Showing posts with label tv host. Show all posts
Showing posts with label tv host. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Malaysian TV host admits slapping wife while newly married


Jimmy Shanley and wife in happier days.



A Malaysian TV host, known as Jimmy Shanley (whom i refer to as Jimmy Silly Shanley!!!), admitted in a syariah lower court in Shah Alam, Selangor that he slapped his wife twice during their brief marriage in October 2010.

In a case widely covered by the Malay media, including a frontpage report in Kosmo!, he told the court he could not stand the social habits of his wife Nursuhaila Eliani Suhaimy and that, as a husband, he had to teach her to obey him. What??

The first time he slapped her was at his mother-in-law's house in Sungai Buloh on the third day of their marriage and the second time during their honeymoon in Koh Samui in Thailand on Oct 19, 2010. What?

What will happen if the marriage lasted 20 years? Will Jimmy Silly Shanley slap his wife for 100,000 times???

Nursuhaila's mother is cosmetics millionaire Datin Muniroh Kassim, the founder of beautycare brand Natasya.

The 32-year-old TV presenter, whose real name is Jimmy Norjahan Salleh, married Nursuhaila, 26, on Oct 1, 2010. They stayed together for only 19 days before going their separate ways. The couple has a daughter, Zahra Rania.

Jimmy filed a perintah kembali taat (faithful requisition) on January 3, 2012 followed by a nusyuz (disobedience) declaration against his wife on January 27, 2012.

Jimmy the Silly, known for his silly and unpopular Trek Selebriti programme on Astro TV and as the presenter of the eighth season of the now unpopular Akademi Fantasia talent search show, said he and Nursuhaila married after a six-month courtship.

He added, however, that there were a lot of disagreements between them because she preferred entertaining her friends on Facebook, BlackBerry and iPad. What???

“I constantly advise her to leave all her bad habits and remember her duties to me, her husband,” he stated when questioned by counsel Mohd Noor Aizan Md Idrus.

To girls out there, remember if you dated Jimmy the Silly, you will certainly be slapped!!

Friday, December 23, 2011

Melisa Ong dan Anita Woo.. 2 pembaca berita Media Prima yang amat cantik


Anita Woo, 24 pembaca berita Nightline TV3 jam 12 malam.



Ini pula Anita Woo ketika mengikuti kejohanan memanah Horseback dimana pemanah perlu memanah sasaran bergerak sambil menunggang kuda, hebatkan pembaca berita Nightline TV3 ini.



Mellisa Ong - pembaca berita NTV7.





Melisa Ong, 27, pembaca berita Inggeris NTV7 yang pernah membuat liputan kebuluran di Somalia.

Kita mungkin kenal pembaca berita wanita cantik yang sering ke udara pada waktu perdana samada di TV3, NTV7, 8tv dan Astro Awani serta juga RTM.

Namun kita mungkin kurang mengenali pembaca wanita yang membaca segmen Bahasa Inggeris.

2 daripadanya memang lawa.

Yang dimaksudkan ialah pembaca berita Nightline TV3 setiap jam 12 malam, Anita Woo dan pembaca berita 7 Edition di NTV7, Melisa Ong.

Melisa Ong dan Anita Woo, memang hebat,

Saya pernah nampak Anita in person dan dia memang wow.. Namanya Anita Wow!! Dia bukan Cina, namun dikatakan Melayu.

Anita Woo pernah mewakili Malaysia dalam sukan unik iaitu memanah sasaran yang sedang bergerak sambil menunggang kuda.

Anita Woo pernah mendapat pingat gangsa atau tempat ketiga dalam kejohanan 6th World Horseback Archery di Sockcho, Korea Selatan, pada Ogos 2010.

Apapun syabas kepada Media Prima kerana berjaya mencari pembaca berita yang seksi, cun dan anggun.

Wednesday, July 27, 2011

Selamat pengantin baru Nurul Syuhada TV3 dan Raja Amir


Manis sungguh gadis ini dengan lesung pipitnya. Siapa Kata Gadis Melayu tidak menawan. Namun apakan daya, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin sudah berpunya. Hatinya telah dimiliki Raja Amir Shah Raja Azwa.





Detik bahagian Nurul Syuhada dan suami tercinta Raja Amir Shah Raja Azwa




Bakat si manis ini mula dikesan apabila dia juara pertandingan Malaysian Top Host anjuran TV3 pada 2005.




Pengacara Majalah 3 yang cantik jelita dan menawan, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin sememangnya menjadi rebutan lelaki di Malaysia kerana kejelitaannya yang bukan kepalang dan sangat menarik minat kaum Adam.

Selain itu Nurul Syuhada juga amat popular di Malaysia sebagai pengacara program Majalah 3 yang disiarkan TV3 Setiap Sabtu jam 9 malam.

Namun dalam ramai ramai lelaki yang meminatinya, hanya seorang yang bertuah dapat bertahkta di hati gadis manis itu.



Selamat pengantin baru kepada Nurul Syuhada, 27 dan Raja Amir Shah Raja Azwa, 29 tahun yang rasanya telah selamat bergelar suami isteri pada tarikh keramat 16 Julai 2011.

Bertempat di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2011 lalu, Nurul Syuhada sah menjadi milik Raja Amir hanya dengan sekali lafaz.

Raja Amir Raja Azwa, adalah seorang pegawai bank dan datang dari keluarga berada.

Nurul Syuhada pula adalah puteri sulung pasangan Mohd Zin Idris dan Permai Hasan, terkenal dengan kepetahannya berkata kata sejak kecil lagi.

Bagaimana Nurul Syuhada dan Raja Amir bertemu? Dimana mereka mula mula berjumpa sehingga menyemai bibit percintaan??

Mengimbau kembali detik perkenalan itu, Nurul Syuhada mengakui, ruang masa yang dilalui sepanjang tempoh berkawan digunakan sebaiknya untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

Mula berkenalan pada 2009 di majlis pertunangan rakan dan beberapa bulan selepas itu, kasih mula berputik apabila Raja Amir menghubunginya menerusi Facebook.

Hebat, Facebook sebenarnya sudah membawa ramai pasangan ke jinjang pelamin sepertimana juga seorang lagi pengacara TV3, hos Malaysia Hari Ini, Ahmad Fedtri Yahya yang mengenali isterinya menerusi Facebook.

"Kami berkenalan dua tahun lalu pada 2009 semasa menghadiri majlis pertunangan rakan di Subang. Bermula dari situ kami selalu berhubung sehinggalah menjadi semakin rapat.

"Sepanjang dua tahun itu juga, kami mengambil masa untuk mengenali diri masing-masing sebelum membuat keputusan untuk bersama membina mahligai cinta," ujar Nurul Syuhada.

Tambah pengacara jelita itu lagi, sikap dan penampilan yang ditonjolkan Raja Amir telah berjaya mencairkan hati wanitanya.

Baginya, jejaka itu pandai mengambil hati dan membuatkan dirinya sering diulit rasa selesa untuk terus berdampingan bersamanya.

"Cara Amir membuatkan saya rasa selesa kerana dia seorang yang sederhana dalam banyak perkara, baik dan prihatin.

"Dan yang paling penting, dia seorang yang amat memahami diri saya dan tugasan saya yang tidak menentu waktu," jelas Nurul Syuhada.

Hmmmm, jika itu yang diujarkan Nurul Syuhada, maka ini boleh dijadikan tips atau panduan kepada lelaki bujang di Malaysia yang mahu memikat wanita sejelita Nurul Syuhada.

Apa yang wanita inginkan ialah keserasian, rasa selesa, pandai mengambil hati, baik dan prihatin. Wajah kacak dan tampan serta kekayaan adalah bonus.

Jika wajah kacak tapi tak ada duit dan pokai pun tak ada guna juga. Begitu juga jika banyak duit dan handsome tapi perangai macam hantu syaitan dan iblis, tak guna juga.

Apapun, Raja Amir yang sememangnya kacak dan tampan dan pandai memikat si jelita sememangnya bertuah kerana mendapat Nurul Syuhada dan begitu juga sebaliknya.



Nurul Syuhada menyelam di perairan Pulau Sipadan, Sabah yang dikategorikan antara 3 pulau tercantik dunia bagi penggemar aktiviti Menyelam ketika menjayakan program Majalah 3 di Pulau Sipadan, suatu ketika dulu. Hmmm memandangkan Nurul Syuhada minat menyelam, mengapa dia tidak melakukan perkahwinan lain dari yang lain seperti bersanding sambil menyelam seperti pernah dilakukan selebriti dunia di pelbagai kawasan eksotik sebelum ini.

Sementara itu, Raja Amir ketika ditanya, apakah yang membuatkan hatinya terpaut kepada Nurul Syuhada? Dengan pantas dia menjawab, kejelitaan wanita itu telah menawan hatinya.

"Raut wajah Nurul Syuhada yang lembut dan ayu menarik perhatian saya untuk terus mendekatinya.

"Tetapi saya bukannya memandang kepada kecantikan luaran semata-mata sebaliknya peribadi Nurul turut menambat hati saya.

"Dia yang saya kenali adalah seorang wanita yang merendah diri, baik hati dan memahami saya.

"Apa yang penting, Nurul adalah jodoh yang telah ditentukan oleh-Nya untuk saya," tegas Raja Amir.


Mejar Dr Faiz, angkasawan kedua negara.

Setahu kita, pada 2009 Nurul Syuhada hampir hampir mengikat tali pertunangan dengan Angkasawan kedua negara Mejar Dr Faiz Khaleed, namun apakan daya manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

Apapun tahniah kepada pasangan Nurul Syuhada dan Raja Amir dan semoga kekal bahagia sehingga ke anak cucu.

Amin.

Wednesday, July 20, 2011

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, menghidupkan Majalah 3 di TV3



Kehadiran gadis manis berlesung pipit yang amat jelita ini telah menghidupkan dan menyegarkan lagi siaran Majalah 3 yang disiarkan TV3 setiap Sabtu jam 9 malam.

Bakat dan kejelitaan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin dikesan apabila beliau memenangi program realiti terbitan TV3, Malaysian Top Host pada 2005.

Untuk rekod Majalah 3 antara program majalah paling lama disiarkan TV3, sejak 1987, iaitu 3 tahun selepas stesen TV swasta nombor 1 negara mula beroperasi pada 1984.

Dan sudah pastilah, pengacaranya bukan calang calang.



Nurul Syuhada, puteri sulung pasangan Mohd Zin Idris dan Permai Hasan, mula menampakkan bakat sebagai pengacara apabila dikenali sebagai kanak kanak yang amat petah berkata kata sejak kecil lagi.

Selepas menjuarai Malaysian Top Host 2005, Nurul Syuhada mula bertugas dengan stesen televisyen itu dalam program NONA.

Berkat pengalaman dan kemahirannya, TV3 memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi pengacara program Majalah 3 pula, sebuah program yang mempunyai rating tinggi dalam industri penyiaran Malaysia.

Nurul Syuhada mengambil alih tugas pengacaraan Majalah 3 dari Norzie Pak Wan Chek yang sudah mendirikan rumah tangga dengan Aidid Marcello, juga pengacara di TV3.



Lihatlah betapa jelitanya dia.






Sebagai pengacara dan penyampai Majalah 3, Nurul Syuhada sudah mengembara ke seluruh dunia termasuk Russia bagi liputan program angkasawan negara dan pernah menyelam di dasar laut Pulau Sipadan, antara 3 pulau tercantik di dunia bagi penggemar aktiviti menyelam.



Sebagai pengacara TV popular di Malaysia, Nurul Syuhada pernah muncul dalam beberapa iklan komersial TV di Malaysia.

Berikut beberapa pengacara jelita yang pernah menjadi hos Majalah 3.

Antaranya Wan Zaleha Radzi, Nor Azlina Redzuan dan Norzie Pak Wan Chek.



Wan Zaleha Radzi, pengacara pertama Majalah 3



Norzie Pak Wan Chek, pengacara Majalah 3 (bersama suami Aidid Marcello) sebelum digantikan Nurul Syuhada.



Norazlina Redzuan bekas pengacara Majalah 3 sebelum digantikan Norzie Pak Wan Chek.
Norazlina kemudiannya menjadi pembaca berita Buletin Utama sebelum berkahwin dengan
Datuk Yusof Anuar Yaacob, CEO TM International.

Terima kasih kerana membaca.

Sunday, May 10, 2009

can we conduct a TV interview like this??


Dutch Tv host interviewed a guy who accidentally had his testicles cut off during surgery!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs