Wednesday, July 20, 2011

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, menghidupkan Majalah 3 di TV3



Kehadiran gadis manis berlesung pipit yang amat jelita ini telah menghidupkan dan menyegarkan lagi siaran Majalah 3 yang disiarkan TV3 setiap Sabtu jam 9 malam.

Bakat dan kejelitaan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin dikesan apabila beliau memenangi program realiti terbitan TV3, Malaysian Top Host pada 2005.

Untuk rekod Majalah 3 antara program majalah paling lama disiarkan TV3, sejak 1987, iaitu 3 tahun selepas stesen TV swasta nombor 1 negara mula beroperasi pada 1984.

Dan sudah pastilah, pengacaranya bukan calang calang.



Nurul Syuhada, puteri sulung pasangan Mohd Zin Idris dan Permai Hasan, mula menampakkan bakat sebagai pengacara apabila dikenali sebagai kanak kanak yang amat petah berkata kata sejak kecil lagi.

Selepas menjuarai Malaysian Top Host 2005, Nurul Syuhada mula bertugas dengan stesen televisyen itu dalam program NONA.

Berkat pengalaman dan kemahirannya, TV3 memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi pengacara program Majalah 3 pula, sebuah program yang mempunyai rating tinggi dalam industri penyiaran Malaysia.

Nurul Syuhada mengambil alih tugas pengacaraan Majalah 3 dari Norzie Pak Wan Chek yang sudah mendirikan rumah tangga dengan Aidid Marcello, juga pengacara di TV3.



Lihatlah betapa jelitanya dia.






Sebagai pengacara dan penyampai Majalah 3, Nurul Syuhada sudah mengembara ke seluruh dunia termasuk Russia bagi liputan program angkasawan negara dan pernah menyelam di dasar laut Pulau Sipadan, antara 3 pulau tercantik di dunia bagi penggemar aktiviti menyelam.



Sebagai pengacara TV popular di Malaysia, Nurul Syuhada pernah muncul dalam beberapa iklan komersial TV di Malaysia.

Berikut beberapa pengacara jelita yang pernah menjadi hos Majalah 3.

Antaranya Wan Zaleha Radzi, Nor Azlina Redzuan dan Norzie Pak Wan Chek.



Wan Zaleha Radzi, pengacara pertama Majalah 3



Norzie Pak Wan Chek, pengacara Majalah 3 (bersama suami Aidid Marcello) sebelum digantikan Nurul Syuhada.



Norazlina Redzuan bekas pengacara Majalah 3 sebelum digantikan Norzie Pak Wan Chek.
Norazlina kemudiannya menjadi pembaca berita Buletin Utama sebelum berkahwin dengan
Datuk Yusof Anuar Yaacob, CEO TM International.

Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs