Wednesday, July 27, 2011

Selamat pengantin baru Nurul Syuhada TV3 dan Raja Amir


Manis sungguh gadis ini dengan lesung pipitnya. Siapa Kata Gadis Melayu tidak menawan. Namun apakan daya, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin sudah berpunya. Hatinya telah dimiliki Raja Amir Shah Raja Azwa.





Detik bahagian Nurul Syuhada dan suami tercinta Raja Amir Shah Raja Azwa




Bakat si manis ini mula dikesan apabila dia juara pertandingan Malaysian Top Host anjuran TV3 pada 2005.




Pengacara Majalah 3 yang cantik jelita dan menawan, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin sememangnya menjadi rebutan lelaki di Malaysia kerana kejelitaannya yang bukan kepalang dan sangat menarik minat kaum Adam.

Selain itu Nurul Syuhada juga amat popular di Malaysia sebagai pengacara program Majalah 3 yang disiarkan TV3 Setiap Sabtu jam 9 malam.

Namun dalam ramai ramai lelaki yang meminatinya, hanya seorang yang bertuah dapat bertahkta di hati gadis manis itu.



Selamat pengantin baru kepada Nurul Syuhada, 27 dan Raja Amir Shah Raja Azwa, 29 tahun yang rasanya telah selamat bergelar suami isteri pada tarikh keramat 16 Julai 2011.

Bertempat di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2011 lalu, Nurul Syuhada sah menjadi milik Raja Amir hanya dengan sekali lafaz.

Raja Amir Raja Azwa, adalah seorang pegawai bank dan datang dari keluarga berada.

Nurul Syuhada pula adalah puteri sulung pasangan Mohd Zin Idris dan Permai Hasan, terkenal dengan kepetahannya berkata kata sejak kecil lagi.

Bagaimana Nurul Syuhada dan Raja Amir bertemu? Dimana mereka mula mula berjumpa sehingga menyemai bibit percintaan??

Mengimbau kembali detik perkenalan itu, Nurul Syuhada mengakui, ruang masa yang dilalui sepanjang tempoh berkawan digunakan sebaiknya untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

Mula berkenalan pada 2009 di majlis pertunangan rakan dan beberapa bulan selepas itu, kasih mula berputik apabila Raja Amir menghubunginya menerusi Facebook.

Hebat, Facebook sebenarnya sudah membawa ramai pasangan ke jinjang pelamin sepertimana juga seorang lagi pengacara TV3, hos Malaysia Hari Ini, Ahmad Fedtri Yahya yang mengenali isterinya menerusi Facebook.

"Kami berkenalan dua tahun lalu pada 2009 semasa menghadiri majlis pertunangan rakan di Subang. Bermula dari situ kami selalu berhubung sehinggalah menjadi semakin rapat.

"Sepanjang dua tahun itu juga, kami mengambil masa untuk mengenali diri masing-masing sebelum membuat keputusan untuk bersama membina mahligai cinta," ujar Nurul Syuhada.

Tambah pengacara jelita itu lagi, sikap dan penampilan yang ditonjolkan Raja Amir telah berjaya mencairkan hati wanitanya.

Baginya, jejaka itu pandai mengambil hati dan membuatkan dirinya sering diulit rasa selesa untuk terus berdampingan bersamanya.

"Cara Amir membuatkan saya rasa selesa kerana dia seorang yang sederhana dalam banyak perkara, baik dan prihatin.

"Dan yang paling penting, dia seorang yang amat memahami diri saya dan tugasan saya yang tidak menentu waktu," jelas Nurul Syuhada.

Hmmmm, jika itu yang diujarkan Nurul Syuhada, maka ini boleh dijadikan tips atau panduan kepada lelaki bujang di Malaysia yang mahu memikat wanita sejelita Nurul Syuhada.

Apa yang wanita inginkan ialah keserasian, rasa selesa, pandai mengambil hati, baik dan prihatin. Wajah kacak dan tampan serta kekayaan adalah bonus.

Jika wajah kacak tapi tak ada duit dan pokai pun tak ada guna juga. Begitu juga jika banyak duit dan handsome tapi perangai macam hantu syaitan dan iblis, tak guna juga.

Apapun, Raja Amir yang sememangnya kacak dan tampan dan pandai memikat si jelita sememangnya bertuah kerana mendapat Nurul Syuhada dan begitu juga sebaliknya.



Nurul Syuhada menyelam di perairan Pulau Sipadan, Sabah yang dikategorikan antara 3 pulau tercantik dunia bagi penggemar aktiviti Menyelam ketika menjayakan program Majalah 3 di Pulau Sipadan, suatu ketika dulu. Hmmm memandangkan Nurul Syuhada minat menyelam, mengapa dia tidak melakukan perkahwinan lain dari yang lain seperti bersanding sambil menyelam seperti pernah dilakukan selebriti dunia di pelbagai kawasan eksotik sebelum ini.

Sementara itu, Raja Amir ketika ditanya, apakah yang membuatkan hatinya terpaut kepada Nurul Syuhada? Dengan pantas dia menjawab, kejelitaan wanita itu telah menawan hatinya.

"Raut wajah Nurul Syuhada yang lembut dan ayu menarik perhatian saya untuk terus mendekatinya.

"Tetapi saya bukannya memandang kepada kecantikan luaran semata-mata sebaliknya peribadi Nurul turut menambat hati saya.

"Dia yang saya kenali adalah seorang wanita yang merendah diri, baik hati dan memahami saya.

"Apa yang penting, Nurul adalah jodoh yang telah ditentukan oleh-Nya untuk saya," tegas Raja Amir.


Mejar Dr Faiz, angkasawan kedua negara.

Setahu kita, pada 2009 Nurul Syuhada hampir hampir mengikat tali pertunangan dengan Angkasawan kedua negara Mejar Dr Faiz Khaleed, namun apakan daya manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

Apapun tahniah kepada pasangan Nurul Syuhada dan Raja Amir dan semoga kekal bahagia sehingga ke anak cucu.

Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs