahaja, malahan ada juga mencumbui dari bahagian hujung jari kaki hinggalah ke hujung rambut isterinya (proses ini dikenali sebagai proses Osmosis atau Reverse-takeover - hehehe gurau aja dong).



Tak kisahlah apa caranya, asalkan lelaki dan wanita itu sama sama terangsang dan sedia melakukan hubungan suami isteri dengan penuh nikmat hinggalah mencapai aura klimaks, kerana sesungguhnya ini mengeratkan kasih sayang suami isteri.

Si Suami pula tidak perlu lagi main kayu tiga dan mencari perempuan lain kerana isterinya sudah memainkan peranan sebagai isteri di atas ranjang, sehinggakan si suami terbaring dengan penuh kepuasan selepas sesi asmara.

Sebenarnya terdapat pelbagai cara sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainya dengan bersilih ganti, yang dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta.

Ini diikuti pula dengan cumbuan serta rayuan yang berguna untuk membangkitkan nafsu berahi isteri. Cara-cara ini merupakan hal biasa diamalkan di kalangan mereka yang menghargai nilai seni dalam dunia seks. Semua ini merupakan tahap-tahap cumbuan (foreplay) yang mempunyai daya untuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang seluas-luasnya.



Mengingati betapa pentingnya merayu sebelum bersetubuh bahkan bukan sahaja manusia begitu , binatang-binatang pun berbuat begitu. Cubalah kita perhatikan kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana mereka melakukan seks (mengawan)? Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu dengan gerakkan mengawan.



Kucing umpamanya, sebelum mengawan terlebih dahulu menggosok-gosok kelamin betina agak lama dengan disertai gigitan-gigitan pada lehernya. Ayam juga mengepak-ngepakkan sayapnya sambil berkokok berkali-kali dan menari menajak ayam betina sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Begitu juga kambing, burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasil pemerhatian saintis-saintis kaji-laku binatang.

Jadi sungguh jauh ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untuk menyetubuhi isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu dan cumbuan (foreplay), bahkan pula mereka seakan-akan main terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidak boleh lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Setiap isteri dan semua wanita normal berkehendakkan kepada ini.

Thursday, March 11, 2010

Nik Aziz tidak setuju perkahwinan bawah umur - susulan kes dua kanak kanak perempuan berusia 10 dan 11 tahun dikahwinkan

sumber Bernama

NIK AZIZ TIDAK SETUJU PERKAHWINAN BAWAH UMUR - 10 Mac 2010 (Kota Bahru)

Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan di bawah umur walaupun ia adalah sah dari segi agama.

Beliau berkata, Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dan bukan semata-mata dilihat dari sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunnah Nabi Muhammad, semata-mata.

"Seperti juga kita makan buah durian adalah untuk mendapatkan rasa nikmat isinya, dan membuang segala benda yang tidak mendatangkan faedah seperti kulit dan bijinya.

"Begitu juga dengan berkahwin kita digalakkan bagi mendapatkan zuriat yang baik hasil percantuman jenis. Jadi saya tidak setuju jika kahwin terlalu muda, bawah umur seperti itu," katanya.

Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengikut amalan sunnah Nabi, bukan melalui kaedah perkahwinan cara itu, katanya mengulas tindakan seorang bapa dari Jelawang, Jeli, yang mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun, kononnya tuntutan sunnah Nabi.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan pernikahan budak perempuan di bawah umur di negeri itu selepas kejadian pertama membabitkan seorang bapa mengahwinkan anak perempuannya berusia 10 tahun di Pasir Mas sebelum ini.

Nik Aziz berkata beliau hairan kejadian itu boleh berlaku sedangkan kerajaan negeri sudah membuat peraturan melalui Enakmen Keluarga Islam yang mensyaratkan setiap pasangan wanita berusia 16 tahun ke atas sebelum dibenarkan berkahwin mengikut enakmen itu.

Menurut laporan media, bapa kanak kanak malang berusa 11 tahun itu adalah seorang tabligh.

Apa rasionalnya dia berbuat begitu, tak diketahui.

Budak perempuan baru berusia 11 tahun sepatutnya menuntut dalam Tahun 5, belum cukup umur lagi... belum layak lagi ikut UPSR, apa lagi PMR, SPM dan STPM..

Budak itu juga tidak tahu apa itu hubungan suami isteri... sebaliknya dia hanya budak budak yang belum pun menempuh alam remaja!!!!!!!!!!

Yang dikahwinkan dengan budak itu pula lelaki tua bangka berusia 41 tahun!! Nasib baik bukan lelaki berusia 77 tahun atau 100 tahun atau 1 setengah Abad!!!!!!!!! Nak Mampus????????

Apa sudah jadi dengan bapa budak perempuan itu??? Adakah dia sudah gila atau hilang kewarasan dan hilang pertimbangan ataupun paksi kerasionalannya mengalami kerosakan teknikal yang maha teruk????????

Dimana logikanya???????

Thursday, October 1, 2009

Jika anda mempunyai nafsu seks yang luar biasa.. awas

Lelaki dicipta secara semulajadinya untuk suka kepada wanita. Atas sebab itulah institusi perkahwinan yang normal adalah lelaki mengahwini wanita. Bukannya lelaki berkahwin dengan lelaki atau wanita berkahwin dengan wanita.

Tidak dinafikan, seks adalah aspek penting dalam kehidupan rumah tangga. Seorang lelaki yang normal pasti tertarik secara seksual kepada wanita. Itu normal. Namun, jika lelaki itu tertarik secara seksual kepada lelaki lain, maknanya lelaki itu tidak normal.

Dalam konteks ini, nafsu seks lelaki yang berlebihan dan tidak dikawal, pasti mengundang insiden yang tidak diingini.

Cuba baca artikel berita harian online hari ini. Ia mengisahkan seorang kontraktor berusia 53 tahun di Gemas, Negeri Sembilan, yang mempunyai 3 isteri tetapi 3 isterinya itu masih tidak mencukupi untuk memuaskan hawa nafsu serakahnya yang buas.

Sebaliknya lelaki itu menjadikan adik iparnya yang baru berusia 13 tahun sebagai hamba seks sejak 3 tahun lalu.

Setiap kali melakukan perbuatan itu, lelaki terbabit akan menghadiahkan barangan berjenama serta wang kepada adik iparnya, bagi mengabui tindakan tidak beretika dan bermoral itu.

Sepandai pandai menutup mulut tempayan, akhirnya bau nangka pasti dapat dihidu.

Nah, perbuatan lelaki itu akhirnya berjaya dihidu oleh kakaknya pada hari raya kedua lalu, setelah mangsa didesak membuat pengakuan ekoran syak wasangka adiknya itu iaitu si mangsa memiliki telefon bimbit berjenama mahal sedangkan dia masih bersekolah.

Menurut polis, lelaki itu kini menghilangkan diri sebaik menyedari perbuatannya itu dikesan.

Berita penuh adalah seperti di bawah :

Lelaki tiga isteri jadikan ipar hamba seks, diburu.


GEMAS: Polis memburu seorang kontraktor yang mempunyai tiga isteri kerana dipercayai menjadikan adik iparnya berusia 13 tahun sebagai hamba seks sejak tiga tahun lalu.

Lelaki berusia 53 tahun itu didakwa menawarkan pelbagai hadiah termasuk barangan berjenama dan wang bagi memujuk mangsa mengadakan hubungan seks setiap kali adik isteri ketiganya itu datang ke rumahnya pada cuti persekolahan.

Bagaimanapun, perbuatan lelaki itu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat pengakuan selepas didesak seorang lagi kakaknya sebelum membuat laporan di Balai Polis Gemas di sini pada hari raya kedua, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Haron, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa, tetapi enggan mengulas kerana siasatan masih dijalankan.

Difahamkan, pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Jempol itu kali pertama dirogol abang iparnya pada Jun 2006 ketika mangsa berusia 10 tahun dan perbuatan itu tidak disedari isteri ketiga lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20-an.

Mangsa dikatakan diberi pelbagai hadiah, termasuk barangan berjenama dan wang bagi merahsiakan perbuatan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs